Sunday, March 15, 2015

Pengalaman bersalin

Sebenarnya aku pun tak jangka bila aku akan bersalin. Mula-mula aku pergi ke Hospital untuk cek fetal movement sebab aku dapat rasa kurang pergerakan. Tak silap aku 2/3/15 jam 2petang aku pergi hospital Serdang.

Then setelah register dan cek tekanan darah, berat, kencing, heartbeat dan ctg, doktor buat keputusan untuk admit aku. Malangnya tiada ward kosong untuk hari tu dan aku pun tak dibenarkan balik. Siap suruh tukar baju warded lagi. Nasib beg semua dah ada dalam kereta.

Waktu ni aku kena stay dekat PAC. Mula-mula doktor cek bukaan dan dah buka 1cm so memandangkan bayi dah matang doktor bagi advice untuk induce. So aku pun setuju. Induce aku ni sejenis tiub berbentuk belon yang panjang masuk dekat bahagian sulit. Doktor cakap untuk membantu bukaan.

Masa masuk tu sakit dan lepas tu agak tak selesa. Tapi dah lama-lama okay sikit. Tapi masih belum ada ward kosong. So duduk la kat PAC dalam keadaan sakit dan tak selesa. 3/3/15 bapak aku datang dan dalam jam 4.30petang tu aku dapat katil kosong dekat kelas ketiga.

Alhamdulillah lah selepas 24jam++ tunggu. Then suami pun hantar lah barang apa yang patut. 4/3/15 belon tu pun dikeluarkan tepat pukul 12.30 tengah hari. Lagipun ada keluar lendir dan darah menunjukkan ada bukaan. Dan bukaan dah masuk 3cm. Nama aku waiting list untuk labour room pulak. 

Pengalaman pertama warded hospital memang bosan sebabnya sorang-sorang suami tak dapat teman. Setiap hari akan cek ctg, tekanan darah dan heartbeat baby. Memandangkan aku dah ada irregular contraction so doktor masukkan dose pertama je induce. Bentuk dia macam panadol masuk dekat bahagian bawah.

5/3/15 cek bukaan lagi tapi still 3cm dan labour pun penuh dorang tak dapat push aku melainkan buka 4cm. Masa ni dah rasa sakit yang tak menentu. 

6/3/15 mak aku datang untuk memberikan sokongan. Waktu ni dorang tanya aku nak makan apa dan aku masih berselera untuk makan. Sebab sakit contraction tak cukup kuat.

7/3/15 lepas cek bukaan pagi tu aku rasa macam ada air jernih panas keluar sedikit dari bawah. Dia keluar kerap tapi tak banyak. Dalam pukul 8.00 pagi macam tu so dalam pukul 10.00 pagi aku report kat doktor waktu tu da report kat nurse tapi dia suruh pakai pad je sebab dia takut aku salah. Dan bila doktor cek memang ada leaking berserta sedikit darah. Dia suruh aku tunggu dalam 4jam untuk cek bukaan.

Memandangkan ada leaking aku hanya dibagi masa 18jam kalau tak bersalin takut infection. So lepas 4jam bukaan pun 4cm jadi aku boleh ditolak ke labour room. Jam 3.00 petang nurse datang bawak wheelchair nak hantar aku pergi labour. Suami pun dah ready.

3.30 petang aku dah kat dalam labour room bersama alat ctg di perut. Memang sakit benda tu dengan contraction lagi. Then dalam jam 6.00 petang nurse masukkan drip dan air. Memang dah tak boleh makan time ni.

Lepas drip masuk memang dah rasa sakit teramat. Macam tak senang duduk pinggang dan pinggul rasa nak patah. Perut pun sakit menusuk-nusuk. Masa ni aku dah minta ubat tahan sakit. Dia ada sediakan gas tapi tak membantu pun.

Ubat tahan sakit tu cuma kurangkan sakit dan bukan hilangkan. Effect dia mengantuk tapi tak boleh tidur sebab setiap 5minit sakit datang. Paling sakit bila dia pecahkan ketuban pukul 8.30malam rasa nak bangun dari katil lati-lari. Masa ni aku dah tak tahan sambil mengadu dan marah-marah suami.

Bukaan pun da 6cm waktu nurse cek dalam pukul 12.00 malam tu. Bayangkan berapa lama aku dalam tu sampai masuk 8/3/15. Dalam pukul 1.00pagi nurse cek kepala baby dah keluar. Masa ni sakit dia hanya Allah SWT yang tau. Terus rasa tak nak bersalin.

Nurse ajar cara push sambil tekan lubang punggung. Tapi aku tak reti. Dan aku siap bergaduh dengan nurse tu sebab dia tambah drip aku. Sakit oii. Then aku start meneran pukul 1.15pagi dalam usaha yang kuat dengan suami aku duk bagi kata semangat. Akhirnya berjaya keluarkan baby jam 1.48 pagi. Sebenarnya aku dah consider ceaser hehe.

Alhamdulillah tekaan aku betul kami dapat baby girl. Hee. Nantilah aku post gambar sekarang dalam mood motherhood.

Bye.

No comments:

Post a Comment