Friday, December 31, 2010

sob.. sob.. sob..

okay da boleh nangis sekarang.
tahun 2010 dah nak habis dah.
ada beberapa jam lagi.
good bye memories.
hari terakhir tahun ini dibasahi dengan hujan yang lebat.
sama2 sedih.
tak dapat nak keluar tengok bunga api.
aku tak pernah sambut tahun baru weyyh.

baiklah ini entry terakhir untuk tahun ini.
jumpa tahun depan.

bye bye.

kembali ke alam realiti

tinggal lagi sehari nak masuk tahun 2011.
aku tiada azam, sebab aku tak suka azam.
aku buat apa yang aku nak bila2 masa sahaja.
tak kan nak tunggu tahun baru baru nak buat sesuatu?
lagi sehari juga aku nak melangkah kaki lagi ke shah alam.
tinggal lagi setahun dan setengah nak habis.
wish me luck kay??

aku tiba2 terfikir pasal orang2 yang meminjam PTPTN.
maksud aku mereka2 yang telah habis belajar dan telah berkerjaya.
mereka yang kira dah berjaya hasil dari bantuan duit PTPTN dan universiti tempatan lah.
ada gaji yang dah cecah 5 angka dan ke atas.
tapi sayangnya mereka macam buat2 lupa atau memang niat tak mahu bayar duit PTPTN yang mereka telah habis gunakan itu.
sampai ada yang kena tahan dekat imigresen airport sebab dah black list tak boleh ke luar negara tak bayar PTPTN balik punya pasal.
tak malu ke? makan duit hak orang lain buta2 macam itu.
cuba bayangkan kalau PTPTN menanggung kerugian besar tak dapat bagi pinjaman kat orang lain yang lebih perlukan hanya sebab orang2 macam ini tak bayar balik duit.
iyalah kalau dah pinjam tak pulangkan apa yang orang itu ada lagi kalau tak dapat pulangan kan?
memanglah kadang PTPTN ni sengal juga, tapi sekuran2nya mereka berniat nak tolong orang sendiri.
jadi jangan sia2 pengorbanan dorang dengan sikap pentingkan diri sendir.
umpama orang dah bagi kita pinjam tandas rumah, kita da puas berak dah lega tapi blah macam tu je tak ucap terima kasih. tu tak apa lagi ini tak pam tandas dan tutup balik.
rasa2 orang berbudi kita berbahasa tak perangai macam tu??

sendiri mau ingat.

Bye.



Thursday, December 30, 2010

samsung ke?

adoiiyai.
handset ku yang baru itu rosak pula.
tak tau lah apa masalah dia tu.
kurang kasih sayang kot.
menyakitkan hati betul.
tiba2 nak teroff sendiri bagai.
apa lah masalah kau ni handset.
hari ni bawa balik dia ke pangkuan jalan.
tapi still tak okay.
bawa pergi office samsung.
kena format but still on off juga.
haish.
nak buat lagu mana?

Bye.

Wednesday, December 29, 2010

summer vacation.

is that a really good news or another disaster?
me can think about it properly.
kalau nak kata baik mungkin banyak masa untuk rehat la.
half of may to early september. is that good?
tapi kalau fikir syllabus agak cuak juga la.
macam mana nak caught up credit hour yang perkiraan dia lebih banyak dari jari tangan and kaki jika dicampur itu dengan hari yang tinggal berapa kerat jer.
owh men! it must be a busy year ever. haha
tapi tak mengapa kita try dulu. *ala2 macam iklan susu dulu2 kita minum dulu. yeahh.
tak apa kami (budak2 1989) da biasa jadi guinea pig.
dah lali dengan segala macam uji kaji. haha.


*sigh*

Bye.

Tuesday, December 28, 2010

tensi.. tensi..

setiap kali nak balik KL or nak balik SABAH  aku selalu mengalami keadaan dimana aku akan merasa sangat tertekan dan macam nak tampar orang.
*garang tak aku?
keadaan ini berlaku adalah kerana aku terpaksa mengemas barang2 aku untuk diangkut. masalahnya bukan disitu.
tetapi masalah akan berlaku jika barang2 yang aku perlu tidak menepati piawaian yang aku harus bawa.
masalahnya terletak pada berat barang2 aku bukan aku. faham?
aish. setiap kali ini berlaku, setiap kali itu juga aku berasa down, sedih dan tak lena tidur.
apa yang aku boleh buat ni untuk menyelesaikan problem aku?
aku tak nak rugi tak nak juga tamak.
bantu2..

Bye.

Monday, December 27, 2010

perubahan dulu dan sekarang.

teringat zaman mula2 pakai komputer dulu. ala yang masa kepala komputer sama besar dengan peti ais tu. masa aku mula2 belajar ber'internet' bagai. kann??
mula2 sekali tentunya buat e-mail. waktu tu aku buat e-mail msn sebab dulu2 gila nak chat guna msn messanger. segala orang dimuka bumi ini nak di chat. ada yang elok perangai ada yang gatal nak mampus.
waktu tu zaman poyo2 lah zaman kebudak-budakan, nick name pun mengarut.
pas tu mula pula belajar main friendster. zaman aku tu setiap orang wajib ada akaun frienster kalau dah masuk umur 16tahun. haha.
kira masa zaman tu friendster sama popular macam facebook lah.
siapa tak ada friendster kira kuno lah. sekarang siapa main friendster lagi kira kena gelak lah.
lepas sekolah aku mula berjinak2 dengan myspace pula.
waktu tulah mula buat email yahoo. sebab nak yahoo messanger sangat kan.
tapi tak ramai friend pun aku malas nak kumpul. main pun jarang.
sudah masuk uitm baru aku mula buat facebook pula. tapi conform lah facebook waktu tu tak popular lagi macam sekarang. kat malaysia lah negara luar dah macam fenomena.
dari situ mula buat blog and buat form spring. tidak lupa juga kepada tagged.
mak jumpa ramai jejaka gila seks kat sana uolls.
tapi tak lah aktif sangat aku ni bukan lah gila it nokks.
sejak berkecimpung dalam dunia facebook dari mula2 asyik nak komen kat wall post saja. dari yang kenal ke tak kenal.
pastu nak main tagged gambar bagai. dulu mak peramah. gambar orang mak suka komen. gambar mak pun mak tagged kat orang supaya kena komen.
gila popular tak? kau berani buat macam tu sekarang. mak tak sanggup takut kena caras. cam tu je dapat caci maki berbakul2. kau mampu??
bila baca balik komen2 lama rasa nak gelak pun ada, malu pun ada. haha. tapi mak da dewasa sekarang perangai pun dah lain.


apa2 pun aku nak ucapkan selamat tahun baru 2011 ye kawan2.


Bye.

Sunday, December 26, 2010

Saturday, December 25, 2010

buat kesekian kali

mungkin aku ada 6th sense kot.
atau naluri keibuan yang tinggi. *pose lite2 mendukung anak 2orang sambil memegang tangan anak dua orang jugak.kau mampu??
kali ni aku dapat petunjuk secara tak sengaja.
terus terbongkar rahsia.

kesian nya diriku ini.
terasa macam diperbodohkan pula.
apa lah motif semua ni.
kalau nak kata lagi bagus tak tau, tak boleh juga.
nanti aku sampai bila2 kena tipu.
tapi kalau tau, tak elok juga.
aku jadi sedih dan tak percaya orang. *terus balik rumah kunci pintu pasang 6mangga. pasang alarm. sedia pistol kat tepi. berhati2 tak?
owh pengsan...

layankan saja lah.
tapi ingat what you give you get back. okay?

Bye.

Friday, December 24, 2010

member bapok ku~

<< gambar ni diambil time gembira shopping kat the curve.. pengsan lite2>>
dari kira tira, acha, aku, nisa and e-ein. masa mula2 kawan. kami semua duduk sebilik. mungkin bukan semua. haha.

uitm perak..

Bye.

menangis tak kau?

gmbr diambil selepas membeli belah kat alamanda 
aku sedang menghitung saat2 akhir aku di rumah.
sob.. sob.. sob..
bagaimana lah nasib aku part 6 nanti?
makin teruk ke makin elok keputusan aku?
macam mana dengan kawan2 pula.
siapa lah pula nak teman hari2 aku kat shah alam nanti.
roomate da tukar, budak2 id lain duduk luar.
jumpa kat kelas je lah.
ke mana lah pula ye trip kitorang kali ni.
harap2 ke luar negara lagi. haha.
mampu ke tak aku hadapi cabaran 2011 pula?
sedih lah pula bila fikir2 kan?
aku tak bersedia sebenarnya.
adoii.........................................................

<< apa2 pun kita enjoy dulu k? fikir kemudian.. haha..>>
Bye.


Thursday, December 23, 2010

tron legacy

aku tak pasti dari mana pengaruhnya tapi aku cukup suka tengok cerita2 sains fiksyen.
buat aku berfikir, kagum dan rasa teruja. ala2 macam budak2 dapat permainan baru lah kan??
gila gempak nak buat costume dan set filem 2.
mesti orang yang buat tu jenis yang berfikir ke depan dan berkerja keras.
aku memang salutelah.

macam cerita ni, dia tentang seorang budak dan ayahnya. ayahnya pembuat game terkenal. ada arcade ada syarikat.
1 hari bersama2 kawan dia ayah dia dapat selesaikan satu penyelesaian sains dan jumpa satu keajaiban.
ayah dia bagitau anak dia and nak bawa anak dia tengok nanti.
tiba2 ayah dia hilang tanpa berita. ghaib macam tu jela.
anak dia pun sedih lah sangat2 ayah dia dah janji nak balik and bawa dia pergi arcade dan tunjukkan dia sesuatu.
sampailah 20 tahun kemudian. masih tak tau ayah dia kat mana.anak dia ni waris syarikat encom. pemegang syer terbanyak lah.
tapi dia tak nak jaga syarikat tu, dia bagi kat kawan baik ayah dia handle.
satu hari dia dapat message dari ayah dia suh dia pergi ke arcade. bayangkan ayah dia dah 20tahun hilang tiba2 kelui dia nak jumpa.
dia tak percayalah kan. tapi dia pergi juga sebab kawan ayah dia paksa siap bagi kunci.

tu jelah yang aku boleh cerita yang selebihnya tengok lah sendiri k? haha. cerita ni berkaitan dengan grid and logarithma. tapi tak mention sangat pun.
tapi serius visual dengan 3d dia gempak. disney i lap u la.

Bye.

Wednesday, December 22, 2010

harry potter

you had nothing to afraid if you had nothing to hide.

i'm so addicted to you harry potter, i mean the whole story.
so so so in love with the movie.
owh i wish it's real.
i can't wait to see HP7.
i've promise to myself that no matter what i must watch HP7 in the movie theater.

Bye.

Tuesday, December 21, 2010

semalam

19hb. (kemarin) ialah hari perkahwinan akak bf aku.
aku tak dapat nak pergi.
sebab aku dah kat sabah.
kahwin of course lah buat kat kl.
ermm. aku kesian kat bf aku tu.
dia da lah penat menolong kahwin akak dia.
esoknya kena turun ofis pula ada kerja melambak macam pasar lambak.
sudahlah begitu, kena stayback pula.
overnight kat ofis.
tapi OT and claim bukan kena bayar pun.
mestilah penat nak mampus kan?
lepas tu kemarahan dia lepas kat aku tambahlah tension.
tak ada bonus hujung tahun.
gaji lambat dapat.
nak suruh dia pindah tempat kerja, nak pindah mana?
aku pun tak dapat nak tolong sangat. aku pelajar bukan pekerja.
patut2 cutilah sehari baru masuk kerja balik kan.
terasa macam dia dipergunakan pula.
mentang2 lah dia masih muda dan macam budak2.
semua nak letak kat dia.
then yang paling benggang bf aku kawan dengan orang tua2 yang da beranak-pinak.
so memandangkan dia muda dorang anggap dia tak tau apa2 lah.
dipergunakan juga lah dia oleh kawan2 dia.
aku panas jer hati.
bf aku je nak sangat jaga hati orang.
tapi siapa nak jaga hati aku? hati dia?
bila dia dah tension dengan kawan2 dia, lepas kat aku juga.
jadi hati aku tak penting ke??

entahlah sampai bila nak macam ni. kalau ikut aku, aku sound direct je.
nak jaga hati orang sangat apa yang kita dapat?
kena pijak adalah.

Bye.

gila kuasa

aku tak ade motif apa2 okayy.

<< kah kah kah air warna hijau >>

<< first time aku pergi kellies castle, you know >>
 saja nak mengingat memory lama kan tak lama lagi nak masuk tahun baru.

<< cameron highlands >>
<< beruas, perak >>
<< jangan terpedaya mungkin hanya trick camera bulu mataku nampak lebat. haha. odw to klia >>
Bye.

aku dan dia...

oh wey ah wey ah. motiff? haha.
cuti dah nak sampai ke penghujungnya. tak sukee. :(
sale hujung tahun pun dah nak tamat tempoh. aku belum shopping pun lagi.
huhu. macam mana dengan barang kelengkapan sekolah aku? wah feeling2 sekolah menengah lagi.
i masih muda okay umur i 16tahun (tambah 5tahun) muda la lagi kan? kan?
adoii berat badan dah naik lagi. tadi aku timbang jatuh kat angka 53kg. 53kg okay. da macam anak gajah da tu.
sangat tak berkenan.
tapi aku suka makan. how??
minggu ni aku kena post separuh barang aku ke shah alam. takut overload time naik flight nanti.
then minggu ni aku banyak beli vcd cerita. setakat yang aku sudah tengok adalah social networking, sammy adventure's dan desipcable me. memang agak best.
nak tengok kat wayang memang tak sempatlah kot.
lagipun nanti orang tu cerumbu batu pula. haha

<< saat2 indah di OU, sila abaikan kaki ku itu >>
<< at starhut cafe >>
Bye.


Sunday, December 19, 2010

saya tak berpura2

okay, aku nak tanya apakah yang dimaksudkan dengan cakap tak serupa bikin?
ada clue tak?
in my opinion dorang ini memang wujud disekeliling kita sama ada kita perasan @ tak.
ciri2 yang paling menonjol ialah mereka sangat perasan diri mereka baik dan disanjung.
tetapi yang pelik mereka2 ini akan berasa sangat tergugat dan beranggapan yang orang di sekeliling mereka suka mengutuk mereka dan bercakap tentang diri mereka.
lebih ringkas mereka ingat diri mereka popular sampai semua orang wajib mengata tentang dorang.
mungkin mereka rasa orang lain itu tiada kerja penting untuk dibuat melainkan mengutuk mereka.
padahal mungkin orang lain itu sedang bercakap tentang orang lain juga tapi memandangkan mereka mempunyai sensitiviti dalam diri yang tinggi jadi mereka sangat peka dengan persekitaran mereka.
apa yang dapat aku rumuskan tentang orang yang cakap tak serupa bikin ini adalah bila mereka sedar yang orang lain mengata mereka, mereka membuat keputusan untuk memekakkan telinga di depan orang itu mungkin sebab mereka ayam mati atau bahasa lembut dayus, takut untuk mempertahankan diri di depan orang itu.
tapi apabila orang itu telah berlalu mulalah mereka mengata orang itu macam2. waktu itu menyerlah semua perangai azali mereka. faham tak? maksudnya depan orang tu dorang berlagak baik tak nak komen apa yang orang tu kutuk tentang dorang, tak nak tambah dosalah, tak nak kotorkan wall lah tapi bila ada peluang je dorang tanpa henti2 macam pantat ayam mengutuk2 orang terbabit. tapi dorang berani cakap belakang jelah. ala macam kentut dalam kain giteww.

rasanya anda kenal tak spesies manusia macam ini??

Bye.

Saturday, December 18, 2010

my CHAMP

:))

present for my diploma.

samsung champ


full touch 
hehe. best tak? thanx to my mom. tak tau nak pilih warna apa sebab ada empat colour. berkenan dengan warna putih tapi mak cakap nanti cepat kotor. so, pilih warna ini.

comel juga kan?

Bye.

Friday, December 17, 2010

owh mesia.

aku nak tanya kau orang rasa2 lah kalau kau orang pakai baju jenama yang mahal2 tu ada tak orang yang akan cek tag kat baju korang untuk tau baju tu jenama apa? (bagi yang tak tulis jenama kat baju lah).
rasa kelakarkan kalau ada orang sanggup buat macam tu. bapak lah tak ada kerja. haha.

tapi ada juga orang yang pentingkan jenama sampai shopping kat pavillion and mid valley pun nak announce kat fb.(tak semua okay kalau tak terlibat jangan terasa)
siap bagitau jenama yang dia usyha pula tu like topshop and forever 21 lah kan. then nak bagitau yang dia member lah pula. ada kad bagai. haha.

tapi dia just try je baju2 kat fitting room then amik gambar. pitty right?

aku tak jeles okay. i ada more things to do than nak jeles about that things. cuma kesianlah  ada juga rakyat malaysia yang macam tu, nasib dia bukan melayu.(bangsa lain selain melayu  tinggal kat malaysia, tak kan nak mention kot).

kalau kau kaya duit berketul2 tak payah nak menunjuk k? fb bukan tujuan nak menunjuk kau guna jenama apa. meluat aku nak baca.

so pengajarannya kat sini, tak kira apa pun yang kau pakai yang penting orang tengok hati kau bukan jenama kau. kalau hati bersih, cantiklah pakaian kau. kalau hati hitam pakai apa pun tak nampak cantik.mengerti?

p/s : i shopping kat times square je uolls. beli barang yang tak de jenama jadi tak nampak ciplak. lagipun valet parking kat mid mahal la, RM18 sejam. kau mampu?? kalau pergi TS boleh naik monorel. murah dan senang. eh lupa kau tak tau monorel tu apa kan?

Bye.

Thursday, December 16, 2010

sedikit tentang aku

<>
+ selama ni aku asyik cakap pasal diri aku je kan. okay hari ni aku nak cakap pasal family aku pula.
mula dari gambar ni. ni gambar aku dengan adik perempuan bawah aku. tina nama dia sekarang dia belajar di matrix labuan. umur dia 18tahun.

di warisan plaza 
+ ni adik perempuan aku yang bongsu. shasha nama dia. umur dia sudah 11 tahun. kawan gaduh aku. haha.

di grace view


+ aku ada dua orang adik lelaki. semua sekali 5 orang adik beradik. yang sebelah kiri raid nama dia. yang sebelah kanan bobo. hehe. satu umur 16tahun yang satu umur 17tahun.

selamat berkenalan..

Bye.

Wednesday, December 15, 2010

kesukaan baru

sejak2 sudah dewasa ni, aku sudah mempunyai minat baru. selain shopping okayy. shopping tu kira common minat buat semua wanita lah. termasuk lah aku dan mereka2 yang baru bergelar wanita.haha.

antara minat aku yang tak dapat dibendung itu are :

1. Beg Tangan (of course, i wanita okayy)
- ciri2 beg itu adalah hard cover, warna coklat, tali panjang, nampak vintage, corak navy, jeans. aku memang suka nak kumpul sampai tak ada tempat simpan. haha.yang sekarang aku sedang usyha adalah beg guess warna gold. aku tengok harga memang telan air liur lah. tapi cantik blink2 bagai.

2. Kasut (i like!)
- kalau boleh high heels macam stiletto. haha. macam pump shoe, warna brown, selipar pun aku suka, sandal pula selesa. aku memang sedang berusaha untuk mengumpul segala jenis kasut.

3. Baju (mungkin kena beli almari baru sekali. ahak!)
- aku suka yang dress dengan yang panjang2 and besar boleh pakai dengan legging. style navy, military, corak bunga kecik2(english style), ada tulisan jenama kat tengah baju, ada i love sumthing, jeans, girly, and some more. yang penting vintage. sosososos like it!

4. Make Up (oh oh)
- segala jenis set untuk muka aku suka. tapi yang selamat lah. kang muka jadi buruk siapa nak menjawab? aku suka kumpul yang macam jarang jumpa and tak selalu ada. kadang2 aku suka kumpul false eyelashes, eye shadow lah macam2 i suka.

5. Cute items  (like me u know)
- apa2 jer lah, keychain, earring, gelang, headband, purse, magnet,yang pelik2, rantai, benda2 yang dalam2 tu :).

bantulah saya dengan menderma atau bersedia untuk membelikan barang2 ini untuk saya k?

Bye.

sayu

tetiba aku rasa sangat sedih, marah, kecewa dan yang seangkatan dengannya. semuanya bercampur menjadi suatu perasaan yang aku tak tahu nak describe sebagai apa.

aku teringat balik kisah setahun yang lepas. cerita yang menjadi pengajaran buat aku untuk jangan percaya pada seseorang itu walaupun dia kawan baik sekalipun. mungkin sebab itu wujud istilah kawan makan kawan. aku terkena.

aku memang sudah terputus hubungan dengan dia langsung. tapi bila kenangan tiba2 muncul satu persatu memori itu muncul dalam fikiran aku. betapa jahil aku masa itu. mungkin masa itu aku sangat sangat sedih. jadi tidak dapat berfikir dengan betul. masa itu juga dia main peranan pergunakan aku.

sememangnya aku sangat3 patut lupakan dia. malah patut bunuh saja kalau jumpa lagi lepas ini. aku memang patut benci dia seumur hidup aku.selepas apa yang dia sudah buat pada aku. mengingatkan dia pernah tolong aku dulu dan kami pernah jadi kawan jadi perasaan benci itu bercampur dengan perasaan lain yang aku sendiri tak faham.

sesungguhnya aku menyesal pernah kenal dan jumpa dia. seharusnya dia tidak patut wujud dalam memori aku. tapi ALLAH lebih mengerti segalanya. setiap kejadian telah tertulis. ya Allah bantu aku untuk melupakan kejadian itu. aku lemah dan pasrah.

Bye.

Monday, December 13, 2010

the end of the year

rasa macam tak sedar je setahun dah berlalu.
lagi beberapa hari tahun akan bertukar.
2011.
bertambah lagi setahun umur. insyaallah. kalau panjang.
sem baru pun bakal bermula tak lama lagi.
belajar benda baru.
jumpa kawan baru.
lalui hari2 yang baru.
harap diri ini tetap sama. kalau berubah pun ke arah yang lebih baik.
amin.

terima kasih daun keladi kepada mereka2 yang mengucapkan tahniah untuk konvokesyen aku baru2 ini.
aku akan buat yang lebih baik untuk degree.
insyaallah.


<< ni gambar mula2 kami. tak silap baru pertemuan ke2 ke ke3. tahun 2009 >>

<< ni dah pertengahan percintaan. haha. comel jew >>


 sekarang dah nak masuk tahun baru pula. harap2 sempatlah kami memasuki usia percintaan yang kedua tahun pula. hee. :)

masa pertengahan tahun 2010. dia ikut aku balik sabah

Bye.


2 a.m.

walaupun waktu cuti, tapi mata aku tetap rasa bersalah untuk tidur awal.
aku tak pernah suruh, dia yang degil.
kalaupun aku cuba tidur di waktu yang manusia normal selalu tidur, alamatnya aku akan membuat pertukaran pusingan 180 darjah dengan kerap.
penyelesaiannya aku tetap tidur lambat.
so bagi tidak membuang masa secara sia2, adalah lebih baik kalau aku updated blog aku.
maklumlah artis, so kena selalu updated nanti peminat kata sombong pula. auwww. perasannya minah iteww.
haha. aku sendiri tak tau nak updated apa tapi still nak updated.
jangan confuse ye peminat, i tak gila sebenarnya. i cuma melakonkan watak perempuan yang mengalami perubahan hormon je.
aduh! apa aku merepek ini.

aku belum ada masa yang sesuai untuk mengambil picture stuffs aku untuk dijual dalam blog pumpkin pie.
masa ada tapi mood tiada. so nanti jelah ye.
aku cuba untuk tidur sekarang takut mengantuk yang amat pulak esok.
adik2 di rumah jangan tiru aksi ini tau. nanti mak susah hati.

aksi ini boleh tiru k? mak bapak puji. akak2 pun suka uolls.

yang ni wajib tiru ye adik2, mak bapak bangga. :)

Bye.

Sunday, December 12, 2010

hari minggu

apa yang aku akan lakukan pada hari minggu minggu pertama aku kat kk ni?
kalau mengikut mak, esok dia nak balik kg papar.
mungkin selepas itu berjalan dengan nenek akupun tak pasti.
menjadi seorang yang broke down ni, memang susah.
no money to spend, have license but can't drive.
aku sangat lah takut untuk memandu.
kata lah apa saja yang pasti aku memang bermusuh dengan stering kereta itu.
lagipun jalan ke mana saja yang aku hafal setakat ini?
kalau aku berada di uni. mungkin ada aktiviti yang aku rancang untuk buat hujung minggu macam ni.
dan kalau tiada mungkin tidur sepanjang hari.
maklumlah kalau nak tidur hari biasa memang tak dapat lah. kalau dapat pun tak cukup.
paling tidak keluar dengan si dia.
tapi paling2 pun keluar makan saja lah.

aku saja letak gambar ni, sebab nampak lucu. haha.
yunk, i rindukan u lah.

Bye.

Saturday, December 11, 2010

pumpkin pie

owh yea. sebelum terlupa.
jom lah melawat preloved shop aku.
banyak barang2 baru di upload.
mana tau ada yang berkenan di hati.
murah2 saja.
harga termasuk postage tau.
barang dijamin tiada kerosakan.
haha. sebelum terlambat.
ada beberapa barang yang telah dijual tau.
nantikan promosi terbaru dan barang2 yang baru pula.
check it out uoollss.

PUMPKIN PIE

ada nampak macam posmen berjaya tak?
opsss..
sorry sayang.
haha

Bye.

i lulus tau

alhamdulillah.
dengan keputusan tak seberapa.
tak sampai 3 pun.
aku lulus juga.
tiada subjek yang perlu diulang.

yeeeaaah.
good bye sem 5.
hello sem 6.
untuk kawan2 sepejuangan, tahniah pada yang dekan.
sem depan usaha lebih lagi tau.

untuk kawan2 yang tak berjaya @ baru nak masuk sem baru, selamat berjaya.
jumpa di uitm shah alam semua.
:))

Bye.

Thursday, December 9, 2010

teka teki

nyatakan jantina budak kecil ini?
siapakah beliau sebenarnya.

hehe. try lah teka kalau tau.

Bye.

like the way you move. awww

bila agak2nya result keluar ye?
takutnya. sejak2 degree ni everything seem so far away.
tekanan datang dari pelbagai arah.
sampai aku dengan kawan aku cakap kalau je lulus even markah xbanyak pun dah kira bersyukur sangat2.
aku pun setuju dengan dia.
aku tak kisah sangat cgpa aku sekarang ni.
yang penting dapat naik part6.
tu pun dah boleh buat aku bahagia.
so scary. cuak.
kawan2 kalau tau result keluar bila roger2 la aku k?
thanx tau.

fuh. fuh. keputusan minta2 lah kau memberangsangkan.

Bye.

Wednesday, December 8, 2010

i'm lost......................

where am i?
i don't know you.
who are you?
i'm alone and lost.
not sure for nothing.
when everything is nothing.
you are with me, but i don't know who you are.
it's only me and myself.
the world is empty.
no more lovely people.
no more warm feeling.
no more you!

Bye.

minggu kemas!

minggu ni masa untuk clearance kan almari baju.
mana2 baju yang sudah lama2 2, yang jarang pakai kumpul 1 tempat masuk dalam bakul plastik.
kalau masih boleh pakai bagi kat orang yang memerlukan.
kalau dah tak boleh pakai buang.
kalau yang masih cantik jual!
haha. ini semua idea mak.
iya lah dari membazir. dapat juga sumber kewangan musim2 cuti ni kan?
dari duduk goyang kaki jer.
aku bukan anak donald trumph.
mak bapak aku pun tak ada harta yang boleh aku warisi.
kenalah berusaha sendiri.sob. sob.
ecececeh! ayat nak touching.
kalau anda ada masa terluang lawat lah blog aku ni yer :


chow chin chi.

Bye.

Tuesday, December 7, 2010

kelakau u.

akupun tak tau ini masalah siapa sebenarnya.

tiba2 nak called aku tanpa kenalkan diri tanpa bagitau aku dia dapat num. aku dari mana.

nak berahsia lah kononnya macam aku ni bengap lah tak tau.

tiba2 nak suruh aku jangan percayakan pompuan ni. jangan masuk campur hal dorang.

wtf!! menyirap lah aku.

dalam hal ini siapa yang menyibuk siapa?

kau yang sesuka hati baca blog orang tiba2 nak sound2 aku suruh jangan masuk campur.

amboi, ingat aku ni batu bersurat ke?

tolong jangan buat aku macam budak2 ye yang menurut perintah.

aku tau lah aku nak percaya siapa.

tapi yang pasti aku tak percaya kau!

lagipun nampak sangat yang kau mengikuti perkembangan aku kan.

kalau tak mana kau tahu semua tu?

relax lah tak perlu takut kalau kau di pihak yang benar.

ni nak suruh aku berhenti pula. memang silaplah.

kau yang tak tau cerita sebenar nak nasihat aku pula.

kau kenal dulu perangai kawan baik kau tu betul2 baru nasihatkan aku.

lagipun tak adil dengar cerita sebelah pihak je.

belum tentu pihak tu jujur.

sekarang ni banyak kawan makan kawan. i tell u.

so aku memang tak berminat nak masuk campur hal kau.

yang aku minat hal yang berkaitan dengan aku saja.

so kau jaga lah diri kau jangan terlibat dengan permasalahan aku.

sebab aku tak suka cari musuh macam kawan kau tu.

harap maklum.

Bye.

Monday, December 6, 2010

akhirnya....

setelah berhabis duit selama sepuluh hari(aku maksudkan shopping), akhirnya aku balik rumah jugak.
fuhh. penat siot.
poketpun dah kering tapi memang masyuk. haha.
aku shopping kat nichii dapat dua suar jeans asid wash, satu baju ala2 dress, satu baju dress navy.
memang cun bangat.
pas tu shopping kat TS lagi selama dua hari.
wah dapat beli bag design baru, jaket kulit, legging dua warna, baju puffy, belt, cardi corak leopard.
heaven gila.
tu belum termasuk shopping kat bundle batu gajah n melaka.
yang pasti koleksi baju i love aku dah banyak. magnet fridge pun bertambah.
memang cuti2 malaysia lah.
gambar pun masyuk.
nantilah aku upload ye..
aku tau ramai peminat2 aku di luar sana yang ternanti2 cerita terbaru aku.
ahakk. feeling2 artis.

 mitif letak gambar sushi??
tapi aku memang hantu sushi.
kau tak percaya jom belanja aku.
haha. ko akan terkejut bila nampak aku makan macam makan gula2 skittles je.

Bye.