Tuesday, December 31, 2013

Pre-wedding

Bulan October tak silap aku kitorang buat photoshoot pre-wedding.
Kengkonon nak buat theme oldskool or vintage, tapi budget ciput pulak.
So kita buat jugak tapi kurangkan props.
Mula2 cari baju dekat Amcop Mall, sebab kat sana hari Sabtu Ahad ada orang jual2 barang lama yang rare2.
Niat nak cari dress dengan beg untuk prop tapi tak jumpa beg yang sesuai pulak.
Prop lain macam tak menepati budget, so beli dress sahaja.
Barangan lain guna yang sedia ada.
Mula2 nak buat dekat FRIM, Kepong, dah pergi tangkap gambar sikit.
Ingatkan bayar untuk masuk je RM6 tapi rupanya nak ambil gambar ada charge2 yang berlainan.
Macam model sahaja dalam RM 150 kalau berbaju kahwin terus jadi RM300. Memang ewah2 lah kan.
So disebabkan tak sanggup bayar maka terus berpindah tempat ke Taman Metropolitan,Kepong.
Ini antara hasilnya,




Okay itu je boleh tunjuk sebabnya kesemua gambar terpaksa dirahsiakan, permintaan Mizie.
Camera man : Purnamatigabelaslensa
MUA : Aku sendiri
Props : kawan Purnamatigabelaslensa (aku lupa tanya) Hehe

Kalau korang berminat boleh search nama beliau di blogspot atau di instagram.
Harga memang berpatutan dan senang di bawak berunding.
Bolehlah contact beliau untuk keterangan lanjut sebab dia kawan sebatch aku dekat Uitm Shah Alam.

Okay lah aku sebenarnya curi masa sebab sekarang busy urus bisnes online sekarang, nak kumpul duit kahwin. Kepada yang berminat nak follow aku bolehlah search kat instagram @enchantedwordrobe. Boleh contact sebab harga berpatutan. Hehe. 

P/s : hari ni hari last 2013. Bye2 selamat datang 2014.

Bye.

Sunday, December 29, 2013

Kad kahwin Murah

Tajuk tak beragak.
Okay kali ni nak sembang pasal kad kahwin.
Sebenarnya aku ni tak tahu apa pasal kahwin2 ni first time katanya.
Mula2 lepas je rancang nak tunang bulan dua hari tu hujung tahun 2012 aku start beli majalah Inspirasi Pengantin dan Pesona Pengantin, harga satu antara RM 12.90- RM 14.90.
Tapi bila dah belek2 aku lebih suka Inspirasi Pengantin so beli yang tu jelah, mak tak kaya nak beli dua2.
So sekarang dah setahunya beli majalah tu untuk rujukan.
Memang dari zero terus dah tahu serba sikit pasal kahwin.
Siap bergaduh lah dengan pasangan kalau tak dapat teman beli. Hehe.
Aku rancang nak beli sampai bertandang.
Okay lah berkaitan kad kahwin ye, aku ada tengok2 majalah tu design yang aku suka, then nampak ada pasport, ada tiket, ada buku sekolah, surat, macam2 lah.
Tapi last2 aku pilih tiket penerbangan sebab simbolik cinta jarak jauh aku Sabah dia Selangor. Boleh gitu?
Kad ni aku tanya dua tempat dua2 kawan aku jugak.
Tapi aku pilih yang kedua.
Contoh kad,


Ni yang draf sahaja nak yang betul kena bagi alamat.
Aku mula2 nak buat 500 keping saja tapi harganya sama pulak dengan 1000 keping.
So fikir2 last2 buat 1000 keping.
Harga aku tak boleh mention, tapi memang berbaloi sebab dia termasuk kad, design dan sampul.
Nak tanya lebih lanjut boleh buka sini, dakcetak.blogspot.com .
Sebab kan kawan2 so dia memahami lah situasi kita. Selain buat kad dia jugak ada buat veil, bunga tangan, hantaran, macam2 lah boleh usya2 kalau nak tahu lebih lanjut. Hehe.
Okay lah teman nak siapkan door gift sikit nanti sambung lagi.

Bye.

Door Gift murah 2.

Semalam lupa nak review pasal reben plastik dan reben kain yang dekat door gift tu.
Reben plastik tu beli dekat Westar, Shah Alam.
Aku pun tak ingat dah nak beli berapa gulung nak cukupkan mungkin dalam 15 gulung.
Harga dalam RM 1.50 segulung.
Aku buat door gift campur2 450 pieces sahaja.
VIP punya door gift cadang nak bagi 100 pieces sahaja.
Yang reben kain tu aku beli kat Westar jugak.
Tapi baru2 ni Fah Lean, Seri Kembangan ada buat sale reben tu dalam 10-20% tak silap. So harga dari RM 1.50 jadi dalam RM 1.20 yang harga reben kain tu RM 1.00 jadi RM 0.50 tak silap.
Tapi kat Sayang U, Semua House reben kain satin tu agak murah RM 0.45 sen segulung.
Kena pandai tengok berapa yard segulung takut tak cukup.
Aku beli reben satin tu dalam 10 gulung jugak tak silap.
Tak ada silap sangat kalau ada silap sikit2 tu aku guna semula.

Okay nak cerita pasal 28.12 pergi majlis tunang cousin dekat Papar.
Cousin yang ni sebaya cuma beza bulan.
Dia bertunang sebab aku dah bertunang. Haha.
Apa pun Selamat Bertunang Joyce. Selamat menguruskan majlis perkahwinan.


Ni ja gambar yang sempat ambil, okay lah dari tiada.

Next : kad kahwin murah.

Bye.

Saturday, December 28, 2013

Door gift murah.

Kali ni kita akan bercerita mengenai door gift.
Selalunya orang akan memberi sesuatu kepada tetamu yang datang ke majlis untuk buah tangan sebelum balik.
Sekarang ada bermacam version, bukan setakat bunga telur macam dulu2.
Cantik2, ekslusif dan mahal.
Kepada yang biasa mungkin akan sampai ke Nilai mencari door gift.
Sebab dah biasa so kemungkinan untuk sama dengan orang lain tu tinggi.
Kalau tanya aku yang cantik cari dekat House of Favor, Bukit Jalil.
Tapi harganya pun mengancam. Kalau nak beli borong dekat Semua House (baca post sebelum ni).
Aku beli kat Ikea.

Ini memang kena beli sikit2.
Kalau nak cari kelainan boleh tiru.
Sebab sepeket ada 6 pieces sekali beli tak boleh lebih 10 pieces.
Harga sepeket RM5.50. Berbaloi.
Gigih, tapi peratusan nak sama nipis.
Kalau kat Sabah ni aku prefer Kaison kalau nak cari yang rare. Kedai tu je yang murah dan comel2.


Ini pun aku buat sendiri. Murah cuma gigih nak gunting dan print satu2.


Outputnya, tarrraaa!
Kalau RM 5.50 sepeket bahagi 6 dalam RM0.90 satu.
Paper bag putih RM 6.90 100 pieces (jual kat Bagus tempat lain susah nak cari) dalam RM 0.07 anggap RM 0.10.
Print Paper and design sendiri priceless.
Kalau nak tambah doiley Paper pun boleh RM 4.90 sepeket ada 250 keping dalam RM 0.02 sekeping.
Tambah dengan Paper clip RM 2 sekotak ada 100. Pun dalam RM 0.02 seketul.

So total = RM 1.04 (tidak termasuk cost design dan printing)

Boleh minta tolong aku buat design kalau nak. (Tapi akan di charge).

Okay lah sampai sini dulu.
Selamat menyiapkan door gift.

P/s : door gift VIP tak dapat ditunjukkan sebab nak surprise. Hehe.

Bye.

Friday, December 27, 2013

Di mana kedai yang jual kain, beads dan lace murah?

Assalamualaikum semua.
Hari ni tinggal 34 hari lagi sebelum majlis. Harapannya sempat lah siapkan door gift yang berlambak itu. Buat sendirian ini lah padahnya. Haha.

Okay beberapa bulan lepas aku telah membeli kain untuk buat baju nikah dan sanding. Tapi harap maaf baju ku tidak boleh dipublish sehingga waktu terdekat kelak. Ecewah.

Okay mula2 kalau kita berada di Malaysia of cause tempat utama yang kita pergi adalah Jalan TAR dan Shah Alam. Mungkin ada yang ke Nilai tapi kat sana lebih kepada door gift tu cerita selanjutnya nanti.
Macam aku aku memilih Jalan TAR. Sebab lebih banyak pilihan. Kalau Shah Alam mungkin ada PKNS ataupun Plaza Alam Sentral yang ada Nagoya. Atau seksyen 7 ada Jakel dan Gulati's.

Tapi kalau Jalan TAR ada macam2. Umpamanya aku dulu sebelum pergi dok research mana tempat lace murah. Tapi kebanyakan orang cakap Kedai Reben murah bila aku pergi sana mahal jugak lah. So jangan percaya. Antara kedai lace yang murah di Jalan TAR adalah di Semua House. Kalau turun masuk pintu utama turun bawah nama kedai dia Sin Yin. Selain border lace per meter dari beberapa ringgit ke rm30, ada jual bermacam kelengkapan perkahwinan dari door gift ke beads. Kalau nak beads yang jahit boleh beli di sini dengan harga serendah RM 2.40 sepeket yang ada 10 bijik. Batu dia taklah nampak murahan. Atau naik ke tingkat atas U5 yang mana ada bermacam2 door gift dan Paper bag. Boleh juling. Ini antara kedai yang murah bagi aku, tapi barang tip top.

Sebab sebelum ni aku pergi Nilai tapi still mahal, pergi Fah Lean pun mahal jugak tipu je cakap harga discount 70%.

Okay selain border lace kalau nak cari yang lace penuh kalau berkemampuan Jakel tempat tujuan anda. Kalau tak mampu macam saya boleh pergi ke Madras depan dengan Semua House. Dia kat pintu masuk je. Bermacam2 lace penuh ada bermula dari RM 19.90 semeter sehingga RM 59.90.

Aku beli yang RM 39.90 semeter tu pun da ada beads tampal bagai. Murah kan? Tapi tak boleh tunjuk t korang tahu warna baju aku.

Kalau nak cari kain yang murah tapi berbaloi boleh menuju ke Kamdar. Kain chiffon dia semurah RM 5 semeter warna macam2 okay. Lining dia semurah RM 2. So kenapa bayar lebih?

Selain itu lace dia pun mengundang kesabaran harganya lebih2 lagi hujung2 tahun ni banyak sale. Harganya serendah RM14.90 semeter hingga yang ada 3d flower dalam RM 69.90 semeter. Sangat murah. Cuma mungkin kena pilih betul2 sebab kadang2 tak jumpa warna idaman.

Macam aku last2 warna aku nak ada kat Gulati's terpaksa bayar lebih. :(
Okay lah selamat mencari kedai murah.


gambar sekadar hiasan.

Bye.

Cek kesihatan : Ujian HIV dan Talesemia

Okay nak cerita pasal cek kesihatan pulak. Benda ni kena cek atleast 3 bulan awal or selewat-lewatnya  seminggu sebelum bernikah. Mungkin takut buat awal tiba-tiba last minit terkena tak pun buat lambat-lambat tak sempat. Benda ni penting jugak sebab nak dijadikan cerita ada salah faham sedikit. Aku ni dah isi borang permohonan nikah di Sabah pihak perempuan punya. Masa tu jugak dah buat test HIV dan talesemia. So aku tanya Mizi borang dia perlu isi tak? Dia cakap tak cukup dengan borang aku saja. Nak dijadikan cerita aku pun suruh lah adik aku bawak balik. Yelah kita takut hilang kan. So last minit dia cakap dia kena isi borang minta pengesahan JAKIM. Dalam borang tu mesti ada bukti test tu, padan muka. Terpaksa lah pergi klinik yang sama minta salinan keputusan ujian. Nasib ada. Tak mahu aku ambik darah sebotol lagi sekali.

Sakit okay.

So sebelum nak pergi kena cek jadual kat klinik kerajaan tu. Sebab dia ada masa-masa tertentu contoh kat klinik Serdang dia setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Masa lepas pukul 2 petang sehingga habis waktu pejabat. Bayaran adalah RM1. Kalau ada yang ikut giliran kena tulis nama then dibagi number. So tidak lah menunggu lama. Seeloknya bersama pasangan. Mula2 isi borang beberapa muka surat then timbang ukur tinggi. Lepas tu pergi bilik ambik darah. Bagi lelaki kena ambik sedikit sahaja sebab kena cek HIV sahaja. Perempuan kena ambik untuk HIV dan talesemia. Tapi keputusan boleh dapat hari tu jugak.
Okay lah selamat mencuba. Gituh.

Next : kain dan tempat menjahit berbaloi.

Bye.

Thursday, December 26, 2013

Kursus kahwin

Bagi yang mencari kursus kahwin selepas selesai bertunang bolehlah mencari di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Boleh serah internet kata kunci kursus kahwin, ada yang siap dengan jadual.
Kena cek awal sebab kalau cek minggu ni belum tentu boleh buat minggu ni jugak atau minggu depannya.
Macam aku terpaksa tunggu bulan depannya sebab masa tu kursus kahwin agak laris sebab ada ura2 kena tidur lah ada ujian lah.
Aku ada contact Number seorang ustazah yang urus pasal kursus kahwin ni tapi Number da tak simpan, rasanya search internet berlambak.
Pilih tarikh yang dua2 free, then message ustazah/ustaz untuk book tarikh tu dengan bagi Number i/c dan nama.
Aku tak pastilah kan sama ada semua area yang buat kursus kahwin ni masa dia sama or tidak.
Tapi yang pasti jumlahnya bayaran adalah RM80 dan di bayar waktu pendaftaran.
Bagi mereka yang masih berada di universiti bolehlah terus buat masa belajar tu sebab dengar kata free ke hala price macam tu.
Setiap sijil kahwin tak ada tarikh luput macam muet, tapi kalau hilangkan kena buat balik.
Then kalau nak kahwin lagi bagi lelaki tak perlu buat semula.
Macam aku, aku buat di Putrajaya, masa pendaftaran 12 tengah hari - 2.30 petang. Lepas tu terus start sampai pukul 6 petang.
Ia dua hari, hari kedua 8 pagi - 6 petang. Tapi masa tu balik awal sebab ada karnival dekat Putrajaya.
Sijil akan diberi lepas seminggu, diberi maksudnya ambil sendiri dekat pejabat JAIS tu. 
Kalau yang nak kahwin dalam masa beberapa hari lepas kursus boleh request nak awal.
Tapi memang ceramahnya sempoi tak rasa kerdil pun. Sebab kadang2 ada ceramah yang menyindir-nyindir buat kita rasa terasa.
Secara keseluruhan buat kat Putrajaya agak best sebab dewan dia auditorium, aircond memanjang so tak adalah berpeluh-peluh.
Disaran kan buat awal misalnya macam aku dah bertunang bulan 2 eloklah buat kursus dalam bulan 3 atau 4 sebab buat last minit banyak benda yang perlu disettlekan.

Sampai sini dulu tunggu next post.

Next : ujian HIV dan talesemia.

Bye.

26.12.2013

Assalamualaikum semua.
Lama benar tak update blog ni, password pun dah hampir lupa.
Kepada yang sering mengintai walaupun tak ada pembaharuan terima kasih daun keladi aku ucapkan.
Mak jemah busy uols maklumlah majlis dah nak dekat katanya.
Pejam celik lagi 35 hari tau banyak lagi tak siap ni.
Di kesempatan ini mak jemah akan cuba update untuk membantu mereka2 yang jugak menguruskan perkahwinan sendiri, yang jimatkan cost dengan memberitahu step by step dan jugak tempat2 yang berbaloi untuk beli barang kahwin.
Dari beli door gift, hantaran hingga lah ke kain.
Tapi mak jemah tak expert sangat, pernah terkandas jugak tapi tak mengapa pengajaran untuk adik2 yang baru nak up, ok? Gituh.
Tunggu post yang seterusnya tau.

Kau hade?

Bye.

Wednesday, March 27, 2013

Sekitar Pertunangan.

17.02.2013
Selamat menjamu mata.





Bertemakan electric blue, hantaran 5 berbalas 7. Pelamin yang ala kadar tu aku yang buat. Simple and save budget katanya. :)
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Bye.

2013 here we go.

Assalamualaikum.
Kita mulakan dengan selamat tahun baru.
Baru ke? Hahaha.
Tak mengapa masih di fasa awal tahun kira baru lah tu.
Mungkin belum update pasal convo.
Pasal bercuti ke thailand.
Pasal masuk kerja baru 12.12.12 tu.
Dah berhenti dah pun dan sedang mencari peluang baru.
InsyaAllah awal April ni mula kerja baru.
Doakan tempat baru ni aman damai hendaknya.
Okay yang paling excited pasal pertunangan on 17.02.2013.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
I manage to prepare everything with my own.
Dari cari barang hantaran.
Beli barang hantaran.
Baju tunang.
Hiasan pelamin.
Hantaran punya decoration.
Even make up pun sendirian berhad.
Hehe.
Tak pe nanti aku update gambar satu2 tapi mungkin sikit2 lah ye.

Stay tune.

Bye.

Hello hello.

Owh my 5 bulan tanpa update?
Haha.
How pemalas is that?
Dah masuk tahun baru 3 bulan dah pun.
Nak masuk bulan ke 4.
Apa dah jadi ni. :P
Okay nanti kita slow talk pelan2.
Ni mukadimah sahaja.

Stay tune.

Bye.