Thursday, June 30, 2011

2nd.

Today is our anniversary. :)
We have been together for 2 years now.
And hopefully it will long lasts until we get married and forever more.
For all haters who hate me and secretly so damn much want to destroy our relation i suggest you to back off.
Try to make your own relationship last longer first then you have more time to mind other people business.
Pray for our happiness not for sadness.
And I'll pray for you. At least no bad things will happen to you. :)
Thank you so much for your concern at me.
But sorry dear, your not on my list.

For you my love, I still love you and I do miss you.
Do something for our better future and i believe in you.
Take care.
I will meet you soon. :)

Bye.

When to wash.

Aku nak bagi petua untuk membasuh baju. Kalau kita selalu basuh baju, maksudnya hari2 lah kan nanti baju cepat lusuh. Mesti tak bestkan baju mahal2 lepas tu favorite pula tu cepat je rosak. So, ini ada contoh cara nak tahan lamakan garments;

Jeans - Selepas 4 ke lima kali guna. Jeans senang memerangkap habuk, tapi itu bagus, kalau kita selalu cuci nanti warna jeans akan luntur dengan cepat. tak cantik. :(  Tetapi jegging mesti dicuci selepas setiap kali pakai.

Skirts - selepas 4 ke 5 kali guna. Selalunya kalau kita pakai skirt kita jarang lakukan aktiviti lasak, kita jaga tingkah laku so, peratus untuk dia menjadi kotor tidak besar.

Swimsuits - Selepas digunakan. Garam dan klorin akan merosakkannya dan boleh mengakibatkan ia menjadi kurang stretchable. Basuh tangan bersama2 dengan air yang sejuk dan sabun detergent lembut untuk hilangkan bau klorin. Keringkan secara biasa.

Tops and dresses - Selepas sekali ke 3 kali guna. 3 langkah untuk menjaga ketahanan baju ini ialah jangan pakai deodorant dengan banyak (satu dab sudah mencukupi), jangan letak di tempat iron dan yang boleh mengotorkannya.

T-shirt, tanks and camisoles - Selepas setiap kali digunakan. Jaga ia seperti menjaga pakaian dalam. Close-fitting and oil absorbing, selain itu ia juga basic pieces untuk dipakai dengan blouses, sweaters and jackets. Cuci dengan air panas.

Bras - Selepas 3- 4 kali guna. Bra tidak terkena dengan ketiak apabila dipakai, jadi ia masih boleh dipakai beberapa kali. Tapi ia memerlukan 24 jam rehat sebelum dipakai semula supaya keelastikannya boleh kembali kebentuk asal. Kalau anda kuat berpeluh, cuci bra setiap hari dengan sabun bayi. :)

Bye.

Wednesday, June 29, 2011

Musim

Sekarang ni musim mengumpat ke? Musim buat jahat sesama sendiri?

Asal buka FB saja nampak kat wallpost orang duk komen benci dengan kau, kau ni busuk hati, kenapa aku difitnah, aku tak maafkan kesalahanmu, kau memang suka buat cerita buruk pasal aku, kau busuk hati, kau pendengki, bla..bla..bla..

Tapi tak ada pulak dengar aku memfitnah kawan aku, aku kencing duit dia, aku sengaja buruk2kan kawan aku depan mak mertua dia supaya aku boleh rampas bini dia, bla..bla..bla.. Adakah macam tu?

Semua yang mengeluarkan wallpost itu terang2 adalah mangsa, tapi kita jarang dengar pihak pemangsa mengeluh.

Semua nak nampak dipihak baik, pihak yang patut diberi simpati. Jadi siapa yang penjahatnya? Adoii. Ke semuanya propa?

Aku malas nak masuk campur juga. Tapi nak buat macam mana terbacakan. Kadang2 aku sengaja macam buka comment yang orang bagi. Ada membina ada yang menambah perasa. Kadang2 macam lawak pun ada juga. tapi aku taklah pandai2 pergi comment orang tu kan.

Mampu nak cakap, ala bodohlah ekau ni yang kau nak maki2 dia dalam FB ni buat apa? Kau ingat dia terasa kah? Sudahlah kau block dia, macam mana dia nak baca. Jadi kau cakap2 ni sekadar puaskan hati sajalah kan. Kau tak berani ye cakap depan2. Tak gentle wok.

Sabar sajalah. Sebab aku mengaku aku ada juga menunjukkan ketidakpuasan aku melaui FB, tapi aku just specifickan comment itu hanya boleh dibaca oleh orang terpilih. Berani matikan?

Bye.

Tuesday, June 28, 2011

GF belanja BF

Okay apa pendapat korang?
Berbaloi kah kerana sayang yang mengunung kita bagi segalanya pada BF?
Bagi segalanya dalam konteks duit lah.
Maksudnya belikan perfume, baju, seluar, belanja makan, belanja tengok wayang, belanja pergi taman tema.
Kiranya semua ditanggung oleh GF secara solo.
Kalau kongsi bayar mungkin logik lah.
Tapi kalau semua GF tanggung, mana maruah lelaki?
Melainkan lelaki tu memang gigolo, tak kisah makan duit perempuan.
Sudah biasa, sudah tidak malu.
Malah kalau tidak diberi duit ugut mahu berpisah.
Apa nak jadilah.
Yang perempuan tu lah yang banggang.
Sanggup berhabis untuk lelaki yang belum bergelar suami pun.
Semata2 takut ditinggalkan.
Sayang sebab cinta kah sebab bodoh tu?
Laki tu bila sudah dapat segalanya bila sudah bosan mula lah ugut nak cari lain.
Sanggup tinggalkan GF susah senang tadi untuk perempuan yang lebih kaya, lebih mampu tanggung dia.
Putaran hidup kan.
Last2 kau juga yang sedih.
Duit habis lelaki tak dapat.
Lain kali berpada2 lah yerr.

Bye.

Monday, June 27, 2011

Sunday, June 26, 2011

Penat!

Okay. Semalam (Sabtu) aku kerja, so, aku balik pun sudah pukul 3.30. Then, adik aku beriya2 nak ajak pergi tengok Jom Heboh, Likas. Hurm, sebagai kakak aku patut teman. Ececeh tak nak mengaku sebenarnya dia nak pergi juga. Haha.
So, around 7.00 kitorang pergilah. Mula2 memang sudah agak it will be crowded. Of course lah kan. What do you expect? Kami cuma berharap tak hujan jelah. Da lah park kereta jauh yang amat. Memang sakit2 kakilah ye. Sanggup. Sampai2 saja dengan panas dan tak meriah langsung. Artis yang ada cuma Tomok dengan Akim. -__-
Tak sampai setengah jam kat sana terus rasa nak balik. Tak apalah asal sampai. Then oleh kerana malam masih muda, kitorang rancang nak pergi 1Borneo. Konon2 nak usyha F.O.S yang baru buka. Lepas tu nak singgah MNG (konon sale) dan nak try tengok Cotton On sudah beroperasikah belum.
Semua sudah masuk. Memang penat lah. Last2 usyha2 tak ada yang berkenan dimata. Tak beli pun apa2. Even duk try kasut kat Cotton On, flowery kot dan paling penting half price. Beli McD ( Double Cheese & milk shake ) jelah sebab lapar yang amat.
Balik2 memang mengantuk. Tinggal sehari je nak cuti (hari ni) tu pun jalan lagi. Hantar Bobo balik Maktab Sabah. Pagi2 pergi majlis kahwin kat Papar. Kenapalah esok Isnin?

Saturday, June 25, 2011

Tite sute tamu.

Ha amik kau. Faham ke tidak apa maksud dia? Mampus! Mungkin faham tapi agak lambat untuk diterjemahkan di situ. Kalau nak sebut bunyi macam tu memang geli geliman apa lagi mendengar. Muntah~
Aku tak faham kenapa orang nak bersusah payah menukar ejaan tulisan yang sedia ada, tak ke menyusahkan tu. Contoh : aque, kaw, tomey, tantik, bodowh. Kan lebih senang kalau eja je aku, kau, comel, cantik, bodoh bangang? Merosakkan bahasa betullah.
Kalau kita baca mengambil masa, nak menulis pun mengambil masa. Macam budak2 kecil yang tak tau sebut. Tapi kalau budak kecil tu memang comellah ye tengok dia susah2 nak menyebut. Cuba kalau kau? Comelke da 23 tahun masih pelat? Mungkin dia perasan comel kot bila eja macam tu? Comel ke kau?
Cuba bayangkan kalau sudah bekerja tulis or cakap macam tu. Tak professional kot. Jadi ubahlah dari sekarang. Sayangi bahasa kita. Kalau betul kau nak tetap cakap dan tulis macam tu aku rasa bagus kau daftar kat Pusat bahasa cipta bahasa baru. Boleh?

Bye.

Thursday, June 23, 2011

Siapa aku?

Sepanjang hidup aku aku sudah belajar selama 17 tahun. 2 tahun tadika, 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah, 3 tahun diploma dan setahun degree (another year to finish). Masa tadika aku masuk KEMAS dan satu sekolah English tak silap aku. Sekolah rendah aku sekolah biasa2 sahaja sekolah menengah pun sama. Tapi aku tetaplah pelajar luar biasa. Haha. Tett.

Sekolah rendah aku tidak begitu menonjol dalam pelajaran. Aku lebih terror bermain dari belajar. Aku tak suka buat kerja rumah. Setiap petang seawal pukul 2 aku sudah keluar bermain. Aku suka main basikal dan kejar2. Oleh kerana masa lebih banyak bermain aku tidak buat langsung kerja rumah. Sampai sekolah aku just tiru kawan aku punya kerja. ( Kids don't try it at home).

Tapi, walaupun aku tidak begitu menonjol dalam pelajaran aku selalu dapat nombor 3, paling worst pernah aku dapat nombor 13. Tapi tetaplah BM aku pelajar terbaik. Semuanya sebab minat aku membaca yang mendalam. Aku tidak bersekolah agama, sebab masa aku kecil aku selalu pindah2 jadi tempat terakhir aku pindah tak ada sekolah agama, kalau ada pun aku sudah terlambat.

Tapi aku tak lah worst pasal pengetahuan agama. Mungkin sebab aku banyak membacakan jadi aku banyak tahu hal agama berbanding yang sekolah agama. Cuma aku mengaku bab menulis jawi aku sangat lembab. Aku paling lambat siap kalau ustazah suruh aku tulis. Pffftt. Tapi membaca jawi aku okay. Aku belum khatam Al-Quran. (Rahsia). Ni semua sebab selalu berhijrah tak sempat khatam pun.

Waktu sekolah rendahlah paling best sebab aku anak cikgu. Dulu2 kalau kita anak cikgu orang macam hormat kita semacam. Orang akan bergosip pasal kita tapi tak berani kenakan kita sebab kita banyak pengaruh. Haha. Lebih berkesan kalau mak kita cikgu yang garang. Tapi yang tak bestnya kalau kita nakal cepat saja mak tau sebab ramai yang dengki pergi report. :/

Okay, zaman2 sekolah menengah aku sangat nerd. Ulang suara NERD! Aku patuh peraturan takut nak buat jahat, tapi tetaplah nakal. Zaman kegemilangan aku waktu aku form 1 sehingga form 3. Maklumlah waktu tu bangga sebab UPSR dapat 4A1B. Masa form 1 juga aku Top 10 Best student of course lah mak nombor 1 antara Top 10 itu. Ini bukan tipu.

Tapi naik form 3 aku jadi merosot sebab aku mula belajar bercinta. Nantilah mak cerita kisah cinta mak ye noxx. Bila sudah merosot sekejap semua dah naik jadi mak susah nak naik balik. Jadilah PMR mak dapat 2A6B. Lepas tu mak gigih lah untuk SPM pula, SPM pun ala kadar juga sebab cinta monyetlah. Bencilah monyet suka mengoda cinta i. Mak dapat 3A 2B 3C 2D, hebat tak? Huhu.

Tetaplah A itu BM tapi BM mak cuma A2, yang mak heran BI mak boleh dapat A1. How?? Eh mak pula. Aku bukanlah bagus sangat BI tapi alhamdulillah lah. Yang lagi 1 tu Math, mak memang suka Math. Yang lain tak payah lah cerita k, i malulah. Aku ambil science so ada 10 subjectlah cengitu. Nak amik seni visual tapi sudah amik 10 jadi jangan tamak!

Masa zaman2 diploma pula mak jadi sangat pendiam (bukan memang dari dulu cengitu ke). Mungkin sebab diperantauan kan jadi tiada sesiapa menjadi peneman ku. Kebanyakan kawan2 cengitu jelah belum ada yang best friend forever. Memang sedih lah memula tu lama2 sudah pandai biasakan diri. Aku selalu jadi mangsa buli. Wah! Yeke? Tapi aku tidaklah boleh dijadikan pelajar pilihan. Mungkin minat saja tanpa bakat tak cukup kot.

Aku malas nak cerita panjang pasal diploma, sebab banyak kenangan pahit.Kenangan manisnya waktu nak habis itu aku jumpa kawan yang boleh dipanggil sahabat. Tapi tak mengapa diploma aku telah habis dengan jayanya walaupun bukan dekan at least sudah ada sijil diploma. Aku habis diploma in Interior Architecture di UiTM Seri Iskandar, Perak. Woohoo bangga.

Lepas habis diploma aku terus sambung degree sampailah sekarang. Tapi degree ni aku macam makin teruk saja kerja asyik kena condemn. Macam aku ni langsung tak layak amik degree, terlalu lemah. Silap langkah kot. Nasib lagi setahun nak habis. Insyaallah kalau tiada masalah besar aku habis dengan Bachelor (Hons.) in Interior Architecture dari UiTM, Shah Alam.

Bagi yang tak tahu mungkin tertanya2 mana hasil kerja aku. Kata designer tapi tak kan tak ada bukti hasil kerja. Sebenarnya ada, ada yang hilang tapi aku malu nak tunjuk sebab tak seberapa sahaja. Akukan biasa2 sahaja. tak berani nak bermegah. Ceh! Lagipun aku tak habis belajar lagi tapi Insyaallah in the future kalau aku ada kerja yang the boom ke baboom aku tunjuk tau.

Bye.

Tuesday, June 21, 2011

Lawan makan kawan.

Pelik-peliklah perangai manusia zaman sekarang ni.
Orang luar pun boleh masuk campur hal orang lain.
Siap jadi batu api, penyedap rasa, penambah perisa.
Jadi, si watak utama ni tunggul kah?
Hai, macam-macam hal, hal kecil-kecil diperbesarkan.
Apa nak jadi ni? Orang berlumba-lumba cari pahala, kau berusaha tambah dosa.
Nauzubillah.
Kau ingat dengan pegang watak innocent tapi sebenarnya kau gunting dalam selimut kau boleh selamat?
Sudah-sudahlah manusia. Berhentilah dari sibuk hal rumah tangga orang lain.
Jangan sampai baju sendiri compang camping tak sedar hanya kerana terlalu fikirkan kain orang yang terbocor sikit tu.
Typical Malay memang macam ni kan?
Suka terpengaruh dengan hasutan orang, suka bawa cerita malah suka buat cerita.
Patutlah tak maju-maju.
Siapalah yang tinggal untuk dipercayai.
Yang boleh dipanggil sahabat.
Yang tak tikam belakang.
Hidup pasang surut, macam laut.
Kadang kita di atas, selalu di bawah.
Jadi beringat sebelum kena.

Bye.

Monday, June 20, 2011

Tiada siapa boleh dipercayai.

Walaupun kita tidak bermusuh dan tak suka bermusuh tapi masih ada orang yang mahu jadi musuh kita.
Kita tak pernah cari gaduh apatah lagi menunjuk-nunjuk kelebihan diri.
Tapi apakan daya di mata orang kita tetap salah.
Kalau kita lebih sedikit diperkatakan.
Kalau kita kurang segala-galanya diperkatakan juga.
Jadi apa yang kita perlu jadi untuk puaskan hati semua orang?
Kita perlu jadi orang lain?
Atau mungkin butakan mata pekakkan telinga?
Apapun yang kita buat tetap mengundang bencana dimata mereka.
Kadang-kadang kita tidak boleh percayakan sesiapa.
Depan kita bermanis mulut berjanji setia, tapi dibelakang kepala kita dipijak.
Aku tidak memperkatakan sesiapa secara specific, ini secara general.
Adakah kita antara mereka yang memperkatakan?
Mungkin juga yang diperkatakn.
Jadilah mereka yang boleh dipercayai sebagai kawan dan kekasih.
Apa yang kita buat akan dibalas secepat mungkin sama atau lebih hebat.
Tepuk dada tanya selera.

P/s : Malik sebenarnya The Cleo 50 Most Eligible Bachelors. Wow!

Nora Elena~

Bye.

Sunday, June 19, 2011

Ahad.

Okayy kenapa aku guna nama2 hari sebagai tajuk post aku? Haha. ;P Sebabnya sejak aku mula mengenali erti bekerja aku sudah mula menghargai hari2 yang dilalui. Ceewah! Sebenarnya gue malas donk mau bekerja. Esok Isnin gue harus membanting tulang empat kerat. Duhh!

Lupakan hal2 yang berkaitan kerja. Kalau kita bincangkan panjang lebar pun tak guna. Hakikat harus ditempuhi.Okayy hari ini aku menonton wayang, wah skemanya, haha, okayy serius, aku menonton cerita baru ditayangkan 16 June iaitu 3hari lepas, GREEN LANTERN.

Ulasan untuk cerita ini sangat best okayy. Aku memang sangat mencintai cerita2 science fiction seperti itu. Ceritanya bermula apabila di antara banyak2 planet diluar bima sakti, ada planet yang mempunyai penghuni yang mempunyai kuasa. Tiba2 ada raksasa bahaya yang dikurung terlepas. Dia akan mengambil segala isi dalaman (roh) orang yang takut. Jadi orang itupun terus mati. Penjaga yang menjaga makhluk itu berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan nazak dan terkandas di bumi. Dia melepaskan Green Lantern yang disimpan di dalam cincinya untuk mencari pahlawan baru. Orang yang dipilih akan menyelamatkan planet mereka dari musnah.

Heronya adalah yang hero definitely maybe tu, tak ingat nama dia. Sangat tough okayy. Heroinnya Lively Black. Tak meminati beliau sangat. Tak rugilah tengok, bagi peminat2 cerita Tron cerita ni ala2 cerita tu. Aku memang meminati cerita watak2 superhero macam tu.

Okayy, kenal dengan benda alah ni?
Kecillah pulak gambar dia. Domo-kun kan? Kenapa orang suka dia. Sekarang ni dekat mana2 pergi mesti ada dia. Haha. Aku biasa2 je pun.

Hurm aku sangat memerlukan duit sekarang ni. Honestly, sudah berbulan2 aku tidak ke bank untuk mencucuk duit. Ini kerana aku yakin seyakin-yakinya duit di bank aku itu memang tidak banyak. Haha. Tapi nafsu bershopping aku memang susah untuk dikawal. Ia hanya berjaya dibendung apabila aku kehabisan sumber kewangan. Selagi ada setiap inchi akan dihabiskan. Lebih2 lagi sekarang tengah sale. Tadi aku pergi Suria Sabah macam2 ada, COTTON ON tengah buat sale! Dress2 dia sangat cantik dan berbaloi untuk dibeli. MNG pun sale! Argghh! Kenapalah kenafsuan aku diuji sewaktu aku ketiadaan wang??

Bye.

Saturday, June 18, 2011

Sabtu.

Bercakap pasal hari sabtu, bagi kebanyakan orang hari Sabtu dan Ahad adalah hari paling best dalam hidup. Pasai apa? Pasal hari Sabtu and Ahad kita cuti boleh enjoyyy. Okay bagi yang tidak bekerjalah. Perhatian, tidak bekerja. Bagi yang bekerja pada weekend memang tidak seronok. Langsung! Aku sudah melaluinya dan bagi aku terus mood aku hilang. Rasa macam ada tiada sahaja. Hurm. Balik2 tengok jam bila mahu balik. Rupanya lama lagi sebab tengok jam every one minute. Pfft.

Bagi yang suruh pekerja kerja hari sabtu dan ahad. Anda memang bos yang tiada life. Sebab anda tidak fikir hidup orang lain hanya keuntungan. Anda pun bukan mahu duduk di office weekend yang ada cuma pekerja. Weekend adalah waktu untuk bekeluarga. Tahu? Cakap macam sudah kawin pula. Hehe. Hey, sokong la sikit pekerja-di-hari-Sabtu kerana aku sedang mempertahankan hak kamu ini. Feeling2 Oprah. Ah, sudahlah kau!



Bye.

Friday, June 17, 2011

Hargailah hidup sendiri.

Kita kadang2 suka nak beza2kan hidup kita dengan hidup orang lain.
Apa yang kita lebih apa yang orang kurang.
Apa yang orang ada apa yang kita tak ada.
Sudah lupa erti syukur.
Tapi Allah S.W.T. sudah tentukan hidup kita.
Kenapa perlu pertikaikan lagi.
Tidak puas hati, rezeki masing2 sudah ditentukan.
If you don't get what you want maybe you don't deserved it.
Move on je lah. Everything gonna be fine.
Hari ini result aku keluar.
Aku memang sedih. Ada tak puas hati.
Tapi nak buat macamana adalah mungkin aku silap kat mana2.
Kalau betul aku silap ku mengaku.
Tapi kalau aku disilapkan mestilah aku nak buat sesuatu untuk buktikan.
Kan??

p/s : takut kerana benar, sekarang ni kan musim saman menyaman.

Bye.

Thursday, June 16, 2011

3D!

Hurmp! Aku tiada keyakinan untuk buat.
Tak tau macamana mahu buat lighting. Hampeh!
Esok keje lagi sampai Sabtu.
Adik aku cakap, aku sudah jadi macam dia.
Pagi petang sekolah. Balik rumah makan kejap tengok tv tidor.
Esok nak bangun awal ulang balik rutin, kalau tak mengantuk.
Serious belajar lagi best.
Semalam gerhana bulan, aku tak tengok pun. Mengantuk!
Ni pun online sekejap saja. Mahu tidor dah.
Owh blog Pumpkin Pie tak update lagi.
Nantilah tunggu ada masa terluang.
Hari Sabtu ada kerja, orang minta tolong design bilik tidur.
Ahad kalau jadi mahu tengok wayang.
Kalau larat lah, duit pun kalau masih ada.
Miskin2.
Okaylah bye everyone. Nite2.

Wednesday, June 15, 2011

hilang tenaga...

Penat! itu yang mampu aku ungkapka. wah! Macam novel pulok.
Hari ini hari first kerja. Mahu tak penat.
Seawal 6.50 pagi bangun, bersiap, padahal start pukul 8.30pagi.
Last2 masuk lambat jugak, sebab pekerja tetap lambat datang.
Seharian di office, duduk2 saja terus dibagi plan untuk buat 3D.
Terngangga! Nasib tau basic. Buat2 tengok2 material semua tak ada. Aduh!
Makan pun pukul 4.30petang.
Aku memang tak bersemangat kerja. Hurm.
Nasib saja lah tanggungjawab. Kalau tak.
Owh, aku nak komen juga pasal orang2 yang suka sangat nak buat Page i don't like it. I don't like that.
Komen beramai2, maki-hamun. Elok kah perangai macam tu?
Sekarang ni trend tunjuk tak puas hati kat mana2 pihak kat fb, bagi semua orang baca, like ramai2.
Benda remeh jadi hal besar.
Banyak lagi benda lain kita patut risaukan.
Kalau tak dapat fikir kerja berfaedah, meh aku tunjukkan contoh.
1. Tolong fakir miskin.
2. Risau tentang hari kiamat.
3. Risau tentang makin ramai buat dosa.
4. Masalah Melayu yang makin mundur bangsa lain maju.
5. Politik wang.
6. Kaki pukul dan bunuh.
7. Malaysia dah nak kena takluk.
Ha! Kan banyak lagi benda patut kita risaukan, dari bazir masa fikir benda mengarut macam 2.
Setakat tak boleh download cerita luar, apa ada hal. Tak mati pun kalau tak tengok.
Bazir duit kerajaan pulak lepas ini nak upah hacker hebat luar negara nak selesaikan masalah negara kita.
Nanti korang jugak yang kutuk padahal masalah korang yang mulakan.

Renung2kan saja tak guna, buat terusss.

Bye.

Tuesday, June 14, 2011

Boleh tak, nak kawen tahun depan?

Amacam? Mengancam tak tajuk?
Mintak izin nak kawen bagai. haha.
Gatal tak? Ayat macam nak minta kena halau rumah dari mak.
Tapi serious aku memang nak kawen tahun depan.
Kalau boleh sekarang pun nak kawen dah.
Benda baik buat apa dilambat-lambatkan kan? Setuju?
Tapi dia tak nak kawen. How?
Auww. Straight to the point sangat.
Actually, kami bila2 sudah bersedia untuk kawen, tapi almaklumlah masalah kewangan.
Tapi kalau ikutkan nak tunggu sampai duit cukup mungkin aku tak kawen2 lah gamaknya.
Lama kott nak kumpul duit tunggu tabung kelapa penuh.
Hari ini (semalam dah kott ). Kami message2.
Itu jelah yang mampu, nak jumpa jauh. Sob.. Sob.. Sob..

Mizie ;  Ayang, u jadi Rose k, i jadi Jack. ( tiba2)
Aku : Ah? maksud u? (xfaham)
Mizie : Yelah, u jump i jump.
Aku : Haha. Ala2 macam titanic lah ni.
Mizie : Aah. Mulai dari hari ni panggil i Jack tau Rose.
Aku : Jack, i love u. Don't leave me.
Mizie : But i have to swim.
Aku : (blur) Aik kata tadi nak balik dah kenapa nak swim pula.
Mizie : Yela, dalam cerita tu kan dia berenang.
Aku : Owh. Jack don't die. If u mati nanti I menjanda terpaksa kawen dengan laki kaya yang lain.
Mizie : If i die, u must die too lah, moron. hahahaha.
Aku : Jahatnye U!
Mizie : You the cruel one.

Erk. Sampai ke malam main Jack and Rose. Tadi dia call siap cakap, Rose I love u. haha.
Ayang2, mesti esok u lupa dah watak masing2 kan.
Sekejap jew tu.

Bye.

Sunday, June 12, 2011

Appreciate Life.

hasad dengki?
benci?
tak puas hati?
menyampah?
haha. ada aku kesah?
mungkin aku akan hidup lagi setahun?
mungkin tahun depan kiamat?
apa yang ada sekarang perlu dilalui dengan indah.
peduli apa orang nak kata.
hak dia. hak aku jangan kacau.
hopefully sebelum hujung tahun tahun depan. aku sudah berkahwin dengan orang yang aku sayang.
aku tak mahu bersendirian dikala malam2 terakhir hidup dimuka bumi.
aku mahu ada seseorang untuk berpegangan tangan dan berpelukan.
Gila? mungkin hari ini semua ini gila.
tapi pada 21.12.2012.
yang gila hari ini mungkin menakutkan.

ohh. aku sangat takut dengan semua ini. hurm.

Bye.

Saturday, June 11, 2011

you have to wear other shoe in order to understand the pain

okay, faham?
pernah mengalami?
berada di pihak yang mana?
kadang2 kita sibuk duk nasihat orang.
tapi pernah tak dalam kita nasihat tu kita imagine dalam otak yang kita berada kat tempat si mangsa.
walau tak 100% feel yang sama, at least kita faham situasi dia.
tapi ada juga yang tak buat macam tu bagi nasihat duk sedap dia saja.
mestilah yang sedih bertambah sedih. meraung menangis.
pasai apa? sebab dia tak faham benda duk nak menangkan juga pihak tu.
yang kita ni tetap disalahkan.
padahal di saat kita sedih2 ni yang paling kita nak dengar adalah kata2 support.
walaupun kita tau kita salah kah betulkah kita tetap nak dengar kata2 orang duk kata kita betul.
sebab itulah hakikat otak kita di saat itu.
jadi kalau kita tak faham pa benda kita teruskan lah tak faham jangan buat2 faham pula.
setuju?
tukar topik. ada tak kita perasan yang kadang2 kita salah grammar or ejaan kat post comment kita?
okay kadang2 kita perasan kadang2 tak.
kalau bukan kita pun kita akan perasan orang lain buat mistake.
kita jadi gatal hati nak betulkan.
tangan ni ringan jew nak menaip bagitau si anu tu dia salah taip nak buat pembetulan kononnya.
okay finelah kalau dia tak kisah.
tapi kalau salah caranya orang akan anggap kita gedik pula. perasan bagus.
hang ingat hang tera?
aku sendiri kadang2 tak suka orang tu duk betulkan aku kalau aku salah lebih2 lagi kalau dia terus kutuk.
kalau dia kata elok2 dalam nada bergurau tak apalah.
kalau kita tak kenal dia lagi lah naya.
tiba2 dia komen kat gambar ko pasal si baju merah ni gemok, tak pun aku tengok baju hijau ni macam nyah lah.
berani??
okay ini tajuk lain. lari dari tajuk komen pembetulan.
apapun, kesimpulannya, kalau kita tak suka orang buat kat kita jangan pandai2 buat kat orang na?
what you give you get back.
ngerti?

Friday, June 10, 2011

i'm a churper!

want to know more about me? click at me. :)

One can spend a lifetime assigning blame, finding the cause "out there" for all troubles that exist. Contrast this with the "responsible attitude" of confronting the situation, bad or good, and instead of asking " What caused the trouble? Who was to blame? " asking " How can I handle this present situation to make the most of it? What can I salvage here? "

Thursday, June 9, 2011

Wednesday, June 8, 2011

Ni jiao shenme mingzi?

hyi semua bertemu lagi kita dalam rancangan bual bicara dari hati ke hati. hari ini kita akan membincangkan tentang isu bahasa ketiga. okay untuk makluman semua bahasa pertama kita di Malaysia adalah bahasa melayu, bahasa kedua ialah bahasa inggeris dan bahasa ketiga boleh jadi apa sahaja. tapi saya telah memilih bahasa mandarin.

haha. gila daa aku ni. aku saja ja maklumlah sudah lama tak mengasah bahasa mandarin basic aku. sudah lama dilupakan. owh da lah susah bebeno nak memahaminya aku dah macam menghafal je kekdahnya. kalau tengok cita bahasa mandarin comform lambat tangkap. terkedek2 katanya.

owh. aku sudah berjaya mendaftar muet untuk sessi october 2011. hopefully everything got to be okayy yoo. aku jugak sudah memperolehi kerja semperna cuti sekolah ini. wah, lawak jew panggil cuti sekolah. walaupun gajinya biasa sahaja tapi tidak mengapa aku cuma ingin menambah pengalaman. kalau tiada halangan minggu depan aku start lah kot. Monday to Saturday lah pula. malas bebeno bunyinya. haha. kuatkan semangat jelah.

Bye.

Tuesday, June 7, 2011

i believe i can fly

kenapa situasi bergaduh sering berlaku? pfftt. tidak dapat mengawal diri. aku mempunyai sifat ingin memenangi peperangan yang tinggi sebab itu aku jarang mengalah. boleh?? alasan nie boleh diterima pakai kah? hahaha. :p
aku tiada idea untuk menulis dah. agak merepek di situ.
aku teringat perbualan aku dengan gemok hari tu.

Aku : U xrindu i ke? Macam xkisah jew.
Gemok : Eh siapa kata i xrindu. I rindu. U bila nak balik sini, duit I da nak habis ni. (motiff x?)
hahaha. terus tukar topik.

tapi itu hari itu. semalam bergaduh lagi. gaduh besar. pukul 3 pagi. macam lagu P. Ramlee pula. kata lecturer aku, Encik Yusoff P. Ramlee meninggal dunia sebab dia terlalu kecewa dengan dunia seni. dia nak buat filem baru tapi pihak wayang tak nak sponsor. dia kecewa gila babing sebab dia dah ada idea semua tapi tak dapat jalan. so, dia ubati kesediahn dia u dengan minum banyak2. minum araklah gamaknya. sampai dia sakit. kesian.

Bye.

Sunday, June 5, 2011

mood : baku

selalu terasa diabaikan. memang perempuan suka berperasaan begini kah? atau hormon boleh dijadikan penyebab semua ini? hurm. atau mungkin aku saja kah dalam dunia ini yang terasa macam diri dibelakangkan? sampai mana garis normal yang boleh menjadi pengukur kenormalan seseorang dan sampai mana garis yang boleh dijadikan pengukur keoveran seseorang?

diakui perempuan memang manja, hati lembut dan sebagainya. kadang2 mereka perlu perhatian lebih dari segalanya. mungkin sebab lelaki dicipta berlawanan dari jiwa perempuan untuk mencipta balance di antara keduanya, jadi mereka seperti sangat tidak memahami perempuan. dan walaupun perempuan memahami tindakan lelaki tersebut tapi mereka seakan ego untuk menerimanya.

Bye.

Saturday, June 4, 2011

kenapakah?

kadang2 aku tersentap bila tengok pompuan tu pakai seksi2, gambar peluk2 dengan pakwe tapi tiba2 dia macam bagi nasihat agama2 atau alim2 kat orang lain. aku rasa macam tak sesuai sangat dek non. mungkin perlu muhasabah diri dulu kot sebelum nak mengata orang lain. aku tak berani lah kata lebih2 sebab aku pun tak alim tudung pun tak pakai lagi.

paling aku sentap bila pompuan ni pakai tudung tapi gambar peluk2 dengan bf, siap bf letak muka kat dada dia lagi, ada gambar dalam bilik hotel berdua tapi terasa dirinya beriman lebih dari orang lain. siap tuduh aku ni tak ada iman tak guna belajar sampai ke degree? apakah? layakkah kau? siap kata keturunan aku memang stail yang jahat2 jew semata2 sebab aku tak bertudung and "alim" seperti dia. donia..donia..

paling sedih pakai tudung on off. kau dah dibukakan hati untuk menutup aurat mu itu, kenapakah kau pakai sekadarnya? lengan pendek dan berlegging kadang2 suar three quarters tudung transparent. fashion apakah? tak apalah lagi, ada yang diluar elok bertudung, cantik dipandang. tiba2 di bf gambarnya berfree hair pula. kalau rambut lurus beralun hitam mengurai tidak mengapalah juga, tapi... tidak lah berani saya mengulas lebih lanjut faham2 sendiri lah ye?

owh sekarang semua orang gila dengan cerita nora elena/ nora eleena mana satu betul ntah. akupun tengok juga. tapi sekadar di you tube lah sebab aku tak tau waktu siarannya di tv3. hari2 atau selasa sahaja. sekarang aku da tengok sampai episode 4. hee~~

Bye.

Friday, June 3, 2011

pasrah.

blog aku ini tak sefamous blog blogger lain. jumlah follower pun kurang dari sepuloh. orang yang datang jengguk pun dah 2 tahun aku mula berblogger baru seribu-k sahaja. aku tak pernah menang award pun the most popular blog ever. bertandingpun tak nak menang apa kebenda.

mungkin sebab blog aku ni tak setaraf tak seelite blog orang lain. yelah orang lain boleh menunjuk2 dia shopping kat london, new york, paris and many more. bercuti dalam meleis ni mustahil sebab tak standard pun. makan tempat mahal2, lepak tempat mahal2, buat rambut pun kat tempat mahal2. aku semuanya dalam meleis jew.

kalau gila glamour sangat mungkin aku boleh buat pengakuan palsu bf aku artis ni, adik aku artis tu, tak pun paling senang ngaku jew dah tak suci. terus famous semalaya dalam masa 3hari jew. terus mencurah2 orang datang blog aku. mampu??

tak sanggup eh aku nak menconteng arang ke muka sendiri. biarlah kalau cuma aku yang tulis, aku yang baca sendiri, aku lah watak cerita ni ala2 macam syamsul yusoff semua yang best2 dia yang jadi. jimat budget katanya. mungkin lebih tepat gila glamer. aku tak kisah. yang penting aku tak di cop gatai ataupun show off.

xoxo

Bye.

Thursday, June 2, 2011

my sweetheart

lokasi kejadian ini berlaku : Myvi
watak2 :
driver : Azrul Azmiezie
hero : Azrul Azmiezie juga
cameraman : Nur Sufira
Heroin : Nur Sufira juga.

Bye.