Kemarin dan semalam aku mengalami hari yang paling mencabar. Mula-mula aku perasan ada keluar cairan berwarna coklat yang cair. Atas paksaan kawan-kawan yang concern aku pun dihantar ke klinik dekat ofis aku. Sebabkan first time aku macam takutlah kan. Malangnya klinik tu tutup makanya aku call suami aku minta amik.
Bila dia dah amik aku pergi Klinik Kesihatan Batu 13, malangnya doktor tak ada. So kami buat keputusan untuk pergi Klinik Kesihatan Serdang. Nasib doktor ada, dan keputusan dia normal cuma kencing ada jangkitan. So bagi aku antibiotik. Aku pun dapat time leave. Esoknya aku bagi la kat bos cina, malangnya dia tak nak sign sebab aku tick kotak sick leave. Memang aku geram dah masa tu, bila letak emergency leave tolak gaji baru dia nak sign, perangai.
So, semalam balik kerja aku macam rasa ada benda keluar lagi dan ianya adalah darah disusuli dengan ketulan sikit. Aku terpaksa pakai pad takut dia meresap keluar. So aku pun dah takut masa tu dicampur dengan stress. Lepas berbuka, kami pergi ke Hospital Serdang, aku terus masuk kes semi critical.
Dari pukul 9malam aku sampai. Kena cek tekanan darah dan suhu badan. Lepas tu scan perut. Kelonsong nampak tapi tak ada degupan jantung, sudah! Kelonsong aku bersaiz 4.6mm. Then aku cek kencing pulak, dah dapat result kena tunggu untuk refer kepada doktor. Dalam jam 12 malam jugak baru doktor sampai.
Aku dibawa ke bahagian bilik bersalin. Masa tu doktor tanya soalan basic, bila last period, ada cek doktor tak lepas cek postif, ada scan ke sebelum ni dan sebagainya. Lepas tu scan lagi sekali, then doktor tak berapa nampak kelonsong. So dorang scan dari bawah (faraj). Memang ada pendarahan, dan terus nampak kelonsong which is fetal dengan terang dan still no heart beats.
Tapi doktor cakap maybe sebab baru 6 minggu jadi boleh jadi belum ada. So conclusion kena tunggu lagi 3 minggu. Dia tak berani bagi apa-apa keputusan tapi memang mengandung cuma dia tak dapat pastikan jadi ke tidak. Berdoa jelah yang mampu semoga semuanya selamat. Cuma bentuk dia normal lah untuk 6 minggu.
Sekarang aku berada dalam keadaan tertekan jugak tapi terpaksa menyedapkan hati sendiri. Harapan tak ada lagi bleeding yang berlaku.
No comments:
Post a Comment