Friday, January 24, 2014

It's my birthday.

Hi geng yang bertambah usia hari ni. Sep sep dulu.
Terima kasih kepada semua yang with dekat aku.
Love you guys.
See you soon.


Kembang tak hidung mak jah? Diam kau di situ.

Ok bye.


Thursday, January 16, 2014

14 hari lagi.

Ha nampak tak tajuk tu.
Ramai kawan2 tanya macam mana persiapan? Rasa cuak tak?
Haha. Aku hanya mampu cakap tak rasa sangat lagi tunggu bila time nak nikah tu mungkin terkucil.
Cuma sekarang ni yang lebih dirasai bahang persengketaan dengan mak dalam percanggahan pendapat dan dengan tunang sebab kekurangan budget.
Ayat baku, mampu?
Lebih mengecewakan dengan sikap segelintir pihak yang macam dia yang nak kawen banyak peel betul.
Aku cuma mampu redha.
Meh nak tunjuk gambar persiapan.


Ni reben nak letak kat hood dengan pintu kereta.
Gigih jahit sendiri.


Ni corsage buatan sendiri guna kertas.
Hodoh tak hodoh kena pakai jugak.


Ni beli kat ikea time christmas sale hari tu.
Terus design sendiri hiasannya.
Kalau macam budak2 mak kisah ke? Ni guna bahan apa yang ada kat rumah saja.


Nilah kasutnya konon2 untuk nikah dan sanding.
Tak hias kot macam ni jela.

Ni hantu buat spa sendiri.
Haha haha
Okay jumpa lagi.

Bye.


Sunday, January 12, 2014

YTBC

Okay hari ni aku nak cerita tempat aku beli door gift VIP.
Mula2 ingat nak beli tin yang ada bentuk2 warna warni tu, tapi bila fikir nak bawak balik Sabah macam susah, so aku tukar.
Aku jalan2 hari tu then singgah kat 1 kedai barangan perkahwinan dekat jugak dengan rumah aku.
Niat aku nak tengok je dulu.
Tapi dah kena bagi green Light untuk beli so beli.
Kedai dia nama YTBC berdekatan car wash.
Antara benda yang aku beli :


Ini adalah pen. Ini bukan pilihan aku.
Harganya sebatang RM1.40 termasuk kotak tu.
Aku beli 80 pieces.


Ini aku yang pilih, dua warna. Purple dan Light blue.
Ni botol 4 segi. 
Harga dia RM 1.60 sebijik dengan hiasan dan benda di dalam tu.
Aku beli 120 pieces.


Ni yang warna biru nye pun.
Okay itu saja untuk kali ni.
See u when i see u. Hee.

Bye.

Thursday, January 9, 2014

Tempat jahit murah.

Okay mak penat.
Beberapa hari ni full blast siapkan doorgift, ambik barang, urus borang dan macam2 lagi.
Tulang dah sakit2.
Macam orang tua kan? Haha.
Sebenarnya dari hari tu nak cerita pasal tempat jahit baju ni.
Mula2 hantar jahit kat member dah hantar kain segala dah bagi harga then ada masalah yang tak dapat dielakkan terpaksa cari kedai jahit lain.
Ngam pergi rumah aunt kat Ampang bagi kad terus terbuka cerita pasal baju.
Memandangkan dah tanya yang lain memang dah ramai tutup tempahan so kita pergi je lah hantar kat sana.
Harga nya tidak lah murah sangat.
Empire Dress kosong = RM 250 jahit sahaja.
Kebaya = RM 150 jahit sahaja. Tapi dua2 full lining.
Kalau patching lace dalam RM 150 untuk kebaya dan RM 200 untuk empire dress sebab dia beading skali.
Kalau untuk veil RM 200 satu.
Tapi sebab dia fitting pun laju akak tu pun layan okay so tak pelah kan.
Kedai dia ada dua 1 kat medan mara, lagi 1 kat kg. Baru.
Nama kedai aku tak berapa ingat sebab masa datang tu dia tengah renovate tapi akak tu nama Sharifah.
Lepas ni misi memenuhkan beads pulak.


Bila agaknya sempat ye.
Siapa kata kahwin senang, penat nak pengsan.
Bilalah agaknya dapat berehat.
Nasib dah nak habis dah dan pengapit dah jumpa. Yeay!
Nanti sambung lagi ye.
Thanks for reading.

Bye.

Monday, January 6, 2014

Guest booth

Sejak busy ni makin malas and tak sempat nak updated, tapiku gagahkan jua.
Tak nak lah nanti setahunya ada berapa post saja, ye dak?
Semalam keluar seharian cari baju extra nak sewa, cari accessories dan cari bunga tangan.
Round punya round balik dah penat nak update, nasib lah jumpa yang berkenan.
Tapi sebenarnya nak cerita pasal guest booth aku buat sekali dengan tempat bagi door gift.
Aku dah beli awal dah waktu berduit dulu.
Sebab tengok comel2 sangat kan, kat mana lagi kalau bukan kat Kaison.
Antara barang yang aku beli,


Ada lagi sebenarnya tapi tak sempat nak snap.
Aku cadang nak design sendiri je meja tu tapi sampai ke hari ni tak sempat2 nak sketch.
Aku sarankan korang cari barang baik yang murah kat Kaison sebab dia banyak benda yang comel dengan harga yang unexpected, gituh.
Memang berbaloi okay.
Ada macam2 dari barang rumah ke barang ofis yang rare. Aku bukan duta Kaison tapi aku suka pusing sana lama2 tapi last2 tak beli banyak pun, haha.
Okay lah nak sambung buat door gift tak banyak lagi mungkin lagi 3 hari boleh siap.

Counting, 24 hari lagi. Dup dap dup dap.
Next, tempat menjahit baju kahwin.

Bye.

Saturday, January 4, 2014

Bunting dan sticker murah.

Minggu ni memang busy memanjang kena hantar kad, kena buat door gift, kena design banner segala.
Semalam dengan penat keluar hantar kad seharian, balik rumah rehat kejap malam ambik borang kahwin pula.
Dah balik nak kat pukul 12 tengok cerita hantu Minyak Dagu then dah habis tu sambung design banner.
Photoshop pulak meragam terpaksa guna illustrator.
Then hari ni dah kena bangun awal sebab nak hantar design banner untuk printing.
Sebenarnya kedai tu pemilik dia Mr Wong cousin mak aku merangkap bestfriend dia masa sekolah.
So dapat murah sikit lah sekaki dalam berapa ringgit je.
Nama kedai dia Iklan Top Art.
Aku buat yang jenis stand, sebab yang gantung too mainstream.
Dulu aku buat sticker aku kat situ juga. Dia kira berapa sen je satu.


Lebih kurang yang macam aku design tapi ni sticker.
Aku lekat macam ni je simple.


So tak perlulah berhabis sebab ni door gift untuk nikah je aku buat dalam 100pieces.
Aku perlukan rehat yang secukupnya sebab lepas hantar design ni aku terus pergi hantar kad lagi.
Balik rehat kejap hantar kad lagi. Pfft. Penat.
Okay lah tunggu next post.

Door gift vip.

Bye.



Wednesday, January 1, 2014

2014

Selamat Tahun Baru!
Umur meningkat ke angka 25.
InsyaAllah sunnah Nabi kahwin umur ni.
Mengharapkan semuanya baik2 saja.
Doakan aku.

Bye.