Sunday, April 26, 2015

Ikea Bulan Ini

Ennuden hanger for door - RM 9.90

Fabler Bjorn Soft Toy - RM 4.90

Kalas Plate - RM 5.50

Lennart Drawer - RM 29.90 

Malma Mirror - RM 3.90

Malma Mirror - RM 3.90

Rast Chest of 3 Drawers - RM 79.00

Bye.

Friday, April 24, 2015

One Month Old.


Aisy Nur Suraiya binti Azrul Azmiezie
Berat : 3.9kg
Tinggi : 52cm
Dah sunat pada hari ke-23.

Bye.


Sunday, March 22, 2015

Ikea Bulan Ini

Badet Baby Towel with Hood - RM 35.90

Drops Collage Frame for Photos - RM 19.90

Dvala Fitted Sheet - RM 29.90


Eivor pair of curtains - RM 39.90

Enudden hanger for door - RM 9.90

Haren Bath Towel - RM 17.90



Smila Blomma Wall Lamp - RM 29.90


Variera Plastic Bag Dispenser - RM 5.90

Bye.

Friday, March 20, 2015

Novel Keduapuluh Satu dan Keduapuluh Dua : Rindu Awak 200% dan Bila Hati Berbicara


Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.



Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?


Bye.

Monday, March 16, 2015

One Week Old


Orang kata anak pertama memang lama nak tunggu bukaan. Sebab tu aku tersadai seminggu lebih dekat hospital.


Fresh from the oven.


Bila aku dah suspek dia kena kuning. Nanti aku cerita pengalaman tu pulak.


Surat beranak Aisy, tinggal nak buat MyKid.


Bye.


Sunday, March 15, 2015

Pengalaman bersalin

Sebenarnya aku pun tak jangka bila aku akan bersalin. Mula-mula aku pergi ke Hospital untuk cek fetal movement sebab aku dapat rasa kurang pergerakan. Tak silap aku 2/3/15 jam 2petang aku pergi hospital Serdang.

Then setelah register dan cek tekanan darah, berat, kencing, heartbeat dan ctg, doktor buat keputusan untuk admit aku. Malangnya tiada ward kosong untuk hari tu dan aku pun tak dibenarkan balik. Siap suruh tukar baju warded lagi. Nasib beg semua dah ada dalam kereta.

Waktu ni aku kena stay dekat PAC. Mula-mula doktor cek bukaan dan dah buka 1cm so memandangkan bayi dah matang doktor bagi advice untuk induce. So aku pun setuju. Induce aku ni sejenis tiub berbentuk belon yang panjang masuk dekat bahagian sulit. Doktor cakap untuk membantu bukaan.

Masa masuk tu sakit dan lepas tu agak tak selesa. Tapi dah lama-lama okay sikit. Tapi masih belum ada ward kosong. So duduk la kat PAC dalam keadaan sakit dan tak selesa. 3/3/15 bapak aku datang dan dalam jam 4.30petang tu aku dapat katil kosong dekat kelas ketiga.

Alhamdulillah lah selepas 24jam++ tunggu. Then suami pun hantar lah barang apa yang patut. 4/3/15 belon tu pun dikeluarkan tepat pukul 12.30 tengah hari. Lagipun ada keluar lendir dan darah menunjukkan ada bukaan. Dan bukaan dah masuk 3cm. Nama aku waiting list untuk labour room pulak. 

Pengalaman pertama warded hospital memang bosan sebabnya sorang-sorang suami tak dapat teman. Setiap hari akan cek ctg, tekanan darah dan heartbeat baby. Memandangkan aku dah ada irregular contraction so doktor masukkan dose pertama je induce. Bentuk dia macam panadol masuk dekat bahagian bawah.

5/3/15 cek bukaan lagi tapi still 3cm dan labour pun penuh dorang tak dapat push aku melainkan buka 4cm. Masa ni dah rasa sakit yang tak menentu. 

6/3/15 mak aku datang untuk memberikan sokongan. Waktu ni dorang tanya aku nak makan apa dan aku masih berselera untuk makan. Sebab sakit contraction tak cukup kuat.

7/3/15 lepas cek bukaan pagi tu aku rasa macam ada air jernih panas keluar sedikit dari bawah. Dia keluar kerap tapi tak banyak. Dalam pukul 8.00 pagi macam tu so dalam pukul 10.00 pagi aku report kat doktor waktu tu da report kat nurse tapi dia suruh pakai pad je sebab dia takut aku salah. Dan bila doktor cek memang ada leaking berserta sedikit darah. Dia suruh aku tunggu dalam 4jam untuk cek bukaan.

Memandangkan ada leaking aku hanya dibagi masa 18jam kalau tak bersalin takut infection. So lepas 4jam bukaan pun 4cm jadi aku boleh ditolak ke labour room. Jam 3.00 petang nurse datang bawak wheelchair nak hantar aku pergi labour. Suami pun dah ready.

3.30 petang aku dah kat dalam labour room bersama alat ctg di perut. Memang sakit benda tu dengan contraction lagi. Then dalam jam 6.00 petang nurse masukkan drip dan air. Memang dah tak boleh makan time ni.

Lepas drip masuk memang dah rasa sakit teramat. Macam tak senang duduk pinggang dan pinggul rasa nak patah. Perut pun sakit menusuk-nusuk. Masa ni aku dah minta ubat tahan sakit. Dia ada sediakan gas tapi tak membantu pun.

Ubat tahan sakit tu cuma kurangkan sakit dan bukan hilangkan. Effect dia mengantuk tapi tak boleh tidur sebab setiap 5minit sakit datang. Paling sakit bila dia pecahkan ketuban pukul 8.30malam rasa nak bangun dari katil lati-lari. Masa ni aku dah tak tahan sambil mengadu dan marah-marah suami.

Bukaan pun da 6cm waktu nurse cek dalam pukul 12.00 malam tu. Bayangkan berapa lama aku dalam tu sampai masuk 8/3/15. Dalam pukul 1.00pagi nurse cek kepala baby dah keluar. Masa ni sakit dia hanya Allah SWT yang tau. Terus rasa tak nak bersalin.

Nurse ajar cara push sambil tekan lubang punggung. Tapi aku tak reti. Dan aku siap bergaduh dengan nurse tu sebab dia tambah drip aku. Sakit oii. Then aku start meneran pukul 1.15pagi dalam usaha yang kuat dengan suami aku duk bagi kata semangat. Akhirnya berjaya keluarkan baby jam 1.48 pagi. Sebenarnya aku dah consider ceaser hehe.

Alhamdulillah tekaan aku betul kami dapat baby girl. Hee. Nantilah aku post gambar sekarang dalam mood motherhood.

Bye.

Sunday, March 1, 2015

Jalan-jalan CNY

Ha, post lama baru nak update. Haha. Dah chap goh may dah pun. Apa nak buat busy nak settlekan kerja before cuti maternity bermula.

Sehari lepas CNY, adik aku datang sebab dia ada interview dekat Jalan Raja Chulan aku rasa dia datang sampai aku delivered kot.

So lepas amik dia kitorang pun menyinggah ke IOI City Mall, lagi. Nampak tak banyak kali dah pergi oi oi.


Dah gemuk pun masih bernafsu nak amik gambar. Haha. Bukan takat kaki bengkak muka pun da bengkak.

Esoknya masing-masing cuti tidur-tidur dekat rumah. Tapi bila petang rasa bosan so ajak lepak minum petang.

Pusing punya pusing banyak kedai tutup termasuklah Murni. So nampak Hailam Kopitiam ni buka ada cendol pulak. Serbu je lah.



Minum petang okay bukan makan malam. Sebabnya malam FIL ajak pergi Alamanda makan TGIF. Dan lepas tu karok.

Tapi sebab kitorang nak pergi downtown Mines makanya tak join lah karok lepak kejap je dan terus pergi downton.


Balik pun dah pukul 2.30 pagi. Hebat tak hebat dengan bawak bola dalam baju. Haha. See you when I see you.

Bye.


Saturday, February 28, 2015

Koleksi Botol Susu dan Puting

Penggunaan botol susu dan puting tiruan adalah dilarang di kawasan ini. 

Ehm. Ehm.

Selama 3 bulan ni, ini antara koleksi yang aku berjaya beli. Dari yang untuk bulan pertama sampai ke bulan keenam. Dari jenama murah ke jenama mahal sederhana.

Pureen
BeBe
Tommee Tippee
Philips Avent

Basilic

Daiso

OKBB


Sebenarnya banyak belanja untuk wanita yang merancang kerja lepas melahirkan. Yelah nak beli botol, puting, cleanser, sterilizer, warmer, breast pump, ice pack, cooler bag, milk storage, bottle brush, drying rack, dan macam-macam lagi.

Memang leceh.

Tapi kenalah demi kebaikan bersama. Kan?

Bye.

p/s : Bulan ni nak try beli botol kaca dan puting Tommee Tippee. Hehe.


Friday, February 27, 2015

Takut.

Sebenarnya aku takut nak melahirkan ni. Walaupun Allah SWT dah pilih aku untuk merasai pengalaman mengandung yang tak semua orang dapat rasai tapi bila dekat detik-detik nak melahirkan ni menunggu masa orang cakap aku mula merasakan seram sejuk.

Sebenarnya sebelum ni aku belum terfikir kemungkinan semua ni, tengok video bersalin pun bila dah masuk 8 bulan itu pun tengok sebelah mata terpejam. Baru-baru ni aku mengalami sakit perut dan cramp yang teruk so suami aku cadang pergi hospital untuk check up.

Sampai Hospital Serdang dah pukul 8 malam, daftar semua dia panggil masuk. Mula-mula dia just cek nadi baby dekat perut, dan waktu tu aku boleh whatsapp lagi dalam group family. Mak aku tanya boleh bawah handphone ke sempat lagi balas whatsapp semua.
Aku cakap cek perut je tangan okay lagi. Bawah dia tak cek lagi. Mak aku balas bengong.

Then bila doktor sampai dia suruh aku tukar pakai kain sarong pun aku selamba lagi mula-mula tak faham so aku tak tukar. Dia cakap lagi sekali baru aku tukar. Then dia suruh aku naikkan kaki dan fefeling macam nak bersalin. Masa ni doktor perempuan.

Dia start pakai sarung tangan dia tanya lah itu ini dan bagitau itu ini. Then dia cakap nak cek bukaan. Aku pun tanyalah sakit tak. Dia cakap sakit sikit. So aku relakan lah kan. Mula-mula dia letak something macam gel dan suruh aku relax.

By the time dia cek bukaan aku dah macam nak nangis. Ni bukan sakit sikit woi. Macam nak koyak pun ada, tak tahulah dia buat ganas ke apa kan. Tapi kalau memang itu caranya sakit okay. Rasa nak pitam.

Dia suruh aku tahan dan jangan angkat punggung, then cerita kalau angkat punggung time bersalin nanti koyak besar dan macam-macam. Tapi serious memang sakit gila dan aku tak mampu nak tahan. Even dia suruh push ke teran ke aku dah tak reti sebab sakit.

Lepas je habis proses tu baru aku lega. Aku terus terfikir baru masuk jari dah sakit macam ni mampu ke aku nak keluarkan seorang bayi dengan kesakitan yang paling sakit dalam dunia. Ni doktor tulah yang cakap bukan aku. Perumpaan dia sakit paling sakit dalam dunia.

So keputusan dia dah buka 1 cm. Tapi doktor tanya ada pengangkutan nak balik ke, suruh aku balik dulu sebab aku tak ada masalah yang memaksa untuk bersalin secara induce. Gula okay Hb okay so kena tunggu masa yang sepatutnya nak keluar. Kalau buka 3cm then baru dia tahan.

Aku pun balik sambil mengenang kesakitan itu. Aku tak tahu tahap sakit dalam dunia tu macam mana sekala berapa. So aku tak dapat agak kemungkinan yang berlaku. Kawan aku cakap sakit contraction tu sakit yang kau tak mampu tahan. Duduk tak selesa baring tak selesa berjalan pun apatah lagi.

Macam-macam lah yang aku fikir, dah lah pendosa kan mestilah lagi sakit. Selain mati, aku fikir time nak teran, time nak kena jahit dan kemungkinan kena bedah perut. Ya Allah macam-macam. Rasa lemah, tak kuat, seriau dan macam lagi.

Terus rasa semua perempuan yang bersalin normal itu kuat dan tabah.

Bye.

Thursday, February 26, 2015

Review : Sweet Cherry

Sweet Cherry

Sweet Cherry Enterprise (M) Sdn Bhd was established in 1990. As a home grown brand, Sweet Cherry is proud to grow through leaps and bounds to become a market leader for infant and toddler products under its trade brand “SWEET CHERRY”.

The Sweet Cherry infant and toddler product range covers a vast number of items including strollers, buggies, car seats, walkers, high chairs, playards, high chairs, baby carriers, baby cots and infant beddings. As stated in our tagline “Hey, Kids Can Dream Too!” our aspiration is turn dreams into reality for both parents and kids. Sweet Cherry products are innovatively designed to be both comfortable whilst stimulating creativity.
Sold at reasonable prices, our approach is to never compromise when it comes to the safety and quality of our products. As a socially responsible Company, Sweet Cherry aims on further expanding in research & development, as well as quality & safety management which will enable us to create better products and achieve the highest standards. We do so in the best interest of all our valued customers. With Sweet Cherry, parenthood becomes an even more pleasant and joyful experience.
Antara product yang dikeluarkan oleh company ini :
Buggies and Strollers
Walkers
Car Seat
Playpen/Cots/Bedding
Cradle/Rocker
Others
Sebenarnya aku kenal product ni pun dari Lazada aku baru try order car seat dia hadiah dari kawan ofis.
Sejak dah order car seat ni banyak pulak berita kepentingan car seat dulu tak ada pun maybe sebab banyak kemalangan berlaku melibatkan baby kot.
Anyway aku order yang ini :
Boleh guna from infant sehingga 4 tahun. Katanya. Mungkin hari ni sampai kot sebab aku order sehari sebelum CNY hari tu pengeposan mesti lah cuti panjang kan. So kita tengok apa kejadian car seat ni.
Bye.

Wednesday, February 25, 2015

Sushi King Dinner Date

Di hari Rabu yang lepas, singgah IOI Mall semata untuk dinner. Mula nak makan sizzling tapi ternampak Sushi King, memandangkan dua-dua hantu sushi so setuju aja.



Lepas makan bayar parking balik.

Kalau boleh hari-hari nak makan sushi.

Kalau aku kaya.

Yeay dapat angpao dari bosses.

Bye.

Tuesday, February 24, 2015

Novel Kesembilanbelas dan Keduapuluh : Playboy itu Suami Aku dan Maaf Jika Aku Tak Sempurna



“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blahmacam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”




Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


Bye.

Thursday, February 19, 2015

Bercanda di Tepian Taman

Konsep dia laki aku ni nak amik gambar kononnya nak cari tempat yang berpandangan indah. Waktu ni aku ngah bengang sebab dia janji nak bawak pergi 1 kedai baby dekat Balakong, QQ Baby Shop.

Tapi dia cakap tutup lah dia dah singgah tadi. Tapi aku tak percaya. Then masa dia ajak tu aku macam tak berminat lah kan. Yelah dengan betis lenguh kaki bengkak nak jalan taman apa ke jadah? Penat okay bawak perut.


Tapi dah namanya suami, makanya kena lah ikutkan kehendak dia. Siap bawak monopod siap paksa tangkap gambar. Aku pulak terpaksa senyum ni nanti muka tak bahagia kau dah kenapa?


Abaikan bola-boal itu. Aku tak ingat kami masuk taman mana kat Putrajaya ni tapi bukan Taman Wetland atau Taman Botani lah.


Ni je lah gambar yang mampu aku post setakat ni. Selebihnya dekat instagram. Masuk 26 minggu ni semua dah lemah dan rapuh.

Bye.

Wednesday, February 18, 2015

Tanda-tanda Bersalin Semakin Hampir

Ada 10 tanda yang disenarai pendek.

1. Kontraksi Braxton-Hicks
– Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks sebagai persediaan kelahiran bayi nanti. Kebiasannya sakit kontraksi ini seperti cramp semasa datang haid dan ia kebiasaannya berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran.

2. Sakit Belakang Bahagian Bawah

– Ianya berlaku kerana kedudukan bayi lebih rendah dan terasa sangat berat.

3. Pecah ketuban

– Hanya 1/10 ibu-ibu mengalami pecah ketuban sebelum kelahiran, selebihnya doktor yang akan pecahkan dalam bilik bersalin.

4. Lendir pekat bercampur darah (bloody show)

– Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Bila pluk mula keluar bayi anda sudah bersedia untuk bergerak ke bawah secara perlahan2 dan kepala akan masuk kedalam rongga pelvis. Masa untuk ke hospital jika kontraksi semakin kerap ye.

5. Kerap terkentut

– Sesetengah wanita akan kerap terkentut kerana kedudukan baby semakin rendah.

6. Kerap kebilik air

– Ibu-ibu akan kerap kebilik air kerana saluran kencing dah ditekan oleh baby yang sudah mula bergerak ke bawah.

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar

– Tekanan kepada saluran untuk buang air besar semakin terasa kerana kedudukan baby semakin kebawah

8. Cirit Birit

– Hormon kelahiran akan menyebabkan pergerakan usus yang kerap untuk mengosongkannya bagi memberi lebih banyak ruang laluan untuk kelahiran bayi nanti..ia juga akan membutkan ibu-ibu terasa loya.

9. Keputihan

– Lelehan keputihan makin terasa.

10. Berat badan berkurangan

– Berat badan ibu-ibu akan sedikit berkurangan atau tidak naik bila kelahiran baby semakin hampir.

Aku dah ada tanda 1, 2, 5, 6, 7, dan 9.
Phew.
Bye.

Tuesday, February 17, 2015

Perkembangan Bayi Minggu ke-37 hingga ke-40

Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.

Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

Bye.

Monday, February 16, 2015

Review : Johnson & Johnson

Our Promise
For over 100 years, we've dedicated ourselves to understanding babies and the special nurturing their eyes, skin, and hair require.
We use that knowledge to provide mothers with safe, clinically proven mild, and gentle products. But we don't stop there. Our products engage the senses and when used with baby’s routines can help evoke positive emotions and ultimately enhance the loving bond between a mother and her baby.
That's why moms and healthcare professionals around the world have trusted the JOHNSON'S® Brand to care for their babies. It's a responsibility we take seriously as we continue to apply our knowledge and research to bring you safe, innovative products that live up to our pure, mild and gentle promise.
Recently, we completed a global reformulation of JOHNSON’S® products to remove certain ingredients based on your preferences. Designed with the same high safety and quality standards, these reformulated products have been rolling out, and will continue to do so over the coming months.
Specifically, we removed formaldehyde-releasing preservatives and reduced traces of 1,4-dioxane. For most of our new and improved baby products, we have also removed parabens ahead of our 2015 commitment as part of our promise to you.
Our Safety & Care Commitment is another step in our work with moms, healthcare professionals, scientists and experts in public health to ensure that our products continue to achieve the highest of the JOHNSON’S® Brand standards. As science advances and your preferences change, we’ll continue to listen to you.
Additionally, we’ll continue to work to reduce environmental impact to help leave behind a world your baby will proudly inherit.
Our Unique Story
The story of JOHNSON ’S® baby products began in the 1890s, when some patients who used Johnson & Johnson medicated plasters complained to the company that some of the plasters irritated their skin. Scientific Director Fred Kilmer sent them small containers of Italian talc to soothe the irritation. These patients discovered that the talc also helped alleviate diaper rash, and they told the company. As a result, JOHNSON ’S®baby powder made its debut in 1894, and the JOHNSON’S® baby brand was born.
JOHNSON’S® has continually been a pioneer in delivering breakthrough solutions to its consumers, including the first NO MORE TEARS® shampoos and washes, and the only bedtime regimen clinically proven to help baby sleep better. Throughout nearly 120 years, JOHNSON’S® has embodied consumer partnership and scientific discovery to become a leading, trusted baby care brand in 173 countries worldwide.
Our Commitment to Safety
Every parent wants absolute peace of mind when it comes to the safety of their child. At JOHNSON’S® Brand, our commitment to baby’s safety comes first in everything we do.

From the stringent [will link to Pure Truth once we set it up] selection of our ingredients [end link], to the most rigorous product reviews and clinical assessments, no small detail is ever spared.
We understand the unique makeup of every baby’s skin, hair and eyes and the special care and protection they deserve. This knowledge guides us to create products that are kind and mild, that preserve and safeguard baby from skin and eye irritation, so nothing gets in the way of healthy development.
Healthy development starts with the right care and use of the right products — from day one. Our products are proven to protect the eyes, effectively nourish skin and hair and nurture healthy growth, from the very first days, through every step of the way.
Bukan setakat baby tapi time aku nak up dulu pun pakai product ni. Sob sob. Masa tu sekolah menengah tak ada duit sangat nak beli product mahal. Ni dengan Clean&Clear dan Dove je yang mampu. Lagi 1 Nivea.
Product wajib. Bedak untuk badan or muka.
Lotion. Ni dah besar belajar kat UiTM pun pakai.
Syampu tak pedihkan mata.
Ni pun item wajib ada dekat rumah. Sekarang tutup dia dah main putar dah.
Ada lagi 1 yang susu punya tu. Wangi.
Ni adik aku suka pakai sampai sekarang. Eh bapak aku pun pakai.
Nak bagitau je aku guna product ni untuk baby. Mengimbau kembali kenangan lama. 
Okaylah bye.