Wednesday, July 16, 2014

Tanda-tanda Awal Mengandung.

Assalamualaikum,

Lain orang lain tanda awal yang dia akan dapat sebelum disahkan mengandung. Jangka usia bayi dalam kandungan akan dikira bermula dari tarikh pertama datang period. Waktu subur pula adalah dari hari ke-11-14 yang jugak dikira dari hari pertama period. Tapi ini pun bergantung kepada seseorang itu jika period dia normal atau tidak.

Kadang-kadang ada orang boleh merasa awal tanda itu, dan ada yang rasa hanya selepas lambat period dan cek kehamilan. Bagi aku sendiri aku rasa selepas beberapa hari aku melakukan acara suami isteri. Haha. Iaitu rasa tidak selesa di bahagian intim (gatal, sakit dan tak selesa). Itu tanda pertama yang aku dapat rasa, tapi aku belum terfikir yang itu tanda mengandung waktu tu.

Bila keadaan berlarutan even aku pakai pembersih wanita, aku sampai nak jumpa doktor untuk pastikan apa yang berlaku. Tapi disebabkan aku sibuk dan cuti susah untuk diluluskan makanya aku tahan saja. Lama-lama rasa sakit berkurang tapi dia bertukar menjadi rasa ingin untuk buang air kecil (kencing). Tanda kedua ini berpanjangan sampai lah sekarang. Kadang-kadang setiap lima minit kalau dia behave setiap 30minit atau setiap sejam. Bergantung kepada cuaca dan aku duduk dekat mana. Masa ni aku dah syak wasangka yang aku mengandung iaitu kira-kira 2 minggu lepas tanda pertama kan. Tapi aku tak cek sebab period aku lama lagi, takut kecewa.

Tanda ketiga yang aku alami ialah kepenatan dan kemengantukan yang amat. Aku jadi senang tidur. Balik kerja je aku macam rehat jap masak-masak sikit, then berbuka lepas tu mandi dan masa untuk tidur. Masa yang diambil lepas baring untuk masuk ke alam mimpi pun jadi sangat cepat. Berbeza dengan sebelum ni aku susah tidur. Kalau buat kerja rumah macam menyapu or mengelap aku jadi cepat penat sekejap-sekejap berhenti amik nafas dan tenaga.

Selain itu, tanda keempat yang aku alami adalah mual-mual dan loya tapi taklah sampai tahap muntah. Pernah sekali je tapi tu aku syak aku makan penuh sangat sebab tu muntah. Haha. Kadang-kadang buat kerja lebih sikit rasa pening nak pitam. Kalau penat sangat pun rasa nak pitam. Dia macam angin nak uwek uwek tapi just tu jelah tak keluar muntahnya. Kadang-kadang aku tahan tak bagi muntah sebab puasa kan nanti batal pulak.

Tanda kelima ialah breast bengkak dan puting sakit. Ini tak perlu dielaborate cukup sekadar dibagitau aku mengalami tanda ni. Rasa sakit dia macam period tapi kalau period lepas seminggu or beberapa hari dia kembali normal kan tapi ni berpanjangan.

Aku jugak perasan yang perut aku macam agak kembung or buncit. Sebabnya selama ni perut aku flat je lebih-lebih lagi time puasa. Makan pun tak banyak kenapa perut asyik kembung kan, sesuatu. So aku dah start syak dah dengan tanda keenam ni. Aku macam asyik-asyik tengok cermin dan tengok perbezaan perut. Terus rasa diri gemuk. :(


Tanda ketujuh ialah perut dah start rasa kejang dan sakit. Lebih-lebih lagi kalau angkat benda berat yang guna otot perut dan aku rasa sakit belakang akan menyusul lepas ni. Aku macam kena jaga kedudukan perut sewaktu duduk supaya tak terjepit yang buat dia rasa senak.

Lambat datang period, seeloknya lambat lebih dari 6 hari lah. Sebab kalau lambat 2,3 hari kadang kecewa je kalau cek sebab belum dapat ukur hormon upt tu. Melainkan guna yang sangat accurate macam Clear Blue tapi harganya mahal. Orang kedai pharmacy yang bagitau aku ada beberapa jenis pregnancy test ada yang boleh cek lepas lewat 2 minggu, ada yang lepas seminggu ada yang lepas 2 hari, ada yang 3 hari sebelum period. Ini tanda kelapan yang aku alami. Aku lambat period 6 hari baru aku cek itu pun aku terlupa sebab aku salah kira aku ingat tarikh period lambat lagi.

Dan kalau dah ada tanda dua line dekat pregnancy test tu tahniah lah memang sah mengandung. Dah boleh jumpa doktor untuk maklumat lanjut apa nak buat lepas tu. Okay?

p/s : Lepas ni aku cerita pasal pemakanan pulak tau. Bye.

No comments:

Post a Comment