Sunday, July 13, 2014

Iftar - Seoul Garden.

Cerita hari Sabtu. Hari Sabtu tu aku kerja half day. :( So petang tu aku, nisa, acha dan tira decide nak iftar sama-sama. Dorang pilih Seoul Garden, The Mines. Dekatlah dengan rumah aku 5 minit je. So pagi tu dorang acha dan tira ada kerja. Aku dan nisa pergi berdua dalam pukul 5 macam tu. Jumpa dorang terus dekat sana. Aku balik kerja pukul 1 kemas-kemas rumah dan siap-siap nak pergi The Mines lah.

Lepas amik nisa dekat KTM Serdang, kami terus masuk Daiso. Cucuk duit dulu yang penting. Nisa memang nak shopping cuma tak sempat saja. Aku pun untuk kali ke berapa ntah pergi Daiso minggu ni. Jumpa dorang kat dalam tu then gerak jalan-jalan habiskan duit apa yang patut.

Dalam pukul 7.15 petang baru aku dan acha masuk Seoul Garden, dorang tira dan nisa masuk dulu nak confirm booking and payment. Sebelum ni tira dah call untuk book, nasib book awal sebab memang tak cukup tempat.








Makanan tak banyak choice berbanding harga which is RM48++ seorang. Memandangkan tak nak rugi kami amik udang, ketam dan daging je, nasi tak amik. Cuma aku dengan acha amik sushi. Air pun tak minum banyak tapi aku tetaplah minum 3 gelas. So sambil bakar-bakar sambil makan buah sambil gosip-gosip. Haha. Suami aku tak ikut dia berbuka dengan adik aku kat rumah papa.



Lebih kurang macam nilah pilihan dia, siapa yang pernah pergi Flaming dan Steamboat Kampung Melayu Subang mesti tahu perbezaan dia.


p/s : Aku rasa macam lambat tapi aku tak cek lagi.

Bye.

No comments:

Post a Comment