Sejak aku mula-mula menjejak kaki ke Semenanjung, aku memang berada dalam keadaan yang sangat down.
Mereka cakap kami tinggal atas pokok.
Mereka tanya sama ada tempat aku ada jalan raya dan kereta atau tidak.(bodoh kan?)
Mereka cakap aku datang naik tongkang la naik belon la dan macam-macam lagi.
Mereka kata macamna aku nak pergi ke satu tempat naik sampan ka? Mandi guna air sungai?
Lepas tu ada yang percaya kesemua orang Sabah penipu.
Mereka cakap kalau kita kahwin dengan orang Sabah kita tak mungkin mahu pulang ke Semenanjung lagi kerana sudah diikat tak pun diguna-guna.
Merepek betul!
Mereka kutuk macam-macam lepas tu ketawa.
Pernahkah mereka fikir apa yang aku rasa?
Lagi teruk seorang lelaki yang menyukai aku tetapi aku tolak secara baik telah menyebarkan cerita kepada semua orang yang aku ni ada ilmu guna-guna. Pandai buat-buat orang. WTF!
Semua orang takut dan menjauhkan diri dari aku.
Memalukan betul dia itu, sudahlah kena reject tapi tak dapat terima.
Waktu tu keadaan aku memang sangat sedih.
Lecturer sendiripun tidak membantu malah ada yang turut mengutuk.
Akupun tak faham. Apa masalah mereka ni. Mungkin mereka gembira dengan berbuat begitu. Aku tak pasti, tapi satu yang pasti mereka telah menunjukkan aku bertapa lemahnya pengetahuan am mereka dan sememangnya semua yang berkata begitu adalah mereka yang tidak pernah langsung pergi ke Sabah dan ada juga yang tidak pernah langsung menaiki flight. Kecian. Tapi still nak berlagak.
Parents aku secara terus terang memang tak berapa berkenan dengan mereka. Sebab dorang pernah kena yang lebih teruk lagi. Diskriminasi!
Aku tak cakap semua jahat, tapi still ada yang baik cuma tak banyak.
Macam atuk aku orang Melaka aku cerita pada dia tentang diskriminasi ini dan dia sangat marah dia malah membela aku. Sebab diapun pernah terkena tapi dengan ustaz waktu dia sembahyang di masjid. Tidak perlu aku cerita kerana aku tak ingin mengumpat.
Tapi aku rasa nenek aku beruntung dapat dia sebagai suami kerana dia antara mereka yang bersikap terbuka.
Dan kalau jodoh aku dengan si dia aku harap dia tak sama macam mereka.
Dia tak akan kutuk asal usul aku dan terima aku seadanya.
Dia akan melindungi aku dan mempertahankan aku, tanda kasihnya yang tak terhingga.
Sebab aku yakin peperangan mental ini akan bersambung dan mungkin berterusan sampai beberapa keturunan lagi.
Akupun tak ingat sejak bila ia bermula.
Tapi aku memang pernah baca sejarah tentang hasil bumi Sabah yang semuanya dihantar ke Semenanjung Malaysia.
Tentang hak anak peribumi.
Dan andai kata Sabah dan Sarawak diambilalih oleh Filipina Malaysia cuma akan ada Semenanjung sendiri. Tiada bantuan perang kerana kita sedia maklum Borneo adalah bahagian Malaysia yang terbesar sekali lebih besar dari Pahang. Majoritinya mesti ramai.
Jadi andai kata Indonesial ingin melancarkan perang yang selama ini mereka tunggu dan cuma masa yang sesuai belum tiba, adakah Malaysia (tanpa Sabah dan Sarawak) sudah bersedia?
Lebih-lebih lagi hasil bumi telah tiada untuk membantu membayar bantuan perang, sememangnya hasil bumi Semenanjung hampir pupus.
Tapi rasanya, mungkin itu yang mereka mahu dan itu yang mereka sukakan?
Bye.
No comments:
Post a Comment