Okay nak cerita pasal cek kesihatan pulak. Benda ni kena cek atleast 3 bulan awal or selewat-lewatnya seminggu sebelum bernikah. Mungkin takut buat awal tiba-tiba last minit terkena tak pun buat lambat-lambat tak sempat. Benda ni penting jugak sebab nak dijadikan cerita ada salah faham sedikit. Aku ni dah isi borang permohonan nikah di Sabah pihak perempuan punya. Masa tu jugak dah buat test HIV dan talesemia. So aku tanya Mizi borang dia perlu isi tak? Dia cakap tak cukup dengan borang aku saja. Nak dijadikan cerita aku pun suruh lah adik aku bawak balik. Yelah kita takut hilang kan. So last minit dia cakap dia kena isi borang minta pengesahan JAKIM. Dalam borang tu mesti ada bukti test tu, padan muka. Terpaksa lah pergi klinik yang sama minta salinan keputusan ujian. Nasib ada. Tak mahu aku ambik darah sebotol lagi sekali.
Sakit okay.
So sebelum nak pergi kena cek jadual kat klinik kerajaan tu. Sebab dia ada masa-masa tertentu contoh kat klinik Serdang dia setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Masa lepas pukul 2 petang sehingga habis waktu pejabat. Bayaran adalah RM1. Kalau ada yang ikut giliran kena tulis nama then dibagi number. So tidak lah menunggu lama. Seeloknya bersama pasangan. Mula2 isi borang beberapa muka surat then timbang ukur tinggi. Lepas tu pergi bilik ambik darah. Bagi lelaki kena ambik sedikit sahaja sebab kena cek HIV sahaja. Perempuan kena ambik untuk HIV dan talesemia. Tapi keputusan boleh dapat hari tu jugak.
Okay lah selamat mencuba. Gituh.
Next : kain dan tempat menjahit berbaloi.
Bye.
No comments:
Post a Comment