Thursday, December 31, 2009

Wake up baby! It's 2010.

Ada cara yang betul untuk kejutkan seseorang dari tidur.
Jangan buat-buat tak tahu proses untuk bangun tidur adalah sesuatu yang senang.
Ini kerana tidur adalah mati sekejap.
Sebab itu kita baca doa tidur dan doa bangun tidur.
Antara kemungkinan yang kita boleh dapat jika dikejutkan secara mengejut dari tidur adalah gila atau kebinggungan.
Ini bukan saya yang cakap tapi beberapa pakar.
Jadi, jangan anggap remeh perkara ini.
Semasa tidur, roh kita tidak berada dalam badan kita. Otak pula berada dalam keadaan separa sedar.
Cara yang betul untuk kejutkan seseorang ialah gerakkan bahagian kaki.
Bahagian itu akan memudahkan proses bangun dan tidak akan mengejutkan orang yang tidur itu.
Sama ada gerakkan bahagian betis atau goyangkan jari kaki.
Bahagian kaki : lutut ke bawah.
Tetapi jangan pegang bahagian paha kerana kau mungkin akan dianggap mencabul.

Sekian.




Bye.

.life.


Bye.

Wednesday, December 30, 2009

Pernahkah pertelingkahan membawa kebaikan?

Mungkin ramai yang ambil mudah dengan masalah ini, atau mungkin ramai yang suka kerana ada pihak yang boleh mengaut keuntungan dari 'mereka'. Kita lupa, kita tidak peduli dan kita biarkan. Kononnya ingin menyemarakkan semangat kita serumpun or what so ever. Tetapi adilkah kalau cuma sebelah pihak yang berpegang pada prinsip itu? Kenapa pihak 'mereka' tidak boleh mengikut sama? Adakah kerana level mereka lebih tinggi, mereka lebih maju dan berkuasa jadi tidak layak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kita? Maklumlah mereka Garuda, dan kita cuma sebuah negara yang melengkapkan peta dunia. Tidak diingat dan tidak tersenarai. Jangan begitu kawan.


Aku sangat yakin yang mereka ada misi mereka sendiri. Dan yang pasti misi itu bukan berniat baik. Sebagai generasi muda yang baru mengenal dunia aku menjadi sangat takut. Aku takut untuk menunggu kemusnahan negara aku. Sedangkan sang pemerintah pun bertelaga apatah lagi rakyatnya. Aku risau dengan keadaan ekonomi dan politik negara ini yang 'tidak stabil'. Pembetulan aku bukan peminat politik malah dalam subjek Sejarah bab politik sudah awal-awal aku skipkan kerana aku sudah terlalu bosan dengan propaganda yang cuma mereka tanamkan. Aku tidak tahu apa-apa berkaitan parti, ahli lembaga kabinet, pemegang tampuk menteri dan pertukaran agung. Tidak percaya? Tanyalah apa saja soalan pasti aku tidak boleh jawab. Tetapi iya, aku faham segala kejadian. Aku cuba kaji sejarah yang berlaku disebaliknya agar aku tidak mudah terpedaya dengan mereka yang berniat untuk mencuci minda dengan segala macam pembohongan.


Memang. Memang tidak ramai antara kita yang suka dengan bab ini. Di kalangan rakan aku juga tidak ramai. Tapi kami pernah buka konferens tentang ini dan ada beberapa orang dari rakanku yang bersikap seperti bakal pemimpin kerana mereka ada idea, tahu jalan cerita, memahami sejarah yang sebenar serta mereka risau akan sesuatu yang bakal berlaku. Tetapi mereka tiada jalan untuk menyuarakan pendapat. Tersalah cakap kita dianggap pengganas paling-paling kena SIA. Jadi, ditelan mati mak diluah mati bapa. Malah aku juga pernah mengeluarkan nota tentang ini dan mendapat sedikit sambutan. Ada seorang hamba Allah bernama Melayu tetapi sangat menentang aku yang mempertahankan kaum Melayu. Aku jadi hairan. Jadi terjadi perbalahan pendapat. Dia sangat menyokong 'mereka' bila mana aku katakan yang aku tidak suka 'mereka' duduk di negara kita berbuat seperti negara sendiri. Tapi kita di negara 'mereka' dilayan seperti sampah. Dia bermati-matiam memangkah fakta yang aku bagi. Fakta adalah kebenaran, pangkah macam mana pun aku tetap betul juga. Ayat terakhir aku buat dia berhenti. Aku cakap dengan dia, adakah awak suka bilamana suatu hari nanti orang 'mereka' menguasai negara kita. Mungkin awak suka bila terpaksa berebut kerja dengan orang 'mereka' dan kesudahannya orang 'mereka' dapat kerja yang awak telah berusaha dapatkan. Percayalah aku tahu segalanya. Melihat banyak drama yang orang lain tak berpeluang untuk lihat.


Jangan salahkan aku kalau ayat aku kelihatan seperti racsist, aku tidak racsist kerana aku bukan orang Melayu jadi apa kepentingan aku untuk mengadai masa depan demi orang Melayu. Aku juga tidak dibayar tetapi aku bangun atas kesedaran sendiri. Aku sedih dan takut dengan masa depan orang Melayu sendiri yang makin pudar. Tapi tidak mengapa aku harap ada orang di luar sana yang akan sedar satu hari nanti. Bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngada.


p/s : ada seorang pemotivasi bebas Dr. Redhuan Lee yang juga memperjuangkan martabat orang Melayu, beliau ada menyiarkan catatan tentang cerita-cerita beliau di Utusan Malaysia yang bertajuk "Bila kacang lupakan kulit". Untuk pengetahuan beliau bukan orang Melayu tetapi mualaf yang berbangsa cina. Beliau telah membuka mata aku serba sedikit dari perspektif berbeza.


Seorang pemimpin yang aku kagumi Dr. M, juga memperjuangkan orang Melayu tetapi dari jalan sarcasicm yang mana beliau sangat dibenci oleh ramai pihak. Tapi aku sedar cara beliau. Beliau tahu berlembut hanya akan tidak mengubah apa-apa. Jadi beliau menggunakan sindiran sebagai pembangkit semangat orang lain. Siapa suka disindir walaupun sindiran itu betul? Aku sangat menghormati beliau dan idea bernas beliau.

Bye.

Monday, December 28, 2009

Around the corner.

2010.
Satu angka bertambah menjadikan bumi makin tua.
Usia makin meningkat.
Pengalaman bertambah.
Memori tersimpan.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Bye.

Saturday, December 26, 2009

what you gave, you'll get back.

Pelaburan hari ini pulangan hari esok.
Apa benda yang kita lakukan hari ini adalah benda yang akan kita kenang bila kita telah berusia nanti.
Kalau benda itu berbaloi kita akan gembira dan bahagia bila tua nanti tapi jika sebaliknya, kita akan menyesal selamanya. 
Tiada benda yang dapat kita lakukan untuk memutarkan kembali masa kerana itu adalah yang telah Dia janjikan.
Buatlah apa yang kita ingin buat hari ini:
mengucapkan kata-kata sayang kepada si dia,
meminta maaf pada yang terasa,
pergi kerja dengan gembira,
tidur dengan cukup,
makan apa yang kita mahu,

luangkan masa melakukan benda yang kita suka.
kerana esok belum pasti milik kita, hari ini belum berakhir kelmarin adalah sejarah.
Pastikan zaman kanak-kanak kita adalah yang terbaik yang kita pernah dapat, zaman remaja mencuba perkara yang kita inginkan, zaman dewasa memikirkan secara logik dan dapatkan kehidupan yang lengkap dan zaman tua kita pasti kita akan bahagia dan ketawa mengenang memori yang kita telah cipta selama ini.
Buatlah sesuatu yang baik kepada orang lain kerana pulangan yang kita dapat nanti adalah berganda.



Bye.

Friday, December 25, 2009

:superman:

Superman adalah watak ciptaan manusia yang menjadi simbol kepada kesempurnaan. Dia baik hati, sedia membantu siapa sahaja, mempunyai kekuatan luar biasa, boleh melihat benda di sebaliknya, mata laser, berjalan dengan pantas, boleh terbang, mendengar dengan peka, lut peluru dan segalanya yang terbaik.
Namun, dia tetap memiliki kelemahan iaitu kryptonite. Kesimpulannya, walaupun mungkin ada manusia yang boleh mencapai tahap kesempurnaan dia tetap mempunyai kelemahan. Tiada siapa yang sempurna melainkan Dia yang mencipta segala kejadian alam.
Jadi, jika tahu kita tak sempurna jangan pernah mengharapkan orang lain menjadi sempurna dan hampa sekiranya dia tidak mencapai tahap kesempurnaan yang kita inginkan. Kesempurnaan adalah sesuatu yang tidak boleh dicapai tetapi boleh diusahakan. Kita boleh membuat yang terbaik tetapi tidak yang paling sempurna. Jadi, hargai orang sekitar kita dan apa yang dia buat untuk kita.
Mungkin, dia tidak cantik dan gemuk, tetapi dia adalah yang terbaik untuk kita kerana yang penting adalah hati. Cantik di luar tidak semestinya cantik di dalam tetapi cantik di dalam akan membuatkan di luar juga cantik.



Bye.

Thursday, December 24, 2009

ORANG KATA.

Ada orang kata,
biar orang buat kita jangan kita buat orang.. Aku sokong tapi aku nak tambah sikit..

Biar orang buat kita tapi kita jangan buat orang. Betul. Kalau orang buat kita sekali tidak mengapa mungkin dia tidak sengaja, jadi maafkan dia. Tapi, kalau dia buat kita lagi kali kedua aku rasa itu bukan tak sengaja tapi sengaja nak cari masalah.

Pepatah ada menyatakan, buat baik berpadah-padah. Buat jahat jangan sekali.
Jadi buat baik kena lah fikir dulu berbaloi ke tak, jangan buat baik kepada mereka yang berbuat jahat dengan membantu mereka merealisasikan perbuatan jahat mereka.
Buat jahat jangan sekali saja bila orang dah buat kita dua kali.
So, itulah prinsip aku.

Jangan memulakan api jika setakat menggunakan mancis, kerana kau mungkin tak tahu api mancis yang kau acah itu akan dibalas dengan minyak gas oleh orang yang kau acah.
Jangan diteka laut yang dalam kalau kail hanya panjang sejengkal.

Orang kata lagi, jangan disangka air yang tenang tiada buaya @ ayat lain dia don't sangka keliaq water takda boya.

Ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Tetapi kepada sesiapa yang terasa tahniah saya ucapkan. Anda mempunyai deria rasa yang hebat!! Tepuk tangan. Kepada yang sepatutnya terasa tapi tak rasa apa-apa, mungkin anda patut buat medical check up.

Hanya mereka yang kenal aku saja yang tahu paras kebaranan aku.

Sekian, terima kasih.

Bye.

a GIFT.


Bye.

Wednesday, December 23, 2009

WANTED!!


1. First meet : 14th July 2008 (if i'm not mistake).
2. First contact : around April 2009 through Myspace.
3. First date : 17th June 2009 (go to his 'kampung')
4. Couple : 30th June 2009 still together till now.
5. Date of birth : 12 September 1989
6. His name : Azrul Azmiezie bin Aziz.

Pro's :
~ Dia sangat penyabar.
~ Pandai amik hati.
~ Pandai melayan.
~ Tak suka bergaduh lama-lama.
~ Memujuk sampai okay.
~ Ambik berat.
~ Sayang sungguh-sungguh.
~ Setia (kot).
~ Dengar cakap (kadang-kadang).

Con's :
~ Kuat cemburu.
~ Suka fikir bukan-bukan.
~ Suka kentut merata (opss).
~ Tak berapa nak tinggi.
~ Tak suka gosok gigi.
~ Suka ubah topik bila bercerita.
~ Suka buat kerja lambat-lambat.
~ Suka membebel.
~ Rambut panjang sangat.

Bye.

Monday, December 21, 2009

'once upon a time'

Teringat zaman budak-budak aku, betapa nakalnya aku waktu itu. Macam budak laki. Akupun tak pasti kenapa. Salah satu faktornya mungkin sebab aku ramai cousin lelaki. Aku terpengaruh. Ceh, salahkan orang lain.
Tapi aku ni jenis senang nak jaga tak banyak kerenah, mak aku cakap lah. Pendiam pula  tu. Padahal diam-diam lah aku buat kerja jahat. Dan, aku paling suka baca buku, boleh duduk diam-diam di rumah sambil baca buku. Mak aku rajin bawa aku pergi library, di sekolah aku rajin pinjam buku pasal planet di pusat sumber. Kadang-kadang mak aku belikan aku buku.Bagi keluarga yang tau aku minat membaca mereka selalu hadiahkan aku buku. pernah sehari aku baca sampai 15 buah buku.
Aku ingat lagi macam-macam yang aku pernah buat dulu, aku panjat pokok pinang, pokok rambutan, pokok betik suka sangat panjat sampai peti ais pun aku panjat. Lagi malang, aku jatuhkan peti ais tu sampai rosak nasib aku tak dihempap peti ais. Kena marahlah aku sebab mak aku terpaksa beli peti ais baru.
Selain itu, aku sangat suka berlari. Dalam rumah pun berlari, turun naik tangga berlari. Aku suka main kejar-kejar. Kadang-kadang seawal jam 2 petang aku dah keluar ke taman nak main kejar-kejar dengan budak lelaki. Selalunya aku yang kena kejar sebab dorang susah nak dapat aku bila aku dah lari. Geram je dorang sebab kalau aku jadi pun sama ada sebab aku kalah o som atau sebab suka rela. Itupun sekejap je jadi. Kadang-kadang aku suka main dekat tepi pantai masa tu rumah aku dekat dengan laut (Labuan). Aku buat istana pasir, pas tu tengok sunset.
Kalau main basikal pula, aku paling terror juga siap boleh bawa sambil lepas tangan dan berdiri lagi. Bahaya. Bawa pula sehabis laju. Bila dah boring main basikal aku bantai motor bapa aku, akibatnya aku jatuh dihempap motor. Nasib tiada kecederaan berat. Pas tu trend main roller blade pula. Aku main dari berdiri sampai main sambil duduk. Ganas lah aku waktu tu. Tapi selalunya aku cepat bosan sebab aku senang nak kuasai apa jenis game pun (tak termasuk catur itu aku lemah).
Tapi walau macamna nakalpun aku di sekolah aku tetap top 3 dalam kelas. Aku jarang belajar di rumah, ada kerja rumah aku buat di sekolah tiru dari kawan. Akupun hairan macamna aku boleh jadi top student. Belajar tak pernah main je.
Ingat lagi ada budak laki minat kat aku masa sekolah dulu tapi aku jarang bagi respond sebab aku tak berminat. Hantar surat lah, yang paling sengal suka kacau aku sampai aku nangis. Tak tau cara mengorat apa dia pakai.  Dah lah waktu tu aku comot, rambut panjang tak suka ikat, pakai baju kurung sampai koyak-koyak, kalau pakai pinafore(betul ke eja) mesti kotor kat lutut, suka bergaduh pula tu.
Pas tu aku bergaduh dengan kawan sekelas aku masa aku darjah empat. Kes dia mula-mula main ejek nama bapa, aku pun geram lah aku balas balik then dia mengamuk ajak aku bertumbuk. Aku bangun lah lawan. Dia tolak aku so aku pu balas last-last jadi gaduh. Tumbuk memang betul-betul lah.Sakit juga sebab dia laki aku perempuan. Ending nya ada cikgu lalu pas tu marah kami. Baru stop. Nasib dia tak report kat mak aku (mak aku cikgu di sekolah tu ).
Kenangan tak boleh lupa aku termakan ulat gonggok. Masa aku kecil kat rumah nenek aku banyak benda alah tu, pas tu aku termakan. Nasib aku tak mati cuma effect dia bibir aku jadi hitam. Yang lain rasanya tak ada cuma lutut aku terkoyak je sebab main kejar-kejar dengan cousin aku time malam raya. Sakit sangat, darah jangan cerita lah, banyak.
Aku memang menikmati zaman kanak-kanak aku. Sebab tu bila da besar aku tak menyesal sebab aku da cuba semua masa aku budak-budak. Best jadi budak-budak tak nak banyak fikir. Fikir macam mana nak kuar main je. :)

Bye.

Sunday, December 20, 2009

i miss you <3

pingu~

Till death do part us.

kahwin muda.. berbaloi ke tak? entahlah. tapi aku yakin or maybe tersangat yakin yang every girl mesti nak kahwin muda.
dulu-dulu aku pernah angan-angan nak kahwin dengan lelaki yang tak ada muka ( bukan hantu tapi aku tak tau aku nak kahwin dengan siapa so aku tak letak muka siapa-siapa dalam mimpi tu just kosong), badan tough, tinggi dan semua yang baik-baik. boleh tak macam tu? macam-macam lah aku fikir pasal kahwin tapi tak pernah fikir sampai nak dapat anak al-maklumlah masa tu aku masih budak-budak.
aku memang banyak impian perkahwinan salah satunya aku nak kahwin dalam taman or tepi pantai. macam best kan? pas tu aku dah rancang nak tukar-tukar baju ikut pakaian tradisi yang aku warisi. warna aku tak rancang lagi sebab masih awal. aku siap buat perancangan lagi nak tinggal rumah macam mana, nak guna kereta apa, berapa orang anak, nak kerja atau jadi suri rumah ke dan bila dah kahwin apa tugas aku sebagai isteri. wah, benggong betul.
tapi terus terang cakap aku belum boleh fikir apa akan aku buat kalau semua tu betul-betul terjadi. aku belum bersedia. hidup berkongsi memang susah tak seindah impian. aku bayangkan kena kongsi katil, kongsi mak, kongsi almari, kongsi duit, kongsi kereta, kongsi rumah, kongsi tandas, kongsi tugas dan segala macam kongsi lagi.
memandangkan aku ada sifat pemarah bila barang aku kena guna tanpa izin aku lepas tu letak pula merata, boleh mengamuk seharian. aku tak yakin suami aku nanti boleh bertahan dengan aku. lagi aku yakin kalau lelaki mesti suka minum letak gelas merata, remote letak merata, baju kotor pun merata, pinggan mals nak basuh so siapa yang nak bersihkan tu kalau bukan aku? penat lah kalau macam tu, penat bebel dan penat mengemas.
dan aku mesti akan menjadi seperti mak aku yang kadang-kadang akan pening nak masak apa.tu belum tambah dengan masalah lain yang belum difikir lagi. aduh! sampai satu tahap aku pernah cakap yang aku tak mahu kahwin. muktamad. pas tu ada orang pujuk aku kata kahwin sunnah nabi, kalau tak ikut nabi tak mengaku umat dan macam-macam lagi pujukan. dan bila aku fikir-fikir balik kahwin muda ni baik juga sebab dapat anak time muda-mudi, jadi bila kita da dewasa anak pun da besar. boleh hindar dosa juga bagi yang da tak tahan.
tapi apapun, jawapan aku buat masa ni tetap tidak untuk berkahwin muda. tapi tak tau la kalau da kerja tuhan nak aku kahwin tahun depan. aku relakan saja. ;). 
nasiblah setakat ni kahwin bukanlah satu kemestian buat aku. mak pun tak pernah paksa aku kahwin macam yang kita tengok dalam drama tv. saudara akupun belum pernah carikan aku calon. aggresif! mungkin sebab aku masih muda atau mungkin sebab aku ni masih berperangai budak. tapi bukan sebab aku tak laku. 
ada mak cik ni pernah tanya pasal aku dan adik aku dekat mak aku, tapi nasib lah mak cik tu tak ada anak laki kalau tak da jadi calon la kami. dulu ex aku pun pernah merisik aku dari mak aku. aku tak tahu pun. dia yang cerita. tapi mak aku bagi jawapan yang agak bernas so, nasib baik lah. kalau tak da bertunang pun aku. aku pernah kena ajak kahwin lari oleh ex aku sebab parents dia tak restu hubungan kami. gila! nasib aku masih waras kalau tak habis lah. kalau aku kahwin lari dengan dia silap-silap aku kena tinggal macam tu ja, tak ke sia-sia. tak mahu! aku pernah putuskan hubungan aku dengan seorang budak lelaki ni semata-mata sebab dia terlalu obses dengan aku. siap nak suruh mak dia pinang aku. bayangkan waktu itu aku baru form 5. sewel ke tak? aku nak belajar dulu walaupun ada orang cakap belajar tinggi-tinggi tetap masuk dapur juga. takut punya pasal aku minta clash.
aku tak banyak pengalaman menguruskan perkahwinan ni. sebab belum ada lagi saudara terdekat macam cousin aku ke yang berkahwin. tapi kalau menguruskan bayi adalah. aku jadi baby sitter sejak aku darjah 5 lagi. jadi urusan tu aku reti lah sikit-sikit. kalau memasak tu, ala kadar boleh la. kemas rumah dan hal-hal lain boleh belajar lagi. tapi harap-harap bakal laki aku nanti bukan seorang yang cerewet bab-bab rumah tangga. kalau tak mau gaduh hari-hari.

tapi buat masa ni aku teringin nak jadi pengapit. macam best ja. kawan aku cakap jadi pengapit akan terkena badi kahwin awal. betul atau tidak allahualam.


dan kalau da jodoh aku kahwin dengan DIA lambat ke awal ke aku terima saja. ;)

Bye.

Friday, December 18, 2009

: LAND BELOW THE WIND :

Mereka selalu cakap sesuatu yang menyakitkan hati mengenai Sabah.
Sejak aku mula-mula menjejak kaki ke Semenanjung, aku memang berada dalam keadaan yang sangat down.
Mereka cakap kami tinggal atas pokok.
Mereka tanya sama ada tempat aku ada jalan raya dan kereta atau tidak.(bodoh kan?)
Mereka cakap aku datang naik tongkang la naik belon la dan macam-macam lagi.
Mereka kata macamna aku nak pergi ke satu tempat naik sampan ka? Mandi guna air sungai?
Lepas tu ada yang percaya kesemua orang Sabah penipu.
Mereka cakap kalau kita kahwin dengan orang Sabah kita tak mungkin mahu pulang ke Semenanjung lagi kerana sudah diikat tak pun diguna-guna.
Merepek betul!
Mereka kutuk macam-macam lepas tu ketawa.
Pernahkah mereka fikir apa yang aku rasa?
Lagi teruk seorang lelaki yang menyukai aku tetapi aku tolak secara baik telah menyebarkan cerita kepada semua orang yang aku ni ada ilmu guna-guna. Pandai buat-buat orang. WTF!
Semua orang takut dan menjauhkan diri dari aku.
Memalukan betul dia itu, sudahlah kena reject tapi tak dapat terima.
Waktu tu keadaan aku memang sangat sedih.
Lecturer sendiripun tidak membantu malah ada yang turut mengutuk.
Akupun tak faham. Apa masalah mereka ni. Mungkin mereka gembira dengan berbuat begitu. Aku tak pasti, tapi satu yang pasti mereka telah menunjukkan aku bertapa lemahnya pengetahuan am mereka dan sememangnya semua yang berkata begitu adalah mereka yang tidak pernah langsung pergi ke Sabah dan ada juga yang tidak pernah langsung menaiki flight. Kecian. Tapi still nak berlagak.
Parents aku secara terus terang memang tak berapa berkenan dengan mereka. Sebab dorang pernah kena yang lebih teruk lagi. Diskriminasi!
Aku tak cakap semua jahat, tapi still ada yang baik cuma tak banyak.
Macam atuk aku orang Melaka aku cerita pada dia tentang diskriminasi ini dan dia sangat marah dia malah membela aku. Sebab diapun pernah terkena tapi dengan ustaz waktu dia sembahyang di masjid. Tidak perlu aku cerita kerana aku tak ingin mengumpat.
Tapi aku rasa nenek aku beruntung dapat dia sebagai suami kerana dia antara mereka yang bersikap terbuka.
Dan kalau jodoh aku dengan si dia aku harap dia tak sama macam mereka.
Dia tak akan kutuk asal usul aku dan terima aku seadanya.
Dia akan melindungi aku dan mempertahankan aku, tanda kasihnya yang tak terhingga.
Sebab aku yakin peperangan mental ini akan bersambung dan mungkin berterusan sampai beberapa keturunan lagi.
Akupun tak ingat sejak bila ia bermula.
Tapi aku memang pernah baca sejarah tentang hasil bumi Sabah yang semuanya dihantar ke Semenanjung Malaysia.
Tentang hak anak peribumi.
Dan andai kata Sabah dan Sarawak diambilalih oleh Filipina Malaysia cuma akan ada Semenanjung sendiri. Tiada bantuan perang kerana kita sedia maklum Borneo adalah bahagian Malaysia yang terbesar sekali lebih besar dari Pahang. Majoritinya mesti ramai.
Jadi andai kata Indonesial ingin melancarkan perang yang selama ini mereka tunggu dan cuma masa yang sesuai belum tiba, adakah Malaysia (tanpa Sabah dan Sarawak) sudah bersedia?
Lebih-lebih lagi hasil bumi telah tiada untuk membantu membayar bantuan perang, sememangnya hasil bumi Semenanjung hampir pupus.

Tapi rasanya, mungkin itu yang mereka mahu dan itu yang mereka sukakan?

Bye.

Thursday, December 17, 2009

.SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1431 HIJRAH.

Masa makin laju ke depan.
Kita jangan tertinggal.
Semoga amalan kita seimbang.
Berubah sejajar usia.
Baik adalah lebih baik dari sekadar bagus.

Alhamdulillah, lagi setahun kita diberi peluang untuk bernafas.
Gunakan peluang sebaik mungkin.
Kita tidak tahu bila giliran kita.


Amin.

Bye.

hatiku hampa!

pernah tak mengalami situasi macam apa yang kita buat semua tak kena.
tak dihargai.
tak diterima kasih.
terasa macam segala usaha sia-sia.
aku pernah!
bila mana design aku buat tak menjadi, kena reject berkali-kali.
tanpa diberi petunjuk.
memang sakit.
macam nak nangis.
usaha satu malam tak tidur macam tak ada makna di matanya.
terpaksa buat balik satu hal.
duit satu hal.
lecturer satu hal.
tapi lagi teruk kalau orang yang kita sayang tak hargai kita terutama sekali keluarga.
rasa terpinggir.
menjawab dikatanya kurang ajar.
diam benda yang bukan-bukan pun dikaitkan.
ni baru betul ditelan mati mak diluah mati bapak.
aduh! tiada apa yang boleh dibuat.
satupun tak membantu.
diam saja lah.
dari masalah kecil merebak menjadi besar.

orang kata diam adalah jawapan kepada masalah. betul kah?

Bye.

Wednesday, December 16, 2009

saya.suka.bila.dia.pujuk.saya.

adakah aku sangat kuat merajuk?

rasanya iya. sebab aku mudah terasa dengan segala-galanya.

pembetulan hampir kesemuanya.

lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ni.

nasib si dia penyabar orangnya.

sentiasa memujuk tak kenal penat.

sebab tu aku makin sayang dia.

jatuh cinta dengan kesabarannya. hee~

dari situ aku tau dia sangat sayang aku. bertuahnya*

jangan risau sayang, i akan cuba berubah. merajuk sehari sekali sahaja. okay tak?

Bye.

Bila aku nak dewasa?

Aku ingat lagi dulu, waktu aku kecil-kecil aku sangat minat dengan kartun Pink Panther. Kartun bisu. Aku pun tak tau kenapa tapi yang pasti bukan sebab warnanya (aku tak minat pink okay). Aku siap beli patungnya lagi. Lagi aku ingat aku suka dengan kartun Ninja Turtle. Ini memang favorite, aku siap minta beli beg, buku warna dan warna Ninja Turtle. Aku boleh duduk diam-diam tanpa bergerak (kelip matapun sikit-sikit je) dalam setengah jam. Memang kipas susah mati lah. Tapi itu dulu masa aku umur 3, 4 tahun. Sekarang ni mungkin aku da bosan tengok benda-benda tu lagi.

Selepas kartun-kartun tu, aku rasa banyak lagi kartun yang aku suka tengok contohnya Thunder Cat, Transformer, Baja Hitam, Power Rangers, Barney and friends, Dragon Balls, Doreamon. Sekadar yang aku ingat lah. Tapi bila da besar-besar ni aku masih tengok kartun gak tapi bersesuaian dengan usia la macam kartun Spongebob(aku siap gaduh dengan adik aku lagi, dia nak tengok cerita lain tapi aku nak tengok tu), Crayon Shin Chan, dan filem-filem kartun yang ditayangkan di panggung. Memang best, sebab biasanya kalau kartun ni mesti nak tarik minat budak-budak so macam-macam aksi ada pengajaran pun banyak. Cuma aku tak setuju kartun ganas jadi tontonan budak-budak sebab dorang mudah terpengaruh. Macam adik aku dia banyak belajar mengeja dan berbahasa English dari kartun. So itu untuk efect yang baguslah kalau tak bagus?

Yang pasti selain kartun aku still suka makan keropok, gula-gula, coklat dan ais krim. Time makan langsung tak takut gemuk. Tak percaya tanya dia.

Bye.

Monday, December 14, 2009

.RANDOM THOUGHT.

Save the whales. Collect the whole set!

A day without sunshine is like... night.

On the other hand, you have different fingers.

I just got lost in thought. It was unfamiliar territory.

I feel like I'm diagonally parked in a parallel universe.

I wonder how much deeper the ocean would be without sponges.

Remember half the people you know are below average.

Despite the cost living, have you noticed how popular it remains?

Atheism is a non-prophet organization.

He who laughs last thinks slowest.

Depression is merely anger without enthusiasm.

The early bird may get the worm, but the second mouse gets the cheese.

I drive way too fast to worry about cholesterol.

I intend to live forever - so far so good.

Borrow money from a pessimist - they don't expect it back.

If barbie is so popular, why do you have to buy her friends.

If at first you don't succeed, destroy all evidence that you tried.

A conclusion is the place where you got tired of thinking.

Experience is something you don't get until just after you need it.

Bills travel through the mail at twice the speed of checks.

No one is listening until you make a mistake.

Success always occurs in private and failure in full view.

The hardness of butter is directly proportional to the softness of the bread.

To steal ideas from one person is plagiarism; to steal from many is research.

Monday is an awful way to spend 1/7th of your life.

You never really learn to swear until you learn to drive.

The problem with the gene pool is that there is no lifeguard.

The sooner you fall behind the more time you'll have to catch up.

A clear conscience is usually the sign of a bad memory.

Change is inevitable except from vending machines.

Plan to be spontaneous - tomorrow.

If you think nobody cares, try missing a couple of payments.

Love may be blind but marriage is a real eye-opener.

If at first you don't succeed, then skydiving isn't for you.

Bye.


Saturday, December 12, 2009

Instruction for a better life!

1. Give people more than they expect and do it cheerfully.

2. Memorize your favourite poem.

3. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want.

4. When you say i love you, mean it.

5. When you say, "i'm sorry", look the person in the eyes.

6. Be engaged at least 6 months before you get married.

7. Believe in love at first sight.

8. Never laugh at anyone's dreams.

9. Love deeply and passionately. You might get hurt, but it's the only way to live life completely.

10. In disagreements, fight fairly. No name calling.

11. Don't judge people by their relatives.

12. Talk slow but think quick.

13. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask, "Why do you want to know?"

14. Remember that great love and great achievements involve great risk.

15. Call your mom.

16. Say "bless you" when you hear someone sneeze.

17. When you lose, don't lose the lesson.

18. Remember the three R's : respect for self; respect for others ; responsibility for all your actions.

19. Don't let a little dispute injure a great friendship.

20. When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.

21. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice.

22. Marry someone who you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other skill.

23. Spend time alone.

24. Open your arms to change, but don't let go of your values.

25. Remember that silence is sometimes the best answer.

26. Read more book and watch less TV.

27. Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you'll get the enjoy it a second time.

28. Trust in God, but lock your car.

29. a loving atmosphere in your home is so important. Do all you can to create a tranquil harmonious home.

30. In disagreements with loved ones, deal with current situation; don't bring up the past.

31. Read between the lines.

32. Share your knowledge. It's a way to achieve immortality.

33. Be gentle with the earth.

34. Pray - there's immeasurable power in it.

35. Never interrupt when you are being flattered.

36. Mind your own business.

37. Don't trust someone who doesn't close their eyes when you kiss them.

38. Once a year, go someplace you've never been before.

39. If you make a lot of money, put it to use helping others while you are living. That is wealth's greatest satisfaction.

40. Remember that not getting what you want is sometimes a stroke of luck.

41. Learn the rules then break some.

42. Remember that the best relationship is one where your love each other is greater than you need for each other.

43. Judge your success by what you had to give in order to get it.

44. Remember that your character is your destiny.

45. Approach love and cooking with reckless abandon.


Bye.

Thursday, December 10, 2009

Kata sayang~


sayang,

mungkin you masih tak percayakan i kan?
i tau itu.
you masih ragu-ragu sama ada i juga mencintai you seperti you mencintai i.

sayang,

if i can pick and find a thousand words just to tell you how much i love you
i'll do that my dear.
i'll do that just for you.

sayang,

i sayang you seperti mana you sayang i.
jangan raguinya lagi.
i akan jaga cinta ini.
dan pastikan kesudahan kisah kita adalah bahagia.

sayang,

i setia dengan you,
seperti mana sang matahari sentiasa menerangi alam,
seperti bulan setia dengan bintang.

sayang,

i takkan buktikan kepada you sedalam mana cinta i pada you.
tapi i nak you tanya hati you.
apa yang kita telah buat bersama.
dan apa yang kita telah lalui untuk menjaga hubungan ini.
satu yang i minta.
jujur dengan i.

Bye.



EMMA BOMBECK'S 10 RULES TO LIVE BY

1. Never have more children than you have car windows.

2. Gravity always wins. Accept that. Science is trying to reverse the aging process; the kicker is that you look young on the outside, but inside you're still aging. There is no advantage to looking like Arnold Schwarzenegger on the beach if you can't travel two feet away from a restroom.

3. Never loan your car to someone to whom you have given birth.

4. Pick your friends carefully. A "friend" never goes on diet when you are fat or tells you how lucky you are to have a husband who remembers Mother's Day- when he gift is a smoke alarm.

5. Seize the moment. Remember all those women on the Titanic who waved off the dessert cart.

6. Given a choice between the man of your dreams and a plumber, choose the latter. Men who can fix your toilet on Sundays are hard to come by.

7. Know the difference between success and fame. Success is Mother Teresa. Fame is Madonna.

8. Don't be too quick too terminate a marriage. Remember, you may need this man/woman someday to finish a sentence.

9. There are no guarantees in marriage. If that's what you looking for, go live with Sears battery.

10. Never go t class reunion pregnant. They will think that's all you have been doing since you graduated.

Bye.

Wednesday, December 9, 2009

My Dreams of Tomorrow~










1. having NIKON DSLR camera.

2. driving new grand VITARA. wee~

3. go to Sydney, Australia for the great architecture.

4. a superb vacation at Maldives.

5. shoe by Jimmy Choo.

6. VICTORIA SECRET'S. syyh.

7. diamonds.

8. coach bag. yeah

9. christian dior's dress for my wedding. haha

~ the great thing in this world is not so much where we stand as in what direction we are moving.

p/s ; dear, please take a note..

Bye.


SHOPPING, hoping.







People enjoy shopping as therapy, but for me shopping is inspiration. Yeah!

Bye.


Tuesday, December 8, 2009

8 things i ask for you ;

1. My hands are small. Please don't expect perfection whenever I make a bed, draw a picture or throw a ball. My legs are short. Please slow down so that I can keep up with you.
2. My eyes have not seen the world as yours have. Please let me explore safely. Don't restrict me unnecessarily.

3. I'm only little for such a short time. Please take time to explain things to me about this wonderful world, and do so willingly.

4. My feelings are tender. Please be sensitive to my needs. Don't nag me all day long. (You wouldn't want to be nagged for your inquisitiveness.) Treat me as you would like to be treated.

5. Please treasure me by holding me accountable for my actions, giving me guidelines to live by, and disciplining me in a loving manner.

6. I need your encouragement and your praise to grow. Please go easy on the criticism. Criticise the things I do, but don't criticise me.
7. Permit me to fail so that I can learn from my mistakes. Then someday, I'll be prepared to make the kind of decisions life requires me.

8. Please take me to worship regularly, and set a good example for me to follow.

Bye.


*Love Story*


I LOVE YOU.

Bye.






~CINTA LAUT DAN LANGIT

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.
setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata "AKU CINTA PADAMU"ke telinga langit. setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah merahan.

suatu hari, datanglah awan. melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ketengah-tengah di antara langit dan laut. ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang ,mengganggu pandangannya. tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. lalu, datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. angin berasakan perlu membantu langit dan laut lalu menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. lantas, terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi mengungkapkan perasaannya terhadap langit. kerana rasa tersiksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. kita juga dapat melihat dimana mereka menjalin kasih. setiap kali memandang ke hujung laut, dimana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang bermadu kasih..

Bye.


Sunday, December 6, 2009

Mutiara Kata.

Bila kita menunding jari menuduh dan menyalahkan orang lain kita mungkin lupa, yang empat jari lagi sedang menunding kita sendiri.

Sarang labah-labah dapat memerangkap serangga kecil tetapi serangga besar bebas melaluinya. Begitu juga dengan undang-undang.

Jadilah doktor yang mempunyai mata setajam helang, tangan sehalus wanita.

Cinta seseorang itu seadanya, kerana esok mungkin kau akan membencinya,
bencilah seseorang itu seadanya juga, kerana mungkin orang yang kau benci akan menjadi orang yang kau sayang.

Seseorang yang marah lebih dari tiga minit adalah seorang yang tak normal.

Jahat setinggi gunung,
Dendam sedalam lautan.

Ada hal yang tak ingin kita lepaskan dan ada orang yang tak ingin kita tinggalkan. Tetapi ingatlah, melepaskan tak bererti berakhirnya dunia melainkan awalan dari kehidupan baru.

Bye.


Saturday, December 5, 2009

a GIRL.


~ Perempuan!

~ Tidak dicipta dari tapak kaki untuk dijadikan alas,

~ tidak juga dari kepala untuk disanjung,

~ tetapi dari rusuk kanan dekat dengan tangan untuk dilindungi,

~ hampir dengan hati untuk disayangi.








Bye.

Friday, December 4, 2009

Friend of the Day.

Yesterday is history,
Tomorrow is mystery,
Today is a gift,
That's why its called the present!!
Friends are very rare jewel, indeed.
They make you smile and encourage you to succeed.
They lend an ear, they share a word of praise, and they always want to open their heart to us.

Bye.