Friday, August 17, 2012

Last.

Tinggal lagi sehari untuk meninggalkan Ramadhan.
Sayu.
Sebab malam2 terakhir tak dapat berbuat apa2.
Nasib tak menyebelahi.
Cewah.
Gusi aku sedang meragam.
Doctor Hensem cakap ada gigi bongsu nak keluar.
Itulah jawapan untuk demam dan kesakitan yang aku alami hampir seminggu ni.
Harap2 Raya ni sempat lah sembuh.
Kalau tak macam mana nak makan?
Ni pun dah kurang makan.
Sebabnya gusi yang sakit mengakibatkan susah nak telan makanan.
Nak masuk makanan pun susah.
Berat badan pun dah turun 3kg.
Hurm.
Nasiblah raya di rumah sahaja.
Okaylah dikesempatan ini, alu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang mengenali diri ini, yang tak mengenali, yang pembaca senyap dan kawan2 jauh.
Minta maaf salah dan silap.

Bye.

Happy Birthday Mum!

12.08.12,
xoxo.

Bye.

Wednesday, August 15, 2012

Suatu ketika dahulu.

Baru-baru ni aku buat cleaning laptop aku.
Sebab beliau sudah sangat uzur.
Lembab dan cepat panas.
Aku syak sebab C dia penuh lepas tu kat Dekstop banyak benda pula.
Then aku delete lah and pindahkan mana yang patut.
Disebabkan aku miskin tak mampu beli External, CD jelah mampu aku save mana2 benda yang penting.
Tiba-tiba terjumpa gambar bersama Ex lama.
Aku pun tak tahu sejak bila aku simpan kat sana.
Sejak bila kewujudannya.
So belek-belek sekejap sebelum buang.
Malulah dulu I comot. Hehehe
Terus teringat kisah dulu-dulu.
Masa sudah berpisah dalam beberapa bulan.
Aku ada pergi Genting dengan kawan ramai-ramai.
Masa praktikal.
Waktu tu Ex tu ada turun KL tidur rumah kawan dia Samad tak silap nama dia.
Budak ID jugak.
Masa tu zaman main Myspace lagi katakan.
Ex tu pun IM aku kata nak jumpa dia kat KL.
Haruslah aku tak nak kan.
Then dia marah sebab aku tak nak terus maki hamun aku.
Aku rasa dia nampak kot gambar aku ke Genting.
Masa kat sana tu baju aku kotor, so aku beli baju baru.
Jadi nampak lah macam aku tidur sana sebab pakai banyak baju.
Padahal hari yang sama je pun.
So aku pun tak pasti siapa yang rasa tercabar lepas aku post gambar tu dekat Myspace.
Then Ex tu pun pergi lah Genting jugak dengan "Wife" dia tu.
Tapi dorang tidur sanalah.
Mungkin sebab cemburu ingat aku tidur sana dengan boyfriend kan.
So dorang pun bertindak berani lah dengan post gambar landing baik punya kat dada.
Ada satu gambar yang dia nak sangat menunjuk dia tidur sana.
Tajuk gambar tu " OUR ROOM ". Hahaha.
Tak pelah dek non, akak tak kisah pun.
Lepas tu dia sengaja blur-blurkan tarikh kat gambar tu.
Berani takut namanya tu. Haha.
Aku teringat je cerita ni, tapi benda ni dah lama.
Yang cerita pun kawan aku kat Perak dulu.
Kalau tak aku pun tak faham semua sandiwara itu.
Dialah yang tunjuk semuanya.
Hai lawak jugak bila ingat-ingat balik. ;P

Bye.

Monday, August 13, 2012

Him.

Kenapa aku sayangkan dia. (Poyo)

1. Dia tak pernah ungkapkan kata perpisahan. ( Ugut pernahlah kalau aku tak dengar cakap )
2. Dia banyak membantu aku.
3. Dia banyak berkorban untuk aku.
4. Kalau aku ada dengan dia, dia akan ajak aku kemana saja, even aku tak nak ikut dia akan bawak.
5. Dia akan selalu call.
6. Dia tak suka gaduh depan public, which is semua orang akan tahu masalah dalaman kau.
7. Dia tak suka gaduh lama2, akan call masa tu jugak untuk berdamai.
8. Dia comel. (Okay ini tipu)
9. Dia akan hantar aku kemana saja even dia bebel2. Hee~
10. Dia sanggup bekerja keras untuk nak kahwin.
11. Dia bawak aku jumpa family dia, and sanggup jumpa family aku.
12. Dia banyak menangkan aku.
13. Dia akan bagitau aku dia kemana then jumpa siapa. (if perempuanlah)
14. Dia jaga aku.
15. Dia akan tenangkan aku kalau aku nak marah orang. (aku garang)
16. Dia penyayang.
17. Dia manja.
18. Dia gedik.
19. Dia suka mengalah.
20. Dia suka menyakat.
21. Dia kuat cemburu. :P
22. Yang paling penting dia sayang kan aku.

Bye.

Sunday, August 12, 2012

Kesian.

Sebenarnya aku tak suka masuk campur hal lelaki.
Tapi entah lah laki zaman sekarang macam suka cari lawan perempuan.
Hobi kot.
Tak pun mungkin kalau lawan dengan laki ada pukul2.
Kalau dengan perempuan lawan mulut saja.
Tu pun dorang mesti boleh menang sebab guna maki hamun sebagai senjata.
Gembiralah kot menang macam tu?
Dah lah libatkan aku.
Tuduh aku macam2.
Macam lah aku desperate sangat.
Kalau bukan sebab Mizie sabarkan aku, dah lama aku menentang.
Yela tiba2 komen kat gambar FB yang Mizie just tagged aku sahaja.
Itupun gambar yang dia reti masak dah.
Tiba2 diserang.
Kena cakap macam2.
Tuduh aku kongkong dia.
Hasut dia.

Semua cara yang adalah yang mampu halang Mizie kuar rumah jumpa dorang.
Gara2 dia tak lepak.

Logik ke semua ni?
Kalau aku mampu buat macam tu alhamdulillah lah.
Macamlah Mizie nak dengar cakap kan.
Macamlah dia senang2 je ikut apa aku nak.
Dia pun pandai fikir.
Aku pun seumur hidup tak pernah halang dia.
Kalau nak keluar jumpa kawan silakan lah kan.
Janji benda tu tak mendatangkan mala petaka.
Please lah act matured.
Mizie pun kerja, ada life lain lagi.
Tak kan lah semata2 nak lepak nak ponteng kerja.
Balik kerja pun lambat.
Nak rehat.
Keluar dengan aku pun dia tak ada masa.
Balik kerja mesti terlelap2.
Ada masa adalah dia jumpa.
Bukan dia yang tak nak pun.
Lepas 2 mula lah ungkit lupa sahabatlah.
Lupa jalan pulang lah.
Nak lepak bila susah je lah.
Come on. Apa semua ni?
Korang pun bukan perfect so jangan nak pandai2 atur hidup orang.
Kalau korang tak keje banyak masa terluang lepak lah ikut suka bila.
Tapi jangan expect orang lain pun kena ikut cara korang.
Aku rimas dengan semua ni.
Jangan nak tuduh2 aku.
Kalau dia tak lepak aku tak pernah jampi dia suh jangan lepak.
Itu antara dia dengan korang bukan salah aku.
Pandai2 lah fikir penyelesaian.

Salam.

Bye.

Saturday, August 11, 2012

Sunway Pyramid








Bye.

Maafkan saya.

Maafkan saya si pemalas ini.
Bukan niat ku untuk tidak mengupdated.
Hahaha.
Aku sebenarnya tak mempunyai idea untuk mengarang.
Tak tau nak bercerita apa.
Tengok gambar saja lah.
Okay tak?

Mungkin nanti.
Sebab aku terlalu malas untuk mengambil pendrive.
Hahaha.

Berjaya membuat cleaning laptop.
Dah ringan sikit dah.
Wohoo.
Ada lagi yang perlu dibuang.
Tunggu masa sahaja.

Eh okaylah. Dah tak tau nak merepek apa.
Selamat bersahur kepada semua blogger.

Bye.

Thursday, August 9, 2012

Habuk.

Assalamualaikum pengintip tegar. . .
Fuh.. Fuh.. Fuhh..
Eh ini bukan jampi tapi ini membersihkan habuk.
Agak lama jugak aku tidak membuka blog ku ini.
Al maklumlah aku tidak mempunyai masa terluang.
Lagipun aku sangat sibuk dengan persiapan final
Tapi sekarang alhamdulillah.
Aku sudah habis degree.
Tapi belum secara rasmi lagi.
Sebab belum convo.
Insyaallah bulan October akan bemula kehidupan aku sebagai seorang designer.
Misi mencari kerja belum bermula.
Tapi misi membuat kuih raya sudah selesai.
Lepas ni misi mencari cinta pula.
Eh! Eh!
Haha. Sekarang kita berada di 10 malam terakhir Ramadhan.
Selamat mencari keberkatan.
Okaylah nanti ada sesuatu aku tulis lagi.
Buat masa sekarang ini dulu sebagai mukadimah.

Bye.