Aku buat majlis sanding di Wisma Wanita. Tapi gambar dari aku belum ada sebab album semua dekat Sabah. Nak transfer dari fb yang amik dari hp pun macam tidak berkesempatan sebab dekat ofis tak boleh buka fb. So aku cerita berkenaan dewan sajalah ye. Di post akan datang akan diusahakan gambar.
gambar sekadar hiasan.
Dewan ni aku pilih selepas mula-mula aku nak booked dekat Airport View Hotel tapi aku takut dia tak dapat kosongkan tarikh on 1hb Februari sebab masa tu tahun baru cina so ramai orang buat even dan paling best setiap tahun Dato Pairin akan guna situ untuk sambutan tahun baru cina besar-besaran.
Sebelum Airport View Hotel pulak aku tanyakan Tabung Haji Hotel tapi tak jadi sebab out of budget. :(
So last-last pilih Wisma Wanita. Nasib aku baik sebab on that date yang aku pilih ada orang dah tarik diri. Sewa dewan ni including 35 tables adalah RM 2000. Tapi kena bayar deposit untuk booked RM 500. Kalau ada kerosakkan dia akan tolak dari RM 500 tu.
Bagi aku affordable lah kan besar pun besar ramai pun ramai boleh datang. Aku tak memilih tapi parents memang memilih sebab jemputan 600 orang tu estimate tapi yang datang nak dekat 750 jugak. Mungkin sebab main bagi je kad tanpa membuat list terperinci. Tapi yang ramai datang memang family lah.
So itu saja untuk kali ni, sebab aku nak keluar lunch lagipun nak tulis blog dekat ofis ni macam kurang selamat lah. Hehe.
Bye.
No comments:
Post a Comment