Sekarang ni semua orang berlumba2 mahu pakai ipad, iphone, macbook, blackberry, ipod dan segala i yang wujud. Tapi aku tetap setia dengan Samsung Charm aku, tetap bergaya dengan Laptop Acer 4315 Intel Celeron aku dan selamba pakai HP baling anjing CSL. Aku tidak peduli kalau orang nak kata aku tak update atau mungkin gelakkan aku macam now was 2011 not 2007. Tidak mengapa aku lebih suka sederhana kerana Gadget2 canggih itu tidak mampu aku miliki. Aku sedar, its okay kalau pakai HP murah yang penting sentiasa ada kredit dari HP mahal tapi tak mampu top up. Aku selesa dengan apa yang aku ada tiada apa yang perlu dimalukan. Buat apa berlumba mengejar sesuatu yang kita tak mampu sedangkan kita ada apa yang kita mampu? Lainlah kalau apa yang kita ada itu kita yang beli sendiri, tapi kalau masih duit mak bapak aku rasa tiada apa yang patut dibanggakan. Kalau aku banyak duit pun mungkin aku habiskan ke arah lain kerana sungguh aku akan berasa sangat bersalah pada diri sendiri kalau ak beli satu barang yang harganya mampu beli sebuah kereta atau pun boleh beli sepuluh barang berharga lain. Bagi yang ada itu, jangan terasa anda patut gembira dapat memiliki sesuatu yang up-to-date. Bagi yang tiada stay cool babe sebab anda telah menjimatkan duit anda dari pembaziran.
Bye.
No comments:
Post a Comment