Wednesday, February 29, 2012

Boyfriend 5

Lepas aku menamatkan practical dengan jayanya, aku kembali ke habitat asal iaitu Perak. Menghabiskan sisa-sisa terakhir sebagai pelajar tahun akhir diploma. Okay tapi kali ini tidak sesedih dulu sebab aku ada kawan baru dan rajin berjalan-jalan. Roomates pun sebulu. Nak dijadikan cerita, awal-awal percintaan kan mestilah manis-manis belaka. Sanggup ni Mizie ambik aku dari airport drive ke Perak. Pulang seorang-sorang. Pernah itu, rindu punya pasal hampir setiap minggu dia turun Perak. Gigih tak? Duit minyak dengan tol macam air mengalir wa cakap lu.

Adalah jugak aku ikut dia pergi kampung dia Beruas jumpa family dia. Then pernah dia buat surprise ambik aku bawak pergi Came***. Masa hari jadi akulah. Gila kau nak bawak tiba-tiba. Dia hadiahkan aku handphone Sony Ericson. First time dapat hadiah mahal-mahal dan special macam tu dari dia. Terus rasa diri dihargai. Orang lain rasa cemburu je. Haha. Memang tak terkatalah masa itu, sebab aku rasa dia memang sangat-sangat menyayangi diri ini. Sebab dia sanggup kumpul duit semata-mata nak beli hadiah untuk aku, sanggup fikir nak buat surprise macam mana. I love you lah.

Lepas itu masa aku final furniture pun dia ada turun hantarkan furniture aku. Kawan dia jugak yang buatkan. Lepas itu bawak aku pergi Lumut pulak. Memang kenangan terindah. Walaupun diketahui Lumut tempat kedua terpanas di Malaysia. Selain itu, wah macam karangan nokss, kami pernah naik Genting jugak. Haha. Zaman-zaman cinta sedang berkembang katanya. Semuanya indah uols. Dia sangat rajin turun ke Perak, semata-mata jumpa aku kejap bawak makan. Belikan aku makanan suruh bagi-bagi roomates. Haha.

Waktu itu memang nampak lah kesungguhan beliau, tanpa disuruh atau paksa ada saja surprise yang diberi. Romantic saja. Ada satu masa itu dia ada convoy dekan member-member dia tidur Penang lepas itu nak singgah kampung dia Beruas, alang-alang dia singgahkan aku jugak bagi jeruk dari Penang. Malu mak uols sebab dia naik motor bunyi ekzoz dia sangat kuat semua orang selak langsir tengok-tengok siapakah gerangan orang itu. Haha.

Even aku macam single saja, yelah BF jauh tapi tidaklah terasa sangat. Sebab selain dia suka turun Perak aku ada kawan-kawan untuk bergembira. Tidaklah bersedih saja. Tapi ada saja yang tidak puas hati dengan kegembiraan itu. Ada orang yang peram buku library yang pinjam atas nama aku lepas itu buat muka tak bersalah. Siap kutuk-kutuk aku lagi. Aku punyalah cakap elok-elok sekalinya di maki hamun pula. Satu keluarga tak betul. Aku simpan lagi message adik dia yang memaki aku. Entah apa punya perangai. Kalau bagi elok-elok kan senang, aku pun tak sakit hati. Ini udahlah bagi macam tak mahu, dimaki hamun siap tak mahu bayar lagi. Apa kes?

Dari situlah bermula contact mengontact benda yang sepatutnya aku nak lupakan sampai bila-bila. Jangan tak tahu budak itu berani bagi amaran kat Mizie siap ugutan nak bawak geng pukul. Siapa yang salah sekarang ni? Memanglah aku ada memaki perempuan itu tetapi siapa suruh aku sudah berbaik kata dia masih tidak faham. Aku tidak pernah merampas, kewujudan dia pun aku tidak tahu. Aku sendiri tertipu oleh si penipu. Nasiblah aku terselamat dari terus ditipu dan dipermainkan dan sudah cukup baik aku menarik diri tanpa kekerasan. Tapi memang manusia tidak pernah puas. Mungkin sebab aku cool, tidak ambik apa-apa tindakan dan tidak membalas dendam dia ingat aku bodoh senang-senang dipijak.

Penat aku turun naik library jumpa orang atasan semua, buat surat merayu. Lepas itu minta duit denda elok-elok tapi dimaki hamun. Adakah itu patut? Dari planet manakah orang itu? Lepas itu tak nak bekerjasama terpaksa lah aku guna FB sebagai pengantara tau pulak bising, baru nak ambik tindakan. Tahu malu. Habis siapa suruh buat aku macam orang tak tahu malu minta hak aku? Ish emosi pulak. Sampai ke hari ini duit baki aku dengan duit hutang budak itu belum langsai. Entah bila lah janji-janji manis itu akan di tunaikan. Nasiblah Mizie banyak sabarkan aku dan kawan-kawan sekeliling menasihati aku. Jadi aku pun mampu menghadapi dugaan itu. Nasiblah mak aku pun sokong aku. Begitulah ceritanya, agak terpesong sedikit.

Aku memang sangat gembira ditahun akhir diploma aku selain kes buku itu yang buat aku sedikit down. Dari situlah hidup aku selalu diganggu oleh orang asing, ada yang add aku tiba-tiba macam komen-komen kat gambar aku cakap muka aku sama macam ex dialah apalah tiba-tiba ada senior aku kantoikan dia. Cakap dia tahu yang komen itu perempuan. Lesbo ke kau? Haha. Itu memang kelakar. Lepas itu bila kawan dia bongkarkan cerita kat aku wujud pula Iffa call aku ugut suruh jangan masuk campur. Aku pun tak faham siapa yang ganggu life siapa masa itu. Tapi aku biarkan saja sebab akupun sudah lupa kenangan lama. Haha.

Tapi aku akui awal pengenalan aku dengan Mizie memang paling indah, tahun 2009 hingga 2010 is the best. Lepas aku habis diploma Mizie ikut hantar aku balik Sabah. Masa untuk berkenalan dengan family aku pulak. First time naik flight bersama BF. Dia hantar aku pun sebab barang aku terlampau banyak okay, especially baju. Mak tak mampu bawak sorang-sorang patahlah pinggang. Adalah jugak aku bawak dia jalan-jalan KK. Datang rumah aku, makan di rumah aku tapi dia tidur hotel lah. Imperial Boutique Hotel, sebelah Centre Point. Masa tengok wayang dekat 1B dia terkejut sebab tiket wayang murah gila RM7 sahaja. Mana nak dapat kat KL harga tu. Haha.

Ni masa melawat Kellie's Castle

Ni on the way ke Melaka

Ni dating dekat KLCC yang Pak Uda dia belanja ais krim. Haha.

Ni masa office aku buat buka puasa dekat Corus Hotel.


Okaylah nanti aku sambung cerita convo dan degree pula. Dari rambut beliau kerinting, kembang, lurus, pendek, panjang dan sebagainya.

Tungggguuuuu . . .

Bye.

No comments:

Post a Comment