Saturday, July 17, 2010

yang bodoh tetap akan bodoh selamanya. seperti pepatah, " once a thief, forever a thief".

sila jangan terasa kalau anda tidak berkenaan. ini adalah ungkapan untuk mereka yang perasan bagus tapi habuk pun tarak. yang suka pong pang pasal keburukan orang lain. yang suka melihat kejatuhan orang lain sambil ingin diri mereka dihormati. mereka sentiasa merasa yang diri mereka tiada kesalahan dan sentiasa mendahagakan kesalahan orang lain untuk di jaja dan dimaki. kesimpulannya senang saja kita lihat pada persekitaran mereka. kalau cuma seorang saja yang menjadi mangsa dan membenci mereka mungkin memang betul orang itu bersalah tapi kalau sudah lebih dari satu masih kah ingin menyalahkan orang lain?? kalau kawan sendiripun dia pergunakan dan tikam belakang apatah lagi orang luar. tidak mustahil. tidak mustahil terjadi.
dia pandai bercakap orang lain perempuan murahan,tiada maruah, tiada iman. sedarkah dia yang dirinya itu kategori apa? hanya Allah s.w.t yang boleh menafsir sedalam mana iman seseorang itu. Dialah maha mengetahui segala sesuatu di langit dan di bumi. hanya dia tiada yang kedua. tapi kalau kau pun berkebolehan menyukat tahap iman seseorang, rasanya kau siapa?? owh di depan aku kau macam malaikat, dibelakang aku kau sanggup menjadi hata syaitan untuk menjatuhkan aku dan memalukan aku. manusia kah kau? mengata aku sanggup melakukan apa saja untuk lelaki, apa bezanya kau? sanggup terhegeh2 macam tiada maruah untuk mengejar lelaki yang satu itu, yang banyak membuat onar dibelakang kau. kau gila kah aku? kesian sungguh bila mata hati ditutup oleh cinta yang dusta. tidak mengapa kita tunggu saja sampai bila permainan ini akan berakhir.




Bye.

Friday, July 16, 2010

i'm not ready

sebenar benarnya aku belum ready nak amik degree. aku pun tidak tahu apa yang terbaik untuk aku. tapi memandangkan aku tidak dapat apa2 kerja yang berkaitan aku teruskan juga menyambung degree. kalau duduk saja di rumah pun bukan dapat apa2. lagipun peluang sudah di depan mata. walaupun aku baru tahu. aku cuak juga bila tahu degree macam susah. lecturer tidak seperti di Perak. mungkin lebih garang. aku takut bila memikirkan kemungkinan drawing melayang, reject menggunakan kata kesat yang menusuk hati. di marah di depan umum. owhhhh...... macammana ni. betulkah keputusan yang aku buat?


Bye.

Tuesday, July 13, 2010

kerja atau degree?

kalau kerja dapat duit.
kalau degree 'pinjam' duit.

kalau kerja setiap hari dari 8-5.
kalau degree bekerja setiap masa tapi boleh pilih.

kalau nak diikutkan tension untuk dua2 ni sama ja. cuma kalau kerja tidak perlu bawa balik tapi kalau degree kena bawa balik.

Bye.

Sunday, July 11, 2010

Friday, July 9, 2010

contented day.

a smile can make short work of any difficulty.
never doubt my ability to achieve the goal.
if i do everything with the feeling of happiness, there will be no task too difficult to perform.


 

Bye.

Wednesday, July 7, 2010

thank you!

he had never been missed to buy me a cleo every month. thanks honey! it's so sweet. and it's more romantic than be given a bouquet of roses.

Bye.

Sunday, July 4, 2010

Friday, July 2, 2010

telat ;

aku ingat kisah cinta epic cumalah ilusi. adalah sebuah karya agung yang cuma wujud di muka qoran tetapi tidak di alam realiti. dan ternyata aku silap. kerana cinta sejati yang agung memang wujud. aku pernah melihatnya dan merasainya dengan mata ku sendiri. biar aku ceritakan semula pengalaman aku tentang cinta kepada semua agar dapat dikongsi dan dijadikan pengajaran. 

ceritanya dipegang oleh dua watak biar aku namakan mereka sebagai adam dan hawa. tema cinta mereka adalah dua darjat. mungkin sebelum ini dua darjat adalah sebuah filem p. ramlee yang sangat2 menyayat hati. tapi kini cerita ini benar2 ada dalam realiti. adam dan hawa ditemukan tanpa diduga. pada mulanya mereka saling berselisihan faham dan bergaduh. tiada tanda2 baik dapat dilihat. apa saja tentang hawa dimata adam adalah salah begitu juga dengan hawa. orang di sekeliling juga dapat melihat dan menafsir perbezaan itu. namun, mereka ada persamaan iaitu keegoan yang tinggi. masing2 tidak kalah antara satu sama lain. walaupun begitu, mereka tidak sedar lama kelamaan perbezaan mereka itu membawa kepada rasa cinta dalam hati.

hawa mula terasa sesuatu dalam hatinya. sehari tidak bertengkar dengan adam membuatkan hatinya tidak keruan. rindu mula bertandang. begitu juga dengan sang adam. sehari tidak melihat wajah yang ayu hawa membuat tidur malam tidak lena. hawa tidak dapat berbuat apa2 kerana dia di pihak perempuan. adam mesti memulakan langkah. suatu hari mereka berjumpa dalam keadaan yang senyap, tiada kata pergaduhan. mereka meluahkan rasa di dada. sememangnya kedua2 mereka mempunyai perasaan yang sama. mulai saat itu mulalah kehidupan penuh cahaya. setiap hari adalah hari yang membahagiakan. kerana adam telah menemui cinta yang selama ini hilang. dan hawa telah berjumpa dengan separuh jiwanya.

namun, panas yang disangka ke petang rupanya cuma sampai ditengah hari. adam meminta putus secara tiba2. alasan keluarga menjadi punca. cinta tidak direstui orang tua. hawa bersedih. mataharinya telah tiada. gelap jiwanya kosong hatinya. air mata menjadi peneman setia. tidur malam tidak lagi lena. setiap hari yang baru adalah dianggap mimpi belaka. tiada lagi alasan untuk dia hidup di dunia. merana sanubari. keputusan adam tidak dapat diubah walaupun hawa memujuk pelbagai cara.

tambah memedihkan, hawa mendapat tahu yang adam telah menemui pengganti. luluh hatinya tidak terperi. kehidupan tetap diterukan. akhirnya dia redha dengan ketentuan Ilahi. mungkin jodoh mereka sekejap saja. hawa mendoakan kebahagiaan adam. setahun pertama, cukup menyiksakan. dugaan datang bertimpa. tahun kedua juga sama. ingatan terhadap adam sukar dilenyapkan dari minda. tempat adam terlau istimewa di hati hawa. masuk tahun ketiga, hawa perlahan2 menolak mimpi buruk itu dan memulakan langkah baru. kenangan silap dilupakan sedikit demi sedikit.

selepas lima tahun, adam kembali untuk merungkai rahsia yang selama ini dipendam. hawa perlu tahu semuanya kerana adam pasti hawa sudah menemui penggantinya. adam tekad menceritakan apa yang tersirat selama ini. hawa terdiam. terpaku tanpa suara. mata bergenang dan air mata pun jatuh. cinta adam untuknya masih kuat. tidak pernah luntur. tiada hawa yang kedua. selama ini adam menipu hanya kerana dia tidak mahu hawa hidup menderita bersamanya. adam dan hawa dua taraf yang berbeza. seperti langit dan bumi. malam dan siang. tidak mungkin bersama. jadi adam mereka cerita agar hawa membenci dan melupakannya sebelum semuanya terlambat. kenapa adam terlalu mementingkan diri? kenapa dia membuat kesimpulan sendiri? hawa mencintainya setulus hatinya tidak memandang siapa dia. rupanya selama ini adam memendam rasa sendirian. sampai ke hari ini, dia masih menyimpan surat dan hadiah yang pernah hawa berikan. lagu untuk hawa masih menjadi dendangan dirinya selama ini. tidak pernah padam. rupanya adam lebih menderita dari hawa. kerana sakit menyimpan adalah seperti dihiris sembilu.

namun semuanya tidak dapat diubah. hawa telah mempunyai pengganti. tidak mungkin dia melepaskan apa yang dia ada untuk kembali kepada adam. dan adam sendiri tidak mahu semua itu berlaku. dia rela melepaskan hawa untuk mencari kebahagiaan yang adam tidak dapat bagi. selagi hawa bahagia adam juga bahagia. walaupun adam terpaksa bersendirian sampai bila2. dan adam sentiasa mendoakan kebahagiaan hawa dengan orang baru. cinta mereka kekal menjadi sejarah.

the end~

Bye.

Thursday, July 1, 2010

pity u.

cakap lebat.
mengata kesalahan orang.
konon dia lah yang baik.
yang hebat.
tak suka maki.
tak suka kutuk orang.
tapi ngata dulang paku serpih, ngata orang dia yang lebih.
lucu pun ada.
manusia yang ragam macam ni.
perlu diajar lebih sikit.
supaya sedar diri.
tidak perlu lah nak skodeng orang lain.
cari salah orang.
kau tu tengok kain sendiri.
dah berlobang2 gamaknya.
kesian.
ish ish.
kesian.
kau tak perlu lah takut dengan aku.
aku tak sejahat kau.
cuma aku nak cakap yang sekali musuh.
selamanya musuh.
jangan harap aku nak berbaik dengan kau.
tengok muka kau pun aku tak hingin.

Bye.