Sunday, March 22, 2015

Ikea Bulan Ini

Badet Baby Towel with Hood - RM 35.90

Drops Collage Frame for Photos - RM 19.90

Dvala Fitted Sheet - RM 29.90


Eivor pair of curtains - RM 39.90

Enudden hanger for door - RM 9.90

Haren Bath Towel - RM 17.90



Smila Blomma Wall Lamp - RM 29.90


Variera Plastic Bag Dispenser - RM 5.90

Bye.

Friday, March 20, 2015

Novel Keduapuluh Satu dan Keduapuluh Dua : Rindu Awak 200% dan Bila Hati Berbicara


Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.



Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?


Bye.

Monday, March 16, 2015

One Week Old


Orang kata anak pertama memang lama nak tunggu bukaan. Sebab tu aku tersadai seminggu lebih dekat hospital.


Fresh from the oven.


Bila aku dah suspek dia kena kuning. Nanti aku cerita pengalaman tu pulak.


Surat beranak Aisy, tinggal nak buat MyKid.


Bye.


Sunday, March 15, 2015

Pengalaman bersalin

Sebenarnya aku pun tak jangka bila aku akan bersalin. Mula-mula aku pergi ke Hospital untuk cek fetal movement sebab aku dapat rasa kurang pergerakan. Tak silap aku 2/3/15 jam 2petang aku pergi hospital Serdang.

Then setelah register dan cek tekanan darah, berat, kencing, heartbeat dan ctg, doktor buat keputusan untuk admit aku. Malangnya tiada ward kosong untuk hari tu dan aku pun tak dibenarkan balik. Siap suruh tukar baju warded lagi. Nasib beg semua dah ada dalam kereta.

Waktu ni aku kena stay dekat PAC. Mula-mula doktor cek bukaan dan dah buka 1cm so memandangkan bayi dah matang doktor bagi advice untuk induce. So aku pun setuju. Induce aku ni sejenis tiub berbentuk belon yang panjang masuk dekat bahagian sulit. Doktor cakap untuk membantu bukaan.

Masa masuk tu sakit dan lepas tu agak tak selesa. Tapi dah lama-lama okay sikit. Tapi masih belum ada ward kosong. So duduk la kat PAC dalam keadaan sakit dan tak selesa. 3/3/15 bapak aku datang dan dalam jam 4.30petang tu aku dapat katil kosong dekat kelas ketiga.

Alhamdulillah lah selepas 24jam++ tunggu. Then suami pun hantar lah barang apa yang patut. 4/3/15 belon tu pun dikeluarkan tepat pukul 12.30 tengah hari. Lagipun ada keluar lendir dan darah menunjukkan ada bukaan. Dan bukaan dah masuk 3cm. Nama aku waiting list untuk labour room pulak. 

Pengalaman pertama warded hospital memang bosan sebabnya sorang-sorang suami tak dapat teman. Setiap hari akan cek ctg, tekanan darah dan heartbeat baby. Memandangkan aku dah ada irregular contraction so doktor masukkan dose pertama je induce. Bentuk dia macam panadol masuk dekat bahagian bawah.

5/3/15 cek bukaan lagi tapi still 3cm dan labour pun penuh dorang tak dapat push aku melainkan buka 4cm. Masa ni dah rasa sakit yang tak menentu. 

6/3/15 mak aku datang untuk memberikan sokongan. Waktu ni dorang tanya aku nak makan apa dan aku masih berselera untuk makan. Sebab sakit contraction tak cukup kuat.

7/3/15 lepas cek bukaan pagi tu aku rasa macam ada air jernih panas keluar sedikit dari bawah. Dia keluar kerap tapi tak banyak. Dalam pukul 8.00 pagi macam tu so dalam pukul 10.00 pagi aku report kat doktor waktu tu da report kat nurse tapi dia suruh pakai pad je sebab dia takut aku salah. Dan bila doktor cek memang ada leaking berserta sedikit darah. Dia suruh aku tunggu dalam 4jam untuk cek bukaan.

Memandangkan ada leaking aku hanya dibagi masa 18jam kalau tak bersalin takut infection. So lepas 4jam bukaan pun 4cm jadi aku boleh ditolak ke labour room. Jam 3.00 petang nurse datang bawak wheelchair nak hantar aku pergi labour. Suami pun dah ready.

3.30 petang aku dah kat dalam labour room bersama alat ctg di perut. Memang sakit benda tu dengan contraction lagi. Then dalam jam 6.00 petang nurse masukkan drip dan air. Memang dah tak boleh makan time ni.

Lepas drip masuk memang dah rasa sakit teramat. Macam tak senang duduk pinggang dan pinggul rasa nak patah. Perut pun sakit menusuk-nusuk. Masa ni aku dah minta ubat tahan sakit. Dia ada sediakan gas tapi tak membantu pun.

Ubat tahan sakit tu cuma kurangkan sakit dan bukan hilangkan. Effect dia mengantuk tapi tak boleh tidur sebab setiap 5minit sakit datang. Paling sakit bila dia pecahkan ketuban pukul 8.30malam rasa nak bangun dari katil lati-lari. Masa ni aku dah tak tahan sambil mengadu dan marah-marah suami.

Bukaan pun da 6cm waktu nurse cek dalam pukul 12.00 malam tu. Bayangkan berapa lama aku dalam tu sampai masuk 8/3/15. Dalam pukul 1.00pagi nurse cek kepala baby dah keluar. Masa ni sakit dia hanya Allah SWT yang tau. Terus rasa tak nak bersalin.

Nurse ajar cara push sambil tekan lubang punggung. Tapi aku tak reti. Dan aku siap bergaduh dengan nurse tu sebab dia tambah drip aku. Sakit oii. Then aku start meneran pukul 1.15pagi dalam usaha yang kuat dengan suami aku duk bagi kata semangat. Akhirnya berjaya keluarkan baby jam 1.48 pagi. Sebenarnya aku dah consider ceaser hehe.

Alhamdulillah tekaan aku betul kami dapat baby girl. Hee. Nantilah aku post gambar sekarang dalam mood motherhood.

Bye.

Sunday, March 1, 2015

Jalan-jalan CNY

Ha, post lama baru nak update. Haha. Dah chap goh may dah pun. Apa nak buat busy nak settlekan kerja before cuti maternity bermula.

Sehari lepas CNY, adik aku datang sebab dia ada interview dekat Jalan Raja Chulan aku rasa dia datang sampai aku delivered kot.

So lepas amik dia kitorang pun menyinggah ke IOI City Mall, lagi. Nampak tak banyak kali dah pergi oi oi.


Dah gemuk pun masih bernafsu nak amik gambar. Haha. Bukan takat kaki bengkak muka pun da bengkak.

Esoknya masing-masing cuti tidur-tidur dekat rumah. Tapi bila petang rasa bosan so ajak lepak minum petang.

Pusing punya pusing banyak kedai tutup termasuklah Murni. So nampak Hailam Kopitiam ni buka ada cendol pulak. Serbu je lah.



Minum petang okay bukan makan malam. Sebabnya malam FIL ajak pergi Alamanda makan TGIF. Dan lepas tu karok.

Tapi sebab kitorang nak pergi downtown Mines makanya tak join lah karok lepak kejap je dan terus pergi downton.


Balik pun dah pukul 2.30 pagi. Hebat tak hebat dengan bawak bola dalam baju. Haha. See you when I see you.

Bye.