Monday, July 14, 2014

Bahan-bahan Candy Booth murah.

Memandangkan aku nak jimat budget makanya aku buat sendiri candy booth aku. Tapi akukan duduk atas pelamin so aku tak tahu keadaan candy booth aku yang diamanahkan kepada adik aku. Dengar cerita laris dalam masa sejam. Haha. Untuk candy booth aku cuma guna meja dan lapik meja catering. Hiasan macam bakul je aku beli dekat Daiso. So hias reben dah siap. Selain itu aku letak penanda burung hantu. Itu jelah simple. Yang penting isi dia budak-budak suka.

Okay gambar ini yang batang payung tu aku beli dekat Giant dengan harga RM15. Sebab masa tu baru habis Krismas so banyak lah gula-gula rare. Aku letak dalam gelas. Yang jelly bean tu aku timbang beli kat Giant jugak tak silap dalam RM3. Tu aku letak dalam balang. Yang sugus tu pun aku letak dalam gelas sekali dengan gula-gula batang payung. Aku beli dekat kedai Dragon, Putatan. Sana gula-gula sangat murah. Yang ni maybe dalam RM8.

Yang plum candy, bubble gum dan Tora datang lagi, aku beli dekat Kedai Merah, Taman Jumbo. Murah jugak berbanding tempat lain. Yang plum candy RM5, bubble gum RM 4 dan Tora tu RM10. Sebenarnya aku ada beli lagi satu gula-gula yang bagi mainan magnet tapi aku terlupa snap. Yang giant chocky stick aku beli dekat Cold storage, Suria Sabah RM10.

Semuanya aku packing masuk plastik letak doiley paper stapler. Siap. Doiley aku beli RM 4.90 yang saiz 5" 250 keping. Tapi yang Tora tu aku masukkan dalam paper bag putih lebihan aku buat door gift. Paper bag putih tu mahal RM 6.90 untuk 100 keping tapi senang rosak so tak akan dapat 100 keping lah gamaknya.


Penuh jugak meja, dapatlah menampung 200 orang budak-budak. Kalau dorang amik sorang satu lah kalau lebih mak tak bertanggungjawab. Sebab makcik aku tukang besarkan mata kalau amik sampai 5. Haha. Owh aku ada order coklat jugak dekat cousin aku sebijik RM 0.50. Aku amik 50 bijik je, sebab aku macam was-was dah macam banyak sangat kan. Harap-harap dapat membantu korang mencari gula-gula murah area Sabah.

Bye.

No comments:

Post a Comment