Friday, July 25, 2014

Singapore Trip Day 2 - USS

Disebabkan masa malam sebelumnya semua kepenatan meronda Bugis Street aktiviti hari ni yang dirancang awal menjadi lambat beberapa jam dari jadual. Kitorang sampai ke USS dalam jam 11 pagi. Selepas berbaris membeli tiket ( abang ipar cousin dan cousin aku ), berita baiknya ialah abang ipar cousin belanja tiket kami.

Dia kerja di Sentosa Island jadi dia dapat staff price untuk ticket. Tak adalah murah sangat tapi adalah discountnya. Dan kami pun masuk USS untuk bersarapan which aku pilih nasi lemak kerana kebanyakkan stall dalam tu macam tak halal.

Inilah rupa nasi lemak itu. Sini setiap barang yang dibeli dia bagi rebate sebab dia ada charge tax, so nanti sebelum naik flight tukar rebate tu dengan duit boleh lah shopping di airport. Tapi aku tak naik flight balik. Aku bagi dekat cousin aku resit-resit aku yang ada.


Masuk-masuk je nampak segala macam kedai cenderamata yang menggiurkan. Haha.


Yang ni kedai souvenir Betty Bopp.


Yang ni gerbang rumah Shrek.


Ni lah Istana Far Far Away.


Gambar-gambar lain tak dapat di post atas sebab-sebab aku seksi masa ni. Ini gambar masa nak keluar dari USS, orang kata gambar wajib bagi yang masuk USS ataupun tak.


Bukti-bukti penting.


Lepas dari itu kitorang makan kat area Sentosa Island. Dan semua rasa nak shopping lagi sebab nak tengok sea musical baru je habis. Jadi terus semua pergi balik Bugis Street dan China Town untuk beli souvenir lagi.


Ini pulak magnet aku beli di dalam USS.


Adalah lagi cerita last day lepas ni. Tapi nanti lah aku cerita kalau aku dah tak ada cerita nak ditulis. Okay? Itupun kalau menarik, kalau ramai pembaca.

p/s : Hari ni last kerja sebelum cuti raya. Macam mana nak shopping raya lagi kalau suami isteri demam?

Bye.





No comments:

Post a Comment