Thursday, February 19, 2015

Bercanda di Tepian Taman

Konsep dia laki aku ni nak amik gambar kononnya nak cari tempat yang berpandangan indah. Waktu ni aku ngah bengang sebab dia janji nak bawak pergi 1 kedai baby dekat Balakong, QQ Baby Shop.

Tapi dia cakap tutup lah dia dah singgah tadi. Tapi aku tak percaya. Then masa dia ajak tu aku macam tak berminat lah kan. Yelah dengan betis lenguh kaki bengkak nak jalan taman apa ke jadah? Penat okay bawak perut.


Tapi dah namanya suami, makanya kena lah ikutkan kehendak dia. Siap bawak monopod siap paksa tangkap gambar. Aku pulak terpaksa senyum ni nanti muka tak bahagia kau dah kenapa?


Abaikan bola-boal itu. Aku tak ingat kami masuk taman mana kat Putrajaya ni tapi bukan Taman Wetland atau Taman Botani lah.


Ni je lah gambar yang mampu aku post setakat ni. Selebihnya dekat instagram. Masuk 26 minggu ni semua dah lemah dan rapuh.

Bye.

No comments:

Post a Comment