Sunday, December 6, 2009

Mutiara Kata.

Bila kita menunding jari menuduh dan menyalahkan orang lain kita mungkin lupa, yang empat jari lagi sedang menunding kita sendiri.

Sarang labah-labah dapat memerangkap serangga kecil tetapi serangga besar bebas melaluinya. Begitu juga dengan undang-undang.

Jadilah doktor yang mempunyai mata setajam helang, tangan sehalus wanita.

Cinta seseorang itu seadanya, kerana esok mungkin kau akan membencinya,
bencilah seseorang itu seadanya juga, kerana mungkin orang yang kau benci akan menjadi orang yang kau sayang.

Seseorang yang marah lebih dari tiga minit adalah seorang yang tak normal.

Jahat setinggi gunung,
Dendam sedalam lautan.

Ada hal yang tak ingin kita lepaskan dan ada orang yang tak ingin kita tinggalkan. Tetapi ingatlah, melepaskan tak bererti berakhirnya dunia melainkan awalan dari kehidupan baru.

Bye.


No comments:

Post a Comment