Tuesday, December 30, 2014

Trip To Janda Baik.

Inilah muka bangun pukul 4 pagi yang konon nak sarapan kat Jalan TAR tapi tak jadi. Last-last terconggok kat rumah main game.

Bawak perut berpelampung mandi sungai.

Hehe.

Bye.

Saturday, December 27, 2014

Raju's Nasi Daun Pisang

Susah tau kalau laki yang mengidam. Dia akan cakap banyak kali dan akan marah kalau tak dapat makan. :p

Mula-mula dia akan hint lah, caranya tanya dulu.

Ayang : Nak makan mana hari ni?
Aku : Hurm tak tahu lah. Sushi?
Ayang : Oii.
Aku : Hahaha.
Ayang : Makan Raju's nak?
Aku : (boringnya) Hurm okay.
Ayang : Teringinkan.
Aku : Ye (tak ikhlas).



Susah dapat laki yang kaki mamak, india dan sebagainya. Range harga untuk makan dua orang nasi daun pisang berserta lauk ikan goreng dan sotong goreng , minum air bali dua : RM 35.00. 

Harga ikut jenis lauk yang dipilih. Pilih dulu nak apa dan dia akan goreng.



Raju's Restaurant Sdn. Bhd.
No. 4, Jalan 5/13, Seksyen 5, 46000, Petaling Jaya, Selangor, 46000

Bye.

Friday, December 26, 2014

BIG BAD WOLF

Post basi.

Nak pergi sini memang dah lama tapi hari yang kitorang pergi ni memang tak dirancang. Yelah masa ni adik aku ada kat rumah, laki aku cuti so dia cakap esok kita perkena roti canai special dekat KL nak?

Aku tanya pukul berapa? Dia cakap pukul 4 pagi. Ha okay so malam tu pukul 10.30malam tidur dan kunci jam pukul 4 pagi. Bangun-bangun lepas siap memang perkena roti canai special pun. Tapi balik tu aku buat cadangan nak pergi BBW.

Memandangkan adik aku pun nak merasa pergi. So aku ajak lah dia sekali. Sampai BBW dalam pukul 5.30pagi. Laki aku tak percaya 24jam. Dia ingat dah habis. Tapi memang time kami pergi tu lagi 2,3hari nak penutup, tapi dia extend kan?

So memang lengang kat dalam tu. Boleh bergambar-gambar, boleh pusing 2,3 round. Tapi yang tak bestnya buku pulak dah tak banyak pilihan. Yelah dah diborong masa awal opening hari tu. :(


Kawasan yang akan selalu penuh kalau time peak hour.


Ha lengang kan?

So aku beli dua buku je, The Great Gatsby dan The Fan Girl untuk diri sendiri. Untuk adik aku, aku belikan Diary of a Wimpy Kids. Pas tu belikan kak young hadiah hari jadi buku Hello Kitty. Dan tidak lupa jugak koleksi magnet untuk aku. Hahaha.

Aku ada perasan Book Xcess dekat AmCorp Mall so lepas ni boleh pergi situ jelah cari buku yang berkenan di hati.

Bye.

Thursday, December 25, 2014

Perihal Jantina Baby.

Soalan ni agak famous ditanyakan kepada aku. Almaklumlah anak pertama. Tapi terus terang disebabkan aku check-up dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, nurse macam tak galakkan tahu jantina.

Nurse siap cakap dekat aku, tak payah lah tahu barulah surprise. Yelah bila ada time kena scan dengan doktor pun dia hanya akan bagitahu jantina kalau dia nampak. Kalau tak dia cuma akan bagitahu baby sempurna ke tak, kedudukan uri normal ke tak, degupan jantung dan saiz/berat baby.

So memandangkan last check up aku untuk minggu ke-28, aku ada sesi scan dengan doktor tapi tetaplah tak nampak jantina tu. Even aku dah tanya. Sebelum ni aku scan dekat swasta masa minggu ke-16 pun tak nampak. Dia tak nak tunjuk.

So petang lepas check-up tu lepas dari Mid Valley aku pergi lah Klinik Mesra yang aku pernah pergi sebelum ni. Dengan harapan yang tinggi tau. Aku nak lah tahu jantina dia sebab aku ni dahlah nak beli pink-pink kang sebenarnya blue.

Klinik Mesra
2D scan (biasa) : RM 25.00

Tapi jawapan dia tetap hampeh. Baby aku memang nak rahsiakan. Sebabnya dia kepit kaki dia tak nak buka walau sedikit. Kalau tak bukan main menendang bagai. Time nak scan kepit pulak ye. Disebabkan aku dah letih perut kena scan banyak kali tetap tak nampak harapan makanya tak tahu lah jantina baby itu.

Laki aku cakap maybe dia nak rahsia nak surprise, tak payah tahu lah kan. Tapi aku antara dua nak tahu dengan redha. Hurm. Tak pe kita try pujuk buat 4D scan pulak. Sempat lagi ni sebelum minggu ke-30.

Bye.

Wednesday, December 24, 2014

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU KE 29 - 32

Minggu 29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.


Minggu 30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.


Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.


Minggu 31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.


Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.


Minggu 32

Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Bye.

Thursday, December 18, 2014

6 BULAN.

Bulan ni genap 6 bulan berbadan dua.
Well perubahan besar iyalah dekat perut, even tak lah besar sangat.
Tapi kira normallah untuk saiz baby pada 6 bulan.

Aku pun tak sangka lagi 3 bulan bakal bergelar mummy.
Persediaan tu masih ala kadar belum bersungguh-sungguh.
Tapi memang asyik gatal je kaki nak masuk kedai baby kalau lalu.

Selain tu patut bulan ni aku confirm.
Tapi setelah dirisik-risik, macam tak ada bunyi je.
Rasa macam dipergunakan pulak.

Yelah masa dulu macam-macam janji manis ditabur.
Ni macam lepas tangan pulak.
Macam main tarik tali.

Bulan ni memang sengkek sikit.
Almaklumlah hujung tahun banyak sale.
Banyak yang kena beli kalau tak beli rugi.

Tak banyak yang nak cerita sebab aku agak busy bulan ni.
Banyak project urgent.
Tapi tak cukup kaki tangan.

Sabar jelah.

Demi sesuap nasi.

Rasa dewasa pulak cakap macam ni.

Bye.

Monday, December 15, 2014

Menjejaki IOI City Mall.

*Tiada gambar sendiri di entry ini.

IOI CITY MALL

Nak dijadikan cerita, aku cuti 11hb tu, yeah semua orang cuti pun kan. So memandangkan adik aku datang aku pun ajak lah dia menjelajah mall baru. Laki aku pulak kena amik bapak dia dekat airport baru balik umrah kan.

Aku ni memang jenis tak ingat jalan tahap gaban. Adik aku pulak orang baru, so masa nak pergi tu laki akulah kena hantar. Maksudnya adik aku drive kereta follow belakang kereta dia. Sehala kot nak pergi airport KLIA.


Ni antara sub project office suami aku. Akhirnya setelah berpusing cari parking kami pun selamat masuk ke dalam sini. Ramai orang jangan cakap lah nak lalu pun sipi-sipi, nak makan apatah lagi.

Destinasi pertama yang dicari adalah restaurant memandangkan baby dah kelaparan (salahkan baby). Susah jugak nak cari tempat yang kosong dan tak ada orang berbaris. Akhirnya kami pilih Nando's.


Aku tak ada amik gambar sebab masa tu fikirkan perut lepas tu excited nampak Sephora, H&M, H&M Home dan kedai baby yang berlambak-lambak. Daiso pun ada kot. Kira okaylah nak cari barang kalau taknak pergi jauh. Dari rumah pun kurang 20minit kalau tak jammed.

So siapa yang belum pergi boleh lah pergi sementara parking dia masih free.

Hee.

Bye.

Friday, December 12, 2014

Novel Kelimabelas dan keenambelas : Yes Boss dan Laman Rindu

YES BOSS! menceritakan tentang seorang gadis bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Ilham. Ilham memiliki rupa paras yang kacak dan sifat ego yang tinggi. Ilham tidak sukakan Aryana kerana baginya Aryana tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu peribadinya.

Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan mempunyai bentuk badan yang ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana dari syarikat milik bapanya, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar.

Setiap kali Ilham memberi arahan, Aryana harus menjawab “Yes Boss!”. Aryana juga terpaksa bersubahat setiap kali Ilham tidak hadir ke pejabat dan mengingatkan semua temu janji Ilham bersama teman-teman wanitanya. Ilham sering terlupa dengan temu janjinya kerana dia mempunyai ramai teman wanita.

Dalam diam rupanya Aryana menyimpan perasaan terhadap Ilham tetapi sering dinafikannya. Aryana hanya mampu memendam perasaannya terhadap Ilham kerana Hati Aryana sering terluka akibat sikap kaki perempuan Ilham.

Sikap kaki perempuan Ilham mula berubah apabila dia mengenali Melina. Ilham merasakan Melina adalah calon sesuai untuk dijadikan sebagai isterinya. Ilham turut meminta pertolongan Aryana untuk mencari hadiah yang sesuai buat Melina. Meskipun, Aryana sedih kerana lelaki idamannya sudah bertemu cinta hati namun dia tetap berusaha menggembirakan Ilham dengan membantu menyatukan bosnya itu dengan Melina.

Tanpa disedari rupanya Melina mempunyai agenda tersendiri. Melina berpakat dengan Jeffry iaitu pesaing utama perniagaan Ilham untuk merebut tender projek dan menjatuhkan syarikat Ilham. Setelah Ilham dan Melina bertunang, Jeffry mula memainkan peranannya dengan memikat Aryana namun rancangannya gagal kerana Aryana dapat menghidu sesuatu yang tidak baik tentang Jeffry terhadap dirinya.

Apabila Aryana ternampak Melina keluar bersama Jeffry, dia dan pembantu pemandu kereta Ilham, Harun mula menyiasat hubungan mereka berdua. Aryana dan Harun cuba memberitahu Ilham tentang Melina. Namun, Ilham tidak mempercayainya dan menuduh mereka berdua sengaja mengadakan cerita. Aryana sakit hati dan berhenti dari berkhidmat di syarikat Ilham. Kemudian, Aryana membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.

Lain pula ceritanya apabila Aryana berada di kampung. Udin, rakan lama Aryana masih menagih cinta Aryana. Sementara itu, ketiadaan Aryana membuatkan Ilham tidak keruan. Ilham memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan pembantu peribadinya. Dia mula merindui gadis itu dan menyedari dia telah jatuh cinta pada Aryana.

Ilham pergi ke kampung Aryana dengan harapan yang tinggi untuk memujuk Aryana agar kembali bekerja sebagai pembantu peribadinya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Ilham untuk memenangi hati Aryana. Tambahan pula, Ilham terpaksa bersaing dengan Udin untuk merebut hati Aryana. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya sebelum ini? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang akan menjadi pilihan Aryana? Adakah Udin yang setia menunggu Aryana dari dulu lagi? Atau Ilham, jejaka idaman Aryana?





SEKIAN lama menyulam kasih, cinta yang kian mekar diikat dengan tali pertunangan. Sejak itu, Asnida tidak sabar menantikan hari bahagianya bersama Zamarul. Tanpa diduga, istana yang bakal dibina tiba-tiba dilanda petaka. Dia kecewa apabila Zamarul berterus terang telah menikahi Milia, bekas kekasihnya secara rahsia. Asnida rasa tertipu dengan kecurangan

Zamarul. Dia menghadapi tekanan emosi dan sering merindui musim cinta mereka yang kini tinggal memori duka. Dia cuba membenci Zamarul dan minta pertunangan mereka diputuskan, tetapi Zamarul tetap bertegas mahu meneruskan perkahwinan mereka.

Kehadiran Helmy telah mengisi ruang kosong di hati Asnida. Helmy, lelaki yang menghargai kesetiaan seorang wanita. Helmy juga telah mengubati kelukaannya dengan kata-kata semangat. Dalam diam, dia merindui lelaki itu biarpun hatinya sering menidakkan kerana dia masih tunangan orang.

Hubungan Asnida dan Helmy telah menjeruk perasaan Zamarul. Dia bersemuka dengan Helmy dan memberikan kata putus yang Asnida tetap akan menjadi miliknya biar apa pun halangannya. Asnida pasrah. Biarlah takdir yang menentukan jalan hidupnya.

Bye.

Thursday, December 4, 2014

Review - Wet & Wild MegaLast Lip Color

Kali ni aku nak review untuk product make up yang ni pulak. Even aku baru beli dua colors tapi itu tidak menghalang aku untuk membuat review. Ceh. Apakah itu? Wet & Wild MegaLast Lip Color.


About:

This 4-hour, long wearing lip color leaves a semi-matte, crème finish in one stroke. Glides on easily with rich, velvety color that doesn't cake, feather, or bleed. Made with hydrating skin-care ingredients: Hyaluronic Microspheres provide extraordinary adhesion to lips, an exclusive polymer complex offers cushion-like feel and texture

Benefits

  • Natural marine plant extracts Coenzyme Q10 and Vitamins A & E help smooth lips.
  • Made with hydrating skincare ingredients
  • An exclusive polymer complex offers cushion like feel and texture
  • Glides on easily with rich velvety color
  • Made with hydrating skincare ingredients
  • Offers cushion like feel and texture

Ini review product ni. Tapi bagi pengguna macam aku, yang aku setuju adalah long lasting dan semi-matte atau velvet finish tu. Aku ni penggemar mate lipstick jadi ni tak menjadi kegemaran nombor 1.

Yang kedua bagi aku lip color ni mengeringkan bibir. Tak tahu lah faktor mengandung atau persekitaran memainkan peranan dalam pengeringan bibir aku, tapi serious even aku pakai lip balm sebelum pakai ni pun bibir tetap kering.

Ketiga, if kita pakai dalam keadaan bibir yang kering or mengelupas warna dia akan menjadi tak cantik sebab dia akan ikut membentuk bentuk-bentuk merekah itu. Faham? Aku pun tak berapa faham tapi yang penting tak cantik.

Keempat dari segi packaging even penutup dia membolehkan kita nampak warna lipstick dekat dalam tapi kena berhati-hati time buka. Sebab penutup dia boleh terkena dekat lipstick yang mengakibatkan kerosakan dekat lipstick tu. Nak tutup pun kena hati-hati.

Aku beli dua warna, 24 Carrot Gold dan Stoplight Red.


Bukan bibir aku. Ni Stoplight Red.


Ni warna untuk 24 Carat Gold. Harga yang aku beli dari Lazada RM 16.00 sebatang.

Boleh tengok dekat sini : Color Cosmetic

Harga murah, servis pun okay, siap bagi freebie lagi.

Bye.

Wednesday, December 3, 2014

Penghujung Tahun.

Masa nilah kita semua akan busy bukan kemain.
Mana nak tutup akaun, mana nak urus untuk tahun baru.
Nak habiskan cuti, nak bawak family jalan-jalan.
Mana kerja dateline nak kena hantar.
Macam-macam.
Aku pun tak terkecuali.
Aku ni duk rancang nak beli handphone baru.
Lepas tu duk asyik tengok barang baby.
Takut gst even sekarang pun harga barang dah mula naik.
Risau tak risau lah.
Lepas tu esok adik aku nak datang.
Aku pulak rancang nak buat house warming sekali dengan baby shower hujung tahun.
Konon.
Suami pulak ajak pergi cuti ke Penang hujung tahun.
Aku ni nak tunggu confirmation kerja company ni.
Aish banyak kan untuk bulan december ni.
Nak check jantina baby.
Nak pergi Terengganu. :(

Okaylah.

Bye.