Thursday, July 21, 2011

Kau kata kau cinta.

Okay entry jiwang tapi post mungkin tak sejiwang itu.
Aku nak sambung cerita aku pasal percintaan kami. Duhh~
Haha.
Okay kami couple pada tarikh 30 June 2009.
Selepas dari itu memang hari2 bahagialah kan.
Waktu tu aku duk Ampang.
Dia mula2 duduk Serdang lepas tu kawan dia ajak duduk B.A.
So dekatlah sikit kan.
Hobi kami kalau dating suka try restaurant baru yang tak pernah masuk @ jarang.
Pas tu suka window shopping.
Kadang2 aku teman dia lepak kedai motor, tak pun lepak dengan kawan dia.
2009 tu merupakan tahun kami berkenalan hati budi.
Walaupun dia nampak poyo, tapi aku tau dia sayang aku.
Aku pun bawak juga dia lepak dengan kawan2 aku.
Ada sekali mak aku datang KL aku bawak dia jumpa.
Dari situ aku nampak kesungguhan dia.
Dia sanggup amik mak aku dari airport bawak pergi KL dalam sejam dua lepas tu balik ke Sepang balik.
Berulang alik banyak kali.
Waktu itu dia belum ada kereta.
Kami cuma guna kereta Citra.
Sebelum itu pun kami cuma naik Kawasaki hitam dia saja.
Memang penatlah kan naik motor tu.
Panas, hujan. Dah lah dia bawak laju. Memang menakutkan.
Lagipun masa tu dia aktif dengan group motor dia. Ada ride sini sana.
Pergi rumah anak yatim, buka puasa, macam2 lah.
Kadang2 aku ikut lah juga.
Dia selalu juga ride kat Sepang, Litar Sepang ramai2 dengan kawan dia.
Lagipun time itu dia aktif MSS.
Sampailah aku habis praktikal.
Masa tu dia orang yang paling sedih.
Siap tak nak aku balik Sabah.
Aku ingat lagi dia siap tulis surat kat dalam buku aku menyatakan rasa rindu dia.
Lepas tu siap buat kat blog dia yang dia tak sabar nak jumpa aku.
Setiap hari.
Hari2 call dan message.
Dia kata hidup dia boring aku tak ada.
Lepas itu memang jumpa lagi tapi aku sudah pindah ke Perak.
Memang jauhlah kan.
Tapi dia sanggup ulang alik hampir setiap minggu untuk jumpa aku.
Kalau aku ada masa free aku turun KL.
Perak - KL 3jam jugalah.
Kira waktu tu memang susah sikitlah kan.
Asal dia ada duit dia turun Perak jumpa aku.
Kalau dia balik kampung kat Beruas dia singgahkan aku.
Kadang2 aku ikut dia balik kampung.
Kalau dia ada ride dengan kawan2 dia ke Penang ke misalnya dia singgahkan aku belikan makanan tak pun belikan hadiah.
Duduk jauh memang rindu.
Masa itu da masuk tahun 2010. Aku tengah final ID.
Sebanarnya setiap kali aku balik KL balik atau nak balik Sabah dia adalah orang pertama dan terakhir yang aku jumpa kat airport.
Kira dia tak pernah missed amik aku.
Dia banyak tolong aku dari proses simpan barang sehingga amik barang balik.
Apa2 masalah aku dia yang banyak bantu. Macam tulah sebaliknya.
Paling best masa hari jadi aku dia turun Perak bawak aku pergi Cameron jalan2 lepas tu dia bagi surprise hadiahkan aku handphone. Sweet.
Dia selalu datang lawat aku bawak pergi makan, jalan2.
Lagipun waktu tu dia sangat mengongkong dan kuat jeles :P
Sepanjang kat Perak kami pernah pergi Kellie's Castle, Lumut, Beruas dan Cameron.
Masa kat KL kami pernah pergi Genting dua kali.
Sampailah final day aku dekat Perak dia juga yang amik aku bersama barang2 aku.
Aku sudah habis diploma dan menunggu untuk masuk degree.
Dia sangat berharap aku dapat degree.
Sebab kalau tidak mungkin susah nak jumpa.
Oh ya, masa aku habis diploma dia juga yang hantar aku pergi Sabah.
Kami balik bersama sebab barang aku banyak.
Dia tinggal di Sabah 3 hari tak silap aku. Naik MAS tidur di Imperial Boutec Hotel.
Sebenarnya kami sudah merancang untuk bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat.
Dia dah bagitau parents dia dan parents aku niat dia nak bertunang dengan aku.
Kiranya dia datang Sabah itu sesi perkenalan lah.
Masa aku dekat Sabah bapak aku ada kursus di KL dia jugak yang hantar amik bapak aku walaupun aku tak ada.
So kiranya dia da jumpa parents aku semualah.
Mak aku pun ada jemput dia datang rumah lagi tapi kali ni dia boleh duduk rumah kami.
Aku ada dua pilihan selain dia pertama aku sudah tolak.
Yang kedua ni okay juga sayang aku, ada kerja tetap, tak merokok.
Tapi aku tak nampak kesungguhan dia nak aku. So, sebab itu aku tolak dia dan pilih BF aku.
Aku harap aku buat pilihan yang betul.
Okay sampai sini dulu nanti aku sambung cerita pasal aku habis diploma nak sambung degree pula.
Kira dalam pertengahan tahun 2010 lah.
Chow~~

Bye.

No comments:

Post a Comment