Saturday, June 28, 2014

Archidex.

Ini Jumaat punya cerita, aku baru masuk office dah lah terlambat sebab suami pergi hantar pekerja Myanmar. Sampai office, aku baru nak tenangkan diri dan update blog, dan sambung kerja yang terbengkalai. Tiba-tiba tengah sambil buat kerja dan update blog, dalam pukul 10 pagi kena suruh pergi Archidex dengan seorang akak QS ( chinese ). Aku yang terpinga-pinga terpaksa pergi. ( Bos garang ).

Archidex



Disebabkan aku blur aku pun tak tahu nak ambil brochure apa. Tapi dalam tak tahu tu nak patah bahu jugak bawak beg kain yang banyak itu. Aku tak sempat buat research nak pergi mana dulu nak amik apa dulu. Sampai sana baru register dan ambik plan exhibition. Aku pergi booth yang bagi free gift menarik sahaja. :p

Aku tak ambik gambar pun sebabnya aku bawak hp cikai je pergi kerja. Kami bertolak pukul 10.15 pagi, hantar drawing ke Puchong pukul 11 pagi dan bergerak ke klcc pukul 11.30pagi, sampai sana pukul 12 tengah hari sebab jam dan cari parking. Sampai je aku dah lapar so makan dulu dekat food court ( korean food ).

Meneruskan misi mencari brochure jam 1 tengah hari, disebabkan parking dekat klcc sebab parking dekat convention centre penuh, maka jauhlah perjalanan. Aku duk berfikir macam mana lah nak bawak berat-berat pergi kereta nanti. Dan akhirnya semuanya menjadi kenyataan. Paling best kitorang lupa mana parking. Fuh! Memang nak patah bahu. Tapi aku terus call guna intercom dan nasib jumpa kereta tapi setengah jam kemudian.

Memandangkan keluar pun pukul 4.30 petang jumpa kereta dalam pukul 5, penat lagi, jammed teruk lagi, kami buat perbincangan nak balik atau nak pergi office. Aku duduk seri kembangan dan dia duduk sungai besi. So kalau nak balik office Subang Jaya, kami kena lalu rumah dan patah balik. Waktu kerja pun habis pukul 6, so kami pilih untuk balik. Itu jelah cerita untuk semalam.



p/s : Add la twitter kita http://twitter.com/nursufirar dan instagram http://instagram.com/nursufira .

Bye.

No comments:

Post a Comment