Thursday, December 31, 2009

Wake up baby! It's 2010.

Ada cara yang betul untuk kejutkan seseorang dari tidur.
Jangan buat-buat tak tahu proses untuk bangun tidur adalah sesuatu yang senang.
Ini kerana tidur adalah mati sekejap.
Sebab itu kita baca doa tidur dan doa bangun tidur.
Antara kemungkinan yang kita boleh dapat jika dikejutkan secara mengejut dari tidur adalah gila atau kebinggungan.
Ini bukan saya yang cakap tapi beberapa pakar.
Jadi, jangan anggap remeh perkara ini.
Semasa tidur, roh kita tidak berada dalam badan kita. Otak pula berada dalam keadaan separa sedar.
Cara yang betul untuk kejutkan seseorang ialah gerakkan bahagian kaki.
Bahagian itu akan memudahkan proses bangun dan tidak akan mengejutkan orang yang tidur itu.
Sama ada gerakkan bahagian betis atau goyangkan jari kaki.
Bahagian kaki : lutut ke bawah.
Tetapi jangan pegang bahagian paha kerana kau mungkin akan dianggap mencabul.

Sekian.




Bye.

No comments:

Post a Comment