Sunday, September 4, 2011

Pesanan Penaja

Kepada adik2 yang berminat untuk menyambung pengajian lepas habis sekolah menengah meh sini akak nak habaq mai.
Pertama, jangan tergoda dengan surat tawaran dari ipts yang berlambak2 dan mencurah2 datang ke rumah itu. Walaupun tawaran yang diberi nampak menarik tapi jangan lah menyusahkan mak bapak korang bergolok gadai untuk membayar yuran yang mahal itu. Bergaya dan populariti saja tidak cukup untuk membantu adik berjaya dapat diploma/ijazah dan bekerja. Jangan ikut kawan2 yang berlagak kaya untuk belajar tempat2 macam itu, lupakan.
Kedua, sila mohon ipta. Walaupun bagi sesetengah orang tiada kelas untuk sambung tempat yang bernaung bawah kerajaan tapi percayalah lecturer yang mengajar bukan cikai2. Ingat jenama ipt itu bukan tiket untuk adik dapat dekan atau jadi ceo. Jangan berlagak sangat okay, ikut kemampuan keluarga. Kalau habis belajar dengan berjaya alhamdulillah tapi kalau tidak.... Lu tak payah fikir.
Third, jangan pilih yang dekat dengan rumah semata2. Hai kalau setiap minggu balik baik tak payah belajar dek non. Kita perlu tengok tempat orang, belajar budaya orang. At least, bertambah lah pengetahuan am, ni tidak adakah nak tanya Sabah ada ke tidak jalan raya, cinema, tinggal kat pokok, pengangkutan sungai. Nampak sangat tahap pengetahuan am rendah perak yang tinggi. Kalau bodoh pun jangan tunjuk ye adik2. Kalau takut nak berdikari pilihlah negeri yang paling dekat dengan rumah,lagi jauh lagi bagus.
Keempat, jangan pilih course yang merepek atau yang semua orang dalam dunia amik. Sila lah bertukar2 arah angin sedikit. Jangan ikut kawan2 sangat. Ikut kemahuan sendiri walaupun course yang anda pilih mungkin tidak sama dengan kawan anda tapi fikir positif. Anda mungkin berjumpa kawan baru.
Akhir kata, selamat menempuh alam belajar. Jadilah pelajar yang berhemah, sekarang ramai budak yang pandai2 persaingan tinggi.

Adios.

Bye.

No comments:

Post a Comment