Thursday, September 29, 2011

Shop till drop.

Okay bagi yang sedia maklum, aku peminjam PTPTPU.
Tapi unfortunetly , aku dapat PT paling lambat dari semua makhluk UITM.
Sedih. :')
But, aku sudah dapat PT hak milik ak on 27th September lepas.
So, i can't stop myself from buying thing that have stated on my list.
Okay, memang aku buat list pun benda apa nak beli.
Mula2 buat list yang penting dulu, barang2 keperluan diri.
Kalau tak ada boleh hilang pedoman. :)
Lepas itu, list untuk kecantikan dan keyakinan diri.
Barulah benda2 remeh temeh.
Tapi selalunya aku bila nak beli benda penting selalu missed.
Terbeli benda tak penting. Haha.
Okay, bukan nak cerita yang itu.
Memandangkan aku ada duit sedikit sekarang, aku kena berjimat cermat.
Setelah ditolak semua benda yang perlu dibayar; sewa rumah, broadband, bil api air, hutang piutang.
Aku sudah boleh diistiharkan muflis. Yeah!
So lepas ni, kalau aku nak beli barang even penting sekalipun aku terpaksa pejam sebelah mata dan beli tanpa fikir panjang.
Bagi mengelakkan aku rasa bersalah di kemudian hari.
Selain itu, aku juga akan tidak menengok baki dan jumlah duit semasa.
Cek harga setiap barang yang dibeli untuk mengelakkan kesalahan harga.
Dan pelbagai pertahanan diri yang lain.
Owh i feel so guilty towards me.
Please, please, please someone give me some money. :(.


Bye.

Wednesday, September 21, 2011

Had laju?

Bersabar adalah perkara yang paling mencabar, paling susah, paling tabah untuk dilakukan.
Kadang-kadang kita tidak banyak pilihan.
Selalunya pilihan yang kita ada cuma dua, sabar atau sabar.
Kita kena jugak pilih, even berat macamana pun.
Sebab kita terpaksa, dipaksa dan keadaan memaksa.
Walaupun kadang-kadang kita sedar the person that kita mesti bersabar itu was not worth it dengan jumlah kesabaran kita.
Tapi siapalah kita.
Kita cuma manusia biasa.
Apa yang kita mampu buat adalah berdoa semoga orang yang menganiaya kita itu mendapat balasan yang setimpal.
Dan semoga one day, everyone will open their eyes and see which one is the pure one and who the plastic.
Amin~~

Bye.

Monday, September 19, 2011

Mengambil harta karun.

Hari ini sibuk dengan urusan memunggah harta khazanah yang telah tersimpan lama sejak diploma itu.
Penat memang penat tapi tak boleh nak buat apa.
Kena juga buat sebab untuk kepentingan sendiri.
Nasib aras dua saja, cuba kalau 8? Pengsan~~
Lepas ini nak kena kurangkan barang hantar sikit2 pulanh ke Sabah.

Terimalah gambar dari si comel dan si hitam.
Si hitam itu baru balik kerja berjemur di Sepang, sebab tulah rupa dia lagu tu.
Jangan marah ah. :)

Bye.

Sunday, September 18, 2011

Masak memasak

Ini kali ke-3 memasak di rumah sewa. Sejak sampai on 12th September.
Sila refer gambar.
 
Hanya ada gambar kali ke-3 saja, sebab yang lain tu tak sempat amik gambar.
Lapar sangat kot. :P

Menu kali pertama : Ayam goreng, ikan masin, sup cendawan, kupang masak sambal, nasi putih.
Menu kali kedua : Ayam goreng crispy, cendawan tumis, kentang goreng, ikan masin, nasi putih.
Menu kali ketiga : Sandwich ( daging burger, mayonis, salad, cheese ), french fries.

Bye.

Friday, September 16, 2011

Baby boo, birthday.

Mine :)

With Ice lemon tea and mushroom soup
The Manhattan, FISH MARKET.

Him's :)
Mamat indon tersebut. Hehe

Da 22tahun u sekarang. I love u.

At Subang Parade. :)
 Semua gambar diambil pada tarikh 12 September 2011.
Selamat Hari Jadi , Sayang.

Bye.

Wednesday, September 14, 2011

Arrived

Sudah berada di shah alam.
Azab sakit masih berterusan.
Help me!
Pt pun tak dapat lagi.

Bye.

Sunday, September 11, 2011

Kebengkakan

Sangat tidak kumengertikan.
Ahaks. Geli tak baca.
Ala2 putus cinta gitu.
Ni ha. Mak baru pas buat botox uols.
Tapi tak jadi sangat, doctor tak bertauliah katanya.
Nak pipi runcing tapi terover dose tembam.
Macammana?
Taklah. Mak tengah azab gusi membengkak.
Apa ke halnya tua2 gini gigi nak tumbuh.
Gusi mak macam terkoyak je uols.
Makan tak lalu walaupun nafsu tinggi.
Apa tak nye sakit nak mengunyah kalau tersangkut kat gusi.
Semalam sakit sangat.
Tak boleh tidur menahannya.
Pagi2 bangun suara serupa Ella, pipi bengkak sebelah.
Macamana nak mengekalkan kecantikan ni?
Bila lah gusi ni nak sembuh.
Ada idea tak nak bagi bengkak gusi surut?

Bye.

Saturday, September 10, 2011

Currlast.

Esok sudah kena balik Shah Alam. Tapi luggage tak kemas pun lagi.
Aku masih in a bad condition.
Tadi baru lepas dari poliklinik amik ubat.
Tapi sakit tak surut lagi.
Gusi pulak bengkak.
Streessssss.
Nak makan pun tak selera uolls.
Raya pertama berat aku 58kg, tup2 hari ni jadi 55kg. 3 kg turun dalam masa tak sampai 2 minggu.
Kalau sakit lagi seminggu mungkin turun jadi 50kg.
Tak mampu mak nak nak sakit2 cenggini.
Baru2 ni aku ada warnakan rambut.
Tapi warna tak naik lah.
Aku tak tau kenapa, padahal rambut taklah hitam yenna mana pun.
Ke memang lambat?
Ke medium golden brown memang suam2 kuku je warnanya?
Confuse.
Pas tu ak ada men'curl'kan rambut.
Tapi tidak menjadi seperti yang diharapkan.
Nanti senang2 aku uploadlah gambar itu.
Ada petua tak untuk jaga rambut curl bagi tahan lama dan cantik?

Bye.

Thursday, September 8, 2011

I rindu kat U

Okay ini adalah perbualan pukul 3.38 a.m. tadi.
Aku sedang berbaring-baring untuk tidur tapi tak dapat nak tidur.
Sebab hidung tersumbat sebelah pusing kanan, kanan tersumbat, pusing kiri, kiri yang tersumbat.
Kalau terlentang dua2 tersumbat.
Penatlah nak adjust cara nak tidur yang selamat.
Rupanya my ayang pun tak dapat nak tidur.
Itulah dia tiba2 call malam2 eh pagi2 buta.

A : Aku
B : Bayau

A : Hello
B : Hello ayang
A : Ye, kenapa sayang?
B : U buat apa? U tak tidur lagi?
A : Hurm. Hurm. Belum.
B : I tak boleh tidur lah.
A : Yeke? Kenapa yang?
B : I rindukan U.
A : I pun rindu u jugak k?
B : Hari ahad ni kita jumpa k?
A : Okay sayang.
B : Hari ahad kita jumpa tau. ( Lagi sekali dia cakap)
A : Iya sayang. Kita jumpa.
B : I amik u kat airport tau.
A : Okay.
B : I nak h*g u banyak2 sayang. I miss u.
A : Okay sayang. I miss u too.
B : I love u tau.
A : I love you.
B : Bye. Good nite.
A : Bye. Good nite.

Terus boleh tidur. Ayang ni kadang2 sweet tau. Tapi kadang2 je lah selalu je tak sweet. :P

Bye.

Demam :(

Sejak hari isnin lagi demam ini menjelma. Mula2 sakit tekak sahaja terasa seperti ada sesuatu yang menyangkut tak mahu keluar.  Tapi lepas itu terus terasa panas badan. Mata berair. Sudah lah isnin itu baru lepas me'curl'kan rambut. Dengan pening bau ubat menambahkan teruk.
Ni sekarang ditambah dengan batuk dan selesema. Pakej lengkap. Kesian, kesian, kesian. Sudahlah hujung minggu ini nak kena balik SA. Cemana? Memang teruk kalau demam pakej ni. Tadi pagi lagi teruk botol sos menghempap kaki lalu pecah dan berjaya mengoyakkan sel kaki sehingga mengeluarkan darah banyak2. Ngeri kot.
Aku makin malas nak hapdet blog ini even hari2 online tak miss. Entah kenapa. Aku belum berjumpa alasan yang sesuai untuk soalan itu. Owh kepala sedang pening tapi banyak yang aku nak cerita. Aku sambung kejap2 lagi lah ye. Stay tune.

Bye.

Sunday, September 4, 2011

Pesanan Penaja

Kepada adik2 yang berminat untuk menyambung pengajian lepas habis sekolah menengah meh sini akak nak habaq mai.
Pertama, jangan tergoda dengan surat tawaran dari ipts yang berlambak2 dan mencurah2 datang ke rumah itu. Walaupun tawaran yang diberi nampak menarik tapi jangan lah menyusahkan mak bapak korang bergolok gadai untuk membayar yuran yang mahal itu. Bergaya dan populariti saja tidak cukup untuk membantu adik berjaya dapat diploma/ijazah dan bekerja. Jangan ikut kawan2 yang berlagak kaya untuk belajar tempat2 macam itu, lupakan.
Kedua, sila mohon ipta. Walaupun bagi sesetengah orang tiada kelas untuk sambung tempat yang bernaung bawah kerajaan tapi percayalah lecturer yang mengajar bukan cikai2. Ingat jenama ipt itu bukan tiket untuk adik dapat dekan atau jadi ceo. Jangan berlagak sangat okay, ikut kemampuan keluarga. Kalau habis belajar dengan berjaya alhamdulillah tapi kalau tidak.... Lu tak payah fikir.
Third, jangan pilih yang dekat dengan rumah semata2. Hai kalau setiap minggu balik baik tak payah belajar dek non. Kita perlu tengok tempat orang, belajar budaya orang. At least, bertambah lah pengetahuan am, ni tidak adakah nak tanya Sabah ada ke tidak jalan raya, cinema, tinggal kat pokok, pengangkutan sungai. Nampak sangat tahap pengetahuan am rendah perak yang tinggi. Kalau bodoh pun jangan tunjuk ye adik2. Kalau takut nak berdikari pilihlah negeri yang paling dekat dengan rumah,lagi jauh lagi bagus.
Keempat, jangan pilih course yang merepek atau yang semua orang dalam dunia amik. Sila lah bertukar2 arah angin sedikit. Jangan ikut kawan2 sangat. Ikut kemahuan sendiri walaupun course yang anda pilih mungkin tidak sama dengan kawan anda tapi fikir positif. Anda mungkin berjumpa kawan baru.
Akhir kata, selamat menempuh alam belajar. Jadilah pelajar yang berhemah, sekarang ramai budak yang pandai2 persaingan tinggi.

Adios.

Bye.