Wednesday, December 28, 2011

Wayang.

Kadang-kadang lelaki memang suka romantik senyap-senyap.
Macam bf aku ni.
Selama ni kami agak kekurangan duit so jarang dapat dating.
Baru-baru ni dia tiba-tiba ajak tengok wayang.
Aku tanya dia, " Eh banyak ke duit nak tengok-tengok wayang ni?"
" Ala adalah, orang nak belanja. Sugar mummy i."
" Eleh ye la tu".
So, aku pun bersiap lah.
Setiap 5minit tanya aku, nak pergi ke tak nak.
Sengaja ja nak buat aku cepat-cepat siap.
Then, sampai sana kiranya kami berdua ja tengok.
Dia saja lah nak romantik-romantik, konon tak nak bagitau nak ajak dating.
Ada duit sikit lah tu. Haha.
Mula-mula nak tengok cerita Ombak Rindu, tapi midnight je yang ada.
So, tengok apa yang ada yang habis awal.
Yang best masa itu Songlap lah.
Lepas tengok tu, ajak makan McD pula, sebab sebelum ni ada cakap nak makan tapi masa tu masa yang tak sesuai.
Kadang-kadang ayang ni romantiklah.
Love you~

Bye.

Thursday, December 15, 2011

Bersawang

Lamanya aku tak update blog.
Banyak betul kerja nak kena siapkan.
Even aku online pun malas bebeno nak buka blog.
Lagipun aku punya broadband kena cilok.
Mak sentap!
Anyway hari ni sambil2 aku buat ID aku ada semangat sikit nak update.
Tapi sikit je lah ye.
Aku dah jarang amik gambarnye pun.
Lepas itu baru2 ni aku dapat penyakit kulit.
Gatal2 satu badan.
Sekarang da kembali pulih.
Minggu lepas aku stay KL @ brisdale hotel dengan family.
Masa itu yang sempat buat broadband baru dekat low yatt.
Sudah boleh online kembali.

Ni gambar baru tak berapa baru lah.

Ni gambar boyfriend baru... potong rambut. Hehe.

Ha. Ni gambar FB buat masa ni. Aku tak ada capture gambar baru lagi.

Bye.

Wednesday, November 2, 2011

Falling In Love

Sejak akhir2 ini aku terjatuh cinta pandang pertama dengan En. Yogurt.
Kalau tak beli Bliss, beli yogurt tak pun beli air buah yogurt.
Paling tak boleh tahan Tutti Frutti.
Arghhhh! Kalau tak perlu timbang and boleh makan sesuka hati aku lah yang selalu habiskan benda itu.
Aku suka orea and original, campur dengan buah kiwi and strawberry lepas 2 letak marshmallow and caramel.
Haha. Makanan untuk tambah berat badan.
Aku tak sabar untuk cuti.
Feels like forever da aku study.
Tapi, yang pasti balik cuti lagi macam hell menanti.
Anyway jangan fikir dulu.
Friday please come forward.
Owh Happy November everyone.

Bye.

Wednesday, October 12, 2011

Muet

My jadual MUET is on 13th October and 19th November.
Wish me luck guys.
At least band 4. :)

Bye.

Thursday, September 29, 2011

Shop till drop.

Okay bagi yang sedia maklum, aku peminjam PTPTPU.
Tapi unfortunetly , aku dapat PT paling lambat dari semua makhluk UITM.
Sedih. :')
But, aku sudah dapat PT hak milik ak on 27th September lepas.
So, i can't stop myself from buying thing that have stated on my list.
Okay, memang aku buat list pun benda apa nak beli.
Mula2 buat list yang penting dulu, barang2 keperluan diri.
Kalau tak ada boleh hilang pedoman. :)
Lepas itu, list untuk kecantikan dan keyakinan diri.
Barulah benda2 remeh temeh.
Tapi selalunya aku bila nak beli benda penting selalu missed.
Terbeli benda tak penting. Haha.
Okay, bukan nak cerita yang itu.
Memandangkan aku ada duit sedikit sekarang, aku kena berjimat cermat.
Setelah ditolak semua benda yang perlu dibayar; sewa rumah, broadband, bil api air, hutang piutang.
Aku sudah boleh diistiharkan muflis. Yeah!
So lepas ni, kalau aku nak beli barang even penting sekalipun aku terpaksa pejam sebelah mata dan beli tanpa fikir panjang.
Bagi mengelakkan aku rasa bersalah di kemudian hari.
Selain itu, aku juga akan tidak menengok baki dan jumlah duit semasa.
Cek harga setiap barang yang dibeli untuk mengelakkan kesalahan harga.
Dan pelbagai pertahanan diri yang lain.
Owh i feel so guilty towards me.
Please, please, please someone give me some money. :(.


Bye.

Wednesday, September 21, 2011

Had laju?

Bersabar adalah perkara yang paling mencabar, paling susah, paling tabah untuk dilakukan.
Kadang-kadang kita tidak banyak pilihan.
Selalunya pilihan yang kita ada cuma dua, sabar atau sabar.
Kita kena jugak pilih, even berat macamana pun.
Sebab kita terpaksa, dipaksa dan keadaan memaksa.
Walaupun kadang-kadang kita sedar the person that kita mesti bersabar itu was not worth it dengan jumlah kesabaran kita.
Tapi siapalah kita.
Kita cuma manusia biasa.
Apa yang kita mampu buat adalah berdoa semoga orang yang menganiaya kita itu mendapat balasan yang setimpal.
Dan semoga one day, everyone will open their eyes and see which one is the pure one and who the plastic.
Amin~~

Bye.

Monday, September 19, 2011

Mengambil harta karun.

Hari ini sibuk dengan urusan memunggah harta khazanah yang telah tersimpan lama sejak diploma itu.
Penat memang penat tapi tak boleh nak buat apa.
Kena juga buat sebab untuk kepentingan sendiri.
Nasib aras dua saja, cuba kalau 8? Pengsan~~
Lepas ini nak kena kurangkan barang hantar sikit2 pulanh ke Sabah.

Terimalah gambar dari si comel dan si hitam.
Si hitam itu baru balik kerja berjemur di Sepang, sebab tulah rupa dia lagu tu.
Jangan marah ah. :)

Bye.

Sunday, September 18, 2011

Masak memasak

Ini kali ke-3 memasak di rumah sewa. Sejak sampai on 12th September.
Sila refer gambar.
 
Hanya ada gambar kali ke-3 saja, sebab yang lain tu tak sempat amik gambar.
Lapar sangat kot. :P

Menu kali pertama : Ayam goreng, ikan masin, sup cendawan, kupang masak sambal, nasi putih.
Menu kali kedua : Ayam goreng crispy, cendawan tumis, kentang goreng, ikan masin, nasi putih.
Menu kali ketiga : Sandwich ( daging burger, mayonis, salad, cheese ), french fries.

Bye.

Friday, September 16, 2011

Baby boo, birthday.

Mine :)

With Ice lemon tea and mushroom soup
The Manhattan, FISH MARKET.

Him's :)
Mamat indon tersebut. Hehe

Da 22tahun u sekarang. I love u.

At Subang Parade. :)
 Semua gambar diambil pada tarikh 12 September 2011.
Selamat Hari Jadi , Sayang.

Bye.

Wednesday, September 14, 2011

Arrived

Sudah berada di shah alam.
Azab sakit masih berterusan.
Help me!
Pt pun tak dapat lagi.

Bye.

Sunday, September 11, 2011

Kebengkakan

Sangat tidak kumengertikan.
Ahaks. Geli tak baca.
Ala2 putus cinta gitu.
Ni ha. Mak baru pas buat botox uols.
Tapi tak jadi sangat, doctor tak bertauliah katanya.
Nak pipi runcing tapi terover dose tembam.
Macammana?
Taklah. Mak tengah azab gusi membengkak.
Apa ke halnya tua2 gini gigi nak tumbuh.
Gusi mak macam terkoyak je uols.
Makan tak lalu walaupun nafsu tinggi.
Apa tak nye sakit nak mengunyah kalau tersangkut kat gusi.
Semalam sakit sangat.
Tak boleh tidur menahannya.
Pagi2 bangun suara serupa Ella, pipi bengkak sebelah.
Macamana nak mengekalkan kecantikan ni?
Bila lah gusi ni nak sembuh.
Ada idea tak nak bagi bengkak gusi surut?

Bye.

Saturday, September 10, 2011

Currlast.

Esok sudah kena balik Shah Alam. Tapi luggage tak kemas pun lagi.
Aku masih in a bad condition.
Tadi baru lepas dari poliklinik amik ubat.
Tapi sakit tak surut lagi.
Gusi pulak bengkak.
Streessssss.
Nak makan pun tak selera uolls.
Raya pertama berat aku 58kg, tup2 hari ni jadi 55kg. 3 kg turun dalam masa tak sampai 2 minggu.
Kalau sakit lagi seminggu mungkin turun jadi 50kg.
Tak mampu mak nak nak sakit2 cenggini.
Baru2 ni aku ada warnakan rambut.
Tapi warna tak naik lah.
Aku tak tau kenapa, padahal rambut taklah hitam yenna mana pun.
Ke memang lambat?
Ke medium golden brown memang suam2 kuku je warnanya?
Confuse.
Pas tu ak ada men'curl'kan rambut.
Tapi tidak menjadi seperti yang diharapkan.
Nanti senang2 aku uploadlah gambar itu.
Ada petua tak untuk jaga rambut curl bagi tahan lama dan cantik?

Bye.

Thursday, September 8, 2011

I rindu kat U

Okay ini adalah perbualan pukul 3.38 a.m. tadi.
Aku sedang berbaring-baring untuk tidur tapi tak dapat nak tidur.
Sebab hidung tersumbat sebelah pusing kanan, kanan tersumbat, pusing kiri, kiri yang tersumbat.
Kalau terlentang dua2 tersumbat.
Penatlah nak adjust cara nak tidur yang selamat.
Rupanya my ayang pun tak dapat nak tidur.
Itulah dia tiba2 call malam2 eh pagi2 buta.

A : Aku
B : Bayau

A : Hello
B : Hello ayang
A : Ye, kenapa sayang?
B : U buat apa? U tak tidur lagi?
A : Hurm. Hurm. Belum.
B : I tak boleh tidur lah.
A : Yeke? Kenapa yang?
B : I rindukan U.
A : I pun rindu u jugak k?
B : Hari ahad ni kita jumpa k?
A : Okay sayang.
B : Hari ahad kita jumpa tau. ( Lagi sekali dia cakap)
A : Iya sayang. Kita jumpa.
B : I amik u kat airport tau.
A : Okay.
B : I nak h*g u banyak2 sayang. I miss u.
A : Okay sayang. I miss u too.
B : I love u tau.
A : I love you.
B : Bye. Good nite.
A : Bye. Good nite.

Terus boleh tidur. Ayang ni kadang2 sweet tau. Tapi kadang2 je lah selalu je tak sweet. :P

Bye.

Demam :(

Sejak hari isnin lagi demam ini menjelma. Mula2 sakit tekak sahaja terasa seperti ada sesuatu yang menyangkut tak mahu keluar.  Tapi lepas itu terus terasa panas badan. Mata berair. Sudah lah isnin itu baru lepas me'curl'kan rambut. Dengan pening bau ubat menambahkan teruk.
Ni sekarang ditambah dengan batuk dan selesema. Pakej lengkap. Kesian, kesian, kesian. Sudahlah hujung minggu ini nak kena balik SA. Cemana? Memang teruk kalau demam pakej ni. Tadi pagi lagi teruk botol sos menghempap kaki lalu pecah dan berjaya mengoyakkan sel kaki sehingga mengeluarkan darah banyak2. Ngeri kot.
Aku makin malas nak hapdet blog ini even hari2 online tak miss. Entah kenapa. Aku belum berjumpa alasan yang sesuai untuk soalan itu. Owh kepala sedang pening tapi banyak yang aku nak cerita. Aku sambung kejap2 lagi lah ye. Stay tune.

Bye.

Sunday, September 4, 2011

Pesanan Penaja

Kepada adik2 yang berminat untuk menyambung pengajian lepas habis sekolah menengah meh sini akak nak habaq mai.
Pertama, jangan tergoda dengan surat tawaran dari ipts yang berlambak2 dan mencurah2 datang ke rumah itu. Walaupun tawaran yang diberi nampak menarik tapi jangan lah menyusahkan mak bapak korang bergolok gadai untuk membayar yuran yang mahal itu. Bergaya dan populariti saja tidak cukup untuk membantu adik berjaya dapat diploma/ijazah dan bekerja. Jangan ikut kawan2 yang berlagak kaya untuk belajar tempat2 macam itu, lupakan.
Kedua, sila mohon ipta. Walaupun bagi sesetengah orang tiada kelas untuk sambung tempat yang bernaung bawah kerajaan tapi percayalah lecturer yang mengajar bukan cikai2. Ingat jenama ipt itu bukan tiket untuk adik dapat dekan atau jadi ceo. Jangan berlagak sangat okay, ikut kemampuan keluarga. Kalau habis belajar dengan berjaya alhamdulillah tapi kalau tidak.... Lu tak payah fikir.
Third, jangan pilih yang dekat dengan rumah semata2. Hai kalau setiap minggu balik baik tak payah belajar dek non. Kita perlu tengok tempat orang, belajar budaya orang. At least, bertambah lah pengetahuan am, ni tidak adakah nak tanya Sabah ada ke tidak jalan raya, cinema, tinggal kat pokok, pengangkutan sungai. Nampak sangat tahap pengetahuan am rendah perak yang tinggi. Kalau bodoh pun jangan tunjuk ye adik2. Kalau takut nak berdikari pilihlah negeri yang paling dekat dengan rumah,lagi jauh lagi bagus.
Keempat, jangan pilih course yang merepek atau yang semua orang dalam dunia amik. Sila lah bertukar2 arah angin sedikit. Jangan ikut kawan2 sangat. Ikut kemahuan sendiri walaupun course yang anda pilih mungkin tidak sama dengan kawan anda tapi fikir positif. Anda mungkin berjumpa kawan baru.
Akhir kata, selamat menempuh alam belajar. Jadilah pelajar yang berhemah, sekarang ramai budak yang pandai2 persaingan tinggi.

Adios.

Bye.

Saturday, August 27, 2011

Erti Cinta

Winter Moonlight

The snow, so peaceful and serene,
caressed by the soft moonlight,
gave magical feelings to the night.

The soft blue glow,
the lovers' words that then did flow,
their lips closer and closer
until, locked in the throes
of a passionate embrace,
he decided to express his feelings,
to keep her safe.

He whispered softly,
his words like music to her ears,
"I Love You,"
and her response the same,
heard like the gentle breeze,
"And I, love you, forever."

That was the night they promised
to be together through everything,
each to care for the other when old and gray.
A lovers' pact
the most likely to last.

Bye.

Happy Eid Fitr

Happy National's Day Everyone.


Maaf Zahir dan Batin.

Bye.

Wednesday, August 24, 2011

To : Stranger @ Stalker again.

Hey, aku sudah tahu cara kau stalk aku tanpa aku tahu.
Jadi kau tak payah nak berlagak suci okay?
Kau pun 2x5 bodoh.
Hanya orang penakut macam kau sahaja yang tak berani kemukakan identiti.
Aku siap boleh check lagi berapa kali sehari kau stalk aku.
So, sendiri mahu ingat ah . . . .
Thank you la yea sebab susah2 saja nak sorok2 kau stalk aku.
Aku ni penting juga lah kiranya dalam hidup kau. Terharu. :')
Tapi sudah kantoi sekarang so, sudah not cool.
Lepas ni tak payah sorok2 lah aku tahu kot.
And aku tahu kau baca pasal duit itu.
Jangan buat2 tak mahu bayar. Haram okay.
Kau memang suka memalukan diri kau. I like. ;)
Lain kali hati2 okay? Stalked la dengan berhemat.
Bubye.

p/s : Aku sengaja tak block kau dari blog aku so that you can read everything. You hear me? I said everything. Aku tahu cerita aku best2 semuanya. Thanks peminat.

Bye.

L.o.V.e.

What's love?

Love is...
What makes a weak man brave
And a king step off his throne
Good times, bad times
Easy times, tough times
It comes in an instant
And lasts three days after forever
That's what love is.

- Mike -

Bye.

The Magic of Love

Love is like magic
And it always will be.
For love still remains
Life's sweet mystery!!
Love works in ways
That are wondrous and strange
And there's nothing in life
That love cannot change!!
Love can transform
The most commonplace
Into beauty and splendor
And sweetness and grace.
Love is unselfish,
Understanding and kind,
For it sees with its heart
And not with its mind!!
Love is the answer
That everyone seeks...
Love is the language,
That every heart speaks.
Love can't be bought,
It is priceless and free,
Love, like pure magic,
Is life's sweet mystery!!

- Helen Steiner Rice -

Bye.

Monday, August 22, 2011

Apa kes kau ni?

Apa yang kau dapat kalau kau suka hati mak bapak tiri kau saja kutuk pasal sensitiviti kaum lain?
Sudah lah cakap terang-terangan, dikhalayak ramailah maksudnya.
Lepas itu bangga.
Mengutuk berdua tiga orang tapi nak kutuk beribu-ribu orang.
Sudahlah kutuk di page orang yang dikutuk, online guna wireless tempat orang yang dikutuk, tinggal pun di negeri yang dia suka hati mak bapak tiri dia kutuk.
Tak ada manners punya orang.
Nama saja pelajar UNIVERSITI tapi otak kolot.
Ada yang naik flight pun tak pernah.
Tapi ada hati nak tumpang mengutuk.
Orang Melayu jangan nak racist sangat k?
Dengan semua orang nak cari gaduh.
Awak tu sudahlah jadi kaum minoriti, tak sedar2 diri lagi?
Penat saja aku tolong support kaum korang tapi dibalas tahi.

Bye.

Friday, August 19, 2011

Benci tapi tak sayang langsung.

Aku sangat berharap kalau aku dapat membalas dendam kepada perempuan durjana itu.
Sekarang perasaan benci aku kepada dia meluap-luap.
Okay balas dendam memang jahat tapi apa yang dia sudah buat lebih terkutuk.

Perasaan aku sangat tidak tenang okayy. Selagi dia tidak dapat pembalasan.
Aku benci! Benci pada dirimu!
Argghhhh!
Aku sedang mencari idea dan menunggu masa dia jatuh tersungkur.
Kenapa orang jahat macam dia selalu selamat.
Lepas buat jahat still hidup bahagia.
I hate you, bitch!
Lepas memporak-porandakan hidup aku still rasa diri itu baik.
Puiih.( Meludah ke muka dia )
Tak apa. Tak apa. Kita tunggu masa itu sampai.

Bye.

Bersederhana.

Kalaulah kita kaya,
kita mampu memiliki apa yang orang lain tidak,
kita boleh makan di fine dining,
kita boleh beli barang berjenama tanpa melihat tanda harga,
kita boleh melancong ke mana kita mahu,
kita mampu membeli kereta lebih dari keperluan,
kita boleh segalanya.
Adakah kita perlu menunjukkan kekayaan kita kepada semua?
Perlukah kita orang mengagumi apa yang kita ada?
Bersederhana sangat dituntut dalam Islam.
Takbur dan riak adalah syirik.
Syirik bererti menyekutukan Allah.
Adalah lebih baik apa yang kita dermakan tidak diketahui sesiapa.
Lebih baik juga kalau kita kaya kita tidak perlu memperlihatkan kepada dunia.
Apa yang kita ada hanyalah pinjaman.
Mungkin kita dilahirkan bertuah.
Tepuk dada tanya selera.

Bye.

Thursday, August 18, 2011

Mandrem

Bye.

Persoalan.

Tertumpu kepada pemilik lesung pipit sahaja.

Kenapa kalau siapa2 yang ada lesung pipit ni kalau senyum ke bercakap ke mesti kena paksa mulut tu tekan kat hujung untuk menonjolkan lagi lesung pipit itu. Bukankah dia memang sudah memiliki lesung pipit tapi kenapa perlu paksa lagi? Lainlah bagi yang tiada kan.

Ini adalah antara curious aku yang bermain-main dalam otak.

Bye.

Sunday, August 14, 2011

To : Stranger

Hello, untuk pengetahuan kau aku tak berminat dengan laki kau tu. Aku tau dia cinta mati kau. Sorry to say lah, aku tak akan jilat ludah balik macam kau. Mungkin kau anggap diri kau bukan perampas, tapi bagi aku masakan pokok bergoyang tanpa angin. Fikir logiklah. Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kau pun bukan tak tau masa tu aku masih bersama dia tapi kau tetap melayan sebagai kawanlah kata kau. Tapi aku tau kau anggap lebih dari itu. Maklumlah gila bayang. Tak apa aku pun sudah lama lupakan cerita itu. Tapi aku benci bila kau anggap kau macam hero pula. Macam nak kata orang lain yang nak nampak betul itu sengaja saja, dan kau macam dengan bongkak kata nak menang ambil lah. Macam lah kau bagus. Suka hati kau lah. Cuma aku nak cakap good luck pada kau. Moga kau tak mendapat pembalasan. Owh kau pernah merana ya? Itu masalah kau memang kau yang salah pun. Habis cinta mati sangat. Tak apalah tu hal kau kan, terpulang lah kat kau. Cuma kau berdoa sajalah moga-moga kau the only one buat dia. Jangan nanti tanpa sedar kau diduakan pula atau mungkin kau sedar tapi buat-buat butakan mata sebab kenyataan memang pahit, kan? ;) And by the way, hutang aku jangan buat-buat lupa tau. Sudah janji mahu bayar, hutang dengan manusia pula tu. Aku tau bagi kau jumlah dia kecil tapi duit aku suka hati akulah nak ke tak nak. Bukan hak kau nak anggap kecil sendiri nak halalkan tak nak bayar. Buat-buat tak kisah pula. RM 70.00 ditambah dengan hutang masa dekat Perak pinjam duit aku RM 90.00 konon tak ada duit nak bayar upgrade untuk 3 line. Jadi, total up RM 160. Ala sikit saja tu pejam mata saja kau mampu bayar. Ni number account aku maybank : 110189063010. Tak perlu bagitau akulah kalau sudah bank in nanti aku pandai cek sendiri.

Bayar tau. Aku tak pernah cakap aku halalkan. :)

Bye.

Saturday, August 13, 2011

BM vs BI

Kebenarannya tiada istilah bongkak atau takbur kalau kita menggunakan Bahasa Inggeris sekali - sekala. Sebenarnya orang yang membuat kenyataan begitu adalah orang yang cemburu kerana dia kurang fasih BI. Jangan salahkan orang yang boleh berBI hanya kerana anda tidak boleh. Itu adalah kelemahan anda, anda tidak mempelajarinya sehingga berjaya. Saya tidak memenangkan bahasa asing, saya menghormati bahasa ibunda saya. Saya tahu suatu masa dahulu bahasa ibunda saya merupakan lingua franca, dan sesiapa yang mahu berdagang harus fasih berBM. Tapi, itu dulu, keadaannya tidak sama dengan sekarang. Kita tidak berjaya mengekalkan bahasa kebangsaan kita sama agungnya seperti dahulu. Mungkin ada kesilapan kita disitu selebihnya lebih kepada takdir. Iya, kenapa bahasa asing menang dan menjadi bahasa perantaraan? Tepuk dada tanya selera. Sebetulnya saya boleh bertutur didalam kedua2 bahasa walaupun tidak lancar. Untuk pengetahuan, ini adalah perkongsian maklumat bukan untuk menunjuk dari sekolah rendah ke menengah saya selalu mendapat pelajar terbaik untuk subjek bahasa Melayu. Saya menjadi pelajar kesayangan guru2 bahasa kerana saya selalu mendapat markah tinggi untuk subjek mereka. Waktu itu BI saya agak lemah saya cuma mampu mendapat B. Saya akui BM merupakan subjek kegemaran saya, kerana saya gemar membaca. Untuk pengetahuan juga saya mendapat A1 untuk BI tetapi cuma A2 untuk BM. Tapi tak bermaksud saya bongkak atau merendahkan bahasa sendiri. Di rumah saya tetap mengunakan BM untuk bertutur lebih selesa.
Kita dalam Islam tiada dilarang utnuk memahami bahasa lain, apatah lagi mempelajarinya. Malah kita disuruh untuk mendalami bahasa lain untuk tujuan pelajaran. Ini kerana kebanyakan buku2 ilmiah adalah di dalam bahasa asing dan perlu diterjemahkan untuk difahami. Sampai bila kita akan maju kalau kita tidak mahu mempelajari bahasa asing dan kita tidak dapat menafsir ilmu itu? Bukankah itu sifat yang sombong dan membawa kerugian. Lebih2 lagi sekarang di IPT semua subjek menggunakan bahasa asing sebagai pengantara dan buku rujukan disediakan juga dalam bahasa yang sama. Kerja2 kursus, thesis dan nota2 dari pensyarah juga dalam BI, macam mana kita mahu belajar sesuatu kalau kita tidak faham, atau tidak mahu faham? Saudara sila tukar persepsi anda dengan menyatakan dengan bertutur dalam BI kita tidak nampak pandai mana. Ayat itu hanya akan dituturkan oleh orang yang sombong. Terima kasih.

p/s : Aku menggunakan bahasa baku bagi menunjukkan yang aku tidak lupa diri.

Bye.

12/08/2011

Happy 44th Birthday's to my Mum.

And i got a new watch.

:)

Bye.

Thursday, August 11, 2011

Kejap break kejap sambung.

Oii aku tension siot nak baca kau punya wall post.
Contoh :
I'm single >>>> 5 minutes ago
No more love. I have to be strong  >>>> 21 minutes ago
Aku rindu dia, tapi dia sudah tiada  >>>> 3 minutes ago
Dapat message dari dia, tapi apakan daya dia ada perempuan lain  >>> few seconds ago
Aku sunyi perlukan cinta >>>> an hour ago
What the Fish!!
Belum lagi dorang duk main2 relationship.
Sekejap ada sekejap tukar sekejap dengan orang lain.
Gambar pun sama.
Tension2.
Aku bukan nak sibuk.
But please janganlah keluar kat wall aku.
Buatlah apa saja private kan ke.
Aku tak mahu tahu.
Kang buang dari friendlist kang sentap.
Gatal je tangan aku nak komen " Get a life, move on".

Bye.

Aish..

Mengeluh.
Okay ini disebabkan aku sedang bersedih.
Maklumlah selalu kecewa.
Tadi pagi bangun ingat barang akan sampai hari ini.
Rupanya tak pun.
Sudah berapa malam tak tidur nyenyak.
Asyik fikir pasal benda tu.
Sudah masuk hari yang ke6 hari ini.
Harap2 semuanya selamat.
Oii. Jangan anggap ini perkara remeh tau.
Ini berat buat aku.
Hahaha.

Bye.

Tuesday, August 9, 2011

Puasa yang ke 3 =D

Okay walaupun semua orang sudah masuk puasa yang ke-9, tapi bagi aku masih hari yang ke-3.
Kalau tak percaya sudah.
Ada aku kesah? Haha.
Semalam ada pengumuman diberi bonus separuh gaji untuk raya ini.
Well, memang berita gembira buat semua penjawat kerajaan lah kan.
Tapi musykil lah juga, kalau sebelum ini mereka ni suka mengutuk2 kerajaan.
Nak itu turun lah, tak suka ini lah.
Kalau yang kerja cikgu tu marah2 tak suka kerja di pedalaman, tak suka environmentlah.
Rasa kampung, rasa bosan, pelajar bodoh2, dan macam2 lagi komen negatif.
Adakah patut tugas sendiri, rezeki halal tapi complaint yang tidak2 macam tu.
Anggap jelah cabaran dek non.
Yang kau mohon awal2 tu kenapa.
Ada juga yang datang kerja dah nak tengah hari, sarapan lagi, sekali dengan lunch.
Tapi tetap terasa diri rajin.
Tidak lupa juga kepada mereka yang duduk kutuk2 berapi-api bos mereka, especially yang kerja kerajaan ya.
Kerja lain itu aku peduli apa.
Sudahlah kutuk bos, pakai company punya PC pas tu melayari FB di waktu kerja.
Adakah itu tindakan bermoral, adik2?
Ish. Ish. Ish. Ini bukan cobaan ya, ini betul2 terjadi.
Hey, ada yang paling worst mencampur - adukkan politik dengan agama.
Sewenang-wenangnya cakap orang tu tidak beriman, pegangan agama tidak kukuh hanya sebab mereka menyokong kerajaan.
Relevankah pendapat itu?
Apa dosa mereka dan apa pangkat kau untuk mengetahui setebal mana iman orang?
Okay, yang membuat kenyataan ini adalah penjawat kerajaan yang berjawatan tinggi kepada penjawat kerajaan yang lain.
Loser bukan?
Mereka ini yang tidak ikhlas bekerja,kaki kutuk, perasan bagus tapi tidak malu untuk tetap menerima gaji.
Malah gembira menerima bonus.
Dimana maruah kamu ketika mengutuk berapi-api dulu?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Bye.

Friday, August 5, 2011

Unbelieveable

Sometimes,
I can't even remember,
when i try real hard,
to think about my age.
The number can't appear
in my mind.
It always be 21 years old.
But I guess I'm older than that.
It's not like
I want to feel young, always
or i can't accept the fact
that I'm older now,
but I can't believe that
I'm 22 years old this year.
22 is seems to be so big for me.
My behavior does not reflect my age.
Well, age is just a number.
Next year the number will be 23.
And it's going to be more harder for me
to accept the fact.
I feel like I'm forever 21.
Hee~~~:)

Bye.

Wednesday, August 3, 2011

Kesian ~

Kesianlah blog aku ni jarang dikunjungi, aku pun makin malas mahu menulis.
Asyik2 yang baca aku, yang tulis pun aku.
Mungkin aku tak bagi publisiti kot.
Kalau aku buat publisiti murahan, mesti ramai orang perasan dirinya diperkatakan.
Lepas tu ramailah yang buat kenyataan balas.
Macamlah hot stuff sangat ada orang nak cakap pasal dia.
Sebab tu aku malas nak expose sangat.
Tapi kesian lah nuffnang aku baru ringgit2 je.
nak expose ke tak ye?
nak expose ke tak?
Haha.
Kesian, kesian, kesian.

Bye.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

Esok puasa.
Tapi tadi yang selalu cakap saya pemegang mohor2 diraja tu da jadi orang lain.
Songkok dia dah tak tinggi.
Yang lama sudah meninggal.
Selalu tunggu2 dia cakap esok puasa dengan esok raya.
Innalillahiwainalillahirajiun.
Apapun puasa tetap jatuh pada 1 Ramadhan/1 August.
Okay, jangan lupa niat puasa.
Mandi wajib.
Esok kita akan menuanikan ibadah puasa.
Selama sebulan. :)
Tiada makan tengahari @pun sarapan.
Yang ada cuma makan malam dan supper.
Hangan buat2 lupa.

Salam satu ramadhan semua.

Sambungan Kisah Cinta, Gittewww.

Tahun 2011, aku sudah dudk di Shah Alam.
Duduk Kolej Melati dua semester.
Kadang2 kalau tidak busy setiap hujung minggu kami jumpa.
Makan2 ke, tengok wayang ke, atau jalan2 saja.
Kadang2 aku pergi rumah family dia.
Kalau ada raya haji or raya aidilfitri ikut dia balik kampung.
Dia selalu pergi Jakarta awal tahun ni.
Cari peluang berniaga.
Tapi main motor kurang lah.
Dia berhenti kerja draugthman awal tahun ni juga kalau tak silap.
Buat company sendiri katanya.
Tapi awal tahun tu kami gaduh besar sebab dia tak boleh terima bila aku tegur sesuatu pasal family dia.
Lepas itu dia macam berubah.
Then tambah buruk masa aku ikut akak dia balik Kedah, aku drive kereta dia dan accident.
Sudahlah motor dia diambil balik. Motor hangkang kereta rosak.
So memang waktu itu gaduh saja lah.
Hari jadi aku pun macam tak berapa best.
Sebab dia macam terpaksa saja nak sambut.
Kami pergi Sunway tapi itu pun dah petang.
Macam tak seronok.
Balik2 dari Sunway pun bergaduh lagi.
Dengan ekonomi yang tak berapa stabil
Yela, berhenti kerja tak ada income. Outcome je lebih.
Memang tak berapa bahagia lah rasa.
Sebab gaduh sudah jadi rutin.
And than tambah buruk bila ada kes aku gaduh with on of his family member.
So, of course he don't support me.
Paling buruk bila semua nak masuk campur perasaan bagus.
Dengan ex dia yang macam lahanat tiba2 nak masuk campur jadi batu api.
Berlakon baik tapi sebenarnya ada agenda.
Aku memang bersabar saja lah.
Ikutkan hati baik aku tinggal saja semua.
Menyusahkan. Sibuk outsider nak jadi pelakon extra.
Sampailah aku balik cuti untuk 4bulan.
Keadaan masih belum pulih.
Sekarang ni pun suam2 kuku jelah.
Tapi tak apalah sebab dia cakap, Tiada siapa boleh pisahkan kami, so pedulilah apa diaorang nak cakap. tak luakpun.

Sekian, terima kasih.

Bye.

Thursday, July 28, 2011

OMG!

Alamak sudah lama tidak update blog ni.
Busy bangat dengan kerja dan business online.
Pagi buat ID malam buat business online.
Upload gambar edit2 segala.
Layan customer yang tanya2 tapi last2 tak beli. pftt.  Haha.
Tengok order mana yang sudah out of stock.
Urus order yang sudah bayar untuk dihantar.
Macam2 lagilah.
Nanti ada masa updated lagi okay.

Minggu depan puasa, Salam Ramadhan. ;)

Bye.

Saturday, July 23, 2011

2010 story . . .

Okay lepas aku final di UITM, Perak, aku dapat sambung ijazah course yang sama.
Aku dapat UITM, Shah Alam.
Dan, aku datang untuk mendaftar dengan parents aku.
Sebabnya aku dapat tahu aku sambung dah lambat.
Okay aku belum cerita masa convo dia ikut aku dan family aku ke Perak.
Kami tidur rumah kawan bapak aku.
Pas tu sempat jalan2 Perak, pergi bundle Batu Gajah.
Dialah ada jalan2 pergi Tambun dengan family aku.
Kiranya dia teman family aku, drive kereta semua.
Yang penting dia ada time convo aku. :)
Adalah gambar bersama. Hehe.
Dah macam family dah masa tu.
Nasib dia tak ikut kami pergi Melaka.
Masa iulah family dia dengan family aku gathering kat Highway Cafe dengan dekat Tupai2.
Okay bebalik cerita degree, dia amik aku dengan parents aku dari Shah Alam.
Lepas itu kami duk hotel.
Dia juga yang hantar aku pergi Shah Alam.

Angkat barang semua.
Dia risau betul aku duduk luar sebab ada satu peristiwa yang tak boleh cerita.
Kami terus pergi I-City hari pertama aku kat Shah Alam.
Masa aku kat Shah Alam dia jarang melawat.
Kalau ada dia datang pun sekadar bawak aku makan tak pun tengok wayang.
Paling jauh kami pergi pun ke Sunway Lagoon. Haha.
Owh pernah ke Melaka.
Nak tau cerita romantik?
Dia jual motor dia sebab aku.
Dia beli kereta Myvi SE warna hitam.
Aku sayang motor tu sebab arwah ibu dia bagi.
Tapi untuk kesenangan bersama juga kan.
Terpaksa jual sebab kereta lebih penting.
Tapi tahun ni aku tak sempat sambut hari jadi dia.
Kiranya sepanjang hubungan kami aku tak pernah sambut birthday dia.
Tapi aku belikan dia kasut yang dia nak sangat2.
Okay aku balik Sabah lagi.
Tapi dia tak sedih macam dulu dah.
Penghujung tahun 2010 dia berhenti kerja.
waktu tu dia dapat beberapa tawaran berlakon.
Tapi sampingan jelah.
Hurm paling kesian tahun ni raya dia sorang2 sebab dia belum ada kereta masa nak balik raya tu.
Motor sudah jual. Kereta lambat keluar. -__-
Hurm. Okaylah nanti aku smabung lagi cerita 2011 pula, iaitu cerita sekarang lah.
Tunggu ~~

Bye.

Thursday, July 21, 2011

Kau kata kau cinta.

Okay entry jiwang tapi post mungkin tak sejiwang itu.
Aku nak sambung cerita aku pasal percintaan kami. Duhh~
Haha.
Okay kami couple pada tarikh 30 June 2009.
Selepas dari itu memang hari2 bahagialah kan.
Waktu tu aku duk Ampang.
Dia mula2 duduk Serdang lepas tu kawan dia ajak duduk B.A.
So dekatlah sikit kan.
Hobi kami kalau dating suka try restaurant baru yang tak pernah masuk @ jarang.
Pas tu suka window shopping.
Kadang2 aku teman dia lepak kedai motor, tak pun lepak dengan kawan dia.
2009 tu merupakan tahun kami berkenalan hati budi.
Walaupun dia nampak poyo, tapi aku tau dia sayang aku.
Aku pun bawak juga dia lepak dengan kawan2 aku.
Ada sekali mak aku datang KL aku bawak dia jumpa.
Dari situ aku nampak kesungguhan dia.
Dia sanggup amik mak aku dari airport bawak pergi KL dalam sejam dua lepas tu balik ke Sepang balik.
Berulang alik banyak kali.
Waktu itu dia belum ada kereta.
Kami cuma guna kereta Citra.
Sebelum itu pun kami cuma naik Kawasaki hitam dia saja.
Memang penatlah kan naik motor tu.
Panas, hujan. Dah lah dia bawak laju. Memang menakutkan.
Lagipun masa tu dia aktif dengan group motor dia. Ada ride sini sana.
Pergi rumah anak yatim, buka puasa, macam2 lah.
Kadang2 aku ikut lah juga.
Dia selalu juga ride kat Sepang, Litar Sepang ramai2 dengan kawan dia.
Lagipun time itu dia aktif MSS.
Sampailah aku habis praktikal.
Masa tu dia orang yang paling sedih.
Siap tak nak aku balik Sabah.
Aku ingat lagi dia siap tulis surat kat dalam buku aku menyatakan rasa rindu dia.
Lepas tu siap buat kat blog dia yang dia tak sabar nak jumpa aku.
Setiap hari.
Hari2 call dan message.
Dia kata hidup dia boring aku tak ada.
Lepas itu memang jumpa lagi tapi aku sudah pindah ke Perak.
Memang jauhlah kan.
Tapi dia sanggup ulang alik hampir setiap minggu untuk jumpa aku.
Kalau aku ada masa free aku turun KL.
Perak - KL 3jam jugalah.
Kira waktu tu memang susah sikitlah kan.
Asal dia ada duit dia turun Perak jumpa aku.
Kalau dia balik kampung kat Beruas dia singgahkan aku.
Kadang2 aku ikut dia balik kampung.
Kalau dia ada ride dengan kawan2 dia ke Penang ke misalnya dia singgahkan aku belikan makanan tak pun belikan hadiah.
Duduk jauh memang rindu.
Masa itu da masuk tahun 2010. Aku tengah final ID.
Sebanarnya setiap kali aku balik KL balik atau nak balik Sabah dia adalah orang pertama dan terakhir yang aku jumpa kat airport.
Kira dia tak pernah missed amik aku.
Dia banyak tolong aku dari proses simpan barang sehingga amik barang balik.
Apa2 masalah aku dia yang banyak bantu. Macam tulah sebaliknya.
Paling best masa hari jadi aku dia turun Perak bawak aku pergi Cameron jalan2 lepas tu dia bagi surprise hadiahkan aku handphone. Sweet.
Dia selalu datang lawat aku bawak pergi makan, jalan2.
Lagipun waktu tu dia sangat mengongkong dan kuat jeles :P
Sepanjang kat Perak kami pernah pergi Kellie's Castle, Lumut, Beruas dan Cameron.
Masa kat KL kami pernah pergi Genting dua kali.
Sampailah final day aku dekat Perak dia juga yang amik aku bersama barang2 aku.
Aku sudah habis diploma dan menunggu untuk masuk degree.
Dia sangat berharap aku dapat degree.
Sebab kalau tidak mungkin susah nak jumpa.
Oh ya, masa aku habis diploma dia juga yang hantar aku pergi Sabah.
Kami balik bersama sebab barang aku banyak.
Dia tinggal di Sabah 3 hari tak silap aku. Naik MAS tidur di Imperial Boutec Hotel.
Sebenarnya kami sudah merancang untuk bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat.
Dia dah bagitau parents dia dan parents aku niat dia nak bertunang dengan aku.
Kiranya dia datang Sabah itu sesi perkenalan lah.
Masa aku dekat Sabah bapak aku ada kursus di KL dia jugak yang hantar amik bapak aku walaupun aku tak ada.
So kiranya dia da jumpa parents aku semualah.
Mak aku pun ada jemput dia datang rumah lagi tapi kali ni dia boleh duduk rumah kami.
Aku ada dua pilihan selain dia pertama aku sudah tolak.
Yang kedua ni okay juga sayang aku, ada kerja tetap, tak merokok.
Tapi aku tak nampak kesungguhan dia nak aku. So, sebab itu aku tolak dia dan pilih BF aku.
Aku harap aku buat pilihan yang betul.
Okay sampai sini dulu nanti aku sambung cerita pasal aku habis diploma nak sambung degree pula.
Kira dalam pertengahan tahun 2010 lah.
Chow~~

Bye.

Monday, July 18, 2011

Tak kenal maka tak cinta :)

Selepas aku add dia kat myspace, esoknya juga dia approve dan comment aku.
Dia cakap kat aku ini kenal sangat ni.
Masa itu tak silap aku part 4.
Then comment2 biasalah aku tak layan dia sangat.
Bila aku sudah break dan dia pun sudah break baru kami berhubung balik secara tiba2.
Aku pun tak tahu dia break.
Masa tu aku cari dia sebab aku nak tanya dia pasal practical,aku ingat dia keje dekat firm Id.
Rupanya bukan, tapi aku minta tolong dia carikan.
Masa itu kawan2 sajalah.
Aku ada Bf baru dah.
Selain comment kami ada bertukar number.
Aku call dia tapi dia macam layan tak layan saja mula2 lepas itu baru okay.
Then, aku dapat kerja dekat Ampang.
Dia kata kalau aku dapat kerja aku kena belanja dia makan.
So aku pun menetap dekat Ampang selama 6bulan.
Dia ajak aku jumpa, dia amik dekat rumah.
So aku keluar lah dengan dia waktu tu dah petang, dia bawak aku balik kampung nenek dia dekat Jenderam.
Makan durian.
Mula2 jumpa memang agak tak tau nak cakap apa.
Aku layankan saja apa yang dia tanya.
Masa itulah kenal Kak June.
First impression aku dia ni macam budak2 lagi je.
Haha. Walaupun dia bekerja tapi tak nampak dewasa.
Sejak dari itu dia selalu jugak message aku.
Masa itu aku tengah ada crisis dengan Bf aku dia jauh. :(
Tak dapat jumpa langsung.
Lepas dari itu kami ada jumpa juga.
Dia datang office aku ajak lunch.
Mula2 tu biasalah dia suka ayat2 poyo taktik mengorat. Haha.
Terus nak panggil yunk padahal baru je kenal.
Dia guna motor so dia agak sibuk ikut ride sana sini.
Kadang2 dia ajak aku lunch dengan kawan2 motor dia.
Tapi aku belum jatuh cinta lagi masa tu.
Masa kami jumpa itu dalam pertengahan Mei tak silap sampailah June.
Apa yang istimewa June?
Masa itu kami dah selalu jumpa, lepas itu selalu kuar hujung minggu, selalu message dan selalu call.
Then aku tanya dia dia anggap aku sebagai apa?
Dia cakap teman rapat cukup masa jadi kekasih.
Aku macam confuse sebab waktu tu aku dengan Bf aku masih bersama tapi sudah suam2 kuku.
Aku tanya dia kalau dia nak aku buat pilihan aku buat.
Jadi dia kata dia boleh sayang aku sepenuh hati dan nak jaga aku.
Aku pilih dia. Mungkin aku dengan ex aku jodoh tak panjang.
Lepas Jenderam, kami pergi Ampang Point, KLCC, The Curve, OU, Tupai-tupai,The Mines, Alamanda, Galaxy Ampang, Bangi, Sepang, Serdang, Wangsa Maju, Ampang. Haha macam2 lah.
Dia memang sangat penyayang waktu tu dan berjaya buat aku jatuh cinta. <3 <3 <3
Aku bercinta dengan dia dari dia duduk dekat Serdang sampailah dia pindah Bukit Antarabangsa.
Semua cerita ni berlaku tahun 2009. Sampai lah aku balik Sabah dan balik Perak balik penghujung 2009.
Nanti aku sambung cerita 2010 pulak okay?

Bye.

Sunday, July 17, 2011

Tukang buat aku marah :)

Nama dia Azrul Azmiezie.
Umur sama dengan aku.
Tinggi, fizikal dan warna kulit tak sama.
Dia tinggal kat Serdang, Selangor.
Dia bawak kereta Myvi SE.
Nombor plat aku tak ingat. :P
Motor sudah tak ada.
Dia tak keje, melepak je kerja rasmi dia.
Aku mula2 kenal dia masa itu aku pergi KL, tinggal rumah kawan aku.
Kami nak buat case study pasal Spa.
Kebetulan arwah mak dia buka Spa.
Actually dia ni kawan kepada ex-boyfriend aku.
Ex-boyfriend aku selalu cerita pasal dia, jadi banyaklah juga yang aku tau.
Sebenarnya aku kenal dia dah lama dari itu.
Masa aku Part 3 tak silap masa ada trip ke KL.
Tapi aku malas nak ingat cerita itu.
So, oleh sebab ex aku banyak cerita pasal dia so aku kenal lah dia ni.
Masa aku kat KL aku duk rumah kawan aku ex aku duk rumah dia.
So, macam2 lah dia cerita, aku dengar saja.
Ex aku kata dia dengan Gf dia masa tu sweet sangat (sekarang ni sudah jadi ex juga).
Apa yang sweet tu aku pun tak tahu.
Lagipun aku tengah bercinta masa tu jadi apa yang dia cerita masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Nak dijadikan cerita, lepas kami dah siap case study bf aku ajak jumpa.
So aku keluarlah dengan ex aku tu.
Dia ni jadi tukang amik aku masa tu aku tunggu dekat dengan Ampang Point tak silap.
Dia hantar kami ke KLCC.
Aku tak berbual langsung dengan dia.
Aku just pandang dia je, "Owh dia nilah yang ex aku selalu cerita".
Masa itu dia bawak kereta Citra.
Kami keluar sampai jam 10malam juga, jalan2 dekat area KLCC.
Sebab dia kononnya ada latihan drama kat Istana Budaya.
Dia amik kami jugak dan hantar aku balik Cheras rumah kawan aku (sekarang musuh).
Masa sudah turun kereta tu aku sempat pesan dekat dia bawak kereta hati2 aku sayang dia (ini ditujukan untuk ex akulah kononnya).
Itu jelah yang kami bercakap pun.
Tapi balik tu dia ada email aku tapi itu untuk add ex aku dekat ym.
Itu jelah pun.
Semua ni masa tahun 2008 tak silap.
Dah lama sangat.
Lepas itu barulah aku add dia kat myspace dalam 2009 tak silap.
Itupun sebab Ex aku suruh.
Dia suruh aku tegur2 kawan dia tu.
Dia banyak suruh aku add kawan2 dia aku layankan saja.
Sebab baru berjinak2 dengan internet dan laman sosial, sebenarnya sebelum tu pun aku da ada semua laman sosial tapi malas nak updated.
aku add je pun tapi tak cakap apa.
Dia yang tegur aku. Haha.
Cerita selebihnya macam mana kami rapat dan bercinta biar aku sambung nanti k?

Bye.

Friday, July 15, 2011

4 hari lagi

Apa yang lagi 4 hari tu?
Ganti puasalah apa lagi. -__-
Sempat ke? Oucch.
Ramadhan sudah dekat.
Dan aku sudah tak sabar mahu berhenti kerja.
Lagi lebih kurang 15 hari lagi.
Owh bosan sungguh kerja 6 hari seminggu ni.
Tapi tak sabar nak gaji.
Gittew!
Eh aku ada soalan.
Rambut memang banyak gugur ke?
Ke aku je yang ada msalah rambut gugur ni.
Terasa banyak lah pulak.
Takut menjadi botak je. ;'(
Sampai tak berani sikat rambut sebab asal pegang rambut je mesti ada beberapa helai rambut kat tangan.
Belum lagi sikat.
Belum kira yang jatuh di lantai.
Ke keturunan?
Ke ada penyakit?
Ke normal?
Tak tau.

Bye.

Thursday, July 14, 2011

Done!

Yes i'm done deleting some of my visual friends which only add me for their hobby of adding friends and some who like to spy on me. I know who you are stalker. Thanks for your concern about my life but enough is enough. It's okay if you only want to know about me so that you can compare my life to your miserable life. But it's a bit rude or should I said over shadow if you interrupting my personal life by making a bad story just to make me and my boyfriend fight and break up. You know it wouldn't worked. So stranger please stop what ever crazy ideas that you trying to use just to make yourself happy. Nothing gonna happen, just you yourself make a fool of yourself. Maybe some other stupid people who know nothing like to interrupt too. It's okay but stop annoying me by your make up story. I wonder how interesting your imagination could be. But it's a time to say good bye to the outsider. I know you have a better thing to do than spend much of your time stalked on my wall. Sorry for disappointing you but I have to do it. Owh, you will heard nothing about me afterward. Your life must be so so so boring. But the brighter side is I'm giving you a chance to do something better for your free time rather than watching my wall post. So now i'm happy to delete and block some of you. Anyway, thank you for spending your precious time to me, I will appreciate that soon. :)

Bye.

Wednesday, July 13, 2011

Macam2

Haish! Kalau kau ada masalah dengan aku pun cakaplah depan2. Apasal tak berani pula? Apa yang nak ditakutkan? Ke kau jenis cakap pungpang kat belakang saja tapi hakikatnya, Kau Takut! Come on lah tell me directly, aku tak ada masalah dengan kau. So, kau kenapa?

Kau terasa? Aik? Untuk pengetahuan kau aku tidak berminat untuk memperkatakan tentang kau. Kau tak wujud dalam kamus perbualan aku. Jadi kalau kau tiada buat salah janganlah nak terasa2 pulak. Apa kes? Tak remaja lah weyh. Ish2 aku tak pernah pun kata kau hot so jangan perasan tau. Haha. Gila ke apa?

Lawak2. Hahahahahahahaha. Susah kalau orang perasan laku ni. Macam semua orang nak benci dia, nak jeles dengan kecantikan beliau. Macam semua orang nakkan dia pula. Masalahnya cantikke kau? Tolong lah ye berhenti bermimpi, berpijaklah dibumi nyata.

Kalau kau tak ada niat dengan apa yang kau kata tu, kenapa kau cakap macam itu? Ke kau memang nak amik BF aku? Kau menyesal ye ditinggalkan? Haha. Aku tak faham tiba2 buat pengakuan konon aku menuduh kau, masalahnya ada ke aku tuduh kau? Haha. Cakap dengan kau pun tak pernah. Please lah. Jangan memfitnah ye.

Okaylah cakap panjang2 pasal kau pun tak guna juga, membazir tenaga saja. Aku harap kau baca apa yang aku tulis ini kerana tanpa berselindung ini memang untuk kau.

Bye.

Monday, July 11, 2011

Modern

Sekarang ni semua orang berlumba2 mahu pakai ipad, iphone, macbook, blackberry, ipod dan segala i yang wujud. Tapi aku tetap setia dengan Samsung Charm aku, tetap bergaya dengan Laptop Acer 4315 Intel Celeron aku dan selamba pakai HP baling anjing CSL. Aku tidak peduli kalau orang nak kata aku tak update atau mungkin gelakkan aku macam now was 2011 not 2007. Tidak mengapa aku lebih suka sederhana kerana Gadget2 canggih itu tidak mampu aku miliki. Aku sedar, its okay kalau pakai HP murah yang penting sentiasa ada kredit dari HP mahal tapi tak mampu top up. Aku selesa dengan apa yang aku ada tiada apa yang perlu dimalukan. Buat apa berlumba mengejar sesuatu yang kita tak mampu sedangkan kita ada apa yang kita mampu? Lainlah kalau apa yang kita ada itu kita yang beli sendiri, tapi kalau masih duit mak bapak aku rasa tiada apa yang patut dibanggakan. Kalau aku banyak duit pun mungkin aku habiskan ke arah lain kerana sungguh aku akan berasa sangat bersalah pada diri sendiri kalau ak beli satu barang yang harganya mampu beli sebuah kereta atau pun boleh beli sepuluh barang berharga lain. Bagi yang ada itu, jangan terasa anda patut gembira dapat memiliki sesuatu yang up-to-date. Bagi yang tiada stay cool babe sebab anda telah menjimatkan duit anda dari pembaziran.

Bye.

Berubah.

Semuanya tak sama macam dulu.
Aku menjadi tidak yakin.
Yang mana harus aku percaya.
Kau tidak lagi meyakinkan.
Kita tak akan pernah sama seperti dulu.
Aku tidak mengerti dimana silapnya.
Adakah pada aku, atau pada kau.
Tapi semua sudah berbeza.
Tidak mudah dijangka.
Sukar diramal.
Aku tidak dapat lagi membaca apa isi hati kau.
Sedalam mana perasaan yang dulu mekar.
Sekarang yang ada cuma tanda tanya.
Kekeliruan yang sukar dirungkai.
Jangan salahkan aku tidak memahamimu.
Kerana kau sendiri tidak meluangkan masa mengerti diriku.
Aku tidak pasti apa kesudahan kisah ini.
Adakah bahagia atau cuma titik noktah.

Ceh, puisi pula. haha. sila fahami ye encik gemuk.

Bye.

Saturday, July 9, 2011

Clean

Aku rasa kalau ikutkan perisian Bersih itu kalau dia buat betul2, maksud aku betul caranya, mesti ia sesuatu
benda yang baik. Tapi sekarang ini ia sudah menjadi lebih kepada keinginan nafsu daripada keinginan sejagat. Kita boleh buat memorandum yang betul, duduk berbincang bersama dan hantar kepada agong untuk dipersetujui. Aku rasa kalau betul caranya mustahil tidak diperkenankan. Mereka sendiri tidak tahu kepentingan benda itu hanya membantu sorak, buat apa? Lebih2 lagi 'bos besar' dia adalah orang yang durjana itu. Tiada lebih penting buat dia melainkan memegang peranan perdana menteri. Keinginan sejak tahun 70-an yang tidak diperkenankan oleh Dr. M sehingga masuk penjara atas sebab rasuah dan kes liwat beliau yang belum habis2. Belum dikira lagi video porno. Sudah2 lah. Jika kau tidak layak menjadi perdana menteri terimalah hakikat. Hentikan propaganda kau yang ingin memecahbelahkan kaum sendiri untuk kepentingan kau. Mungkin kau ada agenda tersendiri. Butakan mata orang ramai dengan program Bersih tapi kau ingin menyeludup dalam kerajaan. Masa kau sudah tamat Dr. M yang lama berkhidmat pun tau bila masa ingin berhenti apa lagi kau yang memang tidak diterima. Orang2 semua jangan terlalu obses dengan pihak pembangkang. Tiada apa yang anda boleh dapat selain kerugian. Renung2kan dan selamat beramal.

Bye.

Friday, July 8, 2011

Introduction

Ini adalah sedikit sneak peak untuk barang2 yang dijual di R boutique. :)



Jangan risau tentang harga kerana range harga kami adalah dari RM15 - RM 50 sahaja. Tidak lebih dari itu. Berkenaan dengan post kami akan menawarkan harga post yang paling menarik untuk anda. :)
1-2 Pieces : RM9
More than that : RM2 per piece.

Jadi jangan tunggu lama2 sebab barang2 Pre-Order cepat habis. :)

Bye.

Minat baru.

Kawan-kawan,
Sila la singgah blog saya,Pumpkin Pie atau pun Face book R boutique.
Ini adalah Promotion okay. haha
Iklan ini tidak perlu dibayar.
Owh ya, jangan singgah2 saja beli lah sekali.
Support bisnes orang2 tempatan k?
:)
Jangan risau harga yang saya tawarkan sangaaatt murah. Memang berbaloi duit anda. Hehe.
Tidak didapati di mana2 pengedar lain tau harga yang macam itu.
Perniagaan ini adalah collaboration antara saya, my friend and my mum.
Saya pasti anda akan berminat dengan design bag, baju, kasut dan accessories di kedai saya itu.
Cheer! :)

Bye.

Wednesday, July 6, 2011

Kesibukan melanda.

Hari ini aku agak busy, bukan sebab dapat projek baru ke apa, tapi aku busy sebab aku jumpa perniagaan baru. Ala bagi aku baru lah tapi bagi orang lain yang sudah lama berkecimpung benda ni macam sudah jadi fenomena lama. Aku saja poyo2. Haha.
Penatlah, kiranya kena upload gambar, buat details dan sebagainya. Memandangkan aku tahu kalau buat seorang macam agak susah aku ajak kawan aku join. So, jadi KAMI lah sekarang. Bagi yang tertanya2 apa yang bagi aku baru bagi orang lain lama itu tidak lawat lah page aku kat FB R boutique nanti korang tahu lah apa yang berlaku.
Tapi sebelum itu kena lah like dulu. Boleh? Harap2 cubaan aku membuat untuk wang kali ini akan berhasil Amin. Jangan lupa jenguk k? Okaylah aku nak sambung upload gambar. Kenapalah laptop aku cuma intel Celeron. Aish, susah keje aku.
Okaylah, chow.

Bye.

Tuesday, July 5, 2011

Konsep ; Berserah

Tak lama lagi bulan ramadhan.
Puasa ganti baru sehari.
Tehee.
Tapi tak sabar mahu shopping raya walaupun puasa belum start.
Okay. Apa kaitan dengan tajuk.
Sebenarnya, aku nak cakap yang kita ini manusia baik selalu berserah.
Orang pijak2 kepala kita.
Kita masih bersabar.
Orang kencing kita, kutuk kita, maki kita, kita masih diam.
Orang selalu pergunakan kebaikan kita untuk kepentingan dia.
Sudahlah rasa takut tiada, apa lagi rasa hormat pada kita.
Kalau kita terus2 berkonsepkan pasrah dalam hidup, aku yakin si penjahat akan bermaharajalela.
Tambahlah kita ditindas.
Memang betul, kadang2 yang tindas kita itu family sendiri, kawan2 sendiri, kadang2 boyfriend sendiri.
Tapi kita senyap saja, tambah lah mereka fikir tidak apa2 kalau aku gunakan dia.
Jangan percaya orang, jangan bagi muka.
Kita kena tukar konsep kita.

Konsep : Berjuang dulu sebelum berserah.


Bye.