Wednesday, June 25, 2014

Hobi - Kumpul Fridge Magnet

Hi,
Kali ni aku nak tulis pasal Fridge Magnet. Aku memang suka kumpul fridge magnet ni sejak 2010 lagi. Tapi waktu itu belum boleh dikira tegar. Tapi sejak aku pergi Hatyai kemudian Singapore minat tu semakin mendalam. Ececeh. Cuma yelah aku tak banyak round negara lagi so hasil pengumpulan aku adalah terhad kepada Asia. Kalau ada nampak yang Europe macam dekat bawah ni tu semua from my husband late mother.

Banyak ke tidak? Rasanya masih sikit sebab pintu bawah masih kosong. Hehehe.

Antara negara yang aku pernah pergi dan beli FM (fridge magnet) :-
Brunei
Singapore (2kali)
Thailand (Hatyai)
Indonesia (Jakarta & Bandung)

Kalau dalam negara :-
Melaka (2kali)
Penang
Perlis (Padang Besar)
Sabah (of course)
Kuala Lumpur ( aku beli dekat Central Market )
Menara KL.
Perak (Pangkor Island)
Universal Studio Singapore
Trans Bandung
Beli dekat Kaison pun banyak.
Beli fridge magnet cartoon dekat kedai biasa.
Beli dekat Amcop Mall.
Beli dekat BBW.

Yang orang bagi :-
Vietnam
Singapore
London
Brunei

Yang lain tu dah memang ada dekat peti ais aku tinggal susun saja. Disebabkan minat yang mendalam kadang sebulan sekali aku susun semula dan bersihkan. Kadang-kadang ada orang langgar pecahkan, ada orang datang rumah amik (budak-budak) dan kalau suami jatuhkan, pecah memang merajuk seminggu. Jangan main-main.

Ni dari Sabah.

Ni dari Singapore.

Ni dari Brunei.

Ni dari USS.

Peti ais rumah mak aku dekat Sabah pun aku yang penuhkan (belum amik gambar). Selain fridge magnet aku kumpul hiasan rumah dari luar negara. Aku suka susun-susun dekat almari dan gantung dekat rumah. At least ada kenangan dari negara yang pernah pergi. Minat memang macam mak cik- makcik, ada aku kesah? Cuma keychain sahaja yang aku jarang beli. Dulu masa sekolah memang kumpul, sebab kawan-kawan melancong dengan family mesti belikan keychain untuk member, ye dak? Kalau aku bercuti dengan family pun dulu beli keychain, kalau tak bercuti pun aku memang beli keychain yang watak cartoon gantung kat beg banyak. Sampai aku sedia satu tempat gantung bentuk pencil yang ada hang banyak-banyak untuk koleksi keychain aku. Ex-BF zaman sekolah pun bagi aku hadiah keychain. Hehe. Sekarang baru nak berjinak kumpul balik yelah rumah sendiri kan mesti lah nak hias ikut citarasa sendiri.

Yang ni beli dekat Soekarno Hatta airport, Jakarta.

Bye.



No comments:

Post a Comment