Monday, May 31, 2010

kekasih

cintailah orang yang kamu sayang seadanya sahaja, kerana mungkin satu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu benci.
tetapi bencilah orang yang kamu benci seadanya juga, kerana siapa tahu mungkin nanti dia akan menjadi orang yang kamu sayang. saidina ali~

baginda rasulullah s.a.w akan berkongsi gelas dengan isteri baginda saidatina khadijah, tetapi baginda akan mencari di bahagian yang isteri baginda telah minum kerana baginda akan minum di tempat yang sama isteri baginda minum. romantik~

Bye.

Sunday, May 30, 2010

note to self:




                         




































































`happiness`

kebahagiaan yang sebenar adalah apabila kita membeli tanpa perlu melihat tagged harga. tanpa risau ketidakcukupan duit apabila keluar.

Bye.

Saturday, May 29, 2010

boros~

kenapa aku tidak boleh berhenti membeli? kalau duit sentiasa ada tidak mengapa.

kenapalah kasut yang cantik dan comel selalu tidak mampu memuatkan kaki aku yang lebar, putih dan besar ini?

kasut yang selesa pula selalunya tidak berfashion dan agak ketua-tuaan rupanya. mungkin sesuai dipakai apabila usia dah meningkat. aishh.

harga juga selalu menjadi persoalan. kadang2 agak tidak logik harga untuk sepasang kasut sampai mencecah rm119? gilak!

kesian kakiku ini. selalu menderita.

Bye.

Thursday, May 27, 2010

| apa yang aku buat orang tak tau |

~ aku bagi orang barang atau duit guna tangan kanan.
~ aku akan menangis bila tengok babak sedih even dalam kartun. tapi cover baik punya.
~ cukup menyampah dengan penipu.
~ suka gigit dia! haha.
~ aku tak suka bangun pagi. ngee~
~ walaupun aku suka marah dia tapi aku tetap sayang dia.
~ kadang-kadang aku merajuk just supaya dia pujuk dan peduli aku.
~ tak suka orang yang kuat maki.
~ aku bukan jenis yang memaki.
~ kadang-kadang garang dan kuat marah.
~ pendiam tapi berfikir.
~ tak suka orang yang budget bagus.
~ hari-hari cakap love you and miss you.
~ bila terlalu marah akan menangis.
~ suka makan putih telur dulu baru makan yang kuning.
~ mengharapkan lelaki yang membuka pintu untuk wanita, menarikkan kerusi, membawakan barang dan selalu pegang tangan.
~ suka bila dia ambil berat dan cemburu.
~ tak suka minum carrot susu dan minuman yang bersusu.
~ manja. :P
~ cari salah orang lain sebelum salahkan diri sendiri.
~ kebudak-budakkan.
~ malu jalan sendirian.
~ jari kelingking tangan kanan bengkok.
~ kaki kanan lebih besar dari kaki kiri.
~ telinga jenis yang bersambung.
~ hanya boleh melipatkan lidah sebelah kiri dan hanya kening sebelah kiri boleh diangkat.
~ penyimpan resit yang setia.

Bye.


tiga tahun berakhir dengan selamat.

hopefully, dapat memiliki lagi dua tahun. dan berjaya dengan cemerlang. amin.

Bye.

Wednesday, May 26, 2010

Monyet.



pertama sekali sebelum ayah.

ramai orang selalu mengagungkan ibu mereka. lebih-lebih lagi bila HARI IBU menjelma. membawa ibu ke makan malam istimewa, membelikan hadiah yang mahal, memeluk dan mencium ibu mereka. kenapa aku tidak? kenapa aku cuma mengucapkan selamat? bukan kerana aku tidak sayang. malah selamanya aku sayang. dia yang kupanggil emak
walaupun tidak sekelumit aku tunjukkan rasa sayang aku pada dia. tapi tidak bermakna aku benci dia. ya, aku memang selalu bergaduh dan kadang-kadang melawan arahannya. tapi semua itu bukan aku sengaja. kadang-kadang terlalu mengikut amarah dalam diri. emak, i'm so sorry.
mungkin sedikit sebanyak sifatku terikut-ikut daripada perlakuannya. aku tidak pernah melihat dia menunjukkan kasih sayang pada nenek perempuan. begitu juga pada nek mok. tapi aku tau dia sayang mereka. sama seperti aku.
mungkin orang akan fikir yang aku ini anak derhaka, anak yang kurang ajar. aku peduli apa dengan pemikiran orang kerana cara aku menunjukkan kasih sayang aku pada emak berbeza dari cara kalian. aku tidak pandai menunjukkannya secara visual tapi mungkin secara tersirat. entah. mungkin aku malu, mungkin tidak biasa. cuma waktu kecil sahaja selalu mencium pipinya sebelum tidur dan sebelum ke sekolah.
pernah kah kamu melihat kaki seorang wanita berusia yang kuat bekerja? kulit terkupas, keras dan kotor? ya, itu yang aku maksudkan. tapi berapa ramai yang sanggup pegang kaki itu? yang sanggup memotong kukunya dan membersihkan setiap kotorannya. cuma kasih sayang yang tebal sahaja yang memampukan kita buat. semua itu memang mampu dibuat di kedai yang mahal dan berbayar. tapi samakah dengan seorang anak yang melakukan untuk ibu mereka? samakah nilainya dengan yang dibuat di kedai? tidak kan? tapi aku sanggup. kerana aku lebih tidak sanggup melihat dia terbongkok-bongkok memotong kukunya sendiri.
mencarikan uban untuk ibu? berapa ramai pula yang sanggup? jadi bila anda terasa diri anda sudah cukup menyayangi emak anda dengan membelikan hadiah yang mahal fikirkan semula. mungkin emak gembira kerana masih ada yang ingat tapi hal-hal yang remeh dan tidak selalu dipandang itu kadang-kadang kesannya lebih manis untuk diingat.
setiap hari adalah hari ibu. selamat hari ibu.

Bye.

Monday, May 24, 2010

uploading


mood~

kalau kita nak kan sesuatu dengan usaha yang gigih pasti akan dapat apa yang kita minta.
ini ada beberapa cara hardcore yang terjamin keberkesanannya.

besarkan mata sehabis yang boleh untuk menghasilkan rupa yang comel. sila usya rupa puss in the boots dalam cerita shrek untuk kajian. lagi serupa lagi bagus.




 temukan kedua2 jari telunjuk, pandang ke bawah dan buat suara paling manja. pastikan bibir ikut dimuncungkan.



 kalau belum berkesan, merajuk dipenjuru bilik sambil mogok makan dan minum. selagi tiada siapa menegur anda jangan berganjak.




 buat ayat sedih sambil berdrama swasta dan menitikkan air mata yang berkelajuan sama dengan air terjun Niagra.



 cara terakhir yang tidak kurang hebatnya ialah menangis sambil berguling2 dan menghentak2 badan anda di khalayak ramai. apapun yang berlaku jangan peduli selagi anda belum dapat apa yang diingini. cara ini agak memudaratkan diri anda.

Bye.







Sunday, May 23, 2010

motivation

sentiasa pandang mereka yang telah berjaya, lebih depan atau bernasib baik dari kita. dari itu, kita akan mula rasa cemburu dan mula berusaha keras untuk menjadi seperti mereka sampai mungkin nanti kita akan menjadi lebih berjaya berbanding mereka. tiada yang lebih berharga dari usaha tanpa henti. setiap hari yang baru adalah peluang.





Bye.

Saturday, May 22, 2010

gembira!!

akhirnya setelah aku berusaha selama 3hari dapat juga aku buka blog ni.
hahaha. so silly, it's just a wrong combination of e-mail and password. no more same mistake afterwards. gila! muda2 lagi sudah pelupa. membazir masa sahaja.

Bye.