Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

Esok puasa.
Tapi tadi yang selalu cakap saya pemegang mohor2 diraja tu da jadi orang lain.
Songkok dia dah tak tinggi.
Yang lama sudah meninggal.
Selalu tunggu2 dia cakap esok puasa dengan esok raya.
Innalillahiwainalillahirajiun.
Apapun puasa tetap jatuh pada 1 Ramadhan/1 August.
Okay, jangan lupa niat puasa.
Mandi wajib.
Esok kita akan menuanikan ibadah puasa.
Selama sebulan. :)
Tiada makan tengahari @pun sarapan.
Yang ada cuma makan malam dan supper.
Hangan buat2 lupa.

Salam satu ramadhan semua.

Sambungan Kisah Cinta, Gittewww.

Tahun 2011, aku sudah dudk di Shah Alam.
Duduk Kolej Melati dua semester.
Kadang2 kalau tidak busy setiap hujung minggu kami jumpa.
Makan2 ke, tengok wayang ke, atau jalan2 saja.
Kadang2 aku pergi rumah family dia.
Kalau ada raya haji or raya aidilfitri ikut dia balik kampung.
Dia selalu pergi Jakarta awal tahun ni.
Cari peluang berniaga.
Tapi main motor kurang lah.
Dia berhenti kerja draugthman awal tahun ni juga kalau tak silap.
Buat company sendiri katanya.
Tapi awal tahun tu kami gaduh besar sebab dia tak boleh terima bila aku tegur sesuatu pasal family dia.
Lepas itu dia macam berubah.
Then tambah buruk masa aku ikut akak dia balik Kedah, aku drive kereta dia dan accident.
Sudahlah motor dia diambil balik. Motor hangkang kereta rosak.
So memang waktu itu gaduh saja lah.
Hari jadi aku pun macam tak berapa best.
Sebab dia macam terpaksa saja nak sambut.
Kami pergi Sunway tapi itu pun dah petang.
Macam tak seronok.
Balik2 dari Sunway pun bergaduh lagi.
Dengan ekonomi yang tak berapa stabil
Yela, berhenti kerja tak ada income. Outcome je lebih.
Memang tak berapa bahagia lah rasa.
Sebab gaduh sudah jadi rutin.
And than tambah buruk bila ada kes aku gaduh with on of his family member.
So, of course he don't support me.
Paling buruk bila semua nak masuk campur perasaan bagus.
Dengan ex dia yang macam lahanat tiba2 nak masuk campur jadi batu api.
Berlakon baik tapi sebenarnya ada agenda.
Aku memang bersabar saja lah.
Ikutkan hati baik aku tinggal saja semua.
Menyusahkan. Sibuk outsider nak jadi pelakon extra.
Sampailah aku balik cuti untuk 4bulan.
Keadaan masih belum pulih.
Sekarang ni pun suam2 kuku jelah.
Tapi tak apalah sebab dia cakap, Tiada siapa boleh pisahkan kami, so pedulilah apa diaorang nak cakap. tak luakpun.

Sekian, terima kasih.

Bye.

Thursday, July 28, 2011

OMG!

Alamak sudah lama tidak update blog ni.
Busy bangat dengan kerja dan business online.
Pagi buat ID malam buat business online.
Upload gambar edit2 segala.
Layan customer yang tanya2 tapi last2 tak beli. pftt.  Haha.
Tengok order mana yang sudah out of stock.
Urus order yang sudah bayar untuk dihantar.
Macam2 lagilah.
Nanti ada masa updated lagi okay.

Minggu depan puasa, Salam Ramadhan. ;)

Bye.

Saturday, July 23, 2011

2010 story . . .

Okay lepas aku final di UITM, Perak, aku dapat sambung ijazah course yang sama.
Aku dapat UITM, Shah Alam.
Dan, aku datang untuk mendaftar dengan parents aku.
Sebabnya aku dapat tahu aku sambung dah lambat.
Okay aku belum cerita masa convo dia ikut aku dan family aku ke Perak.
Kami tidur rumah kawan bapak aku.
Pas tu sempat jalan2 Perak, pergi bundle Batu Gajah.
Dialah ada jalan2 pergi Tambun dengan family aku.
Kiranya dia teman family aku, drive kereta semua.
Yang penting dia ada time convo aku. :)
Adalah gambar bersama. Hehe.
Dah macam family dah masa tu.
Nasib dia tak ikut kami pergi Melaka.
Masa iulah family dia dengan family aku gathering kat Highway Cafe dengan dekat Tupai2.
Okay bebalik cerita degree, dia amik aku dengan parents aku dari Shah Alam.
Lepas itu kami duk hotel.
Dia juga yang hantar aku pergi Shah Alam.

Angkat barang semua.
Dia risau betul aku duduk luar sebab ada satu peristiwa yang tak boleh cerita.
Kami terus pergi I-City hari pertama aku kat Shah Alam.
Masa aku kat Shah Alam dia jarang melawat.
Kalau ada dia datang pun sekadar bawak aku makan tak pun tengok wayang.
Paling jauh kami pergi pun ke Sunway Lagoon. Haha.
Owh pernah ke Melaka.
Nak tau cerita romantik?
Dia jual motor dia sebab aku.
Dia beli kereta Myvi SE warna hitam.
Aku sayang motor tu sebab arwah ibu dia bagi.
Tapi untuk kesenangan bersama juga kan.
Terpaksa jual sebab kereta lebih penting.
Tapi tahun ni aku tak sempat sambut hari jadi dia.
Kiranya sepanjang hubungan kami aku tak pernah sambut birthday dia.
Tapi aku belikan dia kasut yang dia nak sangat2.
Okay aku balik Sabah lagi.
Tapi dia tak sedih macam dulu dah.
Penghujung tahun 2010 dia berhenti kerja.
waktu tu dia dapat beberapa tawaran berlakon.
Tapi sampingan jelah.
Hurm paling kesian tahun ni raya dia sorang2 sebab dia belum ada kereta masa nak balik raya tu.
Motor sudah jual. Kereta lambat keluar. -__-
Hurm. Okaylah nanti aku smabung lagi cerita 2011 pula, iaitu cerita sekarang lah.
Tunggu ~~

Bye.

Thursday, July 21, 2011

Kau kata kau cinta.

Okay entry jiwang tapi post mungkin tak sejiwang itu.
Aku nak sambung cerita aku pasal percintaan kami. Duhh~
Haha.
Okay kami couple pada tarikh 30 June 2009.
Selepas dari itu memang hari2 bahagialah kan.
Waktu tu aku duk Ampang.
Dia mula2 duduk Serdang lepas tu kawan dia ajak duduk B.A.
So dekatlah sikit kan.
Hobi kami kalau dating suka try restaurant baru yang tak pernah masuk @ jarang.
Pas tu suka window shopping.
Kadang2 aku teman dia lepak kedai motor, tak pun lepak dengan kawan dia.
2009 tu merupakan tahun kami berkenalan hati budi.
Walaupun dia nampak poyo, tapi aku tau dia sayang aku.
Aku pun bawak juga dia lepak dengan kawan2 aku.
Ada sekali mak aku datang KL aku bawak dia jumpa.
Dari situ aku nampak kesungguhan dia.
Dia sanggup amik mak aku dari airport bawak pergi KL dalam sejam dua lepas tu balik ke Sepang balik.
Berulang alik banyak kali.
Waktu itu dia belum ada kereta.
Kami cuma guna kereta Citra.
Sebelum itu pun kami cuma naik Kawasaki hitam dia saja.
Memang penatlah kan naik motor tu.
Panas, hujan. Dah lah dia bawak laju. Memang menakutkan.
Lagipun masa tu dia aktif dengan group motor dia. Ada ride sini sana.
Pergi rumah anak yatim, buka puasa, macam2 lah.
Kadang2 aku ikut lah juga.
Dia selalu juga ride kat Sepang, Litar Sepang ramai2 dengan kawan dia.
Lagipun time itu dia aktif MSS.
Sampailah aku habis praktikal.
Masa tu dia orang yang paling sedih.
Siap tak nak aku balik Sabah.
Aku ingat lagi dia siap tulis surat kat dalam buku aku menyatakan rasa rindu dia.
Lepas tu siap buat kat blog dia yang dia tak sabar nak jumpa aku.
Setiap hari.
Hari2 call dan message.
Dia kata hidup dia boring aku tak ada.
Lepas itu memang jumpa lagi tapi aku sudah pindah ke Perak.
Memang jauhlah kan.
Tapi dia sanggup ulang alik hampir setiap minggu untuk jumpa aku.
Kalau aku ada masa free aku turun KL.
Perak - KL 3jam jugalah.
Kira waktu tu memang susah sikitlah kan.
Asal dia ada duit dia turun Perak jumpa aku.
Kalau dia balik kampung kat Beruas dia singgahkan aku.
Kadang2 aku ikut dia balik kampung.
Kalau dia ada ride dengan kawan2 dia ke Penang ke misalnya dia singgahkan aku belikan makanan tak pun belikan hadiah.
Duduk jauh memang rindu.
Masa itu da masuk tahun 2010. Aku tengah final ID.
Sebanarnya setiap kali aku balik KL balik atau nak balik Sabah dia adalah orang pertama dan terakhir yang aku jumpa kat airport.
Kira dia tak pernah missed amik aku.
Dia banyak tolong aku dari proses simpan barang sehingga amik barang balik.
Apa2 masalah aku dia yang banyak bantu. Macam tulah sebaliknya.
Paling best masa hari jadi aku dia turun Perak bawak aku pergi Cameron jalan2 lepas tu dia bagi surprise hadiahkan aku handphone. Sweet.
Dia selalu datang lawat aku bawak pergi makan, jalan2.
Lagipun waktu tu dia sangat mengongkong dan kuat jeles :P
Sepanjang kat Perak kami pernah pergi Kellie's Castle, Lumut, Beruas dan Cameron.
Masa kat KL kami pernah pergi Genting dua kali.
Sampailah final day aku dekat Perak dia juga yang amik aku bersama barang2 aku.
Aku sudah habis diploma dan menunggu untuk masuk degree.
Dia sangat berharap aku dapat degree.
Sebab kalau tidak mungkin susah nak jumpa.
Oh ya, masa aku habis diploma dia juga yang hantar aku pergi Sabah.
Kami balik bersama sebab barang aku banyak.
Dia tinggal di Sabah 3 hari tak silap aku. Naik MAS tidur di Imperial Boutec Hotel.
Sebenarnya kami sudah merancang untuk bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat.
Dia dah bagitau parents dia dan parents aku niat dia nak bertunang dengan aku.
Kiranya dia datang Sabah itu sesi perkenalan lah.
Masa aku dekat Sabah bapak aku ada kursus di KL dia jugak yang hantar amik bapak aku walaupun aku tak ada.
So kiranya dia da jumpa parents aku semualah.
Mak aku pun ada jemput dia datang rumah lagi tapi kali ni dia boleh duduk rumah kami.
Aku ada dua pilihan selain dia pertama aku sudah tolak.
Yang kedua ni okay juga sayang aku, ada kerja tetap, tak merokok.
Tapi aku tak nampak kesungguhan dia nak aku. So, sebab itu aku tolak dia dan pilih BF aku.
Aku harap aku buat pilihan yang betul.
Okay sampai sini dulu nanti aku sambung cerita pasal aku habis diploma nak sambung degree pula.
Kira dalam pertengahan tahun 2010 lah.
Chow~~

Bye.

Monday, July 18, 2011

Tak kenal maka tak cinta :)

Selepas aku add dia kat myspace, esoknya juga dia approve dan comment aku.
Dia cakap kat aku ini kenal sangat ni.
Masa itu tak silap aku part 4.
Then comment2 biasalah aku tak layan dia sangat.
Bila aku sudah break dan dia pun sudah break baru kami berhubung balik secara tiba2.
Aku pun tak tahu dia break.
Masa tu aku cari dia sebab aku nak tanya dia pasal practical,aku ingat dia keje dekat firm Id.
Rupanya bukan, tapi aku minta tolong dia carikan.
Masa itu kawan2 sajalah.
Aku ada Bf baru dah.
Selain comment kami ada bertukar number.
Aku call dia tapi dia macam layan tak layan saja mula2 lepas itu baru okay.
Then, aku dapat kerja dekat Ampang.
Dia kata kalau aku dapat kerja aku kena belanja dia makan.
So aku pun menetap dekat Ampang selama 6bulan.
Dia ajak aku jumpa, dia amik dekat rumah.
So aku keluar lah dengan dia waktu tu dah petang, dia bawak aku balik kampung nenek dia dekat Jenderam.
Makan durian.
Mula2 jumpa memang agak tak tau nak cakap apa.
Aku layankan saja apa yang dia tanya.
Masa itulah kenal Kak June.
First impression aku dia ni macam budak2 lagi je.
Haha. Walaupun dia bekerja tapi tak nampak dewasa.
Sejak dari itu dia selalu jugak message aku.
Masa itu aku tengah ada crisis dengan Bf aku dia jauh. :(
Tak dapat jumpa langsung.
Lepas dari itu kami ada jumpa juga.
Dia datang office aku ajak lunch.
Mula2 tu biasalah dia suka ayat2 poyo taktik mengorat. Haha.
Terus nak panggil yunk padahal baru je kenal.
Dia guna motor so dia agak sibuk ikut ride sana sini.
Kadang2 dia ajak aku lunch dengan kawan2 motor dia.
Tapi aku belum jatuh cinta lagi masa tu.
Masa kami jumpa itu dalam pertengahan Mei tak silap sampailah June.
Apa yang istimewa June?
Masa itu kami dah selalu jumpa, lepas itu selalu kuar hujung minggu, selalu message dan selalu call.
Then aku tanya dia dia anggap aku sebagai apa?
Dia cakap teman rapat cukup masa jadi kekasih.
Aku macam confuse sebab waktu tu aku dengan Bf aku masih bersama tapi sudah suam2 kuku.
Aku tanya dia kalau dia nak aku buat pilihan aku buat.
Jadi dia kata dia boleh sayang aku sepenuh hati dan nak jaga aku.
Aku pilih dia. Mungkin aku dengan ex aku jodoh tak panjang.
Lepas Jenderam, kami pergi Ampang Point, KLCC, The Curve, OU, Tupai-tupai,The Mines, Alamanda, Galaxy Ampang, Bangi, Sepang, Serdang, Wangsa Maju, Ampang. Haha macam2 lah.
Dia memang sangat penyayang waktu tu dan berjaya buat aku jatuh cinta. <3 <3 <3
Aku bercinta dengan dia dari dia duduk dekat Serdang sampailah dia pindah Bukit Antarabangsa.
Semua cerita ni berlaku tahun 2009. Sampai lah aku balik Sabah dan balik Perak balik penghujung 2009.
Nanti aku sambung cerita 2010 pulak okay?

Bye.

Sunday, July 17, 2011

Tukang buat aku marah :)

Nama dia Azrul Azmiezie.
Umur sama dengan aku.
Tinggi, fizikal dan warna kulit tak sama.
Dia tinggal kat Serdang, Selangor.
Dia bawak kereta Myvi SE.
Nombor plat aku tak ingat. :P
Motor sudah tak ada.
Dia tak keje, melepak je kerja rasmi dia.
Aku mula2 kenal dia masa itu aku pergi KL, tinggal rumah kawan aku.
Kami nak buat case study pasal Spa.
Kebetulan arwah mak dia buka Spa.
Actually dia ni kawan kepada ex-boyfriend aku.
Ex-boyfriend aku selalu cerita pasal dia, jadi banyaklah juga yang aku tau.
Sebenarnya aku kenal dia dah lama dari itu.
Masa aku Part 3 tak silap masa ada trip ke KL.
Tapi aku malas nak ingat cerita itu.
So, oleh sebab ex aku banyak cerita pasal dia so aku kenal lah dia ni.
Masa aku kat KL aku duk rumah kawan aku ex aku duk rumah dia.
So, macam2 lah dia cerita, aku dengar saja.
Ex aku kata dia dengan Gf dia masa tu sweet sangat (sekarang ni sudah jadi ex juga).
Apa yang sweet tu aku pun tak tahu.
Lagipun aku tengah bercinta masa tu jadi apa yang dia cerita masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Nak dijadikan cerita, lepas kami dah siap case study bf aku ajak jumpa.
So aku keluarlah dengan ex aku tu.
Dia ni jadi tukang amik aku masa tu aku tunggu dekat dengan Ampang Point tak silap.
Dia hantar kami ke KLCC.
Aku tak berbual langsung dengan dia.
Aku just pandang dia je, "Owh dia nilah yang ex aku selalu cerita".
Masa itu dia bawak kereta Citra.
Kami keluar sampai jam 10malam juga, jalan2 dekat area KLCC.
Sebab dia kononnya ada latihan drama kat Istana Budaya.
Dia amik kami jugak dan hantar aku balik Cheras rumah kawan aku (sekarang musuh).
Masa sudah turun kereta tu aku sempat pesan dekat dia bawak kereta hati2 aku sayang dia (ini ditujukan untuk ex akulah kononnya).
Itu jelah yang kami bercakap pun.
Tapi balik tu dia ada email aku tapi itu untuk add ex aku dekat ym.
Itu jelah pun.
Semua ni masa tahun 2008 tak silap.
Dah lama sangat.
Lepas itu barulah aku add dia kat myspace dalam 2009 tak silap.
Itupun sebab Ex aku suruh.
Dia suruh aku tegur2 kawan dia tu.
Dia banyak suruh aku add kawan2 dia aku layankan saja.
Sebab baru berjinak2 dengan internet dan laman sosial, sebenarnya sebelum tu pun aku da ada semua laman sosial tapi malas nak updated.
aku add je pun tapi tak cakap apa.
Dia yang tegur aku. Haha.
Cerita selebihnya macam mana kami rapat dan bercinta biar aku sambung nanti k?

Bye.

Friday, July 15, 2011

4 hari lagi

Apa yang lagi 4 hari tu?
Ganti puasalah apa lagi. -__-
Sempat ke? Oucch.
Ramadhan sudah dekat.
Dan aku sudah tak sabar mahu berhenti kerja.
Lagi lebih kurang 15 hari lagi.
Owh bosan sungguh kerja 6 hari seminggu ni.
Tapi tak sabar nak gaji.
Gittew!
Eh aku ada soalan.
Rambut memang banyak gugur ke?
Ke aku je yang ada msalah rambut gugur ni.
Terasa banyak lah pulak.
Takut menjadi botak je. ;'(
Sampai tak berani sikat rambut sebab asal pegang rambut je mesti ada beberapa helai rambut kat tangan.
Belum lagi sikat.
Belum kira yang jatuh di lantai.
Ke keturunan?
Ke ada penyakit?
Ke normal?
Tak tau.

Bye.

Thursday, July 14, 2011

Done!

Yes i'm done deleting some of my visual friends which only add me for their hobby of adding friends and some who like to spy on me. I know who you are stalker. Thanks for your concern about my life but enough is enough. It's okay if you only want to know about me so that you can compare my life to your miserable life. But it's a bit rude or should I said over shadow if you interrupting my personal life by making a bad story just to make me and my boyfriend fight and break up. You know it wouldn't worked. So stranger please stop what ever crazy ideas that you trying to use just to make yourself happy. Nothing gonna happen, just you yourself make a fool of yourself. Maybe some other stupid people who know nothing like to interrupt too. It's okay but stop annoying me by your make up story. I wonder how interesting your imagination could be. But it's a time to say good bye to the outsider. I know you have a better thing to do than spend much of your time stalked on my wall. Sorry for disappointing you but I have to do it. Owh, you will heard nothing about me afterward. Your life must be so so so boring. But the brighter side is I'm giving you a chance to do something better for your free time rather than watching my wall post. So now i'm happy to delete and block some of you. Anyway, thank you for spending your precious time to me, I will appreciate that soon. :)

Bye.

Wednesday, July 13, 2011

Macam2

Haish! Kalau kau ada masalah dengan aku pun cakaplah depan2. Apasal tak berani pula? Apa yang nak ditakutkan? Ke kau jenis cakap pungpang kat belakang saja tapi hakikatnya, Kau Takut! Come on lah tell me directly, aku tak ada masalah dengan kau. So, kau kenapa?

Kau terasa? Aik? Untuk pengetahuan kau aku tidak berminat untuk memperkatakan tentang kau. Kau tak wujud dalam kamus perbualan aku. Jadi kalau kau tiada buat salah janganlah nak terasa2 pulak. Apa kes? Tak remaja lah weyh. Ish2 aku tak pernah pun kata kau hot so jangan perasan tau. Haha. Gila ke apa?

Lawak2. Hahahahahahahaha. Susah kalau orang perasan laku ni. Macam semua orang nak benci dia, nak jeles dengan kecantikan beliau. Macam semua orang nakkan dia pula. Masalahnya cantikke kau? Tolong lah ye berhenti bermimpi, berpijaklah dibumi nyata.

Kalau kau tak ada niat dengan apa yang kau kata tu, kenapa kau cakap macam itu? Ke kau memang nak amik BF aku? Kau menyesal ye ditinggalkan? Haha. Aku tak faham tiba2 buat pengakuan konon aku menuduh kau, masalahnya ada ke aku tuduh kau? Haha. Cakap dengan kau pun tak pernah. Please lah. Jangan memfitnah ye.

Okaylah cakap panjang2 pasal kau pun tak guna juga, membazir tenaga saja. Aku harap kau baca apa yang aku tulis ini kerana tanpa berselindung ini memang untuk kau.

Bye.

Monday, July 11, 2011

Modern

Sekarang ni semua orang berlumba2 mahu pakai ipad, iphone, macbook, blackberry, ipod dan segala i yang wujud. Tapi aku tetap setia dengan Samsung Charm aku, tetap bergaya dengan Laptop Acer 4315 Intel Celeron aku dan selamba pakai HP baling anjing CSL. Aku tidak peduli kalau orang nak kata aku tak update atau mungkin gelakkan aku macam now was 2011 not 2007. Tidak mengapa aku lebih suka sederhana kerana Gadget2 canggih itu tidak mampu aku miliki. Aku sedar, its okay kalau pakai HP murah yang penting sentiasa ada kredit dari HP mahal tapi tak mampu top up. Aku selesa dengan apa yang aku ada tiada apa yang perlu dimalukan. Buat apa berlumba mengejar sesuatu yang kita tak mampu sedangkan kita ada apa yang kita mampu? Lainlah kalau apa yang kita ada itu kita yang beli sendiri, tapi kalau masih duit mak bapak aku rasa tiada apa yang patut dibanggakan. Kalau aku banyak duit pun mungkin aku habiskan ke arah lain kerana sungguh aku akan berasa sangat bersalah pada diri sendiri kalau ak beli satu barang yang harganya mampu beli sebuah kereta atau pun boleh beli sepuluh barang berharga lain. Bagi yang ada itu, jangan terasa anda patut gembira dapat memiliki sesuatu yang up-to-date. Bagi yang tiada stay cool babe sebab anda telah menjimatkan duit anda dari pembaziran.

Bye.

Berubah.

Semuanya tak sama macam dulu.
Aku menjadi tidak yakin.
Yang mana harus aku percaya.
Kau tidak lagi meyakinkan.
Kita tak akan pernah sama seperti dulu.
Aku tidak mengerti dimana silapnya.
Adakah pada aku, atau pada kau.
Tapi semua sudah berbeza.
Tidak mudah dijangka.
Sukar diramal.
Aku tidak dapat lagi membaca apa isi hati kau.
Sedalam mana perasaan yang dulu mekar.
Sekarang yang ada cuma tanda tanya.
Kekeliruan yang sukar dirungkai.
Jangan salahkan aku tidak memahamimu.
Kerana kau sendiri tidak meluangkan masa mengerti diriku.
Aku tidak pasti apa kesudahan kisah ini.
Adakah bahagia atau cuma titik noktah.

Ceh, puisi pula. haha. sila fahami ye encik gemuk.

Bye.

Saturday, July 9, 2011

Clean

Aku rasa kalau ikutkan perisian Bersih itu kalau dia buat betul2, maksud aku betul caranya, mesti ia sesuatu
benda yang baik. Tapi sekarang ini ia sudah menjadi lebih kepada keinginan nafsu daripada keinginan sejagat. Kita boleh buat memorandum yang betul, duduk berbincang bersama dan hantar kepada agong untuk dipersetujui. Aku rasa kalau betul caranya mustahil tidak diperkenankan. Mereka sendiri tidak tahu kepentingan benda itu hanya membantu sorak, buat apa? Lebih2 lagi 'bos besar' dia adalah orang yang durjana itu. Tiada lebih penting buat dia melainkan memegang peranan perdana menteri. Keinginan sejak tahun 70-an yang tidak diperkenankan oleh Dr. M sehingga masuk penjara atas sebab rasuah dan kes liwat beliau yang belum habis2. Belum dikira lagi video porno. Sudah2 lah. Jika kau tidak layak menjadi perdana menteri terimalah hakikat. Hentikan propaganda kau yang ingin memecahbelahkan kaum sendiri untuk kepentingan kau. Mungkin kau ada agenda tersendiri. Butakan mata orang ramai dengan program Bersih tapi kau ingin menyeludup dalam kerajaan. Masa kau sudah tamat Dr. M yang lama berkhidmat pun tau bila masa ingin berhenti apa lagi kau yang memang tidak diterima. Orang2 semua jangan terlalu obses dengan pihak pembangkang. Tiada apa yang anda boleh dapat selain kerugian. Renung2kan dan selamat beramal.

Bye.

Friday, July 8, 2011

Introduction

Ini adalah sedikit sneak peak untuk barang2 yang dijual di R boutique. :)



Jangan risau tentang harga kerana range harga kami adalah dari RM15 - RM 50 sahaja. Tidak lebih dari itu. Berkenaan dengan post kami akan menawarkan harga post yang paling menarik untuk anda. :)
1-2 Pieces : RM9
More than that : RM2 per piece.

Jadi jangan tunggu lama2 sebab barang2 Pre-Order cepat habis. :)

Bye.

Minat baru.

Kawan-kawan,
Sila la singgah blog saya,Pumpkin Pie atau pun Face book R boutique.
Ini adalah Promotion okay. haha
Iklan ini tidak perlu dibayar.
Owh ya, jangan singgah2 saja beli lah sekali.
Support bisnes orang2 tempatan k?
:)
Jangan risau harga yang saya tawarkan sangaaatt murah. Memang berbaloi duit anda. Hehe.
Tidak didapati di mana2 pengedar lain tau harga yang macam itu.
Perniagaan ini adalah collaboration antara saya, my friend and my mum.
Saya pasti anda akan berminat dengan design bag, baju, kasut dan accessories di kedai saya itu.
Cheer! :)

Bye.

Wednesday, July 6, 2011

Kesibukan melanda.

Hari ini aku agak busy, bukan sebab dapat projek baru ke apa, tapi aku busy sebab aku jumpa perniagaan baru. Ala bagi aku baru lah tapi bagi orang lain yang sudah lama berkecimpung benda ni macam sudah jadi fenomena lama. Aku saja poyo2. Haha.
Penatlah, kiranya kena upload gambar, buat details dan sebagainya. Memandangkan aku tahu kalau buat seorang macam agak susah aku ajak kawan aku join. So, jadi KAMI lah sekarang. Bagi yang tertanya2 apa yang bagi aku baru bagi orang lain lama itu tidak lawat lah page aku kat FB R boutique nanti korang tahu lah apa yang berlaku.
Tapi sebelum itu kena lah like dulu. Boleh? Harap2 cubaan aku membuat untuk wang kali ini akan berhasil Amin. Jangan lupa jenguk k? Okaylah aku nak sambung upload gambar. Kenapalah laptop aku cuma intel Celeron. Aish, susah keje aku.
Okaylah, chow.

Bye.

Tuesday, July 5, 2011

Konsep ; Berserah

Tak lama lagi bulan ramadhan.
Puasa ganti baru sehari.
Tehee.
Tapi tak sabar mahu shopping raya walaupun puasa belum start.
Okay. Apa kaitan dengan tajuk.
Sebenarnya, aku nak cakap yang kita ini manusia baik selalu berserah.
Orang pijak2 kepala kita.
Kita masih bersabar.
Orang kencing kita, kutuk kita, maki kita, kita masih diam.
Orang selalu pergunakan kebaikan kita untuk kepentingan dia.
Sudahlah rasa takut tiada, apa lagi rasa hormat pada kita.
Kalau kita terus2 berkonsepkan pasrah dalam hidup, aku yakin si penjahat akan bermaharajalela.
Tambahlah kita ditindas.
Memang betul, kadang2 yang tindas kita itu family sendiri, kawan2 sendiri, kadang2 boyfriend sendiri.
Tapi kita senyap saja, tambah lah mereka fikir tidak apa2 kalau aku gunakan dia.
Jangan percaya orang, jangan bagi muka.
Kita kena tukar konsep kita.

Konsep : Berjuang dulu sebelum berserah.


Bye.

Bye jantan, hyi lelaki.

Kenyataan memang pahit kan? Tapi sepahit2 kenyataan kita mesti juga terima hakikat. Sebab rukun iman percaya kepada qada dan qadar wajib dipatuhi. Tapi, still masih ada orang xmahu percaya kenyataan. Kenapa? Bermimpi lagi best ye?

Tapi apapun aku bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana membuka mataku lebih awal. Aku akan menganggap apa yang pernah berlaku dulu itu adalah ujian dari-Mu. Aku menyesal dengan kebodohan aku tapi aku redha dengan ketentuan-Mu.

Semuanya sekarang telah berakhir. Tiada apa untuk diungkit atau dirahsiakan. Yang pasti aku sudah selamat. Tapi ada juga yang malang yang masih tersepit dibalik bayang2 sendiri. Nak buat macammana degil sangat. Ketegaq kata orang Kedah. Dia lebih betul dari kita so padan muka kau lah. Nak kesian lebih2 pun dia bukan kesian kat kita pun. Layankan saja.

Betullah kan, berani kerana benar takut kerana salah. Dan sekarang yang paling best orang yang betul akan terungkai juga kebaikannya walaupun cuma disembunyi oleh si topeng syaitan itu. Wait and see je. Anyway, untuk kau jantan selamat tinggal romeo. And hyi lelaki hot! Haha. Gedik mak hayam.

Bye.

Sunday, July 3, 2011

; Sekali Lagi

Semalam ( 2 July ) tengok cerita ni. Owh, sebab pelakon dia Lisa Surihani, ada Sam Saheizy dengan Mia Sarah. Ini cerita cinta sedih. Lelaki itu, Arman (Sam) ada penyakit optistik (betul ke eja cengini?) macam barah otaklah bila dikeluarkan dia macam tak ingat langsung apa2 terus jadi macam budak2 balik. Lisa ( Shila ) seorang ibu tunggal, dia ada anak nama Ami ( Mia ). Kalau nak tau cerita lanjut, tengok lah sendiri. Ngee~
Tapi memang bestlah tak rugi tengok. Aku syorkan ni. Hehe. Okay antara wayang yang aku berjaya tengok tahun ini ;

- Sekali Lagi ( July )
- Green Lantern ( Jun )
- Nur Kasih The Movie ( Jun )
- Fast 5 ( May )
- Big Momma ( April )
- Faster ( January )
- Gulliver ( January)

Itu saja yang aku ingat.

Bye.

Saturday, July 2, 2011

I want to shop so damn much but ...

Entahlah.

Aku sudah janji dengan diri aku yang bila aku dapat duit gaji nanti aku terus nak hadiahkan diri aku seluar jeans MNG.

Tapi semuanya tinggal harapan saja lah.

Bye.

Friday, July 1, 2011

Meluat.

Hari ini saya menggunakan perkataan ini untuk menerangkan secara menyeluruh tentang seorang blogger dan model (layak ke kau jadi model?) berkaitan dengan behavior. Okaylah. Mungkin dia English Education tinggi tapi dia tetap mempunyai malay look yang pure malay. Yup, pure Malay. Selain dari itu dia seperti ingin mengajar kepada dunia dengan menyatakan hey world lihatlah aku, aku terror English dari kau, si dunggu. Okay tidak lah nampak sangat seperti itu. Video2 beliau dengan bangganya banyak diupload di youtube. Mungkin niat dia baik ingin mengajar dunia maksud perkataan baru, tapi, perlukah dengan gaya mengalahkan Cikgu Shida? Yup, tidak manis untuk dipandang lebih2 lagi bertudung.
Okay mungkin korang tertanya2 kenapa aku macam membenci beliau. Aku sebenarnya tidaklah membeci beliau secara nyata tapi ada orang lain yang aku tidak berapa suka caranya. Tapi beliau juga terbabit sebab beliau adalah model untuk orang yang aku tidak berapa suka itu. Lebih tepat kawan kepada model itu punya pengambil model itu. Faham? Haha. Mungkin dulu aku meminati beliau, umpama beliau adalah idola fashion ku untuk local la. Tapi setelah mengenali sikap sebenar beliau, yang berlagak good2 itu, aku menjadi muak dengan beliau.
Tidak perlulah aku cerita lebih lanjut apa keburukan beliau itu nanti macam menabur pasir ke periuk nasi orang pula kan? Tetapi cukup kalau aku katakan beliau sangat merasa yang beliau adalah designer tersohor dan semua design adalah milik dia.

Sekian.

Bye.