Monday, June 23, 2014

Honeymoon Part 1.

Jakarta dan Bandung.

Okay untuk honeymoon yang sebenar suami aku pilih Jakarta, nak shopping katanya. Percutian ini di sponsor oleh mak aku berserta pakej duit belanja. Kami naik Malindo Air dengan harga tiket pergi balik dalam RM 500++ yang bagi aku agak murah sebab beli last minute. Kami pergi pun selepas sebulan kahwin iaitu pada 27hb Februari - 2hb March. Bertolak dari KLIA pada pukul 11.15 pagi dan sampai di AirPort Soekarno Hatta pada pukul 12.15 tengah hari. Perjalanan 2 jam. Tapi masa Indonesia lambat sejam dari masa Malaysia.

Sampai je kat airport kami tanya bus untuk ke Bandung, tapi nasib kami kurang baik sebab hari Jumaat  agak macet lah perjalanan. Patut amik masa 3 jam je untuk ke sana tapi dah jadi hampir 6 jam. Memang nak nangis dalam bus. Tambang bus pulak 200 000 ++ rupiah untuk dua orang. Kami sampai Bandung malam. Tapi percutian ni tak berapa best sebab budget tak banyak aku pulak sakit gusi. Kami tukar duit kat Jusco, tu pun dah last minit, tukar pun dalam RM 1600 dan dapat lah berapa juta. Hehehe. Sebab masa tu mata wang Indonesia turun.

Dalam ERL.

Dalam bus Jakarta-Bandung.

Kami bertolak dari Jakarta pukul 2 petang dan sampai Bandung hampir pukul 8 malam. Sampai je bandung terus pergi Jalan Riau dan Jalan Dago sebab aku dah search awal-awal area mana yang best shopping tapi tulah tak booked hotel awal-awal. Masalah. Lepas pusing- pusing cari hotel kami jumpa hotel 3 bintang yang dekat dengan tempat shopping dan affordable. Lepas check in terus cari tempat shopping yang dekat-dekat dengan segera sebab kedai tutup jam 9 malam paling lewat 10 malam. Dekat sini outlet yang branded sebelah-sebelah je. Lepas dah siap shopping kami makan dulu, nasib kedai makan banyak cuma aku je tak dapat makan sangat, gusi tak mengizinkan. Then balik hotel rehat.

Hotel Progo. Harga untuk 2hari 3malam dalam 500 000 rupiah.

Trans studio.

Hari kedua kami pergi ke Trans Studio. Masuk sorang 150 000 rupiah dan kena beli kad untuk berbelanja dalam tu 10 000 rupiah so jumlah 310 000 rupiah. Dia lebih kurang Universal Studio Singapore cuma lebih kecil. Permainan tak banyak dan boleh habis round dalam masa 3 jam. Suami aku tak berapa minat, tapi kalau diberi pilihan Tangkuban perahu or ini, aku pilih ini. Haha.

Tak nak pun tapi dia je yang bergambar.




Dan macam-macam lagi yang tak sempat amik gambar sebab excited lagi pun iPad aku tak ada flash. Sob sob. Gambar pecah. Lepas dah puas main kami makan dan buat keputusan nak pergi Pasar Baru nak tengok apa yang ada kat situ.


Nanti aku sambung ye pengembaraan yang seterusnya di lain masa.

Bye.

No comments:

Post a Comment