Wednesday, May 26, 2010

pertama sekali sebelum ayah.

ramai orang selalu mengagungkan ibu mereka. lebih-lebih lagi bila HARI IBU menjelma. membawa ibu ke makan malam istimewa, membelikan hadiah yang mahal, memeluk dan mencium ibu mereka. kenapa aku tidak? kenapa aku cuma mengucapkan selamat? bukan kerana aku tidak sayang. malah selamanya aku sayang. dia yang kupanggil emak
walaupun tidak sekelumit aku tunjukkan rasa sayang aku pada dia. tapi tidak bermakna aku benci dia. ya, aku memang selalu bergaduh dan kadang-kadang melawan arahannya. tapi semua itu bukan aku sengaja. kadang-kadang terlalu mengikut amarah dalam diri. emak, i'm so sorry.
mungkin sedikit sebanyak sifatku terikut-ikut daripada perlakuannya. aku tidak pernah melihat dia menunjukkan kasih sayang pada nenek perempuan. begitu juga pada nek mok. tapi aku tau dia sayang mereka. sama seperti aku.
mungkin orang akan fikir yang aku ini anak derhaka, anak yang kurang ajar. aku peduli apa dengan pemikiran orang kerana cara aku menunjukkan kasih sayang aku pada emak berbeza dari cara kalian. aku tidak pandai menunjukkannya secara visual tapi mungkin secara tersirat. entah. mungkin aku malu, mungkin tidak biasa. cuma waktu kecil sahaja selalu mencium pipinya sebelum tidur dan sebelum ke sekolah.
pernah kah kamu melihat kaki seorang wanita berusia yang kuat bekerja? kulit terkupas, keras dan kotor? ya, itu yang aku maksudkan. tapi berapa ramai yang sanggup pegang kaki itu? yang sanggup memotong kukunya dan membersihkan setiap kotorannya. cuma kasih sayang yang tebal sahaja yang memampukan kita buat. semua itu memang mampu dibuat di kedai yang mahal dan berbayar. tapi samakah dengan seorang anak yang melakukan untuk ibu mereka? samakah nilainya dengan yang dibuat di kedai? tidak kan? tapi aku sanggup. kerana aku lebih tidak sanggup melihat dia terbongkok-bongkok memotong kukunya sendiri.
mencarikan uban untuk ibu? berapa ramai pula yang sanggup? jadi bila anda terasa diri anda sudah cukup menyayangi emak anda dengan membelikan hadiah yang mahal fikirkan semula. mungkin emak gembira kerana masih ada yang ingat tapi hal-hal yang remeh dan tidak selalu dipandang itu kadang-kadang kesannya lebih manis untuk diingat.
setiap hari adalah hari ibu. selamat hari ibu.

Bye.

No comments:

Post a Comment