Monday, February 27, 2012

Boyfriend 4

Ni gambar pertama kami bersama, waktu ni makan kat Tupai-tupai.
Zaman-zaman bercinta dekat Ampang tempat kami dating hanyalah Ampang Point, MBO Ampang, Mid Valley, The Mines, Alamanda, Taman Cougnott. Memang selalu lah. Pernah lah sekali sekala pergi KLCC, The Curve, IKEA. Dulu-dulu kan dia belum beli MyVi kenderaan kami cuma Ninja, Citra dengan Honda. Kadang-kadang adalah juga guna Lagenda. Dia ajak aku lunch kejap, kadang-kadang dia hantar aku balik ke rumah naik motor. Tapi selalu senyap-senyaplah parking pun jauh-jauh sebab takut kantoi dengan cousin aku nanti kena ejek-ejek pula.

Waktu praktikal, bos aku baik dia bagi aku elaun banyak dalam RM450 jugaklah. Cuma suasana dia tak best sebab tempat makan jauh, pas tu staff semua lelaki. I pemalu. *mengada* Masa awal-awal kenal ni Mizie tak pernah lagi bagi jumpa aku dengan family dia, aku belum bersedia. Semua orang pun tak tahu kami couple, bila orang tanya seboleh-bolehnya aku jawab kami kawan saja. Hahaha. Lagipun, dia macam nak rahsiakan benda ni dari budak itu. Aku tak kisah pun.

Lepas itu, dia tak duduk sudah rumah Plaza, dia pindah rumah kawan dia dekat Bukit Antarabangsa. Lagilah senang jumpa. Haha. Dekat kot Ampang dengan Bukit Antarabangsa selalulah jugak aku lepak dengan dia. Jumpa kawan-kawan dia. Banyaklah kenangan kami dekat sana. Pernah kami buat kerja gila pergi Melaka malam-malam dengan kawan dia jumpa GF kawan dia naik kereta Merz Akak dia. Balik malam itu jugaklah kan. Padahal lepak minum je, ronda-ronda lepas itu balik.

Tapi bukan sebab itu yang buat aku jatuh cinta dekat dia, aku jatuh cinta start bulan September waktu itu mak aku datang KL. Buat pertama kali aku bawak dia jumpa mak aku. Mak aku tinggal kat Pan Pasific, dia ulang alik amik mak aku g Putrajaya untuk shopping-shopping, malam pergi Uptown pulak. Memang terbaik. Dari situlah aku lihat kesungguhan dia, sebab dia tak mengeluh dia sanggup jugak buat. Itu yang buat aku terima dia seadanya sebab dia macam bersungguh nak kan aku. Nasib mak aku pun terima dia seadanya. Haha.

Kalau dulu-dulu aku merajuk dia suka belikan aku coklat, macam naik-naik kereta je dia buka laci cam bagi aku coklat. So sweet, sekarang ni memang jarang lah. Ada satu peristiwa kami pergi Archidex waktu itu jumpa Liya kawan dia, lepas itu jumpa Pak Uda dia tak silap aku. Macam itu je Pak Uda dia nak mengorat aku siap minta number phone kat Mizie macam aku tak layan. Owh malunya. Mizie of course lah berasap je kan. Tak suruh aku layan. Haha. Takutlah tu, nasib je I sayang U dah masa itu kalau tak I mungkin layan je. Muahahaha.

Dulu-dulu Mizie ni kuat cemburu, dia tak boleh tengok aku keluar dengan laki ke, dengan cousin aku pun kadang-kadang dia cemburu. Selalu nak check handphone aku, tak boleh nak curang. *Apakah?* Aku selalu macam owh tersepit antara dua. Dulu-dulu aku boleh lagi berdikari naik teksilah buslah kadang-kadang LRT tapi dia dah tak bagi. Dia sangat manjakan I * Sila percaya* haha. Semua dia nak amik atau nak hantarkan. Tapi aku suka. Haha jadi idoklah kena kacau kan. Sekarang ini cuba kau tanya aku itu kenderaan apa? Eh? Apa kenderaan yang panjang itu, yang besar itu? Semua aku tidak mampu jawab. *Berlagak gila kau* ini semua pelsu sila jangan nak over percaya lempang kang.

Aku suka masa tinggal dekat Ampang semuanya indah-indah belaka. Masa itu ramai kawan, jalan-jalan ke sana sini, tak perlu nak fikir sangat tentang study ke duit ke. Relax saja. Mizie pun sayang aku sangat banyak 110% rasa sangat dihargai. Boleh? Sekarang ni stress mak tahu. Aku habis practical dalam hujung bulan November tak silap aku, hantar report semua. Lepas itu aku balik Sabah sekejap sebelum sambung balik final year diploma dekat Perak.

Nantilah ye aku sambung cerita yang dekat Perak pulak, ada jugak cerita tau.

Tunggguuuuuuuuuu  . . .

Bye.

No comments:

Post a Comment