Tuesday, July 15, 2014

Pregnancy Test. I am pregnant :).

Alhamdulillah. Keraguan selama ini telah disahkan. Aku dah check sendiri dan check dekat Poliklinik Penawar dan yes! the result is positive. I am a mummy-to-be. Kandungan berusia 5 minggu.


Balik je kerja semalam aku macam beli makanan Blackey dan pasir berak dia sekali terlintas nak beli pregnancy test sebab aku macam kira period dah lewat 6 hari. Sebelum ni aku dapat rasa perubahan iaitu bila malam aku rasa nak tidur saja lepas buka berehat then pukul 10 nak tidur. Aku ingat sebab puasa dan sebab kena bangun sahur jadi mengantuk lah kan.

Lagi satu aku rasa perut senak-senak, then keinginan untuk kencing tu kerap even puasa. Kalau dulu puasa aku akan buang air sekurang-kurangnya dua kali je sekali ni lebih dari 8 kali. Aku pun kadang-kadang rasa bengkek je dah lah tandas jauh kau dah kenapa asyik nak pergi tandas puasa-puasa kan? Lepas tu rasa macam geli-geli dan gatal-gatal. Tapi aku takut kalau tak keluarkan kencing nanti terkencing sendiri sebab keinginan itu memang paksaan. Sabar jelah nak.

So berbalik kepada test kehamilan itu aku disahkan positif sebab dua tanda merah. Selama ni 1 je. Dan tadi aku dah berjumpa doktor untuk pengesahan dan positif juga. Doktor cakap nak kencing tu normal sebab dia tekan kat pundi kencing. Then dia pagi asid folic untuk first trimester. Aku tak ada muntah-muntah lagi, cuma pening, loya dan cepat penat sajalah yang ketara. 

Lepas ni aku kena jaga pemakanan. Aku pun tak tahu macam mana nak bagitau office aku sebab aku baru masuk kerja dan dah mengandung. Hari tu doktor yang cek kesihatan masa masuk kerja ada cakap bos tak suka orang baru kerja mengandung sebab nanti selalu cuti. Tapi aku malas nak fikir dah rezeki nak buat macam mana.


Aku sarankan beli pregnancy test yang ini sebab dia lengkap siap bagi bekas untuk letak kencing, pam dia dan alat untuk test tu. Dia siap bagi kertas cara-cara, harga pun murah RM 9. Aku pun first time beli ni selalu beli yang lain. Katanya 99% accurate sebelum period pun boleh cek.

P/s : Lepas ni tak cerita pasal Kerja Kahwin dah tau. Pasal lain pulak. :p

Bye.


No comments:

Post a Comment