Thursday, September 8, 2011

Demam :(

Sejak hari isnin lagi demam ini menjelma. Mula2 sakit tekak sahaja terasa seperti ada sesuatu yang menyangkut tak mahu keluar.  Tapi lepas itu terus terasa panas badan. Mata berair. Sudah lah isnin itu baru lepas me'curl'kan rambut. Dengan pening bau ubat menambahkan teruk.
Ni sekarang ditambah dengan batuk dan selesema. Pakej lengkap. Kesian, kesian, kesian. Sudahlah hujung minggu ini nak kena balik SA. Cemana? Memang teruk kalau demam pakej ni. Tadi pagi lagi teruk botol sos menghempap kaki lalu pecah dan berjaya mengoyakkan sel kaki sehingga mengeluarkan darah banyak2. Ngeri kot.
Aku makin malas nak hapdet blog ini even hari2 online tak miss. Entah kenapa. Aku belum berjumpa alasan yang sesuai untuk soalan itu. Owh kepala sedang pening tapi banyak yang aku nak cerita. Aku sambung kejap2 lagi lah ye. Stay tune.

Bye.

No comments:

Post a Comment