Thursday, December 24, 2009

ORANG KATA.

Ada orang kata,
biar orang buat kita jangan kita buat orang.. Aku sokong tapi aku nak tambah sikit..

Biar orang buat kita tapi kita jangan buat orang. Betul. Kalau orang buat kita sekali tidak mengapa mungkin dia tidak sengaja, jadi maafkan dia. Tapi, kalau dia buat kita lagi kali kedua aku rasa itu bukan tak sengaja tapi sengaja nak cari masalah.

Pepatah ada menyatakan, buat baik berpadah-padah. Buat jahat jangan sekali.
Jadi buat baik kena lah fikir dulu berbaloi ke tak, jangan buat baik kepada mereka yang berbuat jahat dengan membantu mereka merealisasikan perbuatan jahat mereka.
Buat jahat jangan sekali saja bila orang dah buat kita dua kali.
So, itulah prinsip aku.

Jangan memulakan api jika setakat menggunakan mancis, kerana kau mungkin tak tahu api mancis yang kau acah itu akan dibalas dengan minyak gas oleh orang yang kau acah.
Jangan diteka laut yang dalam kalau kail hanya panjang sejengkal.

Orang kata lagi, jangan disangka air yang tenang tiada buaya @ ayat lain dia don't sangka keliaq water takda boya.

Ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Tetapi kepada sesiapa yang terasa tahniah saya ucapkan. Anda mempunyai deria rasa yang hebat!! Tepuk tangan. Kepada yang sepatutnya terasa tapi tak rasa apa-apa, mungkin anda patut buat medical check up.

Hanya mereka yang kenal aku saja yang tahu paras kebaranan aku.

Sekian, terima kasih.

Bye.

No comments:

Post a Comment