Saturday, December 26, 2009

what you gave, you'll get back.

Pelaburan hari ini pulangan hari esok.
Apa benda yang kita lakukan hari ini adalah benda yang akan kita kenang bila kita telah berusia nanti.
Kalau benda itu berbaloi kita akan gembira dan bahagia bila tua nanti tapi jika sebaliknya, kita akan menyesal selamanya. 
Tiada benda yang dapat kita lakukan untuk memutarkan kembali masa kerana itu adalah yang telah Dia janjikan.
Buatlah apa yang kita ingin buat hari ini:
mengucapkan kata-kata sayang kepada si dia,
meminta maaf pada yang terasa,
pergi kerja dengan gembira,
tidur dengan cukup,
makan apa yang kita mahu,

luangkan masa melakukan benda yang kita suka.
kerana esok belum pasti milik kita, hari ini belum berakhir kelmarin adalah sejarah.
Pastikan zaman kanak-kanak kita adalah yang terbaik yang kita pernah dapat, zaman remaja mencuba perkara yang kita inginkan, zaman dewasa memikirkan secara logik dan dapatkan kehidupan yang lengkap dan zaman tua kita pasti kita akan bahagia dan ketawa mengenang memori yang kita telah cipta selama ini.
Buatlah sesuatu yang baik kepada orang lain kerana pulangan yang kita dapat nanti adalah berganda.



Bye.

No comments:

Post a Comment