Wednesday, February 29, 2012

Boyfriend 5

Lepas aku menamatkan practical dengan jayanya, aku kembali ke habitat asal iaitu Perak. Menghabiskan sisa-sisa terakhir sebagai pelajar tahun akhir diploma. Okay tapi kali ini tidak sesedih dulu sebab aku ada kawan baru dan rajin berjalan-jalan. Roomates pun sebulu. Nak dijadikan cerita, awal-awal percintaan kan mestilah manis-manis belaka. Sanggup ni Mizie ambik aku dari airport drive ke Perak. Pulang seorang-sorang. Pernah itu, rindu punya pasal hampir setiap minggu dia turun Perak. Gigih tak? Duit minyak dengan tol macam air mengalir wa cakap lu.

Adalah jugak aku ikut dia pergi kampung dia Beruas jumpa family dia. Then pernah dia buat surprise ambik aku bawak pergi Came***. Masa hari jadi akulah. Gila kau nak bawak tiba-tiba. Dia hadiahkan aku handphone Sony Ericson. First time dapat hadiah mahal-mahal dan special macam tu dari dia. Terus rasa diri dihargai. Orang lain rasa cemburu je. Haha. Memang tak terkatalah masa itu, sebab aku rasa dia memang sangat-sangat menyayangi diri ini. Sebab dia sanggup kumpul duit semata-mata nak beli hadiah untuk aku, sanggup fikir nak buat surprise macam mana. I love you lah.

Lepas itu masa aku final furniture pun dia ada turun hantarkan furniture aku. Kawan dia jugak yang buatkan. Lepas itu bawak aku pergi Lumut pulak. Memang kenangan terindah. Walaupun diketahui Lumut tempat kedua terpanas di Malaysia. Selain itu, wah macam karangan nokss, kami pernah naik Genting jugak. Haha. Zaman-zaman cinta sedang berkembang katanya. Semuanya indah uols. Dia sangat rajin turun ke Perak, semata-mata jumpa aku kejap bawak makan. Belikan aku makanan suruh bagi-bagi roomates. Haha.

Waktu itu memang nampak lah kesungguhan beliau, tanpa disuruh atau paksa ada saja surprise yang diberi. Romantic saja. Ada satu masa itu dia ada convoy dekan member-member dia tidur Penang lepas itu nak singgah kampung dia Beruas, alang-alang dia singgahkan aku jugak bagi jeruk dari Penang. Malu mak uols sebab dia naik motor bunyi ekzoz dia sangat kuat semua orang selak langsir tengok-tengok siapakah gerangan orang itu. Haha.

Even aku macam single saja, yelah BF jauh tapi tidaklah terasa sangat. Sebab selain dia suka turun Perak aku ada kawan-kawan untuk bergembira. Tidaklah bersedih saja. Tapi ada saja yang tidak puas hati dengan kegembiraan itu. Ada orang yang peram buku library yang pinjam atas nama aku lepas itu buat muka tak bersalah. Siap kutuk-kutuk aku lagi. Aku punyalah cakap elok-elok sekalinya di maki hamun pula. Satu keluarga tak betul. Aku simpan lagi message adik dia yang memaki aku. Entah apa punya perangai. Kalau bagi elok-elok kan senang, aku pun tak sakit hati. Ini udahlah bagi macam tak mahu, dimaki hamun siap tak mahu bayar lagi. Apa kes?

Dari situlah bermula contact mengontact benda yang sepatutnya aku nak lupakan sampai bila-bila. Jangan tak tahu budak itu berani bagi amaran kat Mizie siap ugutan nak bawak geng pukul. Siapa yang salah sekarang ni? Memanglah aku ada memaki perempuan itu tetapi siapa suruh aku sudah berbaik kata dia masih tidak faham. Aku tidak pernah merampas, kewujudan dia pun aku tidak tahu. Aku sendiri tertipu oleh si penipu. Nasiblah aku terselamat dari terus ditipu dan dipermainkan dan sudah cukup baik aku menarik diri tanpa kekerasan. Tapi memang manusia tidak pernah puas. Mungkin sebab aku cool, tidak ambik apa-apa tindakan dan tidak membalas dendam dia ingat aku bodoh senang-senang dipijak.

Penat aku turun naik library jumpa orang atasan semua, buat surat merayu. Lepas itu minta duit denda elok-elok tapi dimaki hamun. Adakah itu patut? Dari planet manakah orang itu? Lepas itu tak nak bekerjasama terpaksa lah aku guna FB sebagai pengantara tau pulak bising, baru nak ambik tindakan. Tahu malu. Habis siapa suruh buat aku macam orang tak tahu malu minta hak aku? Ish emosi pulak. Sampai ke hari ini duit baki aku dengan duit hutang budak itu belum langsai. Entah bila lah janji-janji manis itu akan di tunaikan. Nasiblah Mizie banyak sabarkan aku dan kawan-kawan sekeliling menasihati aku. Jadi aku pun mampu menghadapi dugaan itu. Nasiblah mak aku pun sokong aku. Begitulah ceritanya, agak terpesong sedikit.

Aku memang sangat gembira ditahun akhir diploma aku selain kes buku itu yang buat aku sedikit down. Dari situlah hidup aku selalu diganggu oleh orang asing, ada yang add aku tiba-tiba macam komen-komen kat gambar aku cakap muka aku sama macam ex dialah apalah tiba-tiba ada senior aku kantoikan dia. Cakap dia tahu yang komen itu perempuan. Lesbo ke kau? Haha. Itu memang kelakar. Lepas itu bila kawan dia bongkarkan cerita kat aku wujud pula Iffa call aku ugut suruh jangan masuk campur. Aku pun tak faham siapa yang ganggu life siapa masa itu. Tapi aku biarkan saja sebab akupun sudah lupa kenangan lama. Haha.

Tapi aku akui awal pengenalan aku dengan Mizie memang paling indah, tahun 2009 hingga 2010 is the best. Lepas aku habis diploma Mizie ikut hantar aku balik Sabah. Masa untuk berkenalan dengan family aku pulak. First time naik flight bersama BF. Dia hantar aku pun sebab barang aku terlampau banyak okay, especially baju. Mak tak mampu bawak sorang-sorang patahlah pinggang. Adalah jugak aku bawak dia jalan-jalan KK. Datang rumah aku, makan di rumah aku tapi dia tidur hotel lah. Imperial Boutique Hotel, sebelah Centre Point. Masa tengok wayang dekat 1B dia terkejut sebab tiket wayang murah gila RM7 sahaja. Mana nak dapat kat KL harga tu. Haha.

Ni masa melawat Kellie's Castle

Ni on the way ke Melaka

Ni dating dekat KLCC yang Pak Uda dia belanja ais krim. Haha.

Ni masa office aku buat buka puasa dekat Corus Hotel.


Okaylah nanti aku sambung cerita convo dan degree pula. Dari rambut beliau kerinting, kembang, lurus, pendek, panjang dan sebagainya.

Tungggguuuuu . . .

Bye.

Tuesday, February 28, 2012

DAMASUTRA - Sufi


Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

Bye.

Kenangan Tanpa Sebab

Bila aku usya balik gambar-gambar lama, aku rasa sangat malu.
Aku tak sangka yang aku sanggup mengambil gambar yang sangat meloyakan itu.
Mungkin pada masa itu, aku rasa aku comel kot dengan aksi yang ala-ala manja.
Kenapa aku sanggup mengambil gambar sebegitu rupa. Owh. malu-malu.
Dengan fashion yang entah apa-apa itu.
Aku sangat bersyukur yang aku berjaya melepasi zaman gelap itu.
Aku tak kata sekarang aku macam lawa ke apa, tapi kiranya macam lagi better dari dululah.
Dari segi aksi bergambar dan fashion, aku rasa aku pilih sekarang. Haha.
Tak payah lah ea nak tunjuk contoh gambar dulu dan sekarang.
Boleh bunuh diri okay.

Okay nak bagitau itu je. Bye.

Okay ini tak termasuk gambar yang meloyakan itu.
Bye.

Kemalasan melanda

Aku rasa esok-esoklah baru aku sambung cerita Cinta aku dan Roy tu k?
Walaupun ramai permintaan *perasan* tapi aku macam malas nak taip lah.
Lagipun macam, " hey hari-hari cerita yang sama bersambung-sambung tak thrill lah nak baca".
Okay aku faham jadi bagi mengelakkan kebosanan aku selang seli lah cerita itu.
Tapi untuk pengetahuan korang, tajuk boyfriend 1,2,3,4 itu bukan bermaksud I ni ramai jantan, tidak sama sekali.
Watak dalam cerita itu tetap seorang, Azrul Azmiezie Aziz.
I malas lah nak cerita cinta yang sudah lapuk, yang sudah menjadi sejarah uols.
I cerita yang sedang berlaku sahaja.
Jadi maksud nombor 1,2,3,4 itu adalah part atau bahagian.
Jadi jangan buat spesikulasi nakal tau.

Dekat rumah aku ni semua orang ada laptop, ada 6 buah laptop kecuali adik aku yang kecil itu belum ada.
PC pulak ada 2, termasuk PC aku ada 3.
Patutlah line internet aku selalu lembab-lembab mungkin sebab ramai sangat bukak laptop online.
Eh? Ada kaitan ea? Aku main agak saja tu. Hahaha.
Tapi tetaplah laptop aku paling buruk. *Tetiba*

Okaylah uols jangan lupa like page R boutique dan singgah ke blog aku yang lagi satu http://sufiyasmin.blogspot.com belilah apa yang patut k?

Esok jelah aku sambung cerita percintaan aku tapi I tak janji. Kuikuikui

Me and my mum, ni masa dekat kampung. I memang suka senyum lebar tayang gigi yang cantik itu. Pffft.
Gambar sekadar perhiasan.

Bye.

Monday, February 27, 2012

Boyfriend 4

Ni gambar pertama kami bersama, waktu ni makan kat Tupai-tupai.
Zaman-zaman bercinta dekat Ampang tempat kami dating hanyalah Ampang Point, MBO Ampang, Mid Valley, The Mines, Alamanda, Taman Cougnott. Memang selalu lah. Pernah lah sekali sekala pergi KLCC, The Curve, IKEA. Dulu-dulu kan dia belum beli MyVi kenderaan kami cuma Ninja, Citra dengan Honda. Kadang-kadang adalah juga guna Lagenda. Dia ajak aku lunch kejap, kadang-kadang dia hantar aku balik ke rumah naik motor. Tapi selalu senyap-senyaplah parking pun jauh-jauh sebab takut kantoi dengan cousin aku nanti kena ejek-ejek pula.

Waktu praktikal, bos aku baik dia bagi aku elaun banyak dalam RM450 jugaklah. Cuma suasana dia tak best sebab tempat makan jauh, pas tu staff semua lelaki. I pemalu. *mengada* Masa awal-awal kenal ni Mizie tak pernah lagi bagi jumpa aku dengan family dia, aku belum bersedia. Semua orang pun tak tahu kami couple, bila orang tanya seboleh-bolehnya aku jawab kami kawan saja. Hahaha. Lagipun, dia macam nak rahsiakan benda ni dari budak itu. Aku tak kisah pun.

Lepas itu, dia tak duduk sudah rumah Plaza, dia pindah rumah kawan dia dekat Bukit Antarabangsa. Lagilah senang jumpa. Haha. Dekat kot Ampang dengan Bukit Antarabangsa selalulah jugak aku lepak dengan dia. Jumpa kawan-kawan dia. Banyaklah kenangan kami dekat sana. Pernah kami buat kerja gila pergi Melaka malam-malam dengan kawan dia jumpa GF kawan dia naik kereta Merz Akak dia. Balik malam itu jugaklah kan. Padahal lepak minum je, ronda-ronda lepas itu balik.

Tapi bukan sebab itu yang buat aku jatuh cinta dekat dia, aku jatuh cinta start bulan September waktu itu mak aku datang KL. Buat pertama kali aku bawak dia jumpa mak aku. Mak aku tinggal kat Pan Pasific, dia ulang alik amik mak aku g Putrajaya untuk shopping-shopping, malam pergi Uptown pulak. Memang terbaik. Dari situlah aku lihat kesungguhan dia, sebab dia tak mengeluh dia sanggup jugak buat. Itu yang buat aku terima dia seadanya sebab dia macam bersungguh nak kan aku. Nasib mak aku pun terima dia seadanya. Haha.

Kalau dulu-dulu aku merajuk dia suka belikan aku coklat, macam naik-naik kereta je dia buka laci cam bagi aku coklat. So sweet, sekarang ni memang jarang lah. Ada satu peristiwa kami pergi Archidex waktu itu jumpa Liya kawan dia, lepas itu jumpa Pak Uda dia tak silap aku. Macam itu je Pak Uda dia nak mengorat aku siap minta number phone kat Mizie macam aku tak layan. Owh malunya. Mizie of course lah berasap je kan. Tak suruh aku layan. Haha. Takutlah tu, nasib je I sayang U dah masa itu kalau tak I mungkin layan je. Muahahaha.

Dulu-dulu Mizie ni kuat cemburu, dia tak boleh tengok aku keluar dengan laki ke, dengan cousin aku pun kadang-kadang dia cemburu. Selalu nak check handphone aku, tak boleh nak curang. *Apakah?* Aku selalu macam owh tersepit antara dua. Dulu-dulu aku boleh lagi berdikari naik teksilah buslah kadang-kadang LRT tapi dia dah tak bagi. Dia sangat manjakan I * Sila percaya* haha. Semua dia nak amik atau nak hantarkan. Tapi aku suka. Haha jadi idoklah kena kacau kan. Sekarang ini cuba kau tanya aku itu kenderaan apa? Eh? Apa kenderaan yang panjang itu, yang besar itu? Semua aku tidak mampu jawab. *Berlagak gila kau* ini semua pelsu sila jangan nak over percaya lempang kang.

Aku suka masa tinggal dekat Ampang semuanya indah-indah belaka. Masa itu ramai kawan, jalan-jalan ke sana sini, tak perlu nak fikir sangat tentang study ke duit ke. Relax saja. Mizie pun sayang aku sangat banyak 110% rasa sangat dihargai. Boleh? Sekarang ni stress mak tahu. Aku habis practical dalam hujung bulan November tak silap aku, hantar report semua. Lepas itu aku balik Sabah sekejap sebelum sambung balik final year diploma dekat Perak.

Nantilah ye aku sambung cerita yang dekat Perak pulak, ada jugak cerita tau.

Tunggguuuuuuuuuu  . . .

Bye.

Maxis

Saya pengguna maxis. *Tetibe*
Saya sangat setia dengan Maxis.
Dari zaman mula pakai handphone saya tak pernah guna yang lain.
Okay pernah curang sekejap, pakai Celcom.
Tapi saya tak buang Maxis, saya pakai dua2.
Kira macam dimadukan lah.
Madukan manis.
Broadband saya juga Maxis.
Saya percaya Maxis dan tidak akan bertukar pada yang lain.
Anda pula macam mana?

Sila click link di atas untuk mengetahui apa yang terbaru tentang Maxis.

Bye.

Boyfriend 3

Nak dipendekkan cerita, cewaah ayat power jugak aku bagi. Hahaha.
Lepas aku sampai KL aku duduk rumah cousin aku dekat Ampang.
Then sehari sebelum aku start kerja Mizie ajak aku jumpa.
Walaupun aku rasa dia tak tahu rumah aku mana, dia dapat jugak jumpa rumah itu.
Terror wa cakap lu. Haha.
Seingat aku waktu itu dia datang dengan Amar naik Citra.
Kami pergi kat kampung Jenderam makan durian.
Aku tak banyak cakap sebab akukan wanita pemalu. Ceaaa.
Dari situ aku kenal kak June dengan Mak Ngah.
Bestlah jugak makan durian, pergi kebun.
Tapi aku kejap saja sebab aku takut nanti cousin aku cakap apa pulakan. Akukan baru. Lagipun I baik uolss.
Waktu ni I memang sopan, tawaduk dan baik budi pekerti. *Percayalah ini bukan cubaan*
Dalam pukul 7 malam aku sudah sampai rumah.
Terus dia message aku.
" Macam mana pergi kampung? Dapat lepaskan gian makan durian? Sorry I tak belikan coklat, tak sempat. Next time okay."
Lepas itu aku start lah practical.
Then dia selalu jugak datang office aku hantar documentlah apalah.
Padahal U rindu I kan? Kan?
Satu hari dia ajak aku makan, dekat dengan museum islam tak silap aku. Lunch hour.
Masa ni rambut dia kerinting. I don't like sangat.
Dia amik aku dekat office pakai Ninja.
Itulah first time kitorang keluar berdua.
Sebabnya sepatutnya dia nak aku belanja makan McD kalau aku berjaya dapat tempat practical yang dia bagi tu.
Tapi disebabkan dia nak bersikap gentleman dia tak kasi aku belanja dia. Dia yang belanja aku.
Kami makan ikan bakar, katanya sedap. Tapi tak makan berdua masa itu ada kawan dia sekali. Budak motor rasanya.
Masa ni tak couple lagi tapi dah rapatlah. Aku masih belum putus dengan ex aku sebab aku tak sampai hati even aku macam sudah tawar hati dengan dia.
Aku bagitau Mizie cerita sebenar. Waktu nak mengorat aku dia sangat poyo okay. Ayat nak semanis kurma itu saja. Menci I suka buat I tergoda dan tercurang dengan ex. Minta maaf ex, i tak sengaja.
Mizie cakap, " U rasa dia boleh buat u bahagia ke? Dia boleh sayang U macam I sayang U? I tak paksa tapi U pilih lah yang terbaik untuk U. I  nak bersama U."
Okay terus aku berfikir dan masa itu aku ikut cousin aku teman bini dia, dia main futsal.
Terus dia bagi ayat poyo lagi, " Eh, patutlah masa lalu tadi macam rasa lain je, rupanya U ada kat situ".
Terus aku terima dia, tapi break dulu lah dengan ex sebab tak nak rasa macam I ni curang. Dasar.
Aku ambik masa sebulan jugaklah untuk terima cinta dia sebabnya aku macam bersalah dengan ex aku.
Lagipun aku ambik masa yang sesuai untuk break dengan dia, aku kenalah fikir masak-masak.
Lepas sudah break barulah aku couple dengan Mizie.
30 June 2009.
Waktu aku kenal dengan dia ni dia sedang berjinak-jinak dengan motor.
Dia selalulah ride pergi PD lah, pergi Penang lah. Selalu akan call aku kalau dia kat sana. Contohnya masa dia pergi PD dengan family tak silap dia nak tenangkan fikiran.
Dia adalah lumba motor kat Sepang tapi macam sudah tak aktif teater.
Masa itu aku ni ala-ala minah rempit tau. Tak suka.
So itulah ceritanya macam mana aku couple dengan pendek tapi hitam itu.
Nantilah aku sambung story lagi. Banyak lagi tak cerita ni.

Tunggggguuuuuuuu . . .

Bye.

Sunday, February 26, 2012

Boyfriend 2

Aku akan mulakan cerita cinta aku bermulah dari zaman kat Perak.
Aku tak nak lah mula cerita dari zaman aku baru couple masa form 3.
Sebab cerita dia sangat sadis, lagipun zaman cinta monyet dan aku pun dah tak ingat sangat.
Cerita dari diploma lah ye?
Aku ambik diploma tahun 2007-2010 dalam jurusan Rekabentuk dalaman.
Eceh terskema la pulak. Hahaha.
Waktu itu aku tengah couple dengan seorang budak bola ni kawan cousin aku.
Tapi cinta jarak jauh jugak. Sob. Sob.
Aku tak mampu bertahan lama sebab jauh sangat. Lama sangat boleh jumpa.
So kami berpisah cara baik.
Masa itu aku bersendirian yelah belum ada kawan kan.
So aku sangat pendiam. Sila percaya. *wink2*
Masa kat kelas tak ada orang nak tegur aku, aku pun pemalu. *Auww* Ini betul.
So ada budak ni minta aku tissue dari situ hari-hari dia minta aku tissue.
So dari situlah bermula.
Aku ada cerita sedih berpisah, dia pun ada cerita sedih berpisah mengikut cerita dia lah.
Idoklah aku pasti betul kah tidak. Tapi dia pun main bola jugak.
Tapi sebelum aku couple dengan dia aku ada rapat dengan sorang laki ni.
J** nama dia.
Dia minat kat aku sampai sanggup nak pukul budak tu dan siap bagi aku rantai STAR.
Tapi rupanya dia sudah ada 3 GF yang lain di kampungnya.
So aku tolak cara baik.\
GF dia ada call aku dan cakap elok-elok so aku pun layan elok-elok lah kan.
So memandangkan aku tak ada siapa-siapa masa itu aku couplelah dengan budak itu.
Dalam 2 tahun jugaklah kami couple.
Aku tak tau cerita sebenar yang dia masih contact dengan GF PLKN dia itu.
Lelaki memang pandai putar belit okay.
Masa form 3 (2008) kami ada trip ke KL tak silap.
Kami masa itu pergi ke Mid Valley.
Aku gaduh dengan budak itu. Dia sangat mengongkong okay.
Lepas itu dia tertinggal bus lawatan. Of course lah dia marah aku salahkan aku.
Dia minta tolong kawan dia (Mizie) amik dia dan waktu itu kitorang sudah nak Sunway Pyramid.
Aku tak kenal lagi kawan dia masa ni.
Dipendekkan cerita masa buat project spa aku dengan budak ni turun KL.
Aku tidur rumah kawan aku (sekarang musuh) dekat TUN HUSSEIN dia tidur rumah Mizie.
Dari situlah aku pernah jumpa Mizie dekat Ampang Point tak silap first time jumpa.
Tapi tak bercakap sepatah pun aku malu, lagipun tengok dia macam adik-adik je.
Aku setia okay. Dia pun malu-malu lagi. Masa itu dia berlakon teater kat IB dan dia masih dengan awek gemuk dia itu.
Aku cuma cakap dengan dia tak silap aku, "Bawak kereta elok-elok tau, aku sayang dia".
Wah romantik tak?
Then dari situ budak itu suruh aku add dia kat myspace dan YM.
Aku ada usya sikit-sikit lah myspace dia tapi macam tu jelah sebab aku tak berminat sangat. Ceaa.
Add jelah pun tak comment-comment pun. Tapi seingat aku dia ada comment aku dulu cakap macam kenallah. Awek Ta*** kan?
Macam tu jelah, dengan dia ada komen aku punya blog kat myspace tak silap.
Lepas itu aku lama gila tak contact dengan dia.
Bulan April 2009 tak silap aku, masa itu dia dah single kot.
Aku single awal tahun 2009. So masa itu aku scandal jelah kan.
Walaupun budak itu masih macam nak kat aku siap bagi video lagi kat pendrive aku.
Siap nak jumpa sebelum dia balik Pahang.
Aku layankan aje sebab masa itu aku macam nak lupakan dia sudah.
Lagipun dia yang buat tahi so, buat apa aku nak lagi kat dia kan?
Pergilah kau sana dengan awek PLKN kau itu.
Ada aku kesah?
So masa bulan May 2009 aku contact dengan Mizie sebab aku nak usya tempat practical.
Aku start contact dia April kot sebab dia rajin comment-comment aku.
Aku layanlah single katanyeee.
Aku seorang je masa itu belum ada tempat practical sedih.
Tanya lecturer boleh tak buat dekat Sabah, idoklah dibenarkan.
Frust, jahat tau lecturer ni.
Terus aku teringat yang Mizie ni macam kerja kat firm dari apa yang budak itu ceritalah.
Mak dia ada spa kot tak silap.
So aku beranikan diri myspace dengan dia.
Dia layanlah jugak siap bagi no. telefon bagai. Dia suruh call waktu lepas kerja.
Aku tak call pun, :P gigih.
Waktu itu aku macam baru putus cinta adalah cerita-cerita dekat dia. Dia kan kenal budak itu.
Rupanya dia pun sama baru putus cinta dengan si gemuk itu. Sedang berscandal.
Lama-lama kami rapat sikit.
Dia bagi aku firm dekat Ampang, Karat studio.
Hantar resume dapatlah kerja sana.
So aku pun beli tiket flight dalam 15 May macam itu aku terbang ke sana sebab 1 June aku dah mula start practical.
Nantilah ye aku cerita first perjumpaan kami sebab aku macam letih nak taip. :P

Tungggguuuu . . .

Bye.

Boyfriend

Sakit hati betul dengan si pendek ni.
Pernah tak ada orang tanya apa sebab kita sayang BF kita?
Atau kenapa kita pilih dia?
Kalau tak pernah baik fikir sekarang, kot-kot ada orang tanya nanti taklah tergagap-gagap nak jawab.
Hehehe.
I sayang lite-lite je sebenarnya kat u, jangan perasan tau. U je pilihan yang ada masa tu sebab tu i pilih u. Cuba tanya sekarang mesti i pilih orang lain.
Ah, marah tak marah tak?
Hehe. Marahlah u lagi banyak buat i marah.
Bagi aku kenapa aku pilih dia biarlah rahsia. Ceh jawapan artis sangat.
Aku sayang kat Azrul Azmiezie sebab dulu-dulu masa dia nak mengorat aku dia nampak bersungguh-sungguh.
Kalau ikutkan aku dah ada someone masa itu.
Tapi sebab cinta jarak jauh dan laki tu macam tak tunjuk effort pun nak jumpa aku.
So lama-lama aku macam give up.
Yelah kan kau kata sayang tapi nak jumpa sikit punya payah.
Memanglah laki itu baik, tak marah-marah, banyak mengalah. Matang lah orang cakap.
Tapi siapa yang sanggup bertahan lama gila tak jumpa.
Sepanjang couple tak pernah jumpa. Boleh meletup owhh.
Masa itu aku ada dua pilihan lain.
Satu BF yang baik hati tapi tak pernah jumpa.
Satu scandal yang selalu nak jumpa sampai aku muak okay.
Last-last aku pilih encik BF yang sekarang ni.
Lagipun masa itu aku benggang dengan my ex masa kat Uitm Perak itu, asyik nak call-call aku YM lah IM lah.
Paksa nak jumpa, kononnya dia kat KL tidur rumah kawan dia.
Aku praktical masa itu dekat Ampang, dia repeat.
So sementara nak balik Perak dia singgah KL dulu.
Aku malas nak jumpa.
Iyalah dah tak ada apa nak jumpa lagi buat apa.
Lagipun kau yang curang bukan aku.
Terus jantan itu maki aku cakap aku perempuan jahat lah macam-macam lah suka hati dia.
Sebabnya aku bagi alasan banyak kerja tak boleh nak jumpa.
Pedulilah kau sana terus aku tak layan.
Nantilah aku cerita lebih lanjut tentang macam mana aku boleh terjatuh cinta kepada Mizie a.k.a Roy itu.

Tungguuuuuu . . .

Bye.

Saturday, February 25, 2012

Blocked

Ada tak siapa-siapa yang anda cuba elakkan kat Fb?
Tak kiralah ex anda ke, ex kepada bf/gf anda ke.
Mgkn anda hide dia dari FB anda, unfriend atau mungkin blocked?
Sebab apa?
Anda sakit hati?
Atau malas nak mengingati cerita lama?
Haha. Bagi aku kalau orang itu berusaha cari anda, add anda dan cuba berbaik dengan anda.
Atau mungkin hanya stalked anda setiap hari di FB atau di blog.
Anda patut biarkan dia bermain dengan perasaan sendiri.
Biar dia tahu apa anda buat, paling penting dia tahu anda bahagia bersama dengan orang yang dia impikan?
Bunyi agak kejam?
Nah, i don't think so.
Kalau dia yang melepaskan mestilah dia yang bersalah tak pun dia sudah nekad.
Jadi, kenapa perlu nak stalked kehidupan orang?
Lebih-lebih lagi orang yang kau tak kenal pun.
Apa kes?
Tapi, aku lagi suka dia bermain dengan perasaan sakit hati dia.
Lebih-lebih lagi kalau dia tu pun bukan kategori baik.
Biarkan saja dia stalked blog anda, itu akan dapat menaikkan duit nuffnang anda.
Betul?
Tapi aku blocked terus orang itu sebab aku malas nak tahu life dia.
Lagipun dia banyak menganggu hidup dan kebahagiaan aku.
Kalau nak tengok, tengok saja lah buat apa nak masuk campur jadi batu api.
Kau ingat dengan buat macam itu kau dapat balik apa yang kau nak?
Macam itu?
Eh, kau jugak cakap tak mahu jilat ludah sendiri, so find a life dude.

Jangan lupa like page R boutique at FB

Bye.

Friday, February 24, 2012

Result

Aku belum ceritakan hasil keputusan exam aku?
Kalau sudah pun anggap sahaja lah belum.
Dengan ini saya pemegang mohor-mohor besar...tet...
Hahaha.
Yela-yela aku bagitau lah.
Aku lulus dengan cemerlang. Hikhik. *bangga*
Tak ada lah cemerlang sangat tak dekan pooonn.
Tapi aku tetap bersyukur kerana sangat diluar jangkaan okay.
Aku rasa sem lepaslah aku sangat pemalas.
Selalu malas nak pergi kelas sebab panas jalan kaki. Oppss.
Ini tipu sahaja.
Aku kan rajin.
Aku selalu datang lambat sahaja.
Kelas start pukul 9 pukul 9 baru aku keluar rumah.
Nasib dekat. Dekat pun 10minit lah jugak kan.
Sem depan nak malas2 lagilah mana lah tahu makin malas makin dekan?
Eh?!
Tak lah aku sudah bertekad untuk rajin dan menaikkan pointer ke arah yang lebih tinggi.
Okay cukup.
Heheh.
Selamat datang ke tahun akhir sebagai pelajar degree.
Harap-harap dapat habiskan on time.

Perbualan di BBM dengan encik BF

Aku : Ayang!!!!!!!!!!!
Ayang : Yer.
Aku : I dah check result.
Ayang : Ayang dapat berapa?
Aku : Yang i re**** tu dapat A-.
Ayang : Wah baguslah.
Aku : I dapat banyak A dengan B.
Ayang : Kenapa ayang tiba2 pandai ni *jahat okay adakah selama ni aku bodoh*
Aku : Tapi tak dekan pun. :(

Bye.

Thursday, February 23, 2012

Perempuan Gedik.

Okay entry kali ini agak emo.
Sebenarnya aku tidaklah terlalu marah, tapi disebabkan perubahan hormon semasa yang meningkatkan lagi kemarahan dalam hati.
Ecececeh. Ini tipu.
Sebenarnya ini pesanan untuk perempuan murahan gedik dan sebagainya.
Apa lagi yang kau nak dari aku?
Apa pasal kau suka nak masuk campur urusan hidup aku?
Apa lagi yang kau tak puas hati?
Aku ada kacau boyfriend kau ke?
Aku ada rampas hak kau?
Ke aku pernah amik duit kau?
Aku rasa semua di atas aku tak pernah buat.
Tak kisah lah siapa perempuan yang terlibat.
Yang kerjanya memporak-porandakan hidup orang.
Sudah-sudahlah tu.
Kau masih tidak terkesan kah dengan apa yang aku tulis dekat about me tu?
Iya, semua ayat itu untuk kau.
Aku sengaja publickan benda itu.
Dan aku sengaja publickan juga aku punya link2 jadi kau senang nak cari aku.
Untuk kepuasan hati kau.
Kau kan suka sangat nak tau pasal life aku.
Amiklah tengoklah puas-puas hati kau.
Dan aku jugak tau kau baca apa yang aku tulis ini.
Jadi, aku rasa kau tak perlulah nak add aku kat fb guna nama orang lain.
Bienda Kakak ye?
Tak dapat add aku blocked aku.
Lepas itu add pula BF aku.
Tapi jangan risau, aku sudah suruh BF aku blocked kau.
Muahahahaha. *Gelak jahat.
Kau memang tak ada life kan?
Sehari tak tau cerita pasal aku kau boleh meroyan ea?
Aku tau banyak lagi yang menyamar FB kat friend list aku tapi don't worry yeah kawan2 aku sudah buat cleaning baik punya.
Aku tak tahu lah sama ada kau ni perempuan yang perasan diri hot konon tak nak jilat ludah sendiri tapi terhegeh2 jugak kat BF aku tu ke atau perempuan yang tahap yakin diri rendah takut BF dia aku rampas.
Tak kisahlah mana2 satu yang penting dua2 meroyan.
Entry ini khas untuk kau.
Hayati dan layankan dengan penuh jiwa k?
Nyah kau dari hidup aku.

P/s : Kalau kau sangat tak puas hati dengan aku, apa kata kau jumpa je aku direct. Aku nak sangat tengok macam mana rupa perempuan yang sangat hot dan cantik di dunia itu. Maklumlah aku ni kan tak cantik. Oppss terlebih sudah.

Bye.

Wednesday, February 22, 2012

Hari ini dalam sejarah.

Okay, hari ini result keluar tapi haram tak dapat check.
Ini boleh menimbulkan kemarahan.
Lebih-lebih lagi orang lain sudah dapat tengok.
Urghh! Tension.
Kenapa harus begini?
Aku nak tukar topik lain supaya kemarahan ini tidak membara.
Semakin hari semakin ramai kawan-kawan yang sebaya aku kahwin @ tunang.
Terasa diri i sangat tua pula.
Okay bukan itu yang aku nak cerita.
Kepada orang sekeliling, yang kenal aku atau yang buat-buat kenal.
Mungkin korang jarang nampak aku post tentang kawan-kawan aku.
Mungkin korang buat andaian masing-masing.
Anggap aku ni makhluk yang tiada siapa-siapa melainkan boyfriend.
Jangan tersilap ye adik-adik.
I do have a bunch of friend.
Tapi dorang tiada blog.
Sebab itulah tak boleh nak bercerita sangat.
Dorang bukan baca pun.
Sebab itulah follower aku tak ramai.
Lagipun ini adalah blog rahsia, malulah i kalau diketahui umum.
Hehe.
Mereka cuma ada fb.
Sebab itulah aku keseorangan di sini dan di twitter.
Harap maklum okay?

K lah aku tengah mood tak berapa okay ni.
Nak out dlu.
Bye. Adios.

Monday, February 20, 2012

Lagi-lagi

Lagi kurang dari 2 minggu nak balik Shah Alam.
Lagi 2 minggu jugalah tinggal masa untuk buat homework.
Malas lah pula nak balik.
Urghh.
Eh, aku nak bagitahu.
Aku benci dengan orang yang buat kesimpulan sendiri tentang 1 perkara tapi dia sebenarnya tak pernah tengok pun benda yang dia kesimpulankan itu.
Kesimpulan yang buruk lah.
Lebih-lebih lagi kalau dia beriya-iya menyokong yang kesimpulannya itu betul, tepat dan jitu.
Macam penyokong bersih lah.
Tapi ini bukan pasal mereka.
Ini pasal orang yang suka nak mewujudkan masalah perkauman.
Tak tahu apa-apa silalah diam.
Adakah Sabah negeri paling miskin di Malaysia?
Hasil bumi Sabah yang banyak itu memungkinkan Sabah lebih kaya dari KL.
Itu pun kalau belum habis dihakis oleh pihak sana lah.
KL ada apa saja?
Ada khazanah bumi lagi ke?
Kalau bukan kerana Sabah mana nak cekau duit nak majukan KL.
Sumber rezeki inilah yang dikutuk-kutuk kan.

Cakap guna fakta ye jangan guna p****t.
Okay malas nak cakap pasal ni.
Nanti aku ikut bodoh sekali.

Nak tidur lah.
Good nite peeps.
Jangan lupa selimutkan tapak kaki sekali.
Hehehe.

Bye.

Saturday, February 18, 2012

Malas

Hari ini memang berada dalam tahap malas yang teramat hebat.

Okay ini saja untuk hari ini.
Hurmmmm.

Bye.

Thursday, February 16, 2012

Big day.

Mulai saat ini aku sudah malas untuk memperkatakan tentang kahwin atau tunang.
Kalau ada jodoh adalah.
Kalau tiada cari orang lain sajalah.
Jadi jangan memperkatakan pada aku tentang itu. Okay?
Jangan ditanya bila.
Jangan dipersoalkan.
Anggap saja umur aku makin lama makin muda.
Gittew.
Aku redha saja.
Bila-bila masa sesuai.
Mesti akan tiba jugak.
Kalau tak tiba alamatnya andartu lah.

Bye.

Good Night

Sudah lama tidak mengecheck nuffnang. :)

Bye.

Wednesday, February 15, 2012

Gambar sahaja.

Kalau amik gambar je mesti posing ala2 macho. haha.
Driving me crazy.
Bye.

Tuesday, February 14, 2012

Carut.

Pernah tak kita jumpa perempuan muka boleh tahan tapi mulut mencarut yang amat?
Kadang-kadang muka not so pretty pun sama.
Kenapa ea dorang suka sangat carut-carut maki-maki ni?
Adakah pengaruh ibubapa?
Kawan-kawan?
Or media massa?
Kalau lelaki tu azali lah ini perempuan.
Kalau ada peluang lebih-lebih lagi tengah marah, semua perkataan kotor disebut.
Kau hengat kau cantik sangatlah cakap macam tu?
Meluat okay.
Kadang-kadang apa yang dia sebut itu membuatkan kita terfikir dari mana dia dapat pengaruh itu?
Dari mana dia belajar perkataan-perkataan itu?
Ada yang kita sendiri pun tak tau.
Please lah remaja jangan nak ikut sangatlah apa orang lain buat.
Aku pun pernah remaja, pernah sebut ayat-ayat maki.
Tapi in public, in twitter or FB i will never do that. Nay.
Jagalah air muka keluarga.
Perkataan yang kau sebut melambangkan siapa diri kau where you come from.
Kalau gatal juga nak mencarut, tulis dalam buku.

Okaybai.

Monday, February 13, 2012

Malas

Hari ini aku mula berjinak-jinak dengan Blackberry.
Encik Boyfie, tak bagi aku guna BB.
Sebab dikhuatiri curang.
Dan dia siap send gambar kami bersama masa BBM.
Bila aku tanya kenapa send gambar ni?
Dia cakap saja.
Lepas chat-chat aku tanya balik.

Aku : Sebenarnya tadi hantar gambar sebab nak suruh i guna untuk profile picture kan?

BF : A'ah betul-betul. Hehe.
Aku : Kuang ajar.
BF : Kenapa kuang ajar pula
Aku : Saja nak bagi I tak laku.
BF : Owh. Macam tulah. Tak market lah?
Aku : Yela, tak dapat nak curang.
BF : Tak pe nasib kat gambar tu I hensem.
Aku : Kenapa tak bagi I guna BB?
BF : Tak boleh.
Aku : Bagi sebab
BF : Sebab you tak boleh lah.
Aku : Tapi kenapa? You jeles kan?
BF : Sebab you I punya.

Motiff??
Saja tau dia ni nak gedik-gedik.

Okay nak cerita itu je. OKbai.

Sunday, February 12, 2012

Memory

Tiba-tiba teringat memori lama.
Cinta monyet zaman dulu2.
Adakah ini salah?
Adakah ini kategori curang?
Hey, mak tak minta ini semua berlaku noks.
Mak terperangkap dalam dilema.
Ah! Sudahlah kau.
Tiba-tiba(ke?) terstalked FB bf lama.
Teringat cerita cinta dolu-dolu.
Ahaha. Sorry sayang kalau u terbaca, jangan risau u yang terakhir.
Muah. muah.
Ini bukan salah I, ini semua salah tangan I yang mengemas almari lalu terjumpa surat cinta lama.
Huahuahua. Motif?
Meh aku nak senarai nama ex-ex aku.
Ha! Kau mampu?

1. Trigunawan bin Subagio
(Ni zaman form 3, mak baru mengenal dunia cinta. Agak terlambat di situ, tapi ada aku kesah?)
2. Anto bin Anuar
(Ni cinta mati mak dulu, menangis menonggeng bagai. Dari kebal terus jadi kertas. Merayu-rayu jantan.)
3. Mohd. Izzuddin bin Hamzah
(Masa form 4-5. Banyak persamaan tapi tak ada jodoh.)
4. Abang Zam
(Tak ingat nama sebenar, sebab couple kejap je.Boleh? Tak ada restu keluarga nyah, mak tak nak derhaka.)
5. Zakaria@ Zachary
(Ni pun cuma sementara, tapi dia pandai masak i like.)
6. Lahanat
( Mak tak kuasa nak tulis nama dia)
7.  Mohd. Nasrun bin Ramlee
( Dia bakal cikgu)
8. Azrul Azmiezie bin Aziz
(Hopefully yang terakhir)

Okay sebenarnya bukan itu saja ( nak bagitau yang dia laku lah itu ), mak banyak scandal dulu noks, mak kan wanita hot haruslah punya scandal. Mak tampu ingat nama scandal mak ramai sangat nyah (okay ini propa ). Tapi ada yang adik-adik(muda), ada yang laki orang (hey, mak tak tau okay), ada yang bf orang (okay ini caras namanya), ada yang suka-suka sebab mak disponsor nyah (tipu). Mak rasa kalau dikira-kira dengan mata kasar scandal mak mungkin ada lebih kurang 9 orang menjadikan jumlah terkumpul 17 orang. Wah perempuan gatal sangat kau.

Eh, jangan salah sangka, scandal itu tidak lebih dari kawan kurang sikit dari kekasih. Mereka datang di waktu yang betul tapi tempat yang salah. Haruslah mak tak salah noks.

Tapi sejak mak bersama yang no.8 mak terus berubah, mak dah tak layan jantan nyah. Mak insaf. Mak sudah membuat keputusan untuk setia. ( Fefeling pakai serkup ala siti sambil pasang lagu Cobalah untuk setia KD ). Ini betul.

Bye.

Saturday, February 11, 2012

;'(

Streamix kat rumah ni dah gilak.
Rumah sebelah punya pun sama.
Asyik pending jer.
Grrr...
Anyway ini saja updated untuk hari ini.
Sila hayati, sangat sedih okay.

Married or not you should read this...


“When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn’t love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that every day for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Jane about my wife’s divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy. I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart. Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed -dead. My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push through with the divorce.— At least, in the eyes of our son—- I’m a loving husband….

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves.

So find time to be your spouse’s friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage!


Bye.

Thursday, February 9, 2012

Muka.

Pernah tak korang tengok muka kat cermin pas tu tiba-tiba rasa osem?
Sebab muka halus tak ada jerawat.
Bila pegang je rasa best.
Pernah tak?
Tapi jangan silap ni bukan masa muka tebal make up 3 inch tapi masa muka bersih tak ada apa-apa.
Tak ada cream, foundation or watever.
Kalau pernah anda memang osem macam saya.
Nak dapat muka yang macam itu bukan senang.
Ada yang berusaha bermacam-macam tapi lagu tu juga mukanya.
Ada yang tak berusaha langsung tapi muka halusss macam iklan nescafe.
Jeles bukan?
Tapi jangan bunuh diri dulu, anda masih boleh menjadi seperti mereka.
Jerawat memang disebabkan hormon.
Kadang-kadang dia akan tumbuh dengan banyaknya pada zaman baru datang period or baru baligh.
Ada yang setahun ada yang 3 tahun bergantung pada gen dan hormon orang itu.
Akupun ada zaman jerawat.
Tapi nasib baik lah parents aku bukan kaki jerawat. Eh?
Tapi jerawat lain dari resdung.
Resdung alahan.
Perkara pertama yang anda perlu buat ialah basuh muka tanpa pencuci muka.
Lap muka guna towel yang khas untuk muka.
Maksud aku bukan itu tuala badan itu tuala rambut itu juga tuala muka.
Murah saja kan untuk kepuasan yang berpanjangan.
Kalau tak jalan juga cari pencuci muka yang ala-ala scrub.
Tapi guna sehari sekali je jangan selalu.
Nanti makin teruk.
Apa-apa pencuci muka pun guna sekali sehari je.
Pilih lah waktu mandi pagi ke @ malam.
Tapi seelok-eloknya malam sebelum tidur.
Sebab habuk-habuk pagi banyak.
Kenapa? Sebab banyak bahan kimia pun kadang-kadang boleh buat jerawat makin teruk.
Minum banyak air masak.
A LOT!
Jangan risau pasal kencing selalu. Muka lebih penting kan?
Sebelum pakai make-up ada caranya nak bagi make-up tahan lama, tak cabuk-cabuk.
Asas sangat penting.
Pastikan muka bersih dulu, cuci guna air biasa saja.
Lepas tu pakai toner, aku suka letak atas kapas sapu kat muka.
Nanti nampak kotor2 dia. Ikut jenis toner lah.
Lepas itu, pakai moisturizer. Lebih elok ada spf pnya.
Then cream mata, tak nak pakai pun tak pe, tapi kalau yang suka eyeliner or eyeshadow pakailah.
Nanti tahan lama sikit.
Ini step yang paling penting, pakai BB cream.
Di syorkan BB cream dari Maybelline selain murah memang berkesan.
Blemish Balm (BB) Cream ni digunakan untuk orang yang baru lepas buat pembedahan muka, no wonder lah muka nampak flawless lepas pakai.
Then barulah tempek muka dengan bedak.
Paling bagus guna BB powder atau pun 2-way cake.
Tapi ada orang tak pakai terus ke blusher bergantung lah.
Kalau aku tak pakai bedak lepas BB cream nanti muka berminyak.
Tapi kalau compact powder dengan face powder ni lebih kepada press kat muka untuk serap minyak.
Dia tak seflawless 2-way cake kalau pakai. So tak disarankan ye.
Then pakai natural powder, ni tak pakai pun tak pe.
Barulah pakai blusher, eyeliner, eyebrow, eyeshadow, mascara and lipstick.
Senang kan?
Diharap ini dapat membantu anda untuk mendapatkan muka yang flawless macam saya.

Bye.

Wednesday, February 8, 2012

Suram.

Hurm.
Tiba-tiba aku rasa sangat down.
Aku rasa tersentap dan give up.
Mungkin aku tak patut beri semua.
Mungkin aku patut main tarik tali.
Aku terlalu fikirkan benda yang tiada.
Yang tidak sah akan berlaku.
Aku patut biarkan dia dengan dunianya.
Aku patut cari dunia sendiri.
Selagi aku macam ni tiada keuntungan di pihak aku.
Aku yang terlebih dia biasa-biasa saja.
Keadaan perlu diubah.
Aku patut naikkan harga.
Biar aku yang dicari, bukan aku yang mencari.
Dia tidak akan faham erti kehilangan, jika belum pernah merasa erti kehilangan yang sebenar.
Selamat tinggal yang lama.
Hi yang baru.

Bye.

Tuesday, February 7, 2012

Pantai


Baru lepas kemas2 almari.
Aku selalu kemas2 almari.
Nak cakap suka tu tak lah sangat.
Dia kena tunggu mood.
Kalau mood elok kemas bersinar-sinar.
Kalau mood tak elok, sampai tak nampak jalan pun ada aku kesah?
Kalau kemas baju aku suka asingkan ikut warna, ikut size, ikut jenis.
Kalau lipat aku pastikan sama rata.
Barulah nampak cantik.
Kalau gantung pun sama yang panjang meleret 1 tempat yang pendek2 satu tempat.
Gigih tak?
Lepas itu asingkan pula.
Aku tak lah selalu sangat kemas tapi kalau nampak bersepah dan tak terkawal aku kemas lah.
Kadang2 dengan almari adik aku sekali aku kemas.
Baju2 yang sudah lusuh, yang tak muat atau dah bosan guna masuk 1 tempat sedekah.
Yang masih lawa2 tapi bosan nak guna jual dekat R boutique.

Bye.

Monday, February 6, 2012

L.O.V.E

Aku suka dengan ayat ini sweet sangat abang budak ni. Alololo.
Sorrylah kepada peminat aku yang suka baca blog aku ini. *perasan*
(Padahal aku je sorang yang syok sendiri type baca sendiri)
Aku semakin malas updated.
Kalau dulu sehari at least sekali aku post.
Tapi sekarang bukak aja update nye tak.
Busy pun tak.
Aku nak saja update tapi kadang-kadang dah buka new post tapi tak tau nak type apa.
Terhenti di situ.
Kadang-kadang rasa bersalah sendiri.
Setahun ada 365hari tahun ini 366hari tapi updated separuh dari setahun.
Sebab aku kalau boleh nak 1 post sehari. Ala-ala 1 Malaysia gitu. *menyampah*
Mungkin sebab setiap kali cek nuffnang sen-sen saja yang masuk.
Baru ada RM3. *sedih*
Blog syok sendiri memang macam itu.


Tak pelah aku pasrah.
Ni aku nak tunjuk gambar syok sendiri.

dan lagi....

Okay cukup. Nanti mimpi ngeri.
Jangan termuntah sudah.

Good nite.

Bye.

Sakit. Gila.

Blog ni sudah gilak ke aku yang gilak?
Eh? Apasal ada orang Penang duk view-view blog aku ni?
Confuse sekejap.
Aku sudah berpindah ke Penang ka?
Sebab setiap kali aku buka je blog keluar dari Penang. Eh?
Biarkanlah tanda tanya itu.
Semenjak masuk tahun baru ni aku dah ada twitter tau. Tetiba.
Haha. Aku saja nak bagitau kejakunan aku itu.
Aku tak pandai guna twitter pun follower pun tak ada.
Alih-alih update status syok sendiri, bosanlah.
Sekarang ni semua orang guna facebook ke twitter ke untuk lepas geram.
Yelah sikit2 aku benci si polan, aku tak suka tengok muka kau, aku delete kau, aku blocked kau. bla.bla.bla.
Ada aku kesah?
Menyemak okay.
Kalau kau betul-betul tak suka orang tu cakap depan muka dia.
Dafuq aku tak suka kau, kau boleh pegi mam***.
Berani?
Kalau setakat updated status bagitau seluruh dunia tapi orang yang terlibat tak tau apa guna?
Kau dah delete orang itu baru nak bagitau, kau hingat dia kesah?
Tak faham betullah.
Kat twitter nak maki hamun orang tu, semua bahasa mencarut kau pakai, mencerminkan keburukan kau sendiri yang suka mencarut.
Kau rasa orang menyampah dengan orang yang dicarut ke dengan si pencarut?
Sudahlah yang kau pumpang tu cerita fitnah, up-up kan story nak bagi tambah perasa.
Kalau orang yang dicarut terbaca nasib kaulah, kalau tak?
Gembira? *emosi*
Minta maaf konon.
Nampak sangat tak ikhlas.

Okay post ini untuk orang yang mencarut, ketahuilah diri ini tidak pernah ingin berbaik denganmu. Kata-katamu sangat menusuk kalbu, akan kuingat sampai mati. Aku masih terkilan dengan perbuatan kau.

Bye.

Wednesday, February 1, 2012

1.2.12

Hello peeps.

Happy February.
Kadang2 kita tak sedar or maybe sedar tapi tak peduli we will spend so much of our time for internet, to be specific to FB or maybe Twitter.
I am one of them.
Sometimes when there's no comment to be reply or read, we just hanging around here and there. Go to wallpost then back to profile.
Stalked other peeps picture, want to comment but afraid if they know you stalked them.
Yela gambar tahun 2010 then you baru tengok, apakejadah baru tengok? Like it suddenly appear on the wall pula kan?
Okay, it was creepy.
I only do it several times okay, not always.
But for me I like to follow or stalk people who look good in fashion.
Rather than just read about the people you adore in magazine, sometimes it's feel good to look them in the internet.
My point is, when I have a free time I like to look around in the FB and adore people life and fashion silently.
Is that sound creepy to you? haha.
But I guess maybe there is someone who also do the same like me, or maybe she like to stalk me too? :P
Whatever it is, thank you for choosing me as your favorite character in your life.

Some pictures for you. :)


Thank you again stranger. Have a nice day.

Bye.