Saturday, July 17, 2010

yang bodoh tetap akan bodoh selamanya. seperti pepatah, " once a thief, forever a thief".

sila jangan terasa kalau anda tidak berkenaan. ini adalah ungkapan untuk mereka yang perasan bagus tapi habuk pun tarak. yang suka pong pang pasal keburukan orang lain. yang suka melihat kejatuhan orang lain sambil ingin diri mereka dihormati. mereka sentiasa merasa yang diri mereka tiada kesalahan dan sentiasa mendahagakan kesalahan orang lain untuk di jaja dan dimaki. kesimpulannya senang saja kita lihat pada persekitaran mereka. kalau cuma seorang saja yang menjadi mangsa dan membenci mereka mungkin memang betul orang itu bersalah tapi kalau sudah lebih dari satu masih kah ingin menyalahkan orang lain?? kalau kawan sendiripun dia pergunakan dan tikam belakang apatah lagi orang luar. tidak mustahil. tidak mustahil terjadi.
dia pandai bercakap orang lain perempuan murahan,tiada maruah, tiada iman. sedarkah dia yang dirinya itu kategori apa? hanya Allah s.w.t yang boleh menafsir sedalam mana iman seseorang itu. Dialah maha mengetahui segala sesuatu di langit dan di bumi. hanya dia tiada yang kedua. tapi kalau kau pun berkebolehan menyukat tahap iman seseorang, rasanya kau siapa?? owh di depan aku kau macam malaikat, dibelakang aku kau sanggup menjadi hata syaitan untuk menjatuhkan aku dan memalukan aku. manusia kah kau? mengata aku sanggup melakukan apa saja untuk lelaki, apa bezanya kau? sanggup terhegeh2 macam tiada maruah untuk mengejar lelaki yang satu itu, yang banyak membuat onar dibelakang kau. kau gila kah aku? kesian sungguh bila mata hati ditutup oleh cinta yang dusta. tidak mengapa kita tunggu saja sampai bila permainan ini akan berakhir.




Bye.

No comments:

Post a Comment