Saturday, September 6, 2014

Johor Kuasa Dua :)

Hari kedua diteruskan lagi berjalan disekitar Johor Bahru. Ni pun termasuk dalam wish list iaitu Legoland. Tapi aku bukan nak masuk pun sebab memang sangat panas okay. Tengoklah semua gambar mata tahan panas. Almaklumlah tak boleh pakai spek nanti pening.

Nasib baik hotel kami berada di area bandar dekat dengan Danga Bay dan semua-semua yang wish list so tak perlu lah jalan jauh-jauh. Yang Legoland, Nusajaya ni dalam 20 minit dari hotel. Kami pergi lepas sarapan dan check out sebab lepas dari sini terus pecut KL.


Wajib dekat entrance.


Untunglah boleh pakai sun glasses.

Sebenarnya aku nak beli souvenirs dekat kedai dia, tapi setelah ditanya nak masuk kedai dia kena ada pas dan kena bayar RM140 untuk pas. Lepas tu kena beli minimum RM100. Kaya pulak aku kan padahal nak beli magnet je. Macam dekat USS kedai dia dekat luar so boleh je beli tak masuk pun, TransBandung pun sama. So untuk tak menghampakan aku pergi souvenir shop dekat Lego Hotel.



Ini jelah mampu beli dengan total RM 45. Mula-mula nak beli yang tulis Johor je tapi tak jumpa yang murah dan cantik, yang mahal tak cantik adalah. So ni pun boleh lah rare jugak kan. Bertambah koleksi di peti ais i. Yang kotak tu bakal perhiasan dekat almari buku baru yang akan dibeli tak lama lagi. Yeay.


Bye.


No comments:

Post a Comment