Puasa-puasa ni memang tak larat nak berjalan mencari kasut baru, baju baru, beg baru dan segala yang boleh baru. So conclusion dia adalah online shopping. Aku ada buat research antara Zalora dan Lazada ni tapi aku lebih minat Lazada. Tak tahu lah maybe sebab barang dia lengkap kot untuk cuci-cuci mata. Lagipun aku tak pernah try beli dari Zalora sekadar usya-usya macam tu jelah.
Nak dijadikan cerita sebabkan aku tak ada kawan nak pilih kasut lah beg lah aku pun beli online dari Lazada . Ini antara yang aku beli :-
1. Detachable lens dari REDFOX. RM 27.50
2. Power Bank Hello Kitty. RM 40.00
3. Carly Rae Handbag. RM 63.60
4. Ipanema Vitraux Beige. RM 62.90. Aku tak puas hati kenapa harga lepas aku beli turun jadi RM 55.90? Mungkin sebab dah tak ada saiz. Tapi aku tengok dekat Royal Sport Shoes masih RM69.90. Ini ipanema ke 5 aku yang berwarna beige. Aku peminat tegar Ipanema sebab selesa kaki aku tak sakit.
Itulah yang mampu aku beli setakat ni. Bolehlah buat pakai raya dan pergi kerja. Yang bagus nya Lazada ni dia free posting tapi untuk jumlah barang RM70 ke atas. Dia guna penghantaran GDEX. Which is aku order pagi ni dan esok pagi dah sampai. Cumanya dia hantar berperingkat-peringkat ikut kepada pengedar. Macam aku dia hantar dua kali means hari ni 2 barang esok dua barang tapi postage free. Tapi khidmat dia memang cepat dia hantar message dan email setiap kali apa yang dia buat. Dan kalau aku tanya apa-apa dengan cepat dia balas. Okaylah setakat ni.
p/s : Semalam first time berbuka kat luar berdua sebagai suami isteri dan sekali sambut anniversary dan sekali cari baju Melayu dia.
Bye.
No comments:
Post a Comment