Sunday, December 20, 2009

Till death do part us.

kahwin muda.. berbaloi ke tak? entahlah. tapi aku yakin or maybe tersangat yakin yang every girl mesti nak kahwin muda.
dulu-dulu aku pernah angan-angan nak kahwin dengan lelaki yang tak ada muka ( bukan hantu tapi aku tak tau aku nak kahwin dengan siapa so aku tak letak muka siapa-siapa dalam mimpi tu just kosong), badan tough, tinggi dan semua yang baik-baik. boleh tak macam tu? macam-macam lah aku fikir pasal kahwin tapi tak pernah fikir sampai nak dapat anak al-maklumlah masa tu aku masih budak-budak.
aku memang banyak impian perkahwinan salah satunya aku nak kahwin dalam taman or tepi pantai. macam best kan? pas tu aku dah rancang nak tukar-tukar baju ikut pakaian tradisi yang aku warisi. warna aku tak rancang lagi sebab masih awal. aku siap buat perancangan lagi nak tinggal rumah macam mana, nak guna kereta apa, berapa orang anak, nak kerja atau jadi suri rumah ke dan bila dah kahwin apa tugas aku sebagai isteri. wah, benggong betul.
tapi terus terang cakap aku belum boleh fikir apa akan aku buat kalau semua tu betul-betul terjadi. aku belum bersedia. hidup berkongsi memang susah tak seindah impian. aku bayangkan kena kongsi katil, kongsi mak, kongsi almari, kongsi duit, kongsi kereta, kongsi rumah, kongsi tandas, kongsi tugas dan segala macam kongsi lagi.
memandangkan aku ada sifat pemarah bila barang aku kena guna tanpa izin aku lepas tu letak pula merata, boleh mengamuk seharian. aku tak yakin suami aku nanti boleh bertahan dengan aku. lagi aku yakin kalau lelaki mesti suka minum letak gelas merata, remote letak merata, baju kotor pun merata, pinggan mals nak basuh so siapa yang nak bersihkan tu kalau bukan aku? penat lah kalau macam tu, penat bebel dan penat mengemas.
dan aku mesti akan menjadi seperti mak aku yang kadang-kadang akan pening nak masak apa.tu belum tambah dengan masalah lain yang belum difikir lagi. aduh! sampai satu tahap aku pernah cakap yang aku tak mahu kahwin. muktamad. pas tu ada orang pujuk aku kata kahwin sunnah nabi, kalau tak ikut nabi tak mengaku umat dan macam-macam lagi pujukan. dan bila aku fikir-fikir balik kahwin muda ni baik juga sebab dapat anak time muda-mudi, jadi bila kita da dewasa anak pun da besar. boleh hindar dosa juga bagi yang da tak tahan.
tapi apapun, jawapan aku buat masa ni tetap tidak untuk berkahwin muda. tapi tak tau la kalau da kerja tuhan nak aku kahwin tahun depan. aku relakan saja. ;). 
nasiblah setakat ni kahwin bukanlah satu kemestian buat aku. mak pun tak pernah paksa aku kahwin macam yang kita tengok dalam drama tv. saudara akupun belum pernah carikan aku calon. aggresif! mungkin sebab aku masih muda atau mungkin sebab aku ni masih berperangai budak. tapi bukan sebab aku tak laku. 
ada mak cik ni pernah tanya pasal aku dan adik aku dekat mak aku, tapi nasib lah mak cik tu tak ada anak laki kalau tak da jadi calon la kami. dulu ex aku pun pernah merisik aku dari mak aku. aku tak tahu pun. dia yang cerita. tapi mak aku bagi jawapan yang agak bernas so, nasib baik lah. kalau tak da bertunang pun aku. aku pernah kena ajak kahwin lari oleh ex aku sebab parents dia tak restu hubungan kami. gila! nasib aku masih waras kalau tak habis lah. kalau aku kahwin lari dengan dia silap-silap aku kena tinggal macam tu ja, tak ke sia-sia. tak mahu! aku pernah putuskan hubungan aku dengan seorang budak lelaki ni semata-mata sebab dia terlalu obses dengan aku. siap nak suruh mak dia pinang aku. bayangkan waktu itu aku baru form 5. sewel ke tak? aku nak belajar dulu walaupun ada orang cakap belajar tinggi-tinggi tetap masuk dapur juga. takut punya pasal aku minta clash.
aku tak banyak pengalaman menguruskan perkahwinan ni. sebab belum ada lagi saudara terdekat macam cousin aku ke yang berkahwin. tapi kalau menguruskan bayi adalah. aku jadi baby sitter sejak aku darjah 5 lagi. jadi urusan tu aku reti lah sikit-sikit. kalau memasak tu, ala kadar boleh la. kemas rumah dan hal-hal lain boleh belajar lagi. tapi harap-harap bakal laki aku nanti bukan seorang yang cerewet bab-bab rumah tangga. kalau tak mau gaduh hari-hari.

tapi buat masa ni aku teringin nak jadi pengapit. macam best ja. kawan aku cakap jadi pengapit akan terkena badi kahwin awal. betul atau tidak allahualam.


dan kalau da jodoh aku kahwin dengan DIA lambat ke awal ke aku terima saja. ;)

Bye.

2 comments: