Monday, June 30, 2014

CPC (COST-PER-CLICK) CAMPAIGNS Part 1

Alhamdulillah aku dapat 3 campaigns terus yang bertarikh 22 June 2014. Biar aku review satu persatu ye kawan-kawan.

Campaign pertama.

Volkswagon


Inilah dia Jetta. Tapi yang ni warna reflex silver, dia ada 4 pilihan warna which is reflex silver, candy white, platinum grey dan deep black.

See, ada logo dia.

Sebenarnya aku dan suami memang mencari kereta kedua untuk buat jalan-jalan, memandangkan kereta sekarang ni digunakan untuk angkut Myanmar dan keluar masuk site. Kami pun ada berbincang tapi belum membuat pilihan kereta apa nak pilih. Belum specify.

The Specifications.

Know the Jetta inside out.

118 kW (160PS) TSI
Engine, gearbox, electrical system 
Engine type4-cylinder petrol engine
Cubic capacity, litres/cm31.4/1390
Injection method / turbocharger or twinchargerDirect injection / twincharger
Max. output, kW (PS) at rpm118 (160)/5800
Max. torque, Nm at rpm240/1500-4500
Emission categoryEuro 5
GearboxDSG 7-speed direct shift gearbox
Fuel tank capacity, litresapprox. 55
Weight, kg 
Gross vehicle weight1920
Unladen weight (kerb weight)1380
Top speed, kph 
With direct shift gearbox DSG221
Acceleration from 0-100 kph, s 
With direct shift gearbox DSG8.3
Fuel consumption, litres/100 kmPremium unleaded, min. 95 RON
With direct shift gearbox DSG 
Urban7.5
Extra-urban5.2
Combined6.0
CO2 emission combined, g/km139
Exterior dimensions 
Body type4-door sedan
Length/width/height, mm4644/1778/1482
Wheelbase, mm2651
Track front, mm1535
Track rear, mm1538
Wheel size6.5J x 16
Tyre size205/55 R16
Turning circle, m11.1
Nett selling price***RM130,888

So apa pendapat anda? Harga dia not bad kan?

p/s : Tolong lah click apa yang patut ye? Saya budak baru nak up. :p

Bye.


5th Anniversary.

Alhamdulillah hari ni 30hb June 2014 adalah tahun yang ke 5 hubungan kami. Pahit getir selama 5 tahun hubungan terbalas apabila kami selamat diijabkabulkan pada 31hb Januari 2014. Sekarang usia perkahwinan kami genap 5bulan. Walaupun belum ada tanda akan mendapat baby tapi kami enjoy hidup berdua bersama Blackey ( Browney dah pergi dulu ).

Persetankan apa orang nak tanya dan carut pasal kau. Yang penting korang bahagia. Mendapat anak bukanlah perlumbaan atau medal untuk menunjukkan sesuatu hubungan itu bahagia. Take it easy. Rezekikan lain-lain. Kami tidak merancang, tidak juga menidakkan atau menunggu-nunggu. Kami selesa dengan menyerahkan kepada rezeki Allah nak bagi bila. Mungkin tahun ni, atau mungkin tahun depan. ( More time for honeymoon ).

Okaylah tak nak post sedih-sedih atau carut-carut Ramadhan yang mulia ini. Adat manusia suka bertanya apa yang menjadi kerja Tuhan. Bila? Kenapa? Aku tak sabar nak tunggu balik kerja nak celebrate anniversary. Hik hik. 

p/s : Berjaya pujuk nak pergi Mid Valley, tapi nak berbuka kat mana?

Aku nak sushi king.

Tapi ni macam menarik.

Selalu macam tu suruh aku buat keputusan. Tapi mana-mana pun mesti nak kena call booked dulu. Maklumlah puasa ni mesti ramai orang. Setelah aku berjaya pujuk suami nak pergi Mid Valley sebab semalam pergi Alamanda, tapi casing ipad mini dekat Berskha tak ada, adapun ipad biasa. Boleh pulak barang setiap outlet tak sama katanya. 

Aku kena puaskan hati ini sebab aku dah list memang nak tukar casing yang dah bertahun itu gaji ni. Tak tidur malam kang. Walaupun suami bising ku tahankan jugak ( dia bising sebab semata nak pergi Mid Valley untuk casing sebijik ). Mak tak kisah. Nasib ada alasan anniversary. Haha.

Bye.


Sunday, June 29, 2014

Puasa.

Dah start dah puasa pertama. Alhamdulillah. Puasa tahun ni aku bergelar isteri, sahur kenalah masak. Cuma berbuka kami berbuka di rumah papa. Sebabnya tradisi suami aku puasa pertama di rumah mertua kalau rumah family aku jauh tak dapek den menolong. 

Nasiblah puasa pertama jatuh hari ahad dan kami bercuti. Aku kerja Isnin-Jumaat dan alternate Saturday dan suami pulak kerja Isnin-Sabtu. Time puasa ni kerja masuk pukul 8 pagi balik pukul 4.30 petang.

Okaylah di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada blogger-blogger beragama islam. Semoga ramadhan tahun ini membawa makna yang besar dalam hidup kita. Kosong - kosong.




p/s : Bilalah nak puasa bertiga.

Saturday, June 28, 2014

Archidex.

Ini Jumaat punya cerita, aku baru masuk office dah lah terlambat sebab suami pergi hantar pekerja Myanmar. Sampai office, aku baru nak tenangkan diri dan update blog, dan sambung kerja yang terbengkalai. Tiba-tiba tengah sambil buat kerja dan update blog, dalam pukul 10 pagi kena suruh pergi Archidex dengan seorang akak QS ( chinese ). Aku yang terpinga-pinga terpaksa pergi. ( Bos garang ).

Archidex



Disebabkan aku blur aku pun tak tahu nak ambil brochure apa. Tapi dalam tak tahu tu nak patah bahu jugak bawak beg kain yang banyak itu. Aku tak sempat buat research nak pergi mana dulu nak amik apa dulu. Sampai sana baru register dan ambik plan exhibition. Aku pergi booth yang bagi free gift menarik sahaja. :p

Aku tak ambik gambar pun sebabnya aku bawak hp cikai je pergi kerja. Kami bertolak pukul 10.15 pagi, hantar drawing ke Puchong pukul 11 pagi dan bergerak ke klcc pukul 11.30pagi, sampai sana pukul 12 tengah hari sebab jam dan cari parking. Sampai je aku dah lapar so makan dulu dekat food court ( korean food ).

Meneruskan misi mencari brochure jam 1 tengah hari, disebabkan parking dekat klcc sebab parking dekat convention centre penuh, maka jauhlah perjalanan. Aku duk berfikir macam mana lah nak bawak berat-berat pergi kereta nanti. Dan akhirnya semuanya menjadi kenyataan. Paling best kitorang lupa mana parking. Fuh! Memang nak patah bahu. Tapi aku terus call guna intercom dan nasib jumpa kereta tapi setengah jam kemudian.

Memandangkan keluar pun pukul 4.30 petang jumpa kereta dalam pukul 5, penat lagi, jammed teruk lagi, kami buat perbincangan nak balik atau nak pergi office. Aku duduk seri kembangan dan dia duduk sungai besi. So kalau nak balik office Subang Jaya, kami kena lalu rumah dan patah balik. Waktu kerja pun habis pukul 6, so kami pilih untuk balik. Itu jelah cerita untuk semalam.



p/s : Add la twitter kita http://twitter.com/nursufirar dan instagram http://instagram.com/nursufira .

Bye.

Friday, June 27, 2014

Penjagaan diri - Body Shop

Aku dah nak masuk 3 tahun consume Body Shop punya range of products. Mula-mula jadi member pun sebab belikan hantaran untuk husband aku. So lepas tu dah ada member aku belilah untuk aku pulak. Sebabnya kalau pembelian RM 150 ke atas boleh dapat voucher pembelian RM15, dia akan redeem mata pembelian kita. Caranya dia tolak lah 150 mata. Tapi mata terkumpul dia akan rekod dan kalau mata tu melebihi 300 points kita akan automatically jadi ahli dia lagi. Tak perlu register dan cukupkan beli barang untuk jadi ahli. Senangkan?



Ini aku beli untuk hantaran tunang.




Yang aku pakai sekarang adalah Vitamin C Cleansing Face Polish, Vitamin C Energizing Facial Spritz dan Vitamin C Micro Refiner. Dulu aku pakai serum Nutriganics Drops of Youth tapi dah habis dengan jayanya. Aku suka sebab dia memang berkesan, bukanlah muka nampak muda lepas pakai, tapi texture kulit jadi lebih lembut dan tak kering dah lebih-lebih lagi kat tepi hidung.


Harga dia RM 129. Tapi sebab aku ada voucher RM 15 jadilah RM 114.

Lotion pun aku suka sebab dia bau macam boleh dimakan. Kalau aku pakai je mesti laki aku tegur bau apa yang macam manis-manis ni, wangi. So sekarang aku pakai lotion strawberry sekali dengan body wash dan body butter. Tapi body wash dah habis aku tukar beli yang Honeymania. Harga body wash strawberry dan honeymania adalah RM26.90 sebotol. Bolehlah pakai 3 bulan. Wangi okay Honeymania, aku jatuh cinta.


Harga body butter RM 25.00 masa aku beli tu. Beli yang mini tak habis lagi.




Ini aku beli untuk hantaran nikah suami aku tapi aku tambah perfume.


Baru-baru ni kan ada sale meletup mak hayam tapi aku tak dapat nak beli apa-apa sebabnya aku belum bergaji. Dapat tengok email sajalah. Hopefully tahun ni aku dapat mengekalkan member untuk tahun depan.

Bye.

Thursday, June 26, 2014

Honeymoon Part 2

Sambungan.

Hari kedua kami pergi ke Trans Bandung dan Pasar Baru. Lepas dari Pasar Baru kami pulang ke hotel untuk berjalan di sekitar hotel yang kami tak sempat habis pusing hari sebelumnya. Sebenarnya ada peristiwa yang tak dapat diceritakan berlaku. So itu untuk kenangan kami lah ye. 

Ni antara barangan yang dibeli di hari pertama. Kebanyakannya adalah buah tangan untuk keluarga.

Ini pulak untuk diri sendiri. Aku banyak beli dekat The Heritage dan Cascade.

Sementara menunggu Blue Bird.

Inilah Cascade.

Sebenarnya percutian ni kami banyak shopping untuk family terdekat yang banyak menolong kami menguruskan majlis kahwin. Serious cakap suami aku tak shopping apa pun untuk diri dia. Kesian. Tak ada yang berkenan dihati. Hari ketiga kami check out hotel dan bergerak ke Cihampelas. Sebenarnya aku nak pergi ke Rumah Mode tapi Mizi cakap sama je outlet tu dengan yang kami pergi sebelum ni. 

All the Things She Needs, Cihampelas Walk.

Lunch celebrate our 1st monthsary. :)

Antara barang yang dibeli hari ketiga.

Lepas dari Cihampelas kami ambil bus untuk ke Jakarta semula. Perjalanan lebih cepat dari hari kami pergi tu. Tapi tetaplah kami sampai malam ke Jakarta. Kami buat keputusan untuk ke Mangga Dua. Kami tidur di Amaris Hotel, dinner dalam bilik sahaja sebabnya kami sampai kebanyakkan kedai dah hampir tutup.

Pagi sebelum ke airport.

Keesokkannya, hari keempat selepas sarapan di hotel, kami buat keputusan untuk berjalan di sekitar hotel dan pergi ke WTC Mangga Dua. Tapi malangnya tak banyak lagi kedai yang buka. Tapi sempatlah shopping terakhir sebelum bersiap ke airport. Walaupun aku tengok dari peta jarak dari sini ke bendara dekat tapi mengamil masa sejam jugak untuk sampai. Nasiblah kami sampai on time.

Last gambar sebelum balik.

Mizi sempat shopping habiskan rupiah dekat airport, aku pulak beli hiasan rumah saja yang aku cari di Bandung nan hado. Itu je lah cerita honeymoon kami tak seromantik orang lain tapi bagi aku banyak memori. Mungkin nak repeat honeymoon yang kedua kalau belum ada baby lagi. Hehe.

p/s : kenapa ada minah ni selalu sentap dengan tweet aku, dia ingat semua tweet aku tuju kat dia lah?

Bye.

Wednesday, June 25, 2014

Hobi - Kumpul Fridge Magnet

Hi,
Kali ni aku nak tulis pasal Fridge Magnet. Aku memang suka kumpul fridge magnet ni sejak 2010 lagi. Tapi waktu itu belum boleh dikira tegar. Tapi sejak aku pergi Hatyai kemudian Singapore minat tu semakin mendalam. Ececeh. Cuma yelah aku tak banyak round negara lagi so hasil pengumpulan aku adalah terhad kepada Asia. Kalau ada nampak yang Europe macam dekat bawah ni tu semua from my husband late mother.

Banyak ke tidak? Rasanya masih sikit sebab pintu bawah masih kosong. Hehehe.

Antara negara yang aku pernah pergi dan beli FM (fridge magnet) :-
Brunei
Singapore (2kali)
Thailand (Hatyai)
Indonesia (Jakarta & Bandung)

Kalau dalam negara :-
Melaka (2kali)
Penang
Perlis (Padang Besar)
Sabah (of course)
Kuala Lumpur ( aku beli dekat Central Market )
Menara KL.
Perak (Pangkor Island)
Universal Studio Singapore
Trans Bandung
Beli dekat Kaison pun banyak.
Beli fridge magnet cartoon dekat kedai biasa.
Beli dekat Amcop Mall.
Beli dekat BBW.

Yang orang bagi :-
Vietnam
Singapore
London
Brunei

Yang lain tu dah memang ada dekat peti ais aku tinggal susun saja. Disebabkan minat yang mendalam kadang sebulan sekali aku susun semula dan bersihkan. Kadang-kadang ada orang langgar pecahkan, ada orang datang rumah amik (budak-budak) dan kalau suami jatuhkan, pecah memang merajuk seminggu. Jangan main-main.

Ni dari Sabah.

Ni dari Singapore.

Ni dari Brunei.

Ni dari USS.

Peti ais rumah mak aku dekat Sabah pun aku yang penuhkan (belum amik gambar). Selain fridge magnet aku kumpul hiasan rumah dari luar negara. Aku suka susun-susun dekat almari dan gantung dekat rumah. At least ada kenangan dari negara yang pernah pergi. Minat memang macam mak cik- makcik, ada aku kesah? Cuma keychain sahaja yang aku jarang beli. Dulu masa sekolah memang kumpul, sebab kawan-kawan melancong dengan family mesti belikan keychain untuk member, ye dak? Kalau aku bercuti dengan family pun dulu beli keychain, kalau tak bercuti pun aku memang beli keychain yang watak cartoon gantung kat beg banyak. Sampai aku sedia satu tempat gantung bentuk pencil yang ada hang banyak-banyak untuk koleksi keychain aku. Ex-BF zaman sekolah pun bagi aku hadiah keychain. Hehe. Sekarang baru nak berjinak kumpul balik yelah rumah sendiri kan mesti lah nak hias ikut citarasa sendiri.

Yang ni beli dekat Soekarno Hatta airport, Jakarta.

Bye.



Tuesday, June 24, 2014

Berhijab

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa aku tiba-tiba berhijab? Sebenarnya aku dah minat dengan mengumpul shawl dan bawal ni sejak zaman study di Shah Alam. Masa tu banyak booth yang jual tudung dekat tapak tempat makan sebelah kolej aku, Kolej Melati. Kadang-kadang tengok je, kadang-kadang terbeli. Terbeli okay. Haha. Dari situ aku start kumpul tapi tak start pakai lagi. Kelas agama pun aku tak pakai, ngeh ngeh ngeh, nasib ustazah tu tak sindir.

So lepas dari tu, bila mak aku datang KL kami selalu tidur hotel dekat Jalan TAR. What do you expect kan, kat sana lagi banyak jual shawl dan bawal ni. Aku pun terbeli lagi. So bila koleksi dah banyak aku beli hanger pulak. Yang bulat-bulat tu.

Tapi aku rasa niat tu datang tahun 2013. Masa tu memang keinginan membuak-buak tapi hati ragu-ragu, sebab aku takut tak kekal, on off, takut panas dan macam-macam lagi. Tapi kalau jalan aku still terbeli tudung jugak, kawan-kawan pun ramai bertudung so aku belajarlah dari dorang. Kadang-kadang teman dorang cari shawl kan? Cuma aku lebih berminat dengan bawal satin. Tak tahulah kenapa, aku suka tengok dia ngam-ngam je lebarnya, lepas tu kilat-kilat.

Pada tahun ni, lepas kahwin, umur pun dah 25 tahun aku macam berazamlah nak berubah kan. Tiada paksaan dari suami or orang lain, semuanya datang dari hati sendiri. Aku mula pakai lepas nuzul al-Quran, 13hb Jun 2014. Aku berazam dapat je kerja aku nak berubah. Nak berhijab. Tapi aku berubah sikit-sikit dan masih belajar. Pakai tudung dulu, jaga solat, jaga akidah. Mula-mula agak kekok tapi dah lama-lama mungkin akan biasa. Fitrah manusia kan.

Cuma aku tak berapa berkenan dengan orang yang memang dah mendapat hidayah Allah SWT sebelum orang lain. Sibuk nak tanya "ko ni pernah sembahyang ke?" "tahu ke sembahyang?" "mesti dari lahir tak pernah sembahyang, kan?" Siapalah kita untuk jadi judgemental? Jangan ingat dengan amal yang sedikit tu kau dipandang mulia lebih dari orang lain, lebih-lebih lagi yang jahil. Itu bukan tiket untuk kau berlagak, siapa tau hidayah Allah SWT nak bagi kat dia?

Masa awal-awal pakai. Tak senonoh lagi.

Hari first kerja.

Hari-hari seterusnya.

p/s : Ada mulut longkang tanya aku dengan nada sindiran, "baju seksi yang dulu-dulu tu mana, tak pakai dah?"

Bye.

Monday, June 23, 2014

Honeymoon Part 1.

Jakarta dan Bandung.

Okay untuk honeymoon yang sebenar suami aku pilih Jakarta, nak shopping katanya. Percutian ini di sponsor oleh mak aku berserta pakej duit belanja. Kami naik Malindo Air dengan harga tiket pergi balik dalam RM 500++ yang bagi aku agak murah sebab beli last minute. Kami pergi pun selepas sebulan kahwin iaitu pada 27hb Februari - 2hb March. Bertolak dari KLIA pada pukul 11.15 pagi dan sampai di AirPort Soekarno Hatta pada pukul 12.15 tengah hari. Perjalanan 2 jam. Tapi masa Indonesia lambat sejam dari masa Malaysia.

Sampai je kat airport kami tanya bus untuk ke Bandung, tapi nasib kami kurang baik sebab hari Jumaat  agak macet lah perjalanan. Patut amik masa 3 jam je untuk ke sana tapi dah jadi hampir 6 jam. Memang nak nangis dalam bus. Tambang bus pulak 200 000 ++ rupiah untuk dua orang. Kami sampai Bandung malam. Tapi percutian ni tak berapa best sebab budget tak banyak aku pulak sakit gusi. Kami tukar duit kat Jusco, tu pun dah last minit, tukar pun dalam RM 1600 dan dapat lah berapa juta. Hehehe. Sebab masa tu mata wang Indonesia turun.

Dalam ERL.

Dalam bus Jakarta-Bandung.

Kami bertolak dari Jakarta pukul 2 petang dan sampai Bandung hampir pukul 8 malam. Sampai je bandung terus pergi Jalan Riau dan Jalan Dago sebab aku dah search awal-awal area mana yang best shopping tapi tulah tak booked hotel awal-awal. Masalah. Lepas pusing- pusing cari hotel kami jumpa hotel 3 bintang yang dekat dengan tempat shopping dan affordable. Lepas check in terus cari tempat shopping yang dekat-dekat dengan segera sebab kedai tutup jam 9 malam paling lewat 10 malam. Dekat sini outlet yang branded sebelah-sebelah je. Lepas dah siap shopping kami makan dulu, nasib kedai makan banyak cuma aku je tak dapat makan sangat, gusi tak mengizinkan. Then balik hotel rehat.

Hotel Progo. Harga untuk 2hari 3malam dalam 500 000 rupiah.

Trans studio.

Hari kedua kami pergi ke Trans Studio. Masuk sorang 150 000 rupiah dan kena beli kad untuk berbelanja dalam tu 10 000 rupiah so jumlah 310 000 rupiah. Dia lebih kurang Universal Studio Singapore cuma lebih kecil. Permainan tak banyak dan boleh habis round dalam masa 3 jam. Suami aku tak berapa minat, tapi kalau diberi pilihan Tangkuban perahu or ini, aku pilih ini. Haha.

Tak nak pun tapi dia je yang bergambar.




Dan macam-macam lagi yang tak sempat amik gambar sebab excited lagi pun iPad aku tak ada flash. Sob sob. Gambar pecah. Lepas dah puas main kami makan dan buat keputusan nak pergi Pasar Baru nak tengok apa yang ada kat situ.


Nanti aku sambung ye pengembaraan yang seterusnya di lain masa.

Bye.