Wednesday, September 15, 2010

new hair, new weight new me.


Bye.

duit, duit, duit.

aduh sekarang ini semua benda pakai duit. sikit2 kena keluarkan duit.
sekejap ja duit rm100 bertukar milik.
sekejap ja da habis rm200. aiyoo
dengan itu nak bayar ini nak bayar
itu nak beli. ini nak beli.
semua keperluan.
kejap2 boify nak hadiah birthday. nak yang mahal pula 2.
kopak lagi.

Bye.

Tuesday, September 14, 2010

:(

kenapa setiap hari yang mendatang membuatkan aku bosan dengan dia.
kami selalu bergaduh.
dia selalu tak dengar apa yang aku bagitau.
dan aku selalu tak boleh terima apa yang dia cakapkan.
dia sangat menyakitkan hati.
sampai satu tahap aku rasa macam nak berpisah.
tapi kenapa dia selalu mengelak?
aku benci dengan semua ini.
pergaduhan ini buat aku rasa makin jauh.

if u do need me, please we have to do something.

Bye.

Sunday, September 12, 2010

rindu

tiba2 pula terasa rindu dengan ramadhan.
rasanya belum puas berpuasa.
belum puas beribadah.
raya sudah tiba dan minggu depan sudah busy dengan kerja2 di universiti.
hurm..


SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.



Bye.

Wednesday, September 8, 2010

~design~

sekarang aku sudah faham apa yang dimaksudkan dengan DESIGN.
memang ia abstrak tapi yang paling penting ia adalah campuran beauty and functional.
bukan sekadar susun2 bunga, furniture, pilih2 langsir dan sebagainya.
bukan juga berkaitan dengan feature wall atau warna.
semua itu cuma penambah rasa. tiada yang salah bila dikaitkan dengan warna.
semua adalah betul.
yang paling penting setiap susun atur atau drop and up lantai kena bersebab.
apa yang kita letak, warna dan setiap material yang dipilih mestilah mempunyai kegunaan.
bukan sekadar letak untuk penuhkan ruang.
setiap bukaan mempunyai maksud dan setiap ruang penting untuk dihayati.
sekurang2nya design ruang yang green dan tak lapuk dek zaman.
kena banyak berfikir untuk seni yang menguntungkan.
biar design bersuara sendiri.
seboleh2nya kalau orang tengok design kita dia nampak apa yang kita nak tunjuk.
dan dia tau effort kita.

sekian, terima kasih.

Bye.

Tuesday, September 7, 2010

owh peliss.

aku cukup menyampah bila baca status @ wall post orang yang asyik tukar2 setiap 5 minit. sekejap in a relationship. sekejap it's complicated. pas tu married. pas 2 engaged pula. pas tu in a relationship. aishh. pening kepala den. kalau lah benda tu tak kuar kat wall aku alhamdulillah la ni tak. terpaksa aku nampak. mungkin aku patut block je kot. setakat ni adalah beberapa manusia yang telah di block dan di kick out dari page aku. geram.lagi satu yang menyampah kejap status dia kata2 sayang dan rindu setengah jam lepas tu maki2 pula kekasih dia. macam takda otak pula. tak tetap pendirian. tak malu ka semua orang baca kot. yang paling aku segan siap buat wasiat sebab dia nak bunuh diri da. tak ka kelakar tu?? :)) sebagai perempuan cuba lah bersikap matang sikit. juallah mahal sikit. ni nak terhegeh2 buat apa. kalau dia tinggalkan kau, its ok the world not gonna end because of that simple matter. banyak lagi kerja lain yang lebih penting dan berbaloi untuk kau lakukan selain tukar status setiap lima minit untuk maki dan menagih simpati. sila faham kegunaan wall facebook masing2 ya. anda bukan menggunakan fb bersendirian masih ramai orang diluar sana yang membaca status anda sama ada sengaja atau terpaksa.


Bye.

Monday, September 6, 2010

owh semangat.

sekarang adalah minggu2 terakhir puasa. masa inilah kita boleh lihat orang berbelanja lebih dari biasa. shopping tak hingat. tapi, siapa yang ingat malam2 terakhir, malam2 ganjil adalah malam lailatulqad?

selamat berpuasa, selamat mencari keredhaan dan selamat hari raya.



Bye.

Sunday, September 5, 2010

ermmmh.

raya makin dekat.
tapi kalau tanya aku, aku rasa macam tiada yang gembiranya menyambut raya.
mungkin sebab usia sudah meningkat.
atau mungkin sebagai orang dewasa banyak benda lain yang difikirkan.
aku tidak merasas kemanisannya puasa dan raya.
ya allah. aku bersyukur kerana dipanjangkan umur.
aku tahu pintu taubat masih luas untukku.
aku mohon ya allah permudahkan lah jalanku.
jauhkan lah aku dari mereka yang mempunyai hasad dengki.
terangkan dan tenangkanlah hatiku.
sedarkanlah aku pada kesilapan.
tempatkan lah aku pada orang yang kau kasihi.
tunjukkan lah aku kebahagiaan.
sesungguhnya hanya engkau tempatku meminta.
dan hanya kepadamu aku kembali.



Bye.

Saturday, September 4, 2010

berjaya balik sabah untuk beraya.

Alhamdulillah. setakat hari ini cuma 6hari saja puasa aku yang tidak dapat diselamatkan. semalam aku baru sampai ke kota kinabalu, turun dari flight da 5.30petang. on the way balik jalan jammed bangat. masa checkin nk masuk pun da berbaris sampai keluar pintu. aku pun tak tahu kenapa.menguji kesabaran betul. lepas itu cari tempat berbuka. sebab berbuka di sini pukul 6.20petang.alhamdulillah lepas puasa sehari. sebelum balik beli barang dapur. selepas itu, balik rumah letak barang keluar shopping lagi. balik rumah online kejap mandi lepas itu tidur, pagi pukul 4 bangun untuk sahur.

selamat menghayati laitul qadar. :))


Bye.


Wednesday, September 1, 2010