Dah start dah puasa pertama. Alhamdulillah. Puasa tahun ni aku bergelar isteri, sahur kenalah masak. Cuma berbuka kami berbuka di rumah papa. Sebabnya tradisi suami aku puasa pertama di rumah mertua kalau rumah family aku jauh tak dapek den menolong.
Nasiblah puasa pertama jatuh hari ahad dan kami bercuti. Aku kerja Isnin-Jumaat dan alternate Saturday dan suami pulak kerja Isnin-Sabtu. Time puasa ni kerja masuk pukul 8 pagi balik pukul 4.30 petang.
Okaylah di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada blogger-blogger beragama islam. Semoga ramadhan tahun ini membawa makna yang besar dalam hidup kita. Kosong - kosong.
p/s : Bilalah nak puasa bertiga.
No comments:
Post a Comment