Semuanya tak sama macam dulu.
Aku menjadi tidak yakin.
Yang mana harus aku percaya.
Kau tidak lagi meyakinkan.
Kita tak akan pernah sama seperti dulu.
Aku tidak mengerti dimana silapnya.
Adakah pada aku, atau pada kau.
Tapi semua sudah berbeza.
Tidak mudah dijangka.
Sukar diramal.
Aku tidak dapat lagi membaca apa isi hati kau.
Sedalam mana perasaan yang dulu mekar.
Sekarang yang ada cuma tanda tanya.
Kekeliruan yang sukar dirungkai.
Jangan salahkan aku tidak memahamimu.
Kerana kau sendiri tidak meluangkan masa mengerti diriku.
Aku tidak pasti apa kesudahan kisah ini.
Adakah bahagia atau cuma titik noktah.
Ceh, puisi pula. haha. sila fahami ye encik gemuk.
Bye.
No comments:
Post a Comment