Monday, September 29, 2014

Barang baik bulan ini.

Aku rasa ini kali ke-4 aku membeli-belah online menggunakan website LAZADA. Untuk bulan ni aku beli dua barang dulu. Sebab budget bulan ni tak berapa banyak. Kena beli barang baby lagi. Dengan shopping untuk diri sendiri pun belum lagi.

1. Kipas meja

Sebenarnya benda ni agak penting tapi yelah baru kahwin banyak belanja so benda ni jadi tak penting pulak. Sebenarnya rumah kami setiap bilik ada aircond tapi sebab ada yang rosak dan belum service so agak panas lah 1 bilik ni kalau tetamu datang. Dan yang bilik aircond ni pulak agak mahal letrik sebab aircond dia kan jenis bukan inverter. Nak tak nak kena beli dua kipas tapi sebab kena beli sikit-sikit kita beli satu dulu.


Memandangkan sebelum ni pernah beli jenama Elba so aku cuba beli lagi jenama ni untuk benda lain. Yang ni harga dia RM73 lepas discount. So okaylah kan?

2. Kipas untuk meja komputer

Aku ni sebenarnya dah lama nak buat area workstation sendiri dekat rumah tapi asyik habis je meja computer yang aku nak kat Ikea tu so aku terpaksa beli accessories dulu. Hurm. Entah bila nak tercapai. Memandangkan area aku nak letak PC tu agak panas, aku pun tak nak beli kipas besar macam di atas. Buruk pulak kan untuk connection living room and dining room so aku beli yang kecik je.


Yang ni je yang mini fan with usb. Haha. Tak tahu lah tahan berapa lama sebab tak ada jenama harga pun RM20 je lepas discount.

p/s : Hari ni nak shopping Ikea sebab esok cuti nak buat monthly baby check up.

Post ni untuk suka-suka aku je kalau rasa cam tak berbaloi baca cam entah apa-apa jangan lah baca okeng.

Have a nice day.

Bye.

Friday, September 26, 2014

MOOD TERBANG


Memandangkan mood tak berapa nak okay hari ni, maka tiada post yang panjang.

Bye.

Thursday, September 25, 2014

Tom Yam Merah

Bahan-Bahan :

Bawang putih*
Bawang merah*
Cili kering*
Bayang besar dihiris
Daun limau purut
Limau kasturi
Serai diketuk
Minyak
Stock tomyam
Gula dan garam secukup rasa.

Isi:
Udang/Sotong/ Ayam/Daging
Sayur brokoli
Bunga kobis
Lobak merah
Cendawan
Tomato

* Diblender

Mula-mula panaskan belanga dan masukkan minyak.
Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi. Bersama bawang besar yang dihiris.
Masukkan serai dan kacau sehingga naik bau.
Masukkan semangkuk air dan kacau lagi.
Bolehlah masukkan kiub tomyam dan daun limau purut.
Kalau isi yang anda gunakan ialah ayam dan daging bolehlah masukkan sekarang. Tetapi kalau udang atau sotong masukkan sayur dahulu ikut mana yang lambat masak.
Kalau ikut turutan sayur brokoli dulu, lepas tu bunga kobis, lobak merah, cendawan dan udang, terakhir sekali tomato.
Gaul sampai mendidih, dan masukkan gula dan garam.
Akhir sekali perah limau yang dibuang biji dan siap untuk dihidang.

Gambar hiasan ehsan google.

Bye.

Wednesday, September 24, 2014

Checklist Keperluan Ibu Mengandung

Memandangkan sekarang aku dah berada di minggu yang ke-15, ada lebih kurang lagi 25 minggu sebelum bersalin. Walaupun orang tak nampak lagi perut aku, aku pun tak rasa perut aku besar tapi aku dapat rasakan yang kebanyakan seluar berzip yang baru beli dah tak muat or muat tapi sempit. Kalau yang lama masih muat sebab dulu aku suka beli seluar yang bersaiz besar, satu atau dua saiz.

Baju tak ada masalah lagi setakat ni. Cuma kain yang getah je dah agak ketat. So antara barang yang perlu dishopping :

Baju/Jubah/Dress mengandung (maybe perlukan 2,3 je lagi)
Seluar Mengandung (kena ada atleast 2 helai warna basic)
Blouse Mengandung (yang ni aku rasa 1,2 helai okay kot sebab boleh beli baju besar)
New Bra & panties (ini agak perlu)

Kasut yang selesa (atleast beli 2)

Baju mengandung or maternity clothes ni agak mahal okay. Aku tengok dekat H&M dan Ginger Snap ada tapi harga melebihi RM 50 sehelai. Hehe.

Untuk bulan ke-7 nanti :

Kad Lawatan Hospital
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai) 
Stokin (2 pairs) 
Kain Batik (2 helai) 
Bra (3 helai)
Panties (5helai) 
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi) 
Tuala Mandi 
Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek) 
Selipar (1pasang) 
Kamera
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik 
Baju Sejuk (Sweater)-(1 helai) 
Sikat 
Breast Pad (4 pair) 
Nursing Bra (2 helai)


Ini aku tiru je dulu dari blogger lain tapi aku rasa nanti aku akan confirmkan balik untuk kegunaan diri sendiri.

Set berpantang :

Set Berpantang
Stokin tebal
Baju Sejuk 
Selipar rumah
Kain Batik
Bengkung
Maternity Pad
Pad Biasa
Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
Minyak Angin/Urut
Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick, Susu, Biskut, Roti)
Tukang Urut


Tu jelah dulu yang sempat aku list down nanti aku update dari masa ke semasa.

Bye.

Tuesday, September 23, 2014

First Younger Brother.

Aku tak sangka adik aku sanggup jadi man of honor. Haha.

Yang ni adik aku yang ketiga dalam urutan or kedua lepas aku. Nama dia Mohd Arief Bohain. Kitorang panggil Bobo. Umur dia 21 tahun dan sedang belajar di Maktab Perguruan Gaya Sabah dalam course BI, minor course aku tak ingat. Dia ni poyo. Haha. Tak lah dia ni macam blur-blur sikit.

Kalau nak tunggu dia habis cakap lambat sikit sebab banyak pause. Dia suka sangat online dan tengok wayang. Tanya je wayang apa dia mesti tau. Dia peminat sukan bola sepak. Walaupun dia hitam dan tak hensem tapi ramai awek yang berkenan jugak. Aku pun pelik. Tak henti-henti hp dia bila tengok perempuan, lain-lain pulak tu. Fb jangan lah semua yang komen perempuan. 

Dia ni kalau dengan kitorang sangat malas, semua kita ajak dia cakap bosan dan malas. Nak buat kerja rumah apatah lagi. Tapi kadang-kadang dia buat jugak. Kalau kawan dia laju je dia bergerak. Tulah aku cakap tak sangka dia boleh buat seperti dalam gambar ni. Hehe.

Kalau yang perasan dia memang tinggi even sangat tinggi aku rasa 175cm kot, ke lebih. Walaupun masa kecil dia tak nampak la tinggi sangat tapi bila dah besar makin meninggi pulak. Kesian suami i jugak yang rendang.





Tapi sekarang dia ni dah alim sembahyang tak tinggal siap pergi surau lagi on time. Baguslah manusia berubah ikut peredaran. 

Bye.

Monday, September 22, 2014

Second Younger Sister

Yang pakai tudung mint green tu adik aku yang paling bongsu. Sekarang umur dia 15 tahun. Dia sekolah di sekolah yang sama dengan aku dulu SMK Tansau. Nama dia Nur Shania, diambil sempena mak aku masa tu minat Shania Twain. Tapi kami panggil dia Caca. Masa dia kecil aku pernah jaga dia sebab dia lahir aku dah 10 tahun. Masa tu mak aku baru nak mohon pindah ke KK sebab adik aku ni lahir Labuan.

So akulah yang baby sit dia. Dari baby sebab tu dia manja dengan aku. Aku lah yang buat susu dia, tukar lampin, tidurkan dan macam-macam. Dulu kami selalu macam tunjukkan kasih sayang macam kiss ke apa tapi orang yang tak biasa macam tu akan rasa pelik. Padahal bagi kami biasa.

Dia ni rabun, even dia paling kecil dalam family tapi dia dah macam mak nenek. Haha. Aku dengan dia start pakai tudung sama-sama which is bulan 6 tahun ni. Dulu dia pakai jugak tapi on off. Kalau nak harapkan kerja rumah dia ni banyak tak tahu selalu kena marah sebab dia dari kecil ada orang gaji yang buat. Ikut kem pun jarang so tak berdikari sangat. 

Dia cakap kat mak aku dia tak nak kerja nak duduk rumah tunggu duit mak aku. Haha. Aku pun tak tahu lah dia ni. Dia kalau bab artis bab lagu semua dia tau lebih-lebih artis hollywood tapi bab pelajaran lemah. Mana taknya tak study pun dengar lagu je. Kena suruh pun selalu blur-blur. Tapi dia je lah adik yang aku ada.

Bye.

Saturday, September 20, 2014

MUA

Make up artist untuk nikah aku ni sebenarnya ganti orang yang sepatutnya make up aku. Orang yang sepatutnya make up aku sangat bapok boleh amik job lain sehari sebelum nak make up aku pas tu tak sempat balik pada masa aku nikah. So dia minta kawan dia ganti, nama dia Noi. Dan nak dijadikan cerita aku suka make up si Noi ni tak lah drag sangat kening aku muka pun tak lah berubah sangat.

Tapi disebabkan dah booked si Madonna tu  so tak boleh lah tukar dah. Aku rekemen si Noi ni sebab dia make up tak kasar, tak tenyeh-tenyeh, relax je. Kalau dia kasar tanya aku sakit ke tidak. Hasil pun memuaskan. Cumanya aku tak ada contact number dia. So sad. Tapi aku rasa kalau aku minta dari bapak aku maybe dapat kot number dia sebabnya dia ni kawan-kawan jugak. Selalu make up untuk kebudayaan.

Bye.

Friday, September 19, 2014

First younger sister.

Entah kenapa aku benci tukang make up aku yang untuk sanding ni. 


Okay aku nak cerita tentang adik aku yang perempuan ni. Nama dia Nur Attina. Dia bawah aku dan muda aku tiga tahun. Kalau nak kata rapat tu tidak lah sangat sebab kami selalu bergaduh. Dari kecik memang akan bergaduh je. Kalau dah besar apatah lagi. Pernah tak bertegur berbulan-bulan. Memang bergaduh macam nak putus saudara. :p

Mak aku pun dah tak boleh cakap apa lagi. Memang benci je rasa nak tengok muka masing-masing siap sindir-sindir lagi. So umur dia ni 22 tahun. Sekarang belajar dekat UMS, Sabah tahun akhir. Ambil bidang Geology. Aku rasa dia tengah praktikal. Dia ni memang kurus dari dulu. Dulu aku lebih kurang dia tapi dah bertambah usia bertambah lah berat tapi dia makin berkurang. Semuanya sebab dia tak makan sayur dan buah. Karnivor eh? haha.

Dia ada allergic matahari masa kecil. Pernah dia berjemur ikut perbarisan dia punya mata jadi bengkak sama rata dengan pipi tu paling lawak lah masa tu. Aku rasa berat dia sekarang 30++kg dengan tinggi lebih kurang aku. Dia jenis tak kan mengalah, sentiasa nak menang dan betul, agak cerewet kalau memilih barang.

Dia ni jenis peramah dengan kawan-kawan dia tapi kalau dengan kitorang dia lebih suka main handphone dengan sindiran. Haha. Aku pelik sebab kawan dia kebanyakan dia anak TYT dan kaya-kaya. So dia pun terpengaruh lah dengan kehidupan itu. Suka makan tempat jenama, baju jenama, melancong tempat orang kaya, barang-barang jenama, dan tak nak makan gerai or beli baju dekat TS. Susah jugak nak bawak dia jalan kan. Masa kecil dulu dia okay semua pun dia boleh guna.

Nasiblah bf dia dah kerja dan kaya. Kalau tak tak dapek nak menolong. Tujuan aku bercerita ni saja nak bercerita perihal adik-beradik aku untuk dijadikan memori terindah. Masa kecil kitorang pernah rapat sekejap tapi bila dah masing-masing dewasa masa banyak mencorakkan perangai masing-masing. Sekarang kami dah okay tapi tak serapat dulu. Yang penting tak gaduh dah, kan?

Bye.

Thursday, September 18, 2014

SELAMAT HARI JADI SAYANG.

Hari jadi suami aku 12 September tu tapi aku terlupa pulak nak update. Maklumlah sambut awalkan dekat Johor. Dah jalan-jalan, beli hadiah dan belanja hotel. Apalagi? Haha. Kat rumah aku just masak makan malam biasa dan beli kek 1 slice dekat Secret Recipe bawah ofis aku je, minta lilin dah. 

"Ayang Selamat Hari Jadi. I love you to the moon and back. Forever and always. Semoga ayang gembira dengan sambutan pertama kita ni lepas kita sah. Hope ayang dapat jadi suami yang diidamkan semua isteri. Yek-yek. Will give you another precious present next year, okay? Xoxo. "


Entah bila aku dan dia buat pose ni ntah.

Bye.

Piala Sultan Selangor 2014

Baru-baru ni aku dapat ticket bola Piala Sultan Selangor for free. Walaupun aku tak tengok tapi aku demand nak dua ticket. Dah lah free nak demand pulak kan? Haha. So perlawanan tu minggu depan 27hb September. Aku memang tak minat bola apalagi nak bersesak ramai-ramai dekat stadium. Sepanjang bapak aku jadi pengulas sukan pun aku tak pernah pergi. Dengan keadaan sekarang ni lagi memang malas je aku nak pergi. So aku berkira-kira nak bagi kat suami aku tapi aku macam cakap kat dia nak jual bagi kat orang lain. Padahal dia dah gembira nak ajak kawan. 

Aku : U nak tengok ke bola tu nanti macam boring kan game dia, apa tu veteran lah apalah (ayat nak mainkan perasaan dia)

Suami : Eh best lah tu game orang lama main.

Aku : Yeke?

Suami : U nak tengok ke? Tapi U macam tak sesuai lah pergi. Ramai orang.

Aku : I tak nak pergi lah sesak. Habis U nak pergi dengan siapa?

Suami : Pergi dengan Kiki kawan I. (nampak sangat memang dah rancang awal)

Aku : Hurm. I ingat nak jual lah ticket ni.

Suami : Oiii. Janganlah.

Sebenarnya memang nak amik untuk dia pun saja tak cakap.


Bye.

Wednesday, September 17, 2014

Cuti

Minggu ni walaupun ada cuti 3 hari tapi adalah hari yang sungguh unproductive buat aku. Sabtu sibuk mengemas sebab malam mak aku nak datang tidur rumah jap. Maklumlah cuti sekolah dorang nak pergi bercuti ke Vietnam. So memang tak keluar rumah. Malam je pergi airport kejap bawak makan then balik rumah. Ahad pulak hantar pergi KLIA stay sampai petang. Then balik rumah. Memang tak keluar langsung.

Isnin pulak aku buat keputusan untuk kerja dan laki aku pulak nak half day. Pun buat kerja terpaksa sebab mood malas melanda. Then Selasa cuti seharian bermalas-malasan atas katil main game, bangun pukul 3 prtang masak, makan then sambung baring-baring. Petang nak maghrib baru keluar pergi rumah mertua. Oleh kerana terlalu bosan aku ajak laki pergi downtown Mines tu je paling dekat yang buka malam-malam. Sebenarnya nak makan char kuew tiaw dan beli asam jeruk. Tapi kedai asam jeruk tu tutup. Char kuew tiaw je la dapat. Dan beli tudung 2,3 helai. Pas tu balik da kul 12.30malam mata pun dah nak tertutup.

Dan hari ni kerja balik. Aku dan laki dah malas-malas nak menghadapi hari-hari kerja setiap hari. So aku cadangkan kami kena jadi bos. Maksudnya buka bisnes sendiri lah kan. Which is kena tunggu tahun depan sebab kena kumpul modal banyak-banyak dulu. Bak kata lecturer aku nak berhenti kerja kena ada at least simpanan 6 bulan gaji. Mampu? 12k lah maksudnya? haha. Pengsan. Lagi 10 tahun kerja belum tentu dapat kumpul simpanan banyak tu.

Aku suka bekerja sendiri yang berkaitan dengan bisnes. Walaupun penat kan tapi puas lah tak delah pergi kerja buat muka ketat. Anyway aku sedang fikirkan bisnes apa yang sesuai lagi pun tahun depan InsyaAllah ada baby, kena lah spend time dengan baby selalu. So ada bisnes ni senang lah nak spend time dengan dia ye tak?


Okaylah aku nak sambung buat kerja. See you when i see you.

Bye.

Sunday, September 14, 2014

Majlis Bersanding

Okay ini adalah hari terakhir majlis aku. Bagi yang tertanya-tanya berapa hari majlislah berapa helai baju lah. Meh nak cerita. Majlis aku dua hari which is nikah dan sanding. Aku buat nikah dulu terus sanding esoknya jimat belanja perjalanan. Tapi acara aku ada 3, which is nikah, merenjis yang sepatutnya berinai dan sanding.

Baju pulak yang aku tempah ada dua untuk nikah dan sanding. Tapi aku sewa ada 3 iaitu baju merenjis, baju potong kek dan satu baju tradisi kadazan. Aku nak baju tradisi Brunei tapi dia terlalu membahayakan sebab ada benang emas. Hehe.







Berkenaan kedatangan CM ke majlis aku ni, bukanlah sebab aku anak somebody tapi sebab bapa aku selalu jadi MC untuk majlis-majlis besar. Dia selalu buat majlis kahwin menteri kadang-kadang untuk TYT. So bapa aku jemput lah CM ni, dia memang dah masukkan dalam dia punya atucara. Lebih-lebih lagi time aku kahwin tu CNY so dia banyak acara mana yang dekat dia singgah terus. Tapi dia kena confirm kan dia singgah sebabnya dia nak sedia angpau dan nak suruh polis cek keadaan dulu. Begitulah ceritanya.











p/s : Orang tu pun dah kahwin.

Bye.

Friday, September 12, 2014