Saturday, December 28, 2013

Door gift murah.

Kali ni kita akan bercerita mengenai door gift.
Selalunya orang akan memberi sesuatu kepada tetamu yang datang ke majlis untuk buah tangan sebelum balik.
Sekarang ada bermacam version, bukan setakat bunga telur macam dulu2.
Cantik2, ekslusif dan mahal.
Kepada yang biasa mungkin akan sampai ke Nilai mencari door gift.
Sebab dah biasa so kemungkinan untuk sama dengan orang lain tu tinggi.
Kalau tanya aku yang cantik cari dekat House of Favor, Bukit Jalil.
Tapi harganya pun mengancam. Kalau nak beli borong dekat Semua House (baca post sebelum ni).
Aku beli kat Ikea.

Ini memang kena beli sikit2.
Kalau nak cari kelainan boleh tiru.
Sebab sepeket ada 6 pieces sekali beli tak boleh lebih 10 pieces.
Harga sepeket RM5.50. Berbaloi.
Gigih, tapi peratusan nak sama nipis.
Kalau kat Sabah ni aku prefer Kaison kalau nak cari yang rare. Kedai tu je yang murah dan comel2.


Ini pun aku buat sendiri. Murah cuma gigih nak gunting dan print satu2.


Outputnya, tarrraaa!
Kalau RM 5.50 sepeket bahagi 6 dalam RM0.90 satu.
Paper bag putih RM 6.90 100 pieces (jual kat Bagus tempat lain susah nak cari) dalam RM 0.07 anggap RM 0.10.
Print Paper and design sendiri priceless.
Kalau nak tambah doiley Paper pun boleh RM 4.90 sepeket ada 250 keping dalam RM 0.02 sekeping.
Tambah dengan Paper clip RM 2 sekotak ada 100. Pun dalam RM 0.02 seketul.

So total = RM 1.04 (tidak termasuk cost design dan printing)

Boleh minta tolong aku buat design kalau nak. (Tapi akan di charge).

Okay lah sampai sini dulu.
Selamat menyiapkan door gift.

P/s : door gift VIP tak dapat ditunjukkan sebab nak surprise. Hehe.

Bye.

No comments:

Post a Comment